aku tengah stress!!!
rekod semua buku-buku cerita aku "ghaib" dari dalam lappy..
so, aku terpaksalah buat rekod yang baru...
huhuhuhu~~
bagi menghilangkan stress, aku nak story pasal
HARRY POTTER & DEATHLY HALLOWS (PART1)!!!
aku dah berjaya tengok HP7 ni semalam.
pukul 3.30ptg kat MBO Square ONE Batu Pahat..
macam biasa, setiap kali movie harry potter keluar,
membe aku, RAZMARIMA aka IEMA la yang jadi mangsa aku seret pergi tengok wayang..
mesti cari Iema gak..
hehe~~
aku memang gilakan citer Harry Potter ni..
sanggup berabis duit beli semua novel harry potter (English n Malay)..
bukan setakat tu je...
kalau korang berkesempatan menggeledah hp ak, jangan terkejut complete set e-book Harry Potter n 2 extra e-books yg ada kaitan dengan HP ada dalam tu..
(HP 1-7, Quidditch Through The Ages, Fantastic Beast & Where to find Them)
ibu aku memang dah tak boleh nak terkata apa.
penat ibu aku sindir n perli... tak berbekas pun kat hati aku...
hahaha~~
aku nak buat ulasan untuk movie kali ni
HARRY POTTER & DEATHLY HALLOWS (PART 1)
overallnya, aku puas hati!!
aku rasa kalau orang tak baca novel HP7 pun boleh faham jalan ceritanya..
waktu movie HP6 dulu, ramai yang komplen tak faham jalan cerita..
yup! aku pun mengakui benda yang sama..
nasib baik aku baca novel, so, fahamla bila tengok HP6..
bagi yang tak baca, terpaksalah buat-buat faham.
beza dengan HP7(part1), sound effect die pun jauh lebih baik compare to HP6..
banyak adegan yang betul-betul me"nekejut"kan penonton..
aksi-aksi yang buat orang gelak besar pun banyak..
memang enjoy sangat-sangat tengok HP7(part1) ni..
so, sangat-sangat tak rugilah duit aku keluar untuk tengok cerita ni..
ok sebagai seorang pembaca dan penonton HP...
aku nak share dengan korang apa yang bezanya antara yang dalam buku dengan movie..
(sebhagian je la...)
yang dalam buku ada, tapi dalam movie tak ada..
dan aku rasa benda tu patut ada dan tidak perlu diubah..
- Waktu operasi mengeluarkan Harry dari Privet Drive ke The Burrow, mereka tidak terus menuju ke The Burrow, sebaliknya menuju ke 7 tempat lain yang berbeza yang telah diberi perlindungan keselamatan dan pergi ke The Burrow dengan portkey aka Kunci Gerbang (refer HP4)...
- Majlis sambutan bezday harry yang ke-17. waktu ni la sebenarnya Minister of Magic tu bagi barang-barang wasiat Dumbledore..kat majlis ni juga Mak Ron buatkan kek bentuk bola snitch untuk Harry....
- Watak Victor Krum (yang jadi hero dari Durmstrang dalam HP4) masa majlis perkahwinan Bill n Fleur.Krum yang bagitahu harry pasal lambang Grindewald.. tapi dalam movie, harry tau pasal benda tu agak lambat.. bapa Luna Lovegood yang bagitaw waktu diorang datang ke rumah Mr.Lovegood...
- Waktu majlis perkahwinan Bill n Fleur, dalam novel Harry menyamar jadi orang lain (minum polyjuice posyen)..tapi dalam movie Harry tetap Harry...
- Kumpulan phoenix (refer HP5) ada buat satu siaran radio untuk melaporkan berita-berita terkini yang betul n sebagai tanda support kepada Harry Potter...aku rasa babak ni perlu, sebab harry potter mendapat semangat yang baru after dengar luahan dan kata-kata semangat dari Lupin, Fred, George n so on...
- Dalam movie,waktu Harry n Ron nak melepaskan diri selapas ditahan di kediaman keluarga Malfoy, mereka yang menyerang Peter Petigrew @ Wormtail.. tapi dalam novel sebenarnya Wormtail mati sebab tangan besi yang dihadiahkan oleh Voldermort tu yang cekik diri dia sendiri after dia teragak-agak untuk serang harry, sebab dia rasa terhutang budi dengan Harry (refer HP4)...
mmm.. itu je la yang dapat aku share pasal HP7 ni.
bukan tak ada lagi yang beza tapi benda-benda kat atas ni je la yang aku tak puas hati sikit bila dia ubah...
apa-apa pun, pada korang yang tak tengok lagi, pergi la tengok..
BEST!!
BEST!!
ok lah, aku nak sambung buat rekod buku semula ni....
0 comments:
Post a Comment