Tuesday 31 January 2012

Kisah Izzah & Iffah

4 hari budak berdua ni balik kampung

(Iffah & Izzah)

huru hara sebentar hidup aku...
Almaklumlah, melayan kanak-kanak yang 'jakun' tanah ni...
hehhe~~

Yang paling hebat, Izzah la...
Memang dari Klang lagi dia dah cakap
"Izzah balik kampung nak tolong atuk."
Bila dah sampai, memang itu la yang dia buat...

Tapi.....Hasilnya.. 
Ibu aku hanya mampu geleng kepala dan cakap
"Cucu...Cucu..."

Izzah tolong cabut rumput kat laman, 
at last dengan pokok cili ibu yang baru tanam pun dicabut sekali...
belum masuk bab dia bergelumang kejar ayam dalam reban lagi...
nasib baik la ayam-ayam tu tak sampai ke tahap 'Trauma'....
Josh memang tak melekat kat rumah la...
seboleh mungkin Si Josh mengelak jumpa dengan Izzah......

Kali ni, awal-awal lagi aku dah nyorokkan pasir kumbahan josh...
sebab takut sejarah berulang..
Waktu balik kampung yang lepas, ada ke patut Izzah ambil pasir kumbahan Josh
bagi dekat ayam..
Sebab dia tengok rupa cam sama je antara Pasir Josh dengan Dedak (Makanan Ayam)..


Izzah..Izzah....

Itu Izzah... Dia buat hal pun banyak kat luar rumah..
Iffah???

keje dia, tak lain masuk bilik aku
Then???


Oh!!! TSUNAMI!!!!!!

Sunday 29 January 2012

Tempoyak.


Akhirnya, aku berjaya jugak menghasilkan ini:


SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS

Aku baru 'belajar' makan tempoyak pada tahun 2008..
Since masuk UiTM Perak
Roomate aku waktu tu, Nur Shafiqa binti Mohd Moabdah @ Ika
yang memperkenalkan aku dengan tempoyak ni, khususnya sambal tempoyak yang kat atas tu..

Family aku memang tak pernah masak Tempoyak ni..
Almaklumlah, ibu memang tak makan Durian..
So, tempoyak memang tak pernah wujud kat dalam rumah ni sejak zaman berzaman...

Kalau dulu boleh la merasa sambal tempoyak yang umi Ika buat,
tapi sekarang ni memang dah tak ada lah...
Haritu aku mintak tolong makcik aku (Mama) buatkan
tapi rasanya tak sama macam yang umi Ika buat..
Sebab Mama guna Daun Kunyit... Umi Ika pulak guna Daun Kesom...
So, aku pun mintak resipi dari mama
and tukarkan Daun Kunyit kepada Daun Kesom...

Alhamdulillah
percubaan pertama yang aku buat tadi BERJAYA!!!!!!!!!!
Senang je rupanya nak buat.. Tak sampai 10 minit boleh siap!
Walaupun tak sehebat rasa yang Umi Ika buat, tapi ok la..
"dun wori..prektis mek perfek..."
hehehe~~~

Monday 23 January 2012

Masalah is Problem


oh...
semua technician sedang bercutikah????????

(Website Bursary UiTM)


(Portal eSILA JPA)



hohohoho~~~
terbantut segala urusan.... 
lagi-lagi urusan yang berkaitan JPA...T_T
Nak call, semua tengah bercuti.... alternative yang ada hanyalah guna e-mail.. 
aku dah e-mail pihak JPA
hopefully mereka dapat settlekan secepat mungkin....

Sunday 22 January 2012

Penantian Berakhir (Phase 4)

Alhamdulillah..
setelah sebulan lebih menanti maklum balas dari pihak JPA
untuk pembetulan tempoh tajaan (4 semester kepada 5 semester).
Akhirnya 20hb Jan 2012
emel yang ditunggu-tunggu tiba...
Selesai lagi satu masalah..... ;-)



Thursday 19 January 2012

Lega (Phase 3)


Alhamdulillah,
selesai sudah peperiksaan untuk semester 3 ni..

sedar tak sedar,
Dah habis satu sem rupanya....
Cepatnya masa berlalu...

Now, ready untuk balik kampung!!!!
yeah!!


Oh, Selamat Tinggal Kolej Mawar..
Semester depan aku dah 'berhijrah' dari kolej ni... ;-)

Wednesday 18 January 2012

18 Januari datang lagi....

18 Januari 1948;
Ayah dilahirkan.......
18 Januari 2012;
Tahun ke-13 aku tak sambut birthday Ayah.....

Semoga Roh ayahandaku, Allahyarham Mahmud Bin Hj Yahaya
dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..

Al-Fatihah...

(Adik rindu + sayang Ayah sangat-sangat!!!!!!)

Penantian Berakhir (Phase 3)

Alhamdulillah Syukur....
JPA dah mem'bank in' kan duit ke dalam account!! ;D


TENKIU JPA!!!

Last Minute????


Study Last Minute??
Boleh ke??


Kalau tanya cikgu-cikgu or motivator
mesti diorang akan kata "JANGAN"

tapi pada aku
terpulang pada individu tu sendiri..
Kalau dia rasa boleh dengan cara itu,
InsyaAllah, ianya tak menjadi masalah.....

Aku ialah salah seorang manusia yang SANGAT-SANGAT SUKA
study last minute...
Dari zaman sekolah sampailah sekarang....

cuma satu je yang aku boleh
komen pasal study last minute ni;

PENAT

siyesly, sangat-sangat penat bila study last minute..
yerla;
kita paksa otak kita untuk sumbat segala-galanya dalam masa yang singkat;
mawnye tak penat....
Lepas je habis exam or test,
rasa penatnya mengalahkan pergi jogging 2 km..
hehehhe~~ 

Sunday 15 January 2012

J.E.A.L.O.U.S



HOHOHOHOHOHO~~
Jeles woooooooooo!!!!
Grrrrrrrrrr....
oohhh...
Rileks Ehda....
"Ikut Hati Mati...Ikut Rasa Binasa"!!!!!!!!!!
Biaq pi la....
brrrrrrrrrrrrrrr.................


*pic-credit to google*

Thursday 12 January 2012

Penantian Berakhir (Phase 2)


Alhamdulillah Syukur!!!
Berita gembira dah diterima...
PENYATA DAH TERUPDATE!!!!!


Tinggal tunggu duit di bank in ke dalam account.. ;-)




Wednesday 11 January 2012

Korang perasan tak??


Super Ring Riang.. Super Ring Lazat...Super Ring Super.. Jom Bergembira... lalalala~~~~~~~~
Korang perasan tak SUPER RING sekarang dah LAIN????!!!!
ke aku sorang je perasan?
Eh, tak la!!! membe aku Cik Susue pun perasan!!!

Dulu kecik-kecik kalau makan super ring
yang sebungkus doposen tu
dengan rasa keropok tu yang 'padat' + rangup
and sebungkus penuh ngan super ring...

Beberapa tahun kebelakangan ni,
Super ring cam dah kureng bez..
Kalau beli yang besar tu pun, isi dalam dia separuh je la...
apatah lagi kalau beli yang doposen tu (eh, sekarang dah tigeposen!)
boleh dikira berapa ketul super ring dalam tu..
Rasa dia pun dah tak 'padat'.. cm kosong je..
(haish!! aku tak tau la nak terangkan camana...)
yang penting dah tak berapa nak sedap!!

Dulu Vs Kini

walaumacamana pun rasa Super Ring ni tetap tak memudarkan rasa CINTA aku terhadapnya...
nyum..nyum..

Yang sekarang, Kalau korang beli Super Ring dah lain dah...
Isi dia dah bertambah...
Size Super Ring punya ring tu lebih kecil..
Jadi, bila dia dah kecil
ring tu rasa sangat padat.
Bila makan.. OWH!!! Nikmatnya!!!!!!!!!!

First time aku perasan kelainan ni
bila makan Super Ring yang atok belikan bulan lepas..
Mula-mula cam pelik..
Ingatkan Super Ring versi cetak rompak
Almaklumlah dah terkena sekali... (baca sini)..
usha kat pack dia tengok cam Original...
Then, beberapa hari lepas tu aku beli pulak..
yup memang CONFIRM super ring dah lain!!!

HIDUP SUPER RING!!!!
heheh~~

Tuesday 10 January 2012

The "Amazing" Database!!!!


Aku hanya mampu tergelak selepas menjawab paper Database tadi..
hahahahhahahaha~~~~~~~~~~~~~
kenapa??
sebab terlampau "senang" !!!
hahahha~~
tak caya??
cuba tengok bawah ni :


meh aku tulis balik apa kat atas tu..
d) Suggest a suitable fragmentation schema for the CUSTOMER_CREDIT_CARD relation based on the information given. (6 Marks)
kita gi soalan e) pula
e) Is your fragmentation in (d) correct? Explain your answer (2 Marks)

kalau la korang yang dapat soalan (e) tu apa korang jawab???

Agak-agak ada tak yang jawab "No, my answer is wrong" ??
hahahahahhahahaha~~~~~~~~~~~ 

p/s: actually dh mls nak pikir..merapu je jawab tadi... rasa macam tak penah belajo database je..huhuhuhuhuhu~~~ T_T

Database Oh Database..


10 January 2012
2.15pm - 5.15pm
Database Management System

ini Paper ke-2 aku..

nak kata dah ready nak jawab, entahlah...
dengan notes aku yang sangat suci tanpa sebaran 'kekotoran';
aku pun musykil apesal la 'bersih' sgt notes aku ni...


Walaupun 2 hari ni keadaan kesihatan fizikal + emosi aku
yang kurang baik agak menganggu preparation aku untuk paper ni ;
tapi aku harap hari ni semuanya akan berjalan lancar....

Good Luck Kawan-kawan!! :D

p/s: Teringat kat Sir Sabarudin (kalau tak silap, Sir sekarang dah jadi Prof. Madya) yang ajar subject database ni waktu di Perak dulu.. :)


Sunday 8 January 2012

Bagaimana anda tidur??

p/s : Jom berehat seketika.... Aku dh boring mengadap database.... semuanya aku ambil di (SINI) yer....



1.      Tidur telentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa

Cara tidur sebegini memperlihatkan identiti diri mu yang sebenar. Kamu cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu kamu juga adalah tergolong dalam kategori pemboros namun kamu beruntung kerana pendapatan yang kamu miliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri kamu... jadi, siapa pula yang kamu maksudkan dalam cerita rekaan mu baru-baru ini? 


2.      Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepala dan kaki bersilang 

Sesiapa yang tidur dengan cara kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri. Kamu lebih gemar bersendiri walau bagaimanapun sikap toleransi yang yang ada dalam diri kamu memang dipuji. 


3.      Tidur telentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala


Kamu adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala kamu sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidup mu dan kamu menjaga keluarga mu sebaik mungkin! Tetapi kamu sukar untuk bercinta mungkin disebabkan diri mu yang agak memilih. 


4.      Tidur meniarap

Sekiranya kamu tidur dengan cara meniarap sepanjang malam, kamu adalah individu yang berfikiran agak sempit. Fikiran kamu terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impian diri kamu sendiri. Kamu juga adalah individu yang lalai dan tidak teratur!


5.      Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala

Berbeza dari individu yang tidur dengan cara tidur mengiring dan meringkuk tadi. Kamu adalah individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini. Justeru, kamu perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri kamu itu. Sekiranya kamu mempraktikkan semua ini, kegembiraan akan menjadi milik mu yang abadi. 


6.      Tidur meringkuk


Kamu berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui diri kamu. Kamu sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasangan mu. Kamu beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidupmu.
 

7.      Tidur mengiring dan meringkuk

Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan personaliti mu. Individu yang berada di sekeliling mu harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti diri mu kerana kamu dengan mudah akan meradang terhadap individu berkenaan. 


8.      Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkokkan

Kamu adalah individu yang cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. Si gemuruh itu adalah nama kedua untuk diri mu. Selain itu kamu juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara yang kecil/kurang penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar sebaliknya kamu harus belajar uuntuk lebih bertenang. 


9.      Tidur meringkuk di satu arah


Cara tidur sebegini melambangkan kamu adalah individu yang yakin pada diri sendiri. Kamu akan mellihat kejayaan dalam setiap perkara yang kamu lakukan. Kamu akan berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yang tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah. 


10.  Selubung seluruh badan dengan selimut 


Kamu sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai namun hakikatnya jauh di dalam diri kamu itu, kamu adalah individu yang pemalu dan lemah. Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah, kamu lebih 
gemar emendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah mengapa kamu sering meracau sewaktu dalam tidurmu. 

Saturday 7 January 2012

Frustrated


First paper;
STA 500 (Nonparametric Statistics)



hmmm...
memang dah nasib kitorang kowt..
Bila batch kitorang je
mesti ada problem...
mesti dapat soalan lain dari yang lain...
dulu waktu diploma
paper OR and Probability II..
Nasib baiklah dua-duanya memberi hasil yang membahagiakan..
tapi untuk paper ni?
entahlah...
Berserah sahajalah...
Dah cuba buat yang terbaik...

Tapi walau macamana pun,
rasa kecewa tu tetap ada..
sebab ini adalah satu-satunya subjek statistics yang aku ambil untuk sem ni 
and ini adalah favourite subject aku yang aku sentiasa aim untuk dapat yang TERbaik...

Tapi bak kata my 'atok'
benda dah lepas.. Tak boleh buat apa...
pasrah n doa je la..

Now, preparing for the next paper (DATABASE) on 10 January 2012... ;-)

Friday 6 January 2012

Penantian itu satu penyiksaan..




Esok first paper untuk aku..
Paper Nonparametric Statistics..
Hopefully semuanya akan berjalan lancar.

******************************************

Hmmm...
Apa yang dinanti??
mestila yang berkaitan dengan JPA...

(1) Duit..
Bila buka details account aku
apa yang ada kat situ just penyata untuk semster 6 diploma dulu...


Belum ada lagi penyata untuk degree (This semester)
Kanapa perlu penyata ni??
Sebabnya duit akan masuk ke dalam account lebih kurang seminggu after penyata keluar..
So, kena makesure penyata keluar, barulah
sinar-sinar kebahagian muncul...
huhuhu~~

(2) Surat tawaran baru
Aku masih menanti kedatangan surat tawaran baru untuk biasiswa  ni..
Ada kesilapan tempoh pengajian dalam surat tawaran yang lepas..
Aku dah email hampir sebulan
tapi masih belum dapat apa-apa feedback...




OH, JPA................

******************************************

Wednesday 4 January 2012

Penantian Berakhir (Phase 1)


Alhamdulillah..
merasa gak pakai kad matrik dalam semester ni;
walaupun tinggal 15 hari je lagi kt sini
before aku bercuti semester...
hehehe~~~~~ 

Sunday 1 January 2012

2012 ..


***************************************************
01.01.2012
Permulaan bagi tahun 2012..
Kalau tahun-tahun yang lepas
awal tahun, disambut dengan permulaan semester
tapi berbeza untuk tahun ni..
2012 'dihiasi' dengan suasana nak 'menyambut' peperiksaan..
Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, dapat menaikkan lagi semangat
untuk menghadapi peperiksaan..

***************************************************
AZAM???
tahun ni, rasanya tak ada azam mengarut..
just aiming for THE BEST in EVERYTHING.
The MOST IMPORTANT:
Focus on my study.
2012 adalah permulaan dan penentu my degree.....


to make sure, in 2014 I will be able to wear these with 'selempang Pink' again...

'Success' is the simple word that needs a very complex combination of  elements of life to achieve it.   
It not comes as easy as we press the 'ENTER' key..
It needs a lot of effort + sacrifice + pray ....



But how difficult it is, REMEMBER !!
"The ladder of success was not crowded at the top"


***************************************************

Tahun 2011, cita-cita yang selama ni aku tanam dalam diri sejak kecil adakalanya goyah dan 
selalu rasa nak lenient dengan diri sendiri by deducting the goals.....

so, 2012 adalah masa untuk 
KEMBALI ke sasaran ASAL!!!!




*gambar sedut kat Google*


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting