Saturday 3 August 2013

PERMOHONAN BIASISWA JPA : PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) SESI 2013/2014


Assalamualaikum.

Berminat untuk mendapatkan biasiswa JPA dibawah program PIDN?

Tak nak berhutang dengan PTPTN?

Nak dapat duit lebih banyak daripada penerima PTPTN setiap semester?




Adalah dimaklumkan bahawa permohonan biasiswa ini bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di IPTA/IPTS dalam negara DIBUKA SEKARANG SEHINGGA 16 SEPTEMBER 2013 

Iklan tawaran biasiswa ini boleh didapati di akhbar BH, Utusan Malaysia, NST, Tamil Nesan, Nanyang Siang Pau, The Borneo Post Sarawak dan The Borneo Post Sabah pada hari Sabtu dan Ahad pertengahan bulan Ogos 2013 awal bulan September 2013

atau

Layari Portal Rasmi Pembangunan Modal Insan (eSILA) JPA di alamat

Syarat-syarat permohonan boleh didapati di Portal JPA di alamat www.jpa.gov.my semasa permohonan dibuka

Link permohonan : http://pidn.jpa.gov.my/epermohonan/index.php?program=PIDN



sumber : Portal Rasmi Pembangunan Modal Insan (eSILA) JPA
Latest update : 11 September 2013

Hadiah Buat Ibu & Abah


Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Dua daripada azam 2013 telah terlaksana.
Syukur yang tidak terhingga di atas rezeki yang diturunkan oleh Allah ini.
InsyaAllah jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, Mei 2014 nanti dapat sarung jubah sekali lagi. :-)

Tamat sudah semester akhir.
Hanya tinggal practical training sahaja lagi sebelum dapat mem'bebaskan' diri dari belenggu Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Statistik).

Alhamdulillah.
Walaupun kali ni bukanlah menjadi pencapaian terbaik.
namun aku bersyukur.
Aku bersyukur kerana hajat & impian ibuku tercapai.

Aku bersyukur kerana Allah memberikan aku keputusan yang setimpal dengan usaha..
Sedikit usaha dan sumbanganku, sedikit juga markah yang aku terima.
Begitu juga sebaliknya.
Namun, aku tak menyesal. Malah teramat bersyukur kerana aku tidak mahu mendapat keputusan yang bukan hasil usaha ku.
Alhamdulillah Allah memperkenankan doaku.

Ini adalah hadiah buat Ibu dan Abah yang tak henti-henti mendoakan aku..

Terima kasih Ibu..
Terima kasih Abah..

Untuk Akak, Abang Joe, Izzah, Iffah dan Incik Ngkong,
Terima kasih di atas sokongan yang tak putus-putus. Dan kehadiran mereka sentiasa mewarnai kehidupan aku di Shah Alam.

Untuk pensyarah-pensyarahku,
Terima kasih di atas semua ilmu yang telah diberi.
Tiada apa yang dapat membalas jasa-jasa mereka.

Untuk kawan-kawanku,
Terima kasih atas bantuan & kerjasama yang diberikan.
Dan TAHNIAH buat kalian juga. =)


***Tak sabar rasanya nak konvo!!!!! ;D

Thursday 1 August 2013

Si Tobi


Assalamualaikum semua!! Ramadhan semakin sampai ke penghujungnya. Ayuh!! gunakan peluang keemasan ini untuk merebut segala rahmat dan ganjaran sempena Ramadhan Al-Mubarak ini.

**************************

Masihkah anda ingat dengan kisah si Tobi yang pernah aku 'pinjam' dan bela sekejap tu??? Kalau tak ingat sila ke entry (INI).

Apa perkembangan Si Tobi ni sekarang???????

Taraaaa!!


Dah ayu dah dia!! hehe~~

Cuba tengok perbandingan dulu (kiri) dan kini (kanan) Si Tobi...


Perbezaan yang amat ketara!
Walaupun dah comel, tapi mata kiri Tobi masih tidak pulih sepenuhnya...
hmmmmmm.... Nak kena bawak pergi jumpa vet..
Sabar yer Tobi, lepas raya nanti kita gi...

Ok. Jom layan gambar-gamba Tobi yang lain.





Sekian sahaja kisah Si Tobi.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting