Thursday 23 February 2012

AYAM MENETAS!!


hampir 22 tahun aku hidup dekat muka bumi ni,
inilah kali pertama aku tengok anak ayam menetas dari mula anak ayam tu buat tebukan lubang kecil sampailah anak ayam tu keluar sepenuhnya daripada cengkerang telur...

Ini antara gamba yang sempat aku snap..
Tak banyak, sebab aku record proses ni..
try upload, lama la pulak...
Almaklumlah aku ni guna celcom berukben je....
Jom tengok gamba ni :




Yuran Oh Yuran..


Tinggal lebih kurang seminggu je lagi masa yang ada untuk bermalas-malasn di rumah...
berdebar-debar hati ni nak melangkah ke semester 4, semoga aku terus diberikan oleh Allah S.W.T kekuatan mental + fizikal untuk terus berusaha demi mengenggam segulung ijazah sarjana muda bersama "selempang pink".  
Doakan aku okay.. =D

Hari ni usha portal Bendahari UiTM..
Bil yuran dah sedia menanti...


Duit nak membayar je yang tak menanti lagi....
Hopefully, JPA cepat bank in kan duit untuk semester 4 ni...

Alhamdulillah,
aku sangat-sangat bersyukur duduk UiTM...
Yuran sangat murah!!
Hanya RM500/semester...
(Waktu diploma yuran ialah sebanyak RM440/semester..)


~~ UITM DI HATIKU ~~

Wednesday 22 February 2012

Oi Ehda, BERSYUKURLAH!!!

Alhamdulillah...
Result degree semester 3 aku telah selamat sampai ke inbox yahoo aku awal pagi tadi..


hmmmmm....
result yang tidak memuaskan hati aku...
Alhamdulillah still DL,
tapi aku tak peduli, aku nak cakap gak
sebab aku dah tak akan ambil subject computer science lagi.
ayat yang selama ni aku sentiasa tahan jangan sampai terkeluar dari mulut aku..
AKU BENCI + MENYAMPAH + TAK SUKA SUBJECT ITS410!!!
kerana satu subjek, GPA aku rendah!!!!!!!
(Balasan selalu ponteng class ni kowt.. hahahha~~)

Tapi SYUKUR ALHAMDULILLAH,
apa yang aku sentiasa minat 
A dan A+ dalam genggaman..
LUV YOU STATISTICS + MATHEMATICS!!!

p/s: to all my classmates, ak tak nak bgtaw result aku.. kira la sendiri... untuk minimal prediction korang, yg IS tu letak la grade pling rendah.. tq...

Friday 17 February 2012

Apalah Nak Jadi.....


Entry kali ni pula aku nak
melahirkan rasa kecewa terhadap
masyarakat hari ini..

Aku rasa sangat-sangat kecewa & terkilan
bila masyarakat kampung aku semakin berpecah
dek fahaman politik.

Dulu isu surau...
Surau ni khas untuk penyokong BN...
Surau yang lagi satu ni pula khas untuk penyokong PAS..

Yang terbaru ni
berkaitan Kelas Fardhu Ain + Al-Quran kaum wanita..
Kelas ni telah dimulakan oleh pihak KEMAS
di kampung ini..
Terbuka untuk semua penduduk kampung.
Alhamdulillah ianya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Namun,
baru-baru ini muncul satu lagi pihak
yang menganjurkan kelas dengan konsep yang sama
tetapi khusus untuk golongan wanita daripada pihak yang lagi satu dan tenaga pengajarnya juga terdiri daripada pihak yang lagi satu..

Kampung ni tak sebesar mana pun...
yang pergi kelas pun tak sampai 100 orang..
Tapi berpecah ikut fahaman politik..
Siapa sokong BN pergi yang anjuran KEMAS
Siapa yang sokong pihak lagi satu, pergilah kelas yang lagi satu....

Adoihai...
Apalah nak jadi.....

tapi
Tak kisahlah..
Sukati korang lah nak pergi kelas yang mana pun..
Yang penting ada inisiatif untuk menuntut ilmu dan ilmu yang dituntut tu tak bercanggah dari syariat Islam yang sebenar...

cuma satu je yang aku nak kita renung bersama;
"Dalam kubur nanti, Malaikat Mungkar dan Nakir tak tanya soalan ikut fahaman politik di dunia yer.."  

Kenapa Marah?


Entry ni kesinambungan status FB aku ;


Kenapa aku marah sangat??

yer memang betul, ini seakan isu remeh bagi anda semua.
tapi tidak bagi aku..
Sebab nama itu adalah satu doa...
Sebab itulah sebagai seorang muslim kita disunatkan memberi nama yang elok dan baik kepada anak..

berikutan isu penggunaan simbol pada nama
sebenarnya dah lama aku perhatikan..
Bukan hanya penggunaan ( - ) tetapi juga penggunan ( ' ) sudah tidak dibenarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara..

penting ke simbol ini???

YA!!

kenapa??

Ibu aku menggunakan kesinambungan perkataan Arab dalam nama aku..
 Dalam "tulisan arab" ianya ditulis seperti ini:


sebutannya ialah "Ehdannajihah"

tapi ibu aku menggunakan ejaan rumi
"Ehda Al-Najihah"

Mengapa wujudnya "AL-" sedangkan ianya tidak selari dari segi sebutannya?
aku pernah bertanya dengan ibu berkaitan dengan nama aku ni,
jawab ibu, ibu tak nak orang abaikan atau terlepas pandang kewujudan "alif" dan "lam" dalam perkataan "Najihah" itu.
Sebab itu ibu letakkan "AL"..

Ibu tak nak mereka terlepas pandang sepeti penggunaan nama "Nurul"
Ramai yang menganggap "Nur" atau "Nurul" itu adalah sama yang bermaksud cahaya..
Tetapi penggunaan "Nurul" tidak boleh berdiri dengan sendirinya kerana ia adalah kesinambungan perkataan "nur + Al-_______"
Barulah ianya membawa maksud..
Ramai yang eja "nurul" seperti ini :


Ianya tidak salah dari teori tulisan jawinya..
tetapi ianya tidak membawa maksud dari aspek bahasa arab nya..
kerana dalam teori mengeja menggunakan abjad jawi ianya mengambil kira sebutan dalam Bahasa Melayu.. 
sebab itulah dalam huruf jawi wujud huruf  seperti "Cha" dan "Ga"
sedangkan huruf itu tiada dalam huruf arab...

Jika berniat hendak menamakan anak menggunakan perkataan arab yang membawa maksud ini,
ianya perlu ditulis begini :



Kenapa mesti ada (-)??
Sekiranya tanpa kehadiran (-);
EHDA AL NAJIHAH
anda akan baca satu persatu mengikut sebutan baku.
Betul??

ha.. sebab itulah ibu letak (-);
EHDA AL-NAJIHAH
"AL-NAJIHAH" itu adalah satu perkataan yang membawa satu maksud
dan menunjukkan dengan jelas perkataan itu disunting dari perkataan Arab
ditulis mengikut ejaan Bahasa Melayu..
dan tidak sesekali "Me-melayukan perkataan Arab"
perkataan Arab kekal perkataan Arab..

Ok.. jelas??
Sebab tu lah aku GERAM + MARAH bila "mereka-mereka" ini menghilangkan (-) kat nama aku tu.......


Thursday 16 February 2012

Jejak Kasih with my HUBBY!!!!!!!!


Miss You So Much My Dear Hubby!!!!
muah3x...


mengikut tarikh yang tercatat,
based on tarikh mengupdate antivirus,
aku dah berpisah dengan hubby aku sejak 6 November 2011..
Lebih kurang 3 bulan kami berpisah....


Tapi Alhamdulillah...
Jodoh kami masih panjang....
Hari ini 16 Februari 2012,
aku dapat bersama dengan hubby aku ni semula.....



muah3x!!!

Selamat Tinggal ACER ASPIRE 4736z!!!
ASUS F8V sentiasa di hati!!!!




Tuesday 14 February 2012

23 dah.....


Happy Birthday to you...
happy Birthday to you...
Happy Birthday to ABANG CHIK... 

Eddy 'Amir bin Mahmud

Happy Birthday to you....

Dilahirkan pada hari Selasa, 14 February 1989 pada jam 6.35 petang di Hospital Batu Pahat.  

YEAY!!!
Abang Chik dah 23 TAHUN!!!!!


Monday 13 February 2012

Ke'bantut'an Terserlah


Kenal ini???


Inilah Buku Laporan Peperiksaan sekolah rendah aka Penyata Kemajuan...

wow!
Walaupun dah hampir 10 tahun meninggalkan Sekolah Kebangsaan Bagan,
tapi aku still simpan taw penyata ni!

Meh usha apa ada dalam tu..
hehehe~~

Tengok ni :


Oh..
Ke'bantut'an tumbesaran aku memang dah terserlah sejak kecil!!!
hahaha~~
Izzah yang baru 5 tahun tu pun lebih tinggi + berat compare dengan ketinggian and keberatan aku waktu darjah satu.....
no wonderlah size kaki Izzah sekarang pun dah nak sama dengan size kaki aku..
teeeeeeeeetttttttt...
hahahhaha~~~~~~

Ok.. next picture plak...
Kenapa aku pilih page yang ini??


Ini tandatangan terakhir arwah ayah dalam buku ni....  (Mei 1999)
(sebelah kiri, bawah sekali...)

Just teringat waktu open day ni, seperti biasa ayah yang datang...
(aku memang tak nak and tak bagi ibu yang datang setiap kali open day.. sebab result apa pun yang aku dapat, ayah sentiasa coooooooooooollllllll... hehehehe~~)
walaupun waktu ni ayah dah mula keluar masuk hospital....
kerana anak bongsu dia yang sorang ni, ayah gagahkan diri gak datang open day aku...
Thank you so much AYAH!!!
I MISS YOU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Sunday 12 February 2012

CEPAT!! CEPAT!!

Andai hidup ini boleh di 'fast forward' kan..............


cepatlah habis cuti..
cepatlah result keluar..
cepatlah naik sem 4..
cepatlah belajar..
cepatlah sampai sem 7..
cepatlah habis belajar..
cepatlah kerja..
cepatlah!!


SAYA NAK CEPAT __________________!!!!
(fill in the blank)


Saturday 11 February 2012

"Jual Anak" ka???



Sepanjang 'pertapaan' aku ni,
jumpa dengan macam-macam orang
macam-macam cerita panas yang sempat singgah kat telinga aku ni...
bukan lah bergosip apa...
just cerita-cerita yang berlaku di sekeliling aku
yang patut jadikan iktibar.... :-)

Before this, aku pernah buat entry pasal isu hantaran..
Refer entry ini :
Berapa ya hantaran nya?

Kali ni topiknya sama la juga...
Baru-baru ni salah seorang kenalan keluarga aku
pergi merisik seorang gadis dari Selangor berusia pertengahan 20-an..
proses merisik berjalan seperti biasa mengikut adat...
tetapi menjadi LUAR BIASA
bila masuk bab hantaran...

Pihak perempuan meminta wang hantaran sebanyak RM 11,000
(ok, rasanya nilai ni dah mula diterima dalam masyarakat hari ni...)

tetapi bukan itu sahaja!

beserta dengan SEBUAH RUMAH + SEBUAH KERETA!

pergh!!

Ayat first keluar daripada mulut aku ialah:
"pempuan tu ada PHD ke?"

Jawapan yang aku terima :
"Tak lah, lepasan SPM....Jadi Kerani kat __________ . Ingatkan dah kira 'sekufu' la dengan __________ , sekali mintak hantaran mengalahkan anak Tan Sri"

Bukan aku nak menghina atau memandang rendah pada sesiapa,
cumanya pada aku permintaan tu agak melampau.....
Kalau yer pun nak memastikan hidup anak perempuan tu terjamin, berpada-pada lah...
'ukur baju' di badan anak perempuan anda + bakal menantu anda juga......
tapi tak tau lah kalau permintaan seperti itu hanyalah sebagai satu helah untuk menolak risikan itu...
Hanya Allah dan keluarga perempuan itu sahajalah yang mengetahui apa yang tersirat di sebalik permintaan itu.......

Nak buat macamana lagikan dah itu yang diminta,
pihak lelaki memang tak sanggup...
Bukan jodohnya........

( Maaf sekiranya ada yang terasa..... ini just pandangan peribadi aku.. :) )



Jom 'Pokai'kan Kak Jiha..


-ILA & AYEP-

Mereka ini adalah 2 orang adik sedara aku aka cousin...
Kerana sebuah janji,
mereka menuntutnya.....

Nasib baik la diorang ni 'ketuk' aku dengan pizza je..
masih dabawah paras kemampuan lagi...
hehehe~~

untuk Ayep and Ila,
next exam, buat yang terbaik lagi ok!


Friday 10 February 2012

Josh ke "Medan Perang"




 buat pertama kalinya aku menge'post' entry via email...
aku tak tahu berjaya or tak...
Kalau ada yang 'berjaya' menengok entry ini, maka berjaya lah ia...

sangat rindu nak berblogging..
tabahlah wahai hati...
Rindu kat my lappy...
Nasib baik incik corby ada..
Walaupun tak dapat nak blogwalking,
dapat merapu via email ni pun jadi la...................................

Ok. gamba yang aku post tu,
actually gambar Josh yang sedang 'berperang' dengan seekor kucing jantan jiran aku yang cuba mengorat Si Josh...
Adoihai....
JOSH tu JANTAN la!!! yang ko gi ngorat dia apesal...
Kan tak pasal-pasal 2-2 terjun parit..
terpaksalah hantar pasukan PBB untuk meleraikan mereka.........
huhuhu~~~~~ 


p/s: missing sum1 damn much!!!!!!!!!!!!!! huh!

Sunday 5 February 2012

tata...

Just wanna to say
"TaTa"..
and
"Babai"...



I'll not be around for a few days..
oh.. maybe, for a few weeks..

Thousand of apologies in advance to all my friends,
because I'll not pick up any calls
or reply any sms..
Anything you want to inform  me, please leave a message on my fb..
I'll look it up ASAP when i'm capable to do so.. ;D

BABAI!!!

( p/s: echa, jgn rindu aku tau!! )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting