Tuesday 28 August 2012

Raya 2012


Hari ini sudah hari ke-10 Syawal..
keadaan sekeliling dah kembali seperti biasa..
budak-budak dah pergi sekolah..
yang bekerja dah kena kerja..
yang diploma or asasi dah balik u...
yang tinggal hanyalah budak-budak degree yang beraya sakan...
dan warga emas yang busy penuhi jadual baraan(marhaban)... 
hehe~

so, tahun ni Alhamdulillah setelah 3 tahun akak aku tak balik beraya
(Last diorang balik raya adalah pada tahun 2008),
tahun ni kami apat beraya bersama-sama..
Akak aku ni balik cuti raya 4 tahun sekali...
Nak tahu dia balik ke tak johor ni, senang je..
kalau tahun tu ada Olimpik, maknanya dia balik la tu....

1 syawal kali ni, sebenarnya ada 1001 rasa dan emosi yang kami lalui..
tapi kita cita yang hepi-hepi je lah...
layan gambar-gambar ni..

1 Syawal

8 out of 9..

outfit di pagi raya

Acu with lovely Kakak and Baby

Cucu dara Nek Yah..

2 Syawal

outfit 2 syawal.. went to rumah 'Mak'

5 & 6 Syawal

went to Parit Raja - Kulai - Kota Tinggi - Pasir Gudang - Skudai - Pontian

Acu n da gang..

cutie cat..

Hari-hari lain dipenuhi dengan aktiviti melayan tetamu kat rumah..
Tahun ni rasanya tahun paling ramai tetamu datang..
mungkin sebab ramai yang nak jumpa orang yang Raya Olimpik tu tak..
hehehehe~~~~

dikesempatan ini,
tak terlambat lagi rasanya untuk aku ucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

buat semua.


Wednesday 15 August 2012

CONVERSATION :KAHWIN vs KELUARGA MENTUA

ini perbualan dengan ibu gara-gara tengok rancangan kahwin kat TV3 tadi

Ibu:
Dengar tu, cari suami yang melayan ibu dia dgan baik, bila dia layan ibu dia dengan baik, maka baik lah layanan dia kat kita. 

Aku:
kalau adik, adik lagi pikir, boleh tak adik terima mak bapak dia. sebab macam banyak je ciri-ciri menatu durhake kat adik ni. hahahha~~

Ibu:
Ha. Maknanya selagi tak boleh terima family dia, selagi tu la tak boleh kahwin.

Aku:
Sebab tu lah adik nak cari calon anak yatim piatu. hahahha~~ tapi setakat ni tak pernah nak jumpe pulak calon-calonnya. susah betul erk nak cari.. hahhhaha~~

Ibu: 
Nak cari, gi la rumah anak-anak yatim. mintak rekod kat sana. tak pun gi booking awal-awal anak-anak yatim kat sana.

Aku:
hahahahhahaha~~~ tak se'desperate' itu ok..

Ibu:
Family arwah ayah ada yang anak yatim piatu. meh ibu kenalkan.

Aku:
Amboih.. dah tu ibu nak suruh adik masuk meminang dia ke?? hahahhaha~~~

Ibu:
Dah asyik merepek je kejenye! Dah cepat gi pasang langsir!

Testing Kopi


14 Dalam 1 OK!
Antara kandungan herba dia adalah:
Ekstrak Herba Mahkota Dewa, Ginseng, Lempoyang, Temulawak, Goji, Kayu Manis, Halia, Buah Pala, Kulit Manggis, Mengkudu, dan Jerangau

try la...
aku saja je test kopi ni,
nak tengok kepala aku migraine ke tak...

kalau migraine, boleh dapat 'mc' dari kemas rumah hari ni..
tapi...............

tak migraine plak..
Alhamdulillah...

Harga sekotak ialah 
RM28.00 (Semenanjung Malaysia)
RM 33.00 (Sabah & Sarawak)
ada 20 sachet dalam tu...

tapi bagi aku,
Radix tetap di hati..
hehehe ;D

Friday 10 August 2012

Please Come Back

refer entry ni 

S.E.N.D.I.R.I = B.Y. S.E.L.F


Bila menjelang raya,
memang rasa nak jerit
MAK ITAH, PLEASE COME BACK!!!!!!!!!!!!!
waaaaaaaaa~~ T_T

p/s: entry luahan hati yang kemalasan tahap cipan nak iron langsir.

Wednesday 8 August 2012

Alif. Ba. Ta.

Mengimbau memori

Ini ialah Iqra' aku dulu
IQRA' (First version) yang menggunakan Bahasa Indonesia
yang belum di'translate' ke Bahasa Melayu


tapi aku baca Iqra' tak sampai habis..
Baca sampai m/s 2 Iqra' 4..

then, terus 'lompat' ke:


Al-Quran pertama yang aku baca..
Al-Quran ni Al-Quran lama..
Diasingkan setiap juzuk..
Khatam buat pertama kalinya dengan menggunakan Al-Quran ini.. :D

Kalau dah nama anak bongsu,
mestilah barang-barang banyak guna abang dan akak aku punya..

Al-Quran ni, milik abang aku asalnya
Bila dia dah besar, dia guna Al-Quran yang tebal,
so, turun kat aku lah Al-Quran ini...


Dan ini adalah Berzanzi pertama aku...


Sesiapa yang membesar di Johor mesti tak asing dengan berzanzi ni kan...
Berzanzi adalah salah satu matapelajaran yang di ajar di sekolah agama dulu..
(tapi sekarang subjek ni dah dikeluarkan dari sukatan pelajaran).

Of course la yang banyak mengajar lagu berzanzi ni adalah ibu aku...
Sejak habis darjah khas, aku rasa memang dah tak pernah lagi baca berzanzi....
errrmmm...
Rasa-rasanya, aku ingat lagi tak nak melagukan berzanzi ni???


Tuesday 7 August 2012

"Malu Bertanya Sesat Jalan " Adakah Ianya Relevan Setiap Masa???


"Malu Bertanya, Sesat Jalan"
Peribahasa yang kerap kita dengar sejak kecil..
Peribahasa ini memang diakui kebenarannya
tapi pada pendapat aku walaupun ianya benar tetapi ianya TIDAK RELEVAN sepanjang masa/

MENGAPA???
Aku tak nafikan, dalam sesetengah perkara, kita memang perlu bertanya.
tapi bila TERLEBIH tanya antau bertanya soalan-soalan yang TAK SEPATUTNYA,
turut menggambarkan peribadi 'penanya'..
Mungkin dia seorang yang :
1) Bersungguh-sungguh untuk mendapatkan penjelasan sejelas-jelasnya 
atau
2) PEMALAS - pemalas untuk mencari maklumat dan mahu sentiasa disuap.

Apa yang aku perhatikan sekarang,
ramai golongan yang ke-2 itu..
Walaupun sudah berada di peringkat Ijazah Sarjana Muda sekalipun, masih mengamalkan budaya itu..
Aku tidak khususkan kepada pencarian maklumat dalam pembelajaran tetapi pencarian maklumat berkaitan dengan hal-hal universiti yang lain..

contoh:
A : Bilakah tarikh akhir pembayaran yuran?
B : Kita nak daftar subjek apa sem depan? 

Pihak universiti sudah menyediakan portal sendiri,
capaian yang lengkap..
menyalurkan semua maklumat terkini yang diperlukan oleh pelajar,
tetapi kenapa masih ramai pelajar yang MALAS dan hanya seperti tin kosong yang bising bertanyakan itu ini di facebook, twitter, dan sebagainya??

wahai rakan-rakanku, bangkitlah..
Ayuh menjadi siswa siswi yang matang..
belajar untuk BERDIKARI..

sebelum bertanya, berusahalah terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat dengan cara yang lain, jika memang sudah tidak berjumpa dengan jawapannya, wajarlah ianya ditanya.. :-)

p/s: Ini adalah pendapat peribadi.. Maaf andai ada yang terasa.



Sunday 5 August 2012

Oh, sahamku!




Jatuh 'saham' aku
bila terpaksa beli pampers Huggies ni untuk Baby (iffah)..
huhhuhhuhu~~~~~~~~~

Biasiswa JPA (PIDN-Program Ijazah Dalam Negeri 2012/2013)


Tawaran Biasiswa JPA
dibawah 
Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)
tahun 2012/2013

permohonan online
akan dibuka mulai esok,
Isnin, 6 Ogos 2012
mulai jam 5.00 petang.

Layari laman web Portal eSILA
di


Friday 3 August 2012

Redha


Astaghfirullahal'azim..
Astaghfirullahal'azim..
Astaghfirullahal'azim..
Astaghfirullahal'azim..
Astaghfirullahal'azim..
Astaghfirullahal'azim..
Astaghfirullahal'azim..
Astaghfirullahal'azim..
Astaghfirullahal'azim..
Astaghfirullahal'azim..

Ya Allah aku telah leka..
Aku alpa..
dengan nikmat yang telah kau berikan kepadaku..

Aku tidak bersyukur kepadamu..
Ya Allah
Ampunilah aku..

Baru sedikit Kau jatuhkan aku
tapi aku sudah melatah..

Ujian yang kau beri tidak sehebat manapun,
tapi iman ku nyaris tergelincir..
Ampunilah hambamu ini Ya Allah..

Sesungguhnya apa yang Kau berikan itu adalah yang terbaik buat ku..
Sesungguhnya setiap yang Engkau tentukan itu pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Ampunkan dosa hamba Mu ini Ya Allah.

Aku terima pemberian Mu ini dengan redha.

Mungkin ini adalah peringatan dari Mu untuk aku..
Untuk aku sedar dari mimpi-mimpi indah ciptaan ku..
Untuk aku sedar bahawa segala-galanya terletak di tangan Mu..
Sesungguhnya Engkau Yang Maha Berkuasa.

Semoga apa yang terjadi memberi pengajaran buat ku..

Thursday 2 August 2012

Ujian Ramadhan

Di hari ke-13 ramadhan,
Allah beri ujian kepada keluarga kami..
walaupun tak seberat mana
tapi sudah cukup untuk mematahkan selera ibu...

Abang Chik tak sihat hari ini...
Bangun sahur tadi muka dia dah pucat...
Perutnya kembung...
Makan sikit je, dah muntah....


Tapi sebenarnya tak ada lah teruk sangat.......
cuma boleh wat orang 'sakit jiwa' je nak melayan...

Adoiiii...
Dah la dia ni sakit sikit, merengek lebih...
Sabar je lah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting