Wednesday 26 December 2012

Take A Break!


Wohoooooo!! Lamanye tak merepek kat blog ni!!!!
uhuk! uhuk!!
 BERHABUK! BERSAWANG!

Now, tengah pulun siapkan project..
Minngu depan dah mula exam dah....
So, lpas exam le nanti baru boleh hupdate blog sampai lebam biji mata.
macam bizi bebeno je sem ni,
sampai nak merepek kat blog pun,
macam tak ada masa (bajet bizi mengalahkan PM nak PRU13!)

tapi dalam senak-senak otak mengadap project,
sempat lagi malam tadi dok mengusha Jackie Chan dalam CZ12.
(nak release tensen la kononnnnnnnnnnyeeee)
TERBAEQQQQ!!!

and macam biasa, kalau tak menggedix depan camera memang tak sah!
btw, waktu habis tengok wayang tu AEON dah tutup dah...
yerla dah pukul 11.00++ malam...
tapi peluang ni la nak buat AEON Bukit Tinggi tu macam kami yang punya!
yeah!!!!!!!

Snap..snap...snap..
[enjoy with them!]






'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
p/s: Gamba ni kene kecik2 sikit.. hahahha 


Tuesday 13 November 2012

Kegilaan Baru


Dulu gila makan mcD...
La ni, jemu dah.....

now, hati meronta-ronta
nak telan subway je kejenya..
siang  malam cari subway...

OOOHHH..
marbeles!

p/s: Telah berjaya menghasut mereka-mereka ini untuk menggilai dan mencintai Subway!!!






Monday 5 November 2012

STATISTIC vs STATISTICS


Aku pemegang DIPLOMA STATISTIK dari UiTM Perak (Seri Iskandar);
3 tahun belajar mengenal, mencintai dan mendalami dunia statistik di sini.
Alhamdulillah, aku dapat habiskan Diploma dengan sempurna.

Sekarang aku adalah pelajar semester 5
IJAZAH SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) (STATISTIK)

tapi
KENAPA HARI INI BARU AKU TAHU BEZA ANTARA STATISTIC dan STATISTICS????

Ya Allah!
Ceteknya ilmu aku!....
Rasa seperti aku tak layak untuk menjadi salah seorang pemegang diploma ini..

Tapi Alhamdulillah,
hari ini aku bersyukur.
Aku bersyukur kerana lecturer aku telah menegur dan menyedarkan aku..

berpunca dari jawapan yang aku berikan di dalam ujian; 

Selama ini aku beranggapan bahawa
perkataan "Statistics" wajib ada huruf 's'.
Tak kira apa jua situasi.

tapi rupa-rupanya,
ada perbezaan makna di sebalik kewujudan atau ketiadaan 's' itu.

Definisi "Statistic" dan "Statistics" ialah :

STATISTIC
single measure of some attribute of a sample (e.g., its arithmetic mean value). It is calculated by applying a function (statistical algorithm) to the values of the items of the sample which are known together as a set of data.

STATISTICS
A study of the collection, organization, analysis, interpretation, and presentation of data. It deals with all aspects of this, including the planning of data collection in terms of the design of surveys and experiments.

Merujuk kepada test aku tu, memang benarlah bahawa aku telah SILAP.
biasalah..
Manusia akan belajar dari kesilapan..
Terima kasih buat PM MOHD ZAIN HAMZAH
kerana telah menyedarkan aku hakikat ini...

p/s: Sangat kagum dengan ketelitian PM Zain. Sampai ke front page pun beliau semak.

Monday 29 October 2012

Mesin Singgit!


Familiar dengan mesin ni??


ah  ha!!!!!
dengan kejayaan ini,


aku semakin 'terjebak'
dengan game 'kegilaan' abang ipar aku aka Abang Joe



Di AEON Bukit Tinggi tadi,
prestasi kami amat membanggakan!!!!

Hasilnya:
(dimulai dengan 'kejayaan' pertama)


Tanpa mengenal erti putus asa,
aku and Abang Joe mencuba sebelum dan selepas tengok wayang,
akhirnya kami berjaya mendapatkan:



meet them!!!

'Meow' & 'Ucuk'

'Opus-Opus'

'Moo-Moo' & 'Bubu'

'Mr Emon'

'Afield'
Nak tahu rahsia kejayaan kami????

hahahahhaha~~~~~~~



Tuesday 2 October 2012

My Hero


He is my HERO..

setiap kali 2 October mesti aku akan post pasal ayah...
sebab
dalam hidup aku,kalau boleh aku tak nak menempuh tarikh ni..
aku tak boleh padam memori pahit ni..

Bukan aku tak redha..
cuma aku terlalu rindu....
kerana
sampai sekarang, tak ada sesiapa pun yang boleh melayan karenah ku sesabar ayah
dan
aku tak ada sekelumit kenangan pahit pun dengan ayah...

Ayah sangat-sangat memanjakan aku..
Tak pernah memarahi aku..
Tak pernah meninggikan suara sekalipun dengan aku...

Ayah lah orang yang memandikan aku setiap petang...
Ayah yang pakaikan baju untuk ke tadika...
Ayah yang menghantar dan menjemput aku dari sekolah setiap hari..
Ayah yang akan datang setiap kali hari terbuka...
Ayah yang akan menyental kotoran kat baju sekolah aku...
Ayah yang akan masak pada setiap hujung minggu..
Ayah yang akan mengangkat aku ke atas katil setiap kali tertidur depan tv di waktu malam...
Ayah yang akan mematikan kata-kata ibu bila ibu memarahi aku...

jujur aku katakan
aku tak puas menikmati kasih sayang dan layanan ayah..

Murid-murid ayah kata, ayah garang..
semua orang takut dengan ayah..
tapi bila bersama keluarga,
Ayahlah insan yang paling cool...
Kuat mengusik...
Sangat suka melayan kanak-kanak...
Suka menjamu orang makan...
Tak kira siang atau malam, hujan atau panas, jika ada yang mengetuk pintu rumah untuk meminta pertolongan,
ayah tak akan pernah menolak......

aargghh...
Aku terlalu rindukan AYAH..


Sunday 30 September 2012

Sambutan Hari Raya Aidilfitri besama Dato' VC


*cerita basi lagi*

Pada hari Selasa ( 11 September 2012 )
telah berlansung 
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri
bersama Dato' VC UiTM
di padang berhadapan DATC, UiTM Shah Alam
dari jam 10.30pagi - 1.00 petang.

Sambutan yang sangat-sangat meriah.
macam-macam makanan ada!

Setiap fakulti diberi separuh khemah untuk
menediakan juadah kepada seluruh warga UiTM

Menu yang disediakan oleh FSKM ialah
Float + Kek Lapis Sarawak + Dodol

Jom usha gambar-gambar kat bawah ni..

*********************************

persiapan menghias khemah & memotong Kek Lapis
(10 September 2012)




Khemah kami telah diserbu!!


Aktiviti mengacau dodol..


Penguin FSKM yang memeriahkan suasana...


Kunjungan Dato' VC ke khemah FSKM 



we are from FSKM!!






*********************************

Thursday 27 September 2012

All Day Out~~


cerita basi jumaat lepas (21 Sepetember 2012)..
puas aku berjimba-jimba satu hari ni, hamek ko..demam terus....
hahaha~~
sawan bowling.

Mulakan aktiviti bersama gegurl-gegurl satu kelas
dengan makan+melepak+merapu at Nando's SACC Mall..






puas membaham apa yang ada,
kononnya nak memecah lemak dengan 'cuci longkang'
kat Plaza Alam Sentral (PAS)

bermulalah aktiviti 'cuci longkang' kami...


Puas 'cuci longkang' sampai petang
masing-masing pun balik....

Aku???
dah nama 'All Day Out' kompem la sampai ke malam aku out nye...
Selagi tak masuk Hari Sabtu, selagi tu la berembun.. hahahha

Pukul 9 malam,
Sambung aktiviti 'cuci longkang' dengan gang-gang SMF...
kali ni bersihkan longkang kat Ole-Ole Sek.18 Shah Alam pula....


Tapi surrender di pertengahan jalan...
Tangan dah sakit gila....
ditambah pulak frust dok longkang tak sudah! hampeh!

Kelaparan di malam hari,
tibai Megi je la kat bowling ni....


Habis main bowling,
dok main benda-benda merapu telan duit rm1 demi rm1...
sampai habis...
melepak di jalanan..
mencari ais krim di mcd n KFC..


Namun semuanye tak jual eskrem di malam hari..
waaa~~~~~ KECIWA!!!KECIWA!!!

Akhirnya lebih kurang pukul 12.00 tengahmalam, 
kembali ke pangkal jalan
di rumah akakku tercinta.....

p/s: Benci sangat bila pergi main bowling, kenapa lah masing-masing suka compare-compare size kasut?!... Hampeh!

@PAS..

@Ole-Ole





Tuesday 18 September 2012

Dah Jodoh!..



yeay!!!!
novel DAH JODOH danh berada dalam tangan aku..
yeeeeeeeeehhaaa!!!



TQ yer Cik Iman..
ni blog writer novel ni http://kisah-hidup-iman.blogspot.com

Jom layan DAH JODOH! ;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting