Thursday 30 June 2011

Biasiswa Skim Latihan Tenaga Pengajar Teknikal 2011

Anda berminat untuk mendapatkan biasiswa dan menjadi
tenaga pengajar di politeknik atau kolej komuniti??

Kat sini aku nak share satu peluang.
Kalau korang berminat la...
(Kalau berminat, habis je baca entry ni, terus apply taw. hehehe~~)

BIASISWA SKIM LATIHAN TENAGA PENGAJAR TEKNIKAL KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 2011 (SLTP 2011) : DALAM NEGARA

Senarai bidang tajaan : (sini)

________________________________________

Apa Syarat-syarat nya???

1. Warganegara MALAYSIA.

2. Telah mendapat tawaran untuk mengikuti program IJAZAH SARJANA MUDA di IPTA, UTP, MMU atau UNITEN

3. Sekurang-kurangnya mempunyai baki pengajian 2 TAHUN dan ke atas.

4. Berumur TIDAK MELEBIHI 25 TAHUN pada 1/1/2011

5. Mendapat PNGK SEKURANG-KURANGNYA 2.75 DAN KE ATAS pada semester terkini atau di peringkat Diploma/ Matrikulasi/ Asasi/ STPM.

6. BELUM mendapat penajaan biasiswa/pinjaman dari mana-mana penaja lain.

7. KEPUJIAN dalam BM dan BI di peringkat SPM.

8. Mendapat SEKURANG-KURANGNYA BAND 3 dalam MUET.

9. AKTIF dalam kegiatan kokurikulum dan aktiviti kemasyarakatan.

10. Mempunyai MINAT & KECENDERUNGAN untuk menjadi PENDIDIK.

________________________________________

dah lepas syarat-syaratnya???
oooopss...
Nanti dulu....
Belum boleh mohon lagi....

Adakah anda :

1. PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI????

atau
2. MEMPUNYAI IKATAN KONTRAK dengan mana-mana agensi Kerajaan ataupun Swasta???

Jika YA, Anda TIDAK LAYAK MEMOHON
(boleh stop baca entry ni..hehehe~~)

Jika TIDAK, Anda LAYAK MEMOHON
(terus baca taw!!)

________________________________________

Cara-Cara Permohonan

Sila buat permohonan online di (sini) sebelum atau pada 15 Julai 2011.

dan

Hantarkan salinan Cetakan permohonan dan dokumen sokongan ke alamat berikut sebelum 23 Julai 2011.

SETIAUSAHA BAHAGIAN
BAHAGIAN BIASISWA
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
ARAS 2 NO.2 MENARA 2
JALAN P5/6, PRESINT 5
62200 PUTRAJAYA
MALAYSIA
(U.P.: UNIT BIASISWA)


Untuk maklumat lanjut n sumber : (sini)

________________________________________


***************************************

Ok... Sebelum aku 'The End' kan entry ni, aku wish GOOD LUCK untuk semua yang mohon.. try ur best k... Jangan mengalah sebelum berjuang...
Rezeki itu di tangan Allah S.W.T.
:)
and
Kalo dah dapat tu, jangan lupe belanja aku yang tak layak meohon ni..hehehehe~~~~~~~

Sunday 26 June 2011

Chipsmore di hatiku...

Hari ni nak story pasal biskut peberet aku waktu zaman duduk ostel sekolah menengah dulu (ASPUTIGS)...


-Chipsmore Butter Crunch-

Zaman kegemilangan kami & Chipsmore -2007..
Waktu form 5...
Memang hantu biskut Chipsmore masing-masing
(Budak meja stadi aku : Aku, Iema, Atul, Lina, Ain Shahri n Shida)...

Biskut ni memang WAJIB ada dalam LOCKER BUKU aku..
besela
Dak ostel kan memang selalu kelaparan...
hahahha~~~

actually,
Locker buku aku kat bilik prep pun telah ditransform dan diwakafkan menjadi locker makanan bersama... hehe~~
Memang tak ada seketul buku pown dalam tu.
hehehe~~
Bukan sengaja....
sebab
Aku dapat locker buku bahagian bawah,
so, kalo banjir memang kompem2 tenggelam..
daripada menanggung risiko buku yang rosak, baik aku letak makanan je..
Tak ada lah rugi sangat kalo basah pun..
Betowl tak??
hehhe~~~~~

Yang selalu supply Chipsmore n ape2 jenis biskut dalam locker aku tu ialah my fren Razmarima aka Iema...
P/s: Iema, Halalkan yer segale biskut2 ko yang kami dah telan.. hhehehe~~

Nyum..nyum....
Sangat seronok mengunyah Chipsmore waktu prep..
Tak kira lah prep petang ke prep malam ke prep ujung mgu ke...
Asal lapo, bukak Chipsmore...
Makan ramai-ramai...
Bila warden round check, nyorok chipsmore bawah meje...
hahahahahha~~~~~

Waktu tu, setiap bungkusan chipsmore ada dapat kad2 ni :

-Kad Chipsmore-

So, aku dijadikan 'pemegang amanah' untuk menyimpan kad2 ni....
Layannnzzzzzzzzzzz...

Hari ni aku selongkar balik kotak2 yang menyemak dalam bilik aku neyh...
Sekali terjumpa balik bendaalah ni...
tu yang terus teringat n buat n3 ni..
hehehe~~

P/s : Cube korang teka, berapa banyak kitowang telan chipsmore sepanjang tahun 2007... hehehe~~
-Cuba teka berapa banyak???-


Saturday 25 June 2011

JPA lagi...


Walaupun JPA dah mengumumkan
pembekuan pengambilan dan pengisian jawatan kosong kerajaan sehingga 31 Ogos 2011

tapi tetap kena lapor diri.
Walaupun lapor diri after diploma bagi
merek-mereka yang berhasrat nak further study ni cam 'tak ada maknenya'
coz bila dah dapat offer untuk degree nanti,
terpaksa buat surat pembatalan lapor diri and penangguhan perjanjian..
memang macam sia-sia je kan lapor diri ni??

tapi tak apalah..
Bak kata ibu aku
"Dah makan duit rakyat tu, jangan banyak songeh. Ikut je la prosedurnya.."

Betul..betul..betul...

so layanzzzzzzzzzzzzzz...............

Nak tau apa dokumen yang aku dok sebok merajinkan diri beurusan di UiTM Shah Alam haritu??

Semuanya kerana 2 keping kertas ini :


-Surat Pengesahan Tamat Pengajian-


-Mini Transkrip-
(Sekarang dah tak boleh access kat internet je..huhuhu~~)

Thanx to Bahagian Pengurusan Rekod Pelajar & Konvokesyen UiTM Shah Alam yang banyak membantu. :)

Alhamdulillah, semalam aku dah selamat mengepos dokumen-dokumen lapor diri kepada pihaak JPA...

Dah terlanjur pergi pejabat pos tu,
kena paksa dengan ibu untuk :


Daftar Mengundi!

Ok inipun settle..
Lepas ni, tak adalah aku kena ceramah dengan ibu pasal tak pergi daftar.
Lagi-lagi sejak 2 menjak ni kan sibuk isu nak pilihan raya..
tu yang ibu mempergiat 'kempen' kat aku tuh..
Layanz je la......
hehehe~~~~

Friday 24 June 2011

Gift..

This is a gift from Ibu.... :)


Jam ni actually hadiah 'terkumpul'.

terkumpul???

terkumpul from :
2 tahun punya bezday + 2 kali result exam
yang ibu aku tak bagi hadiah..

kenapa aku pilih JAM??
Aku rasa dari aku kecik sampailah sekarang, JAM adalah hadiah yang sentiasa jadi favourite aku.. :)

kenapa??
sebab aku SUKA jam. hehehe~~

kenapa??
sebab Jam sentiasa dekat dengan diri aku..

kenapa??
Sebab hampir 24jam sehari aku pakai jam.. :)

Kenapa BUZZ??
yang penting bukan sebab terinfluence oleh 'BUZZ" di ym k...hahaha
actually aku dah nak terbeli GUESS... tp usha punya usha tiba-tiba cam 'cinta pandang pertama' kat jam ni.. walaupun jam GUESS yang aku dah nak terbeli tu berwarna MERAH!!!
n setelah menimbang2 diz BUZZ punye characteristics yang sangat2 menarik.
(nak taw? klik kat link yang aku dah bagi kat atas tu..)
Alamak, berangan jadi duta BUZZ plak aku neyh.. hahahhaha~~~~~

Ada member aku tanya kenapa tak mintak hp as a gift?..
(Almaklumlah aku pakai enpon RM79 je kan...)
sebabnya,
aku suka campak2 enpon...
tapi aku TAK PERNAH campak jam taw!...
kalau TER jatuh tu adela.. tapi campak dgan SENGAJA, tak pernah...

Bila kita dapat hadiah daripada sumone mesti kita rasa kita nak simpan benda tu sampai bila-bila kan?
Kita nak jaga benda tu seelok-eloknya..
Kalau ibu aku bagi enpon yang memang2 aku tak pandai jaga dengan cermatnya, tak sampai 2 tahun kompem, dah Inalillah enpon tu... hehe~~
Sebab tu, bila ibu aku tanya nak hadiah apa, mesti aku pilih JAM tangan..
Walaupun aku dah ada banyak jam tangan..
Walaupun macam a bit olskool kan mintk jam tangan..

But...
Do I Care??????

yang penting
aku SUKA
aku PAKAI
aku JAGA

Thanx IBU!!! :)



Sunday 19 June 2011

Jalan-jalan Cari Makan

Bila datang ke rumah En.Azizul Othaman & Pn. Erma Dirwani,
memang kompem-kompem
tahap pengembangan badan berlaku secara MAKSIMUM nya..
sebab...........................
MAKAN.MAKAN dan MAKAN!!!!!!!!
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

meh aku story dari mula aku sampai, sampailah ke hari ini....

Isnin
Aku sampai di Terminal Klang dalam pukul 7.00 petang..
Terus pergi Jusco Bukit Tinggi cari "hadiah" (next entry aku cerita)
Dah dapat benda yang dicari terus gerak g gerai makan area rumah akak aku..
tak ingatlah ape nama dia..
bese dengar akak + abang ipar aku sebut 'Kedai Lan' je.
Malam tu aku order Nasi Paprik + Tom Yam Campur..

Selasa
Hari ni akak aku rajin..
memandangkan abang ipar aku kerja,
so, duduk rumah je la...
Makan kat rumah.. Akak aku masak...
Malam tu aku ajar akak aku cara-cara masak Char Kuey Teaw (yang ni aku expert)..
So, menu malam tu ialah Char Kuey Teaw.

Rabu
Aku pergi uruskan hal dokumen-dokumen lapor diri kat UiTM Shah Alam...
Balik dari UiTM g jenjalan kejap then singgah makan kat sini :

-Restoran Lamani Lim-

Kat sini makanan yang best adalah Nasi Goreng...
Orderlah apa jenis nasi goreng pown. BEST!

menu aku :
Nasi Goreng Thai + Air Kedondong Asam Boi

Nak tau tempat ni dengan jelas, terang & Nyata ,
Sila search kat Google..

Khamis
Hari ni 'makan besar'
kata Abang Joe ni as hadiah bezday + hadiah utk result aku hari tu...
Kitorang makan kat Restoran Tasik Indah..
Ala yang dekat depan Plaza Alam Sentral tu...

-Restoran Tasik Indah, Shah Alam-

Ikan Steam kat sini memang sangat-sangat SUPERB!

menu yang kitorang pilih :
Tom Yam Campur
Ikan Steam Ala Thai
Butter Prawn
Sotong Dried Chilli
Ketam masak telur masin
Sayur Campur..

Memang Kenyang gyler..
Lepas makan masuk Alam Sentral jap,
Abang Joe nak cari barang untuk laptop dia...
Akak plak shopping baju..
Layan je la... yang pasti perut dah kenyang nak jalan pun tak larat....

Jumaat
memulakan ekspedisi lepas sembahyang jumaat
hari ni kena gi UiTM Shah Alam lagi..
before pergi sana sempat singgah makan kat sini :

-D'Taman Cafe, i-city Shah Alam-

Nasi Ayam kat sini best...
Kalau nak diet, boleyh la gi sini..
sebab..
bak kata Abang joe
Nasi dia 3 kali suap dah habis.
hahahh~~~~~~~~~

actually, before keluar rumah kitorang dah pekena Nasi Kandar..
memang masing-masing perowt Tong.. hahhaha~~

dah kenyang, barulah gerak ke UiTM Shah Alam..
Dekat 2 jam lah jugak baru settle...

lepastu singgah di Jusco Bukit Raja plak...
Akak aku nak borong barang-barang harian budak berdua ni (Izzah + Iffah)..
habis beli barang-barang,
kononnya nak singgah minum.
sekali makan + minum daaaa....

-Old Town White Coffee, Jusco Bukit Raja-

menu aku:
Bihun Tomyam
(Sedap.. tapi kalau dye tak letak udang kering yang masin tu lagi sedap...)
Iced Choc

sampai rumah, dah kenyang,
TIDO..zzzzzzzzzzzzzzzz~~~~~~~~~~

Sabtu
Ingatkan tak ada nak gi memane dah...
sekali anak kawan abang ipar + akak aku bersalin..
So, dalam pukul 3 lebeyh, gerak ke Hospital Bersalin Razif, Klang...

macam bese kalau keluar, tak makan memang tak sah...
balik dari hospital, mula-mula nak makan kat Skinchan Ikan Bakar, Bandar Botanic
Orang sangat ramai...
kitorang dah masuk and hampir2 nak duduk...
tapi......
tiba-tiba terdengar ada beberapa customer complain kat waiter dah berejam kat situ tapi makanan tak sampai agy..
so, before kami mengalami nasib yang sama, baik bla dulu..
perowt dah lapo neyh...
pikir punya pikir
last-last masuk JJ Bukit Tinggi
Makan kat sini :

-Black Canyon Coffee, JJ Bukit Tinggi-

nyum..nyum...
kat sini western food dia je agak kureng...
yang lain memang sedap...

Akak + Abang ipar aku gylerkan coffe kat sini
tapi macam besela. pergi la mane2 coffee cafe,
aku tak akan minum coffe or adik beradik coffee...
tak berani aku nak amek risiko before migrain aku menyerang..
so, iced choc je la yang aku pilih...
huhuhu~~~~

AHAD
hari ni tak ada gi memane kowt...
Abang ipar aku keje....
Besok, ibu n abah aku datang jemput aku..
Maka berakhirlah moto
"Hidup Untuk Makan"
hehehe~~~

p/s : Gamba sedut from Google. :)


Wednesday 15 June 2011

MUET Result

Entry kali ni memang entry yang sangat-sangat-sangat TAK GREAT!
patutnya memang tak sesuai nak post kat blog neyh.
tapi nak buat macamana kan.....
aku tak ada lagi blog "Sumthing NOT GREAT in my life"
So, conteng je la kat sini.....

ok...
13 June 2011
Monday
MUET telah dikeluarkan keputusannya..



sangat HUDUH result ku..
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~~



Padan muka aku!
nak amek MUET, bukannya nak study.
Esok nak ambil MUET, siap layan Movie + Novel sampai ke pagi...
Memang SANGAT PATUT la dapat result camneyh!
huhuhuhuhu~~~

tapi watevapun...
MUET dah lepas...
Biaq pi la...
Terima je la seadanya...
Syukur dengan apa yang dapat........

Janji dah ambil MUET...
tak adanya aku nak gi amek MUET ni lagi....

Friday 10 June 2011

Kenapa BENCI maths??

Kenapa TAK SCORE A untuk Maths?

Answers :
Maths itu susah.
Tak faham nak jawab.
Banyak sangat kira. Peninglah...
Maths dalam BI, tak faham....

Those are the common answers yang kita terima bila tanya pasal Maths pada budak-budak sekolah rendah (sekolah menegah dah gune kalkeleter) yang ada masalah dengan maths....
Bila sebut Maths je,
one words yang terlintas kat kepala diorang ialah SUSAH.

mind set...mind set...
Bila sebut Maths, semua jadi negative....
haish..
Budak-budak neyh.......

Majority mereka-mereka yang tak boleh nak buat Maths ni sebenarnya,
berpunca daripada ini :

S.I.F.I.R.

sebab TAK HAFAL SIFIR!

Bukan sebab BAHASA!
yerla kalau nak jawab soalan
2564 x 345=???

perlu guna BAHASA ke??

Sifir ibarat NADI dalam Maths..
Bila tak hafal sifir macamana nak buat :

Multiplication?? (darab)
Division?? (bahagi)
Fractions?? (pecahan)
Percentage?? (peratus)
Decimals?? (perpuluhan)

"Ape pun tak bleyh...."

yang bolehnya hanyalah jawab soalan basic Whole Number and Tambah tolak je la...

Hari ni memang kesabaran aku dah menipis gyle mengajar Maths budak-budak nak ambil UPSR bulan 9 neyh...
Tinggal 2 bulan je lagi nak exam tak hafal-hafal sifir.
Adik-adik oii... berapa lama korang hafal sifir?? dah bertahun ok? sifir tu darjah 2 lagi dah kena hafal!!
Adeh!!
kesudahannya... Mereka kena 'dera' dengan aku.
bukan 'dera' sampai patah riuk anak orang..
Dera hafal sifir 2 sampailah sifir 9..
Selagi tak hafal n aku soal sifir jawab salah, selagi tulah aku tahan dyowang tak bagi balik.
Sampai menages-nanges dyowang hafal sifir..
hahahhaha~~~

That's 4 ur own good la adik-adikku sekalian....
Biar korang nanges sekarang, dari korang nanges sebab tak lulus Maths UPSR nanti!

Pengalaman aku dulu,
Bila belaja je sifir kat sekolah waktu Darjah 2,
balik rumah, aku pun 'didera' begini oleh Ibu...
sampailah aku hafal...
bukan setakat sifir, tambah tolak pun sama...
Ibu memang 'Anti' kalau nampak aku kira (tambah & tolak) guna jari...
bila kira mesti 'CONGAK' je dengan pantas...
Kalau nampak aku kira guna jari, memang ibu ketuk tangan aku guna sisi pembaris..huhu~~ sakit wooo~~~
garangkan ibu??
Kerana kegarangan itulah, yang menjadikan aku seperti sekarang....

Dalam banyak-banyak sejarah aku dengan Maths,
aku suka dengan system kat sekolah rendah aku dulu...

Waktu darjah 2 or 3 je mesti dah kena dapat lencana "Bintang Matematik"...
kena compete dengan kawan-kawan...
berebut siapa yang dapat dulu...
Bukan dapat cenggitu2 je..
Kami akan di'test' kelancaran n kecekapan sifir (Darab & Bahagi)
Kalau lepas barulah dapat lencana ni...
Guru Besar taw yang akan 'pin'kan kat tudung or baju waktu perhimpunan hari isnin.
(Ala-ala Sultan bagi pingat kebesaran...hehe~~)
Bangga wooo, bila dah pakai lencana ni dulu....
hehehehe~~~

(aku dah terhilangkan lencana ni.. tapi lebih kurang macam ni lah rupenye.... kena pin kat tudung tiap-tiap hari...)

Walaupun cam 'kelakar' je, tapi sebab kewujudan lencana ni la aku n membe2 berhempas pulas menghafal sifir....

Konklusinya, wahai adik-adikku sekalian...
Hafal lah sifir tu...
Belajarlah MENCITAI Mathematics....
sesungguhnya MATHEMATICS itu MUDAH & MENYERONOKKAN.
(tapi kalo tak hafal sifir, macamana nak seronok or beronok-ronok?????)
Renung-renungkan.. Selamat Beramal..
hehehe~~

p/s : ni versi untuk budak-budak sekolah rendah taw.... :)

Thursday 9 June 2011

Mimpi Dipatuk Ular...Hmmmm...


Pernah mimpi dipatuk ULAR??

Meh aku nak stowi....

pagi tadi, my sis bagi sms sekat ibu
cerita pasal mimpi dia kena patuk dengan ular...
Ibu pun cakap la,
biasanya bila mimpi ular maksudnya:
Ada kaitan dengan gangguan makhluk halus...

O-o-o-o-o-o-o
Lega.....

Kenapa??
beberapa hari lepas aku pun mimpi kena gigit (bukan patuk) dengan ular..
Kan orang suka cakap,
kalau mimpi dipatuk ular maknanya ada orang nak masuk meminang.
so, bila ibu bagitahu kat akak maksudnya macamtu,
aku pon stori la kat ibu pasal mimpi aku tu...
nak tau ibu cakap apa???

"Kalau orang BELUM kawen mimpi kena patuk ular
memangla maknanya ada orang nak masuk meminang..
Mana boleh samakan mimpi akak dengan mimpi adik. Akak tu dah KAWEN. Ha? siapalah tu??"

Adeh...

Think Positive..
Mimpi tu kan mainan tido....
lagipun bak kata ibu
Semuanya di tangan Allah S.W.T

Maksud disebalik mimpi tu Tak Wajib percaya pun...
Sebab SEMUANYA DITANGAN ALLAH S.W.T.
Kun-Fa-Ya-Kun

p/s : Sebenarnya banyak sangat tengok gambar ular kat Google hari tu sebab nak buat soalan test English darjah 1.. tu yang sampai termimpi-mimpi tu.. hehhe~~

Wednesday 8 June 2011

B.A.S.I.K.A.L


Setelah sekian lama tak menunggang basikal...
Akhirnya.....



hehehe~~
Nasib baik la masih reti lagi nak 'bawak' beskal neyh...

memang sangat-sangat lama tak 'bawak' beskal...
Maklumlah kat rumah aku memang tak ada sebijik beskal pown....
beskal Abang Chik pun memang letak kat rumah nenek..
Yerla... agak risau kalau Abang Chik main kat rumah aku...
kereta banyak...
Kalau kat rumah nenek, tak ada la risau sangat...

So, semalam bila aku tengok
cousin-cousin aku yang belum cukup umur tu main beskal..
rase cam best plak...
so kidnap satu beskal n join dyowang sekali...

mengimbau zaman aku kanak-kanak ribena dulu...
geng aku kompem la My Dearest Cousin, Mohd Amli (AM)...
waktu ibu aku pergi haji dulu,
aku stay umah Am...
So, dalam tempoh 45 hari ibu aku g haji tu,
almost tiap-tiap hari kitorang ponteng sekolah agama sebab nak racing beskal...
(yerla, tyme ibu aku ada, rekod bersih..mne pernah ponteng sekolah agama..hehehe~~)
Mak cik n nenek aku pown dah tak terkate apa...
tapi at last (dah dekat2 ibu aku nak balik)
kitorang insaf.....

sebab...............................

kitorang eksiden sesme sendiri waktu racing beskal!!!
aku la yang paling teruk...
dah jatuh, terseret plak kat tanah..
memang SUPERB...
dah cedere terowk, takut gyle nak bagitahu mak cik + nenek aku...
so wat adegan romantica de amor..
aku ubatkan am..am ubatkan aku...
hahahhahahaha~~~~~~~~~~

tapi semua dah tinggal kenangan....
bila semua dah besar,
masing-masing buat haluan sendiri dah.....
naj jumpa sekali sekala pun susah...
Tyme aku cuti, am tak cuti..
Tyme am cuti, aku pulak tak cuti...
itulah sebabnye, ak dh lame tak sentuh beskal..
geng sudah tiada...hehehe~~



Monday 6 June 2011

Kenapa 'E'?


Semalam 5 Jun 2011..
Birthday my sister, Erma Dirwani binti Mahmud yang ke-32...
(Jauhkan beza kitorang?? almost 11 years....)
She is my only-only-ONLY-only sister yg ada..

ERMA DIRWANI BINTI MAHMUD

so, HAPPY BELATED BIRTHDAY AKAK!

akak tuntut hadiah dr aku..
nak bagi apa erk???

ermmm...
Haritu bezday Gendut n Pau (my nieces merangkap anak2 akak)
aku cari hadiah Buy 1 Free 1..
so, satu untuk Gendut, satu untuk Pau...
Save Budget aku...
hahaha~~

kali ni boleyh tak buat macam tu jugak??...
cari Buy 1 Free 1 jugak...
1 bagi akak, 1 simpan smpai birthday Abang Joe..
hikhikhik~~

Sorry la akak ku..
Adikmu ni memang KEDEKUT...
Almaklumlah...
sayekan penganggur terhormat...
hehehe~~

n3 kali ni jugak nak share apa maksud disebalik nama-nama adik beradik aku..
Semuanya bermula dari huruf 'E'.
kenapa 'E'??
sebenarnye bukanlah 'E' yang jadi ukuran utama waktu ibu nak letak nama kami semua..
tapi sebaliknya ialah huruf 'Alif'- Permulaan huruf arab or jawi..
Alif yang berhamzah dibawah..
itu yang at last membentuk semuanya jadi 'E'.. :)

ERMA DIRWANI aka AKAK
(macam 'indon' sikitkan bunyinye??hehehe~~)
Membuang segala yang keji..

EDDY SUFFIAN aka ABANG
Tangan yang Suci

EDDY AMIR aka ABANG CHIK
Tangan yang Memakmurkan

EHDA AL-NAJIHAH aka ADIK
(P/S : Aku dh pnah bgtaw korang kn??)

Actually, aku ada 2 orang ABANG lagi (Between Akak + Abang)... EDDY MASWAN & EDDY SYUKOR..
tapi mereka dah meninggal dunia semasa baru dilahirkan...
sebabtu la, ad gap 6 tahun antara akak aku n abang aku..

So, sekiranya ada yang berminat nak menjplak, sila bayar royalti kepada ibu saya yer.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting