Tuesday 30 April 2013

Calculator Oh Kalkulator


Kalkulator adalah antara gadget terpenting dalam hidup aku sejak dari form 1 lagi. Matematik adalah subjek favourite aku dulu, kini dan InsyaAllah selamanya.. Aku pernah menjadi obses terhadap matematik & calculator. Sampai satu tahap aku langsung tak boleh tinggalkan calculator ke mana sahaja aku pergi walaupun pergi bercuti.. Itu cerita zamana sekolah dulu la.....

Scientific calculator dibenarkan didalam peperiksaan sebagai salah satu cara untuk membatu pelajar-pelajar. Tapi malangnya, tak ramai yang dapat menggunakan calculator sepenuhnya.. Bukan sebab di halang oleh guru atau pensyarah tetapi ramai yang TAK TAHU untuk menggunakan aplikasi didalam kalkulator sepenuhnya.. Pernah anda cuba membaca manual calculator??? atau anda hanya membuangnya??? Hanya berharap, "Nanti tanya kawan".. Inilah sikap orang kita... Jarang mahu mencari ilmu sendiri.. Hanya menunggu disuap... (Renungan untuk kita bersama)

Dah lah malas aku nak membebel.. Tujuan asal aku tulis entry ni sebebnarnya, nak share perkembangan & pengembangan scientific calculator dalam hidup aku.. hehe~


CASIO fx-350MS
Scientific Calculator PERTAMA dalam hidup aku..
Beli waktu form1. Setia bersama aku sampailah aku form 5.. Tapi malangnya kalkulator ni hilang sebelum Kertas 3 Biology SPM.. Sedih.... Terpaksa pinjam kalkulator akak dorm untuk jawab paper account...






CASIO fx-570 MS
Memulakan zaman Diploma Statistik di UiTM Perak dengan kalkulator ini...
Banyak berjasa jugak ni tau... Jawab paper fundamentals of math, Calculus I , Calculus II, economy, basic stat bersama calculator ini..
Sayangnya, dia dapat bersama aku sampai pertengahan semester 3 di UiTM Perak.. Calculator ni pun hilang di Dewan Sri Iskandar UiTM Perak (DSI lama..)



CASIO fx-570ES
Calculator ni aku beli pada tahun 2009..  Menjadi 'fenomena' jugak la calculator ni waktu tu disebabkan oleh interface yang jauh lebih efficient. Model ni juga pernah menimbulkan 'isu' dimana ada pensyarah yang mengatakan bahawa calculator ini tidak dibenarkan dibawa ke dewan peperiksaan. Tapi Alhamdulillah, isu selesai.. Boleh je kami bawak masuk exam hall... Setia berkhidmat dengan aku sehinggalah ia rosak SEMALAM (29 APRIL 2013). Hari yang sangat-sangat menguji ketahanan mental, bila masuk class multivariate + Finance tanpa ditemani calculator yang BERFUNGSI.




CASIO fx-570ES PLUS
Sekarang Casio fx-570ES dah tak ada di pasaran lagi.. Ianya sudah digantikan dengan model ini. Model yang nampak lebih feminine. Aku masih tak menemui perbezaan ketara antara model ni dengan model yang atas tadi. So, aku pun tak tahulahj apa yang 'plus' nya.. yang penting ia dapat berkhidmat dengan aku. :D






Bagi kami pelajar 'Math', calculator menjadi sebahagian dari hidup kami.. Oleh itu, pesanan penaja dari aku "Hargailah Calculator Anda"... hahahahhaha~~~~~


**** Gambar sedut dari Google..



Friday 26 April 2013

Besar sekalipun kalau ..........


Balik kampung akhir bulan 3 yang lepas,
aku telah secara separuh sengaja nya merosakkan mesin basuh kat rumah...
(Memang niat nak suruh ibu beli mesin baru. hahaha~)

So, hari rabu lepas, ibu pun mengheret la aku untuk meng'usha' mesin basuh baru...
At last, ibu pun decide la nak beli mesin basuh ni :


sumber : www.lg.com  

yup!! 16 Kg!!!

Disebabkan aku yang sememangnya secara rasmi & tidah rasmi telah dilantik sebagai Tukang basuh baju+Sidai Baju kat rumah ni selalu dok merungut nak kena basuh ber"trip-trip" menjelang hari raya dan juga bila semuanya balik kampung, ibu decide untuk beli terus yang 16 Kg.
Kalau aku merungut lagi tak tahulah nak cakap apa..
ish..ish..ish....

Lega lah kan bila dah ada mesin basuh besar gedabak cenggini..
So aku memulakan lah aktiviti basuh membasuh,



Baru aku sedar
bahawa sesungguhnya tanganaku

TAK

SAMPAI

NAK

AMBIL 

BAJU

di dasar mesin basuh ini!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

huhuhuhhuhu~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ibu cakap :
sedarlah yang tangan adik tu tak berapa nak panjang.. Tak payah berangan nak pakai mesin besar-besar...

Akak cakap :
Dik, ingat ea... kalau ada rumah sendiri nanti, beli yang 7Kg je cukup.. Ukur tangan di badan sendiri...

huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~~~~~~ T_T



Friday 19 April 2013

A'FAMOSA WATER THEME PARK


Assalamualaikum semua!!!
Hari ini nak cerita pasal 'percutian' sehari kami (Aku + Kawan-kawan) ke A'Famosa Water Theme Park Resort Melaka. 

Memandangkan ini adalah percutian PELAJAR, yang semua sedia maklum bajet tersangatlah terhad. Kami hanya merancang tapi tak sangka ianya menjadi kenyataan. Bajet kami hanyalah RM100 seorang termasuk duit minyak+tol+makan+enjoy.. Oleh itu, meh aku share jumlah perbelanjaan kami untuk satu hari ini :
_________________________________________________________________________________
PERBELANJAAN
Pengangkutan(VIVA)
Minyak kereta                : RM30 /kereta
Tol                                  : RM33.80 /kereta
Parking                           : RM 3.00 /kereta
**Sewa kereta                : RM80/sehari

JUMLAH   : RM 146.80

Keperluan (Untuk kegunaan 7 orang)
Sewa locker (besar)       : RM12.00
Sewa Tube x 2                : RM 20.00

JUMLAH   : RM 32.00

Perbelanjaan Perseorangan
Tiket water theme park  : RM36.00 (termasuk makan tengahari)/orang
Tiket Wayang                  : RM12.00/orang
Sarapan pagi                 : RM 5.00/orang

JUMLAH   : RM 53.00

**Kami hanya menyewa sebuah kereta (VIVA) sahaja
Perbelanjaan bagi pengangkutan dibahagi mengikut jumlah penumpang didalam kereta.
Harga tiket waterpark ialah untuk weekday sahaja.. Weekend harga lain ok.
_________________________________________________________________________________

Ok. balik pada cerita kitorang... 
Kami pergi dengan 2 buah kereta VIVA. Kereta aku sudah semestinya + kereta sewa. 








<<<<< Ini yang naik kereta sewa (Mama, Aida, Erni, Mok Long)







Ini pulak yang naik viva aku (Susue, Aku, Echa) >>>>>










Kami bertolak dari Shah Alam (Seksyen 7) lebih kurang pukul 8.00 pagi. Singgah di R&R Dengkil untuk sarapan. Memandangkan ini adalah PERCUTIAN BAJET, kami bawak bekal ok! Sandwich telur + Sandwich Sardin + Sosej.  Air je yang kami order..



<<<<< Tak payah nak malu-malu nak buat macam kami ni ok.. Semua orang faham yang kita ni BELAJO lagi..bukannya dah KOJE... hehe~

Destinasi masih jauh.. Tapi dah dok pung pang pung pang, pukul 9 lebih baru la kami sambung balik perjalanan....

kami sampai di A'Famosa Water Theme Park pukul 10 lebih... waterpark pun tak bukak lagi.. So, apa-apa hal pun bawa turun barang, beli ticket, tukar baju and so on cecah la gak sampai pukul 11 tu... Harga tiket waterpark ialah RM 36.00/orang TERMASUK LUNCH!!! Sangat berbaloi-baloi ok! 







^^^^^ Muka-muka keriangan tak sabar nak main air!! 

Lepas dah masuk, paham-paham je la... terjun!!!! Ada 4 game yang sesuai untuk golongan DEWASA.
1) Body slide 
2)Family Rafting 
3)Inner Tube 
4)High Speed (Yang ini aku sorang je yang tak main gara-gara phobia dengan kejadian kat Sunway Lagoon dulu)
Dah penat main benda alah ni semua, berendam lah kat kawasan ala-ala 'beach'... Dok tunggu ombak.... Selepas puas berendam, kami pun siap-siap mandi dan tukar baju and ready for FREE lunch!!Tapi kami tak letak high expectation la untuk lunch yang free tu.. 

Dulu kat sunway lagoon pun harap je order Nasi Goreng Ayam = RM10.00. WOW! bajet gempak! Sekali apa yang kami dapat ialah Nasi goreng cina+Daging burger Ayam! Nasi goreng AYAM la sangat... 

Sangat-sangat terkejut set lunch yang disediakan. Kami ada 4 pilihan
1) Nasi putih + Kari Ayam
2) Nasi putih + Ayam Kicap
3) Bubur Ayam
4) Nasi putih + Ayam halia
Setiap set termasuk 1 tin soft drink atau 1 botol air mineral..


^^^ Ini set yang aku pilih. Nasi putih + Kari ayam. MARVELLOUS!!!! ada 3 ketul ayam okay! Siriesly sangat-sangat sedap. Kari Ayam yang pekat + pedas!

Kawan-kawan aku yang lain pun sangat berpuas hati dengan set yang mereka pilih (Ayam halia + Ayam Kicap). So, kalau korang pergi sini tak payah risau pasal bajet makanan ok.. Tapi kalau ini tak menepati selera korang, korang boleh beli makanan lain yang dijual kat situ... Kami ni tolak batu + Kayu je.. Semua benda bedal.. hehehe~~

Dah kenyang, posing tyme!!!!!!!

1..2......3... Say Cheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeseeee!!










Akhirnya, pukul 5.00 petang, kami beredar dari sini..

Selamat tinggal A'Famosa Water Theme Park! Next time, panjang umur + Murah rezeki kami sampai lagi!! Such a great moment in here!!




 Ad-hoc idea memandangkan masih awal dan kereta sewa disewa untuk 1 hari, so kami terus plan nak ke Setia City Mall tengok wayang! Tengok cerita Oblivion. Memandangkan pukul 9 malam dah full house, so kami tengok pukul 9.20 malam... Itu pun dapat seat 4 dari depan! huhuhu~~

^^^^Sementara menunggu untuk tengok Oblivion @ GSC Setia City Mall

Lebih kurang pukul 11.30 malam, kami semua balik ke kolej/rumah.... Satu hari yang sangat-sangat-sangat menyeronokkan!! ;D


Thursday 18 April 2013

PENAT.TAKUT.SEDIH.KECEWA.RINDU.SAYANG = MARAH

-----------------------------------------------------------------------
Tulis entry lagi.. Adeh...
Aku tengah nak siap-siap gi class sebenarnya
tapi air kat dalam bilik air tu tak penuh-penuh lagi...
So, sementara tunggu penuh, merepek dulu kat sini..
-----------------------------------------------------------------------

Refer tajuk entry.
wooohoooo...
Adakah aku bakal menulis entry super duper gedix lagi?????
Jawapannya :
Tak!!!!

Ni entry penuh kematangan!
hahahha~~
(Aku sendiri gelak guling-guling)

tapi aku rasa aku dah MATANG la
(Amaran : Sila jangan termuntah kat sini!)

Sebab aku ni manusia tak suka tunjuk PERASAAN;
Aku ada formula tersendiri nak ekspresikannya.

Dulu kecik-kecik, formula aku ialah :
(p/s: Formula aku adalah hasil darab tau!)

PENAT.TAKUT.SEDIH.KECEWA.RINDU.SAYANG = MENANGIS GULING-GULING

Sekarang??

PENAT.TAKUT.SEDIH.KECEWA.RINDU.SAYANG = MARAH

kan matang dah tu...
hahahahahahhahahahha~~~~~~


Aku tak tahu nak buat apa sekarang, berdepan dengan masalah yang sangat berat, yang aku tak boleh nak luahkan pada sesiapa selain Allah, kadang-kadang buat aku seolah-olah hilang pertimbangan..
Aku memohon doa dari kalian agar Allah memberi aku kekuatan rohani + jasmani untuk menempuh semua ini..


Driving & Accident


Hello everybody!!!
(ceh! haktuih! bajet omputih lak tetibe!!)

Assalamualaikum WBT.
Hmmm...
Semalam ada berita yang sedih tak berapa nak sedih dah berlaku.
membuatkan aku migraine ke-tensen-an.


ada seorang pemandu yang mungkin hensem atau mungkin juga cun telah menghasilkan nukilan kreatif di punggung kereta viva aku.. OOOpppss salah.. viva IBU aku yang AKU pakai...
Tapi malas dah nak pikir, pandai-pandailah aku jawab dengan ibu aku nanti...
Hopefully ibu tak perasan...
huhuhu~~~

Wait!! wait!!
(Ceh! bajet omputih lagi!)
Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal viva yang ada hasil seni ni...
aku nak membebel pasal lain daaaa~~

ekceli (Tak bape nak omputih sangat kan..),
aku dah mula rasa penat+letih+bosan nak bawak kereta..
kalau lah pintu doraemon & awan terbang tu 'doable' and 'logic',
kompem aku dah 'recommend' kan untuk  project ENT (Entrepreneurship) aku tu..

WWWAAARRGGGHH!!!~~~
Kalau tak drive mannakan pulak nak sampai dari Port Klang-Shah Alam setiap hari kan?
hmmmmmm.....

Bila hari-hari drive tempuh kesesakan lalu lintas (lagi-lagi waktu petang)
aku selalu terbayang, kalau-kalau tetibe aku eksiden..
huaaaa~~
(Doa mintak dijauhkan semua ni)
Bila pikir, kadang-kadang buat aku rasa takut nak drive...
hmmmm.....

Tapi kalau dah memang itu ketentuannya nak buat macamana kan..
So, i hope.. (eh, terbajet omputih lagi...adeh...)
Aku harap.. Korang semua doakan aku sentiasa selamat okay.. ;D



Monday 15 April 2013

Ollie & Onnie


Hai semua!
Nama kami Ollie and Onnie!


Kami ada seorang PAPA dan seorang KAKAK..

Dulu kami duduk dengan kakak..
Tapi tak tahu kenapa. tiba-tiba kakak serahkan kami kat papa...
So, kami terpaksa tinggal dengan papa..
Tapi tak sampai berapa hari duduk dengan papa,
papa dah tinggalkan kami....
sampai hati papa...



p/s: Tolong jangan termuntah dengan entry super duper gedik ni. hahahahhahahaha 


Sunday 7 April 2013

Model Each a Cup


Ni sambungan aktiviti semalam juga..
Lepas habis majlis dekat Dewan Pendamar, 
kitorang (Aku, Akak, Izzah & Iffah)
berdezuuuppp ke GM Klang pulak..

Sebab dah penat dan kehausan,
sampai-sampai terus ke favourite port melepak aku kat GM ni..
"Each a Cup"


Each a Cup ni ala-ala cool blog la...


tapi bagi aku Each a Cup lagi sedap daripada Cool Blog
Harga dia pun tak semahal Chat time..

Kalau compare 3-3 ni, aku letak ranking
1. Chat Time
2. Each a Cup
3. Cool Blog

Rezeki semalam, dapat  discount coupons + balloons from Each a Cup..
(ada lagi 2 coupon yang tak digunakan.. :D )


aku suka environment kat Each a Cup ni...
Tenang...Bersih... friendly... Ditambah pulak dengan warna oren yang striking (favourite colour tu!),
memang port pilihan la kan...
hehehe~~

Layan gambar budak kecik berangan jadi model Each a Cup ni 












Lepas melepak kat Each a Cup, SHOPPING TYME!!!!!!



Pertandingan Mewarna & Ceramah Keibubapaan Anjuran KEMAS Parlimen Klang


Assalamualaikum semua!!!
Lately, aku mengalami kemalasn tahap gaban untuk mengupdate blog.
Tapi hari ni merajinkan diri juga....

Kali ni nak cerita pasal aktiviti aku hari Sabtu lepas (Semalam).
Dek kebosanan dan ketensen-an menghadap kerja yang berlonggok-longgok
 aku merajinkan diri yang semmangnya rajin ni untuk follow akak menghantar Izzah ke pertandingan mewarna di Dewan Taman Suria Pendamar..

Nama penuh event ini ialah
Pertandingan Mewarna & Bengkel Keibubapaan Anjuran KEMAS Parlimen Klang

Untuk pertandingan mewarna, setiap tadika KEMAS di Parlimen Klang perlu menghantar wakil seramai 10 orang termasuklah tadika Izzah (Tadika Baitul Islah)..

So, jom tengok gambar-gambar  kat bawah ni :

Sesi Pendaftaran

(Izzah and the gang..)






Bersiap sedia untuk memulakan pertandingan




Pertandingan bermula!!!!!



****Kakak mewarna kat belakang, Baby buat hal sendiri...
Ibu bapa pula perlu mendengar Ceramah Keibubapaan

(p/s : Aku yang tak jadi ibu pun lagi ni, join tau! Tak salah kan.... Kegunaan masa akan datang jugak..hehehehe~~) 





Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah



and tak sangka, IZZAH MENANG!!!!
Izzah dapat nombor 8 daripada lebih kurang 100 orang peserta!!!


Inilah hasil lukisan Izzah...
Dia tak warna background......
Akak lupa nak ajar dia suruh warnakan background..hehehe~~


So, tak sia-sia lah hari Sabtu aku... ;D

p/s : sekali sekala mencari pengalaman untuk masa depan.. hakhakhak~~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting