Sunday 16 March 2014

Kisah Interview (Episod 1)


Assalamualaikum!!
Entry pertama untuk March 2014.
Nak share sikit la 'suka duka' interview kerja....

Sebagai seorang fresh graduate yang TAK ADA langsung pengalaman kerja,
kerisauan memegang title 'PENGANGGUR' adalah sangat-sangat tinggi...
Selagi tak dapat kerja, selagi tu la makan tak lalu..tidur tak lena... Yerla kan dengan duit yang ada makin menipis... mana nak cekau duit nak bayar kereta setiap bulan.. Bil broadband lagi...
Mana kannya nak topup saving n so on...
Siapa yang tak gugur rambut fikir semua ni...
Walaupun sekejap memegang title itu, dah rasa cukup derita...

Alhamdulillah..
Allah bagi rezeki...
Akhirnya mendapat tawaran sebagai 'Pegawai Sambilan Harian-Penolong Pegawai Perangkaan (E27)' di Jabatan Statistik Malaysia Negeri Selangor.
Walaupun hanya menggunakan sijil Diploma, tetapi amat bersyukur.
Sekurang-kurangnya ada lah kerja sementara mencari yang betul-betul sesuai dengan kelulusan yang ada...

Hari ni aku nak kongsikan pengalaman interview untuk jawatan ini..
Aku tak ingat semua, tapi antara highlight yang aku tak boleh lupa.. hehe

_______________________________________________________________________________

Tarikh : 4 February 2014
Masa : 4.00 Petang
Tempat : Tingkat 9, Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam
Penemuduga : Tn Hj Ibrahim bin Jantan, Pengarah DOSM Selangor
Bahasa : Bahasa Melayu


Isu pencapaian akademik

Tn Hj : Saya bandingkan dengan kawan-kawan awak, CGPA awak ni lagi rendah dari A. Kalau gitu baik saya ambil A.

Me : Terpulang pada tn hj untuk memilih. Saya akui memang CGPA degree saya lebih rendah daripada A. Tapi apa yang saya maklum jawatan ini menggunakan Diploma. Kalau Tn Hj tengok keputusan diploma, CGPA saya lebih tinggi dari A.

Tn Hj : (Tersenyum..) Kenapa keputusan awak jatuh waktu degree sampaikan A boleh kalahkan awak pula?

Me : Salah saya. Saya kurang beri tumpuan kepada pelajaran. 


Isu Kelayakan 

Tn Hj : tengok pencapaian akademik dan penglibatan kokurikulum awak ni, saya percaya awak ni tak akan ada masalah untuk dapat kerja.

Me : Kalau senang tn hj, tak ada lah saya masih menganggur. (Senyum..)

Tn Hj : Awak tak cukup berusaha lagi ni. Entah-entah baru ni lah awak cari kerja, pergi interview. betul tak?

Me : (Senyum..) Jadi, bagi membuktikan kata-kata tn hj, tn hj kena lah bagi saya kerja ni.

Tn Hj : Hahaha. Awak kenakan saya balik. (tergelak)


Isu Kepimpinan

Tn Hj : Awak kata tadi awak pernah menjadi presiden, mana buktinya?

Me : Maaf Tn.Hj. Mungkin Tn Hj salah dengar. Saya katakan bahawa saya pernah menjadi timbalan presiden bukan presiden. Tapi saya pernah beberapa kali menjadi pengarah projek. Sijil-sijilnya Tn Hj boleh lihat dalam fail yang saya berikan.

Tn Hj : Oh. Kalau setakat timbalan presiden, tak laku. Kalau jawatan Presiden barulah boleh dibanggakan.

Me : Maaf tn hj. Dalam satu organisasi kalau hanya ada presiden sahaja, tanpa dibantu oleh jawatankuasa yang lain, sesuatu program itu tak akan dapat berjalan. Sekiranya tn hj sendiri, bekerja tanpa kewujudan orang bawahan, siapa yang tn hj nak tadbir? Tn Hj pun tak mampu untuk buat semua benda. Betul tak Tn Hj?

Tn Hj : (Senyum...) 


Isu jarak rumah 

Tn Hj : Awak ada kenderaan?

Me : Ada. Saya memandu kereta Tn Hj

Tn Hj : Jarak Shah Alam ke Pelabuhan Klang ni jauh. Sanggup ke awak berulang alik?

Me : InsyaAllah. Saya memang berulang alik setiap hari dari Port Klang- Shah Alam sejak di UiTM Shah Alam lagi. Saya yakin, itu tak menjadi masalah buat saya

Tn Hj : Awak belum kerja lagi dah mampu pakai kereta. Saya rasa baik awak tak payah kerja. Saya yakin keluarga awak boleh tanggung awak. 

Me : Eh, mana boleh tn hj. Apa guna saya ambil degree in statistics tapi saya hanya biarkan diri saya ditanggung oleh keluarga. Lagipun kereta tu kereta ibu saya. Ibu saya bagi pakai je.

Tn Hj : Boleh punyalah. Ibu awak kerja apa?

Me : Tetap tak boleh Tn Hj. Ibu saya pesara guru.

Tn Hj : Ha. Entah-entah bukan calang-calang pesara guru. Pesara guru besar. Duit pencen pun dah RM4000++.

Me : (Gulp..) 


Isu Jawatan

Tn Hj : Sekiranya saya letak awak dibawah gred E17 (guna sijil SPM), dankawan-kawan awak yang CGPA jauh lebih rendah dapat E27, awak sanggup terima tak? Awak akan dipimpin oleh mereka.

Me : (Senyum) Dari segi saya akan dipimpin oleh kawan-kawan saya, saya rasa saya tak ada masalah. Itulah yang saya belajar bila melibatkan diri dalam persatuan di universiti. Pemimpin saya adakalanya jauh lebih muda dari saya. Bila dia dah dilantik menjadi pemimpin, maknanya dia berkelayakan untuk memimpin. Tak perlu nak pertikaikan keputusan atau usia dia. Tapi untuk jawatan itu, saya akan pertimbangkan semula kerana gaji. Saya ada keperluan saya sendiri setiap bulan. Seperti yang Tn Hj maklum, saya perlu berulang alik dari Port Klang ke Shah Alam. Saya perlu mengambil kira kos petrol dan tol. 

Tn Hj : Jadi awak tak nak la?

Me : Saya tak kata saya tak nak. Cuma saya akan pertimbangkan. Sebelum datang temuduga, saya hanya sedia jawapan untuk jawatan E27 sahaja. Jadi kalau Tn Hj tawarkan E17, saya perlu fikirkan masak-masak dahulu.

Tn Hj : (Senyum...)


_______________________________________________________________________________

Ni antara highlight yang kadang-kadang menyebabkan aku malu nak berdepan dengan Tn Hj ni.
Yerla.. waktu interview dok 'fire' dia semula.. dok 'menjawab' je kerjenye...
hehehe~~

Tapi apa-apa pun,
Alhamdulillah..
Tn Hj mengotakan janji amek aku kerja.
hehe~~

Nanti aku kongsi pengalaman interview lagi satu.. Yang fully English.
Maunye tak tergeliat lidah nak menyebut..
hoho~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting