Sunday 30 June 2013

Tutorial : Download Video dari Dailymotion / FB / YouTube


*******************************************************************************
Assalamualaikum semua. Hai. Semalam aku usha-usha blog stats aku untuk tengok apa yang orang selalu google hingga tersampai ke blog aku ni.. Dan jawapannya ialah : 'cara download movie'.

Aku pernah buat tutorial download movie ni dulu... refer (sini). Tapi malangnya, tutorial tu dah tak membantu pun.. sebab wktu tu mediafire masih glemer... sekarang banyak link mediafire yang dah kene block... so, tak ada maknanyalah kan tutorial tu..

Oleh itu, hari ni nak share cara-cara download video dari youtube / Dailymotion / Facebook. Sebab kebanyakannya sekarang ni akan share link melaui Dailymotion.... So, let's check it out!

*******************************************************************************

p/s : aku guna contoh untuk download runningman melalui dailymotion dari http://www.kshownow.net/

1. Pergi ke video Dailymotion/Facebook/YouTube yang hendak di download

2. Copy address di address bar.

Dailymotion


YouTube

Facebook

3. Open 'New Tab' dan pergi ke keepvid.com


4. Paste address yang telah di copy tadi di ruangan yang disediakan..


5. Klik 'DOWNLOAD'


6.Tunggu....... 
p/s : Anda mungkin akan disuruh update java and so on... So, just RUN and Allow je la...


7. Anda boleh memilih untuk download yang mana satu based on quality yang anda mahu... 

Bagi pengguna IDM, right-click and pilih 'Download with IDM'


Bagi yang tiada IDM, klik sahaja pilihan-pilihan itu. Ianya akan di download seperti biasa...



8. Selesai........................................


*******************************************************************************
Bagi pengguna IDM, anda sebenarnya boleh download video dari FB/YouTube secara terus sebab akan keluar lah icon 'Download With IDM'.. Tapi ini boleh digunakan bila IDM korang bengong-bengong ayam tak nak keluar benda alah tu.. hehehehe
Semoga ini dapat membantu anda.. =)

*******************************************************************************


Friday 28 June 2013

Exam Mode


Morning ollssssss...
Baru perasan tak ada entry sempena final exam. hehe
Tak mau membebel banyak-banyak,
sebab tengah EXAM MODE,

So, untuk semua ahli keluarga besar SMFFSKM, keluarga p********h,
sahabat handai and seluruh warga UiTM yang sedang berperang di medan peperiksaan,
ini untuk anda-anda-anda-anda semua :


study molek deh... #Eh, tetiba terkeluar dialek lain pulok.
hehe~~
Ini baru nama 1 Malaysia!!



Wednesday 26 June 2013

Khas Buat Kalian..

Pengakhiran sebuah perhubungan
terlampau pahit untuk ditelan
namun pasti ada hikmah yang masih tersimpan..

Aku merasakan aku yang teraniaya..
Mereka pula rasa mereka yang teraniaya...
Konklusinya, semua teraniaya dan menganiaya..

Tapi manakan boleh dilupa..
perhubungan yang pernah terbina..
Bukan sehari dua..
Tapi sudah bertahun lama..

Sesuatu yang tidak pernah ku sangka
akhirnya berlaku sekelip mata..
Aku bukan manusia yang tersua-sua
Kiasan kalian aku fahami dan terima
dan Alhamdulillah aku sudah tunaikannya..

Walau hancur bagaimana pun hatiku ini,
walau sebanyak mana air mata yang mengalir di pipi,
kenangan yang terbina sekian lama tidakkan pernah luput dari hati..

Mungkin aku bukanlah yang terbaik untuk kalian.
Biarlah aku undur diri sebelum hati kita menjadi kian rawan.
Pengorbananku terlampau kecil berbanding kalian..

Selama ini segala apa yang aku lakukan untuk kalian atas dasar pershabatan,
Namun akhirnya aku sedar, selama ini kalian hanya mempergunakan aku dikala perkhidmatan 'taxi' diperlukan..
keputusan telah kubuat dan kunyatakan...

Ku leraikan ikatan ini agar kalian terus bergembira dan berbahagia..
bersama mereka-mereka yang lebih sempurna..

Bagi aku kawan itu kawan sampai mati,
tapi bagi kalian kawan itu boleh datang dan juga pergi..
Jadi biarlah aku yang berkawan sendiri,
dan biar aku sahaja yang mengundur diri...

Salam kemaafan dan terima kasih buat kalian.
Dan ini juga nukilan terakhir di blog ini yang ditujukan khas buat kalian.



Monday 24 June 2013

Cut & Paste = Plagiarism



Say NO to 
Cut & paste!!
Say NO
Copy & Paste!!

Apa guna result gempak,
Grad as the degree holder
Kalau disuruh buat simple report just copy & paste from Google?

Ini ke kualiti student sekarang??
Ini je ke 'ilmu' yang dapat belajar bertahun-tahun??

Tepuk dada, ketuk kepala, tanya diri sendiri
'adakah aku bakal graduan Copy Paste?'


Sunday 23 June 2013

Group Members..


Sue - Ehda - Echa

Ini ahli-ahli kumpulan aku (Selalunya..)...
Dah 5 tahun kami bersama-sama
menyiapkan tugasan...
Boleh aku katakan, mereka ini sudah memahami cara kerja aku yang banyak songeh ni..
senang cerita hasil kerja diorang memang tip top!
Dua-dua ada kelebihan dia sendiri...

Bagi aku, Echa seorang yang cekap bab-bab mengolah ayat...
Sue pulak seorang yang cekap bab-bab detect grammar error n so on...
So, bila mereka bergabung, serah je la apa-apa point kat diorang,
gerenti dari points akan jadi paragraph..
hehehehe~~

ke'pro'an mereka sebenarnya menutup kelemahan aku yang kurang gemar bab-bab nak tulis ayat 'berbunga-bunga'. Aku lebih straight.. No belok-belok bab buat-buat ayat ni.
So, memang agak 'hambar' la bila baca ayat aku tu...
Jadi mereka lah yang ditugaskan untuk 'menggoreng' ayat-ayat ni..
Aku just bagi apa point yang perlu ada and so on...
Tugas aku lebih tertumpu kepada  part analysis and interpret result...

Inilah cara kami bekerja untuk 5 tahun ini...

Ok..
Semester ni, ada seorang lecturer suruh kami evaluate tahap cooperation group members masing-masing....
wow! First time kena buat cenggini!

Pagi tadi, bila call Echa, Echa cuba korek2 aku nak letak dia apa..
hehehehhe~~
tapi macam biasa.. Undi itu RAHSIA.
hahaha~~

By the way,
No need to worry cik sue n cik echa..
Aku sentiasa nampak semua usaha and kerja keras korang...
Aku tanda apa yang memang sepatutnya korang dapat...
Cuma aku harap korang menilai aku dengan ikhlas... Bukan terpaksa..
Jangan menilai ia melalui ikatan persahabatan yang terjalin tapi nilai lah ia berdasarkan kerja aku...
Ingat..
UNDI adalah RAHSIA.
heheehehe~~


Bambam Versi Kepam


BAMBAM
boipren aku yang jadi peneman tidur setiap malam..

hari ni nak share bukti kasih sayang aku kat bambam ni.

tengok ni :
Kiri (2011) vs Kanan (2013)


pergh!!!!
dah bertukar warna!!
dari putih dah jadi kuning!!!!

Kalau tengok rupa memang cam kepam..
tapi hakikatnya wangi okay!
baru keluar dobi..

haruuuummmmmmm..............

x kesah la rupa dia camana pun...
tetap sayang bambam!! muah3x!!

Wednesday 19 June 2013

FSKM MASCOT


Assalamualaikum semua!!
OK. Hari ni nak cerita about Mascot FSKM UiTM Shah Alam
iaitu Penguin!!


Comey kan?? =D

Nak dok dalam penguin ni kene orang yang agak tinggi
sebab orang dalam penguin ni melihat melalui lubang mulut tu..
opkos aku bukanlah manusia yang sesuai untuk berada didalamnya...

Tapi,
pada satu pagi yang indah di SMK Kemumin, Kota Bharu, Kelantan,
aku buat kerja gila masuk dalam penguin ni...
Saja nak rasa dok dalam penguin ni camana...
hehehehe~~


peghh..
Aku betul-betul salute kat mereka-mereka yang memang selalu ditugaskan untuk berada di dalam mascot ni..
Panas gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!

hmmmmm....
Mungkin perlu buat inovation baru kowt...
Letak air-cond dalam mascot..
yeah!!


p/s: Rindu plak kat Penguin ni.. cam dah lama tak nampak.... Sem ni, Penguin ni nyorok ke? hehe

Tuesday 18 June 2013

Kelas Terakhir....


17 June 2013
Kelas terakhir Quantitative Financial Management (QMT556)
Tapi...
Apa yang berlaku??????





hehehhee~~
TQ untuk semua kaum kerabat 'penjenayah'..
Mama, kak ngah, kak chik, mok long, cik pah, and mok su
yang menadah telinga dengar adik merengek semalam. hehehe~~


Sunday 16 June 2013

History of 'KASUT BUDAK'


Taraaaaaaaa!!!!!!


Ni antara kasut yang aku suka
walaupun RAMAI yang GELAK bila tengok aku pakai kasut ni.huh!!

OK fine! aku mengaku! Memang betul ini adalah KASUT KANAK-KANAK size 33!
Puas hati?? huh! (Merajuk!)

Kasut ni murah je...
Aku beli dengan harga RM 15 kat kedai kasut area Jln Penggaram, Batu Pahat.
Murah kan??
memang la.. Ini kasut cap ayam je...
Tapi best! sebab dia diperbuat dari kain dan lembut bila dipakai...

Aku beli sebab dia comeeeeeeeyyyyy!!!
Ada Papa gegurl.. Ada Kakak boboi.. and Ada Ollie and Onnie!!

Sapa Ollie and Onnie??
ni ha :

Ollie (Kiri) & Onnie (Kanan)

wahahaha~~
tak kesah pun korang nak gelak kan ke apa..
yang penting kasut ni best & sedap dipakai! :P


Selamat Hari Bapa


*********************************************************************************

Selamat Hari Bapa
buat semua insan yang menjadi telah bergelar BAPA..

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk ayah kita.
Tak kiralah sama ada beliau masih ada mahupun yang telah kembali kepada Allah Yang Maha Pencipta.

********************************************************************************* 

Dua orang insan hadir di dalam hidupku sebagai seorang bapa..

AYAH
Insan yang memungkinkan aku untuk ada di dunia ini dengan Kekuasaan Allah. 

ABAH
Insan yang menjadi tempat begantung setelah pemergian Ayah..

9 tahun bersama Ayah dan sudah 13 tahun aku bersama Abah. 
Walaupun mustahil untuk Abah menggantikan tempat Ayah di hati ini. Namun, pengorbanan Abah juga  sehebat Ayah.

Semoga roh Ayah dicucuri rahmat di alam sana.
Semoga Abah diberikan kesihatan n kesejahteraan di dunia ini dan diakhirat kelak...


Monday 10 June 2013

Say Cheeeeeeeeessseee..Klik.Klik.


Sekitar Majlis Apresiasi Gemilang Mahasiswa Jun 2013
bersama classmate :D













Sekian.......... ;D

Saturday 8 June 2013

Majlis Apresiasi Gemilang Mahasiswa Jun 2013


*********************************************************************************
Tarikh : 8 Jun 2013 (Sabtu)
Masa : 9.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dataran Tuanku Fauziah, UiTM Shah Alam
*********************************************************************************

Syukur Alhamdulillah.
Sekali lagi diberi peluang dan kesempatan untuk hadir ke majlis ini.



Terima kasih barisan SMF 13/14 kerana meraikan kami..
Terima kasih juri-juri sekalian...
Terima kasih semua Penasihat (Dr. Ifa, Pn. Masrina, Pn. Rashidah, Cik Aishah, En. Jamal, n Pn. Nadiah) & Pihak Pengurusan Pentadbiran FSKM, UiTM Shah Alam.
Terima Kasih buat semua rakan-rakan seperjuangan SMF & INSTATS 12/13.
Terima kasih semua!!!! ;D

Tahniah buat semua penerima Anugerah Dekan dan juga Anugerah-Anugerah Khas!


Thursday 6 June 2013

Hello Kitty in Da House!!!!


*********************************************************************************
AMARAN : 
Ini entry MENGGEDIX, so siapa-siapa yang tak nak termuntah boleh 'X' terus SEKARANG!!
*********************************************************************************

Assalamualaikum semua!!!!!
entry ni just nak share one of my happiness.. ;D
Ok..
Semalam, ada satu parcel sampai from China..


Memang dah aware la.. sebab my 'incik ngkong' dah bagitau pasal benda ni minggu lepas lagi...
Tapi dia tak bagitau apa benda yang dihantarnya...
Bila tanya, jawapan mengarut gak yang dia bagi.. So buat perabih air liur je la kalo tanya pun...

Bila buka.....
jeng..
'
'
jeng...
'
'
'
jeng.......

TARAAAAAAAAAAA!!!!!

4 EKOR HELLO KITTY FAIRY TALES EDITION!!!!

WIZARD OF OZX

FROG PRINCE

LITTLE RED RIDING HOOD

MCDELIVERY
Ok! Siriesly terkejut!!!! Happy tak yah nak kata la... Terkejut kenapa???
sebab
ini FIRST TIME incik ngkong melayan kerenah budak-budak aku ni TANPA PAKSAAN.
Biasanya, kalau mintak kat dia memang jenuh kena dengar dia membebel cakap aku ni tak matang and so on..
Kalau bagi hadiah pun semuanya penuh KEMATANGAN!
hahahahhaha~~~

Before this, ada 2 ekor yang dia dah bagi...
iaitu :
GRIMACE
RONALD MCDONALD

 Tapi waktu nak yang ini, kena tadah telinga + merajuk + 'nanges hentak-hentak kaki' + kene wat perjanjian (yang sampai sekarang aku tak tunaikan lagi..hehe) and so on lah...
Bila dah beli pun, kene tadah telinga dia merungut sebab kene masuk 10 mcD (akibat kehabisan stok) semata-mata untuk cari benda alah ni...

Dats why aku tersangatlah TERKEJUT and macam TAK PERCAYA je bila kali ni incik ngkong bagi ni...
hehehehehhehe

So, Thak you sooooooooooooooooooooooo muchhhhhhhh my dear incik ngkong,


 for all the 6 hello kitty toys !!! ;D


p/s : This is the only ONE yang aku beli sendiri.. hehehe

BIRDIE

*********************************************************************************
History :
 Sekarang ni aku bukanlah peminat fanatic kepada Hello Kitty sebenarnya.. Tapi pada satu masa dulu, aku pernah menjadi seseorang yang sangat obses dengan hello kitty products.. 
Waktu tu sekolah rendah, umur 10 tahun.. Puncanya, bila arwah ayah meninggal dunia, aku rasa sangat kehilangan sebab terlampau rapat dengan ayah.. Aku mula buat hal, asyik nak mengamuk je n so on... Sampailah satu hari, ibu datang pujuk aku dengan barang-barang hello kitty (Soft toys, towel, watch, pencil case, stickers and so on..) and aku terpujuk..... Dari situlah aku menjadi saaaaannnngggggattt obses dengan Hello Kitty... Tapi bila dah masuk sekolah menengah, minat tu makin lama makin hilang..... :-) sampailah tetiba ternampak mcD keluarkan hello kitty ni, terus ngengade nak wat collection... Mengimbau kenangan lalu... hehehehhe
*********************************************************************************

Tuesday 4 June 2013

Sepetang di 'Thailand'


Assalamualaikum semua!!!!! :D
Hari ni nak stori-mori pasal sepetang di 'Thailand' bersama keluarga.


wooooohaaaaaa!!

Bila la pulak nya aku gi Thailand ni kan..
Passport pun dah 'mati', tang mananya pulak nk ke obersi!

ha... actually, ini adalah lokasi jalan-jalan cari makan kami di Khuntai Authentic Thai Restaurant, Klang yang baru di buka....

p/s : Lokasinya lebih kurang 3 Km dari main road... Perlu menempuh perumahan warga asing untuk sampai ke sini.. agak ceruk la juga tempat ni.. Jalan pun sekejap tar, sekejap batu-batu.... tapi orang kata, kalau perjalanan nak sampai teruk, hasilnya memang memuaskan!!hehe


Suasana kat sini sangat best...
Menggunakan atap rumbia... siling daripada anyaman mengkuang...
Lokasinya di tepi muara sungai...


So, angin sepoi-sepoi bahasa di petang hari sambil menikmati makanan..memang ummmpphh!!


Meja makan boleh pilih sama ada nak indoor or outdoor...
Yang outdoor tu, memang mengadap muara.. cuma kalo hujan tetibe, basah le.... 

So, jom aku share menu yang kami order di sini 

^ Ketam Kam-Hiong

^ Kerabu Sotong

^ Kailan Ikan Masin

^ Siakap Spicy Thai-Steam 

*** Kat sini, untuk pastikan ikan steam and tom yum sentiasa panas, diorang panaskan menggunakan arang yang dibarakan...

^ Spicy Seafood Red Tom Yum

*** Tom Yum dia pedas! ada 2 pilihan.. samaada nak tom yum red ataupun white.... Yang famous kat sini adalah yang ini... Gambar ni di ambil selepas separuh dah masuk perut.. terlupa nak snap pic awal-awal.. hehehe~ Ada arang tau kat bulat tengah tu! hati-hati!

^ Chicken Wings

^ Miang-Kham

***Miang-Kham ni kira macam ulam-ulaman la... Daun tu namanya Miang-Kham.. Tapi dalam bahasa melayunya Daun Kaduk.... Di makan bersama kacang tanah, kerisik kelapa, udang kering serta hirisan limau nipis + halia + bawang merah + cili padi bersama plum sauce..

^ Cara nak Makan Miang-Kham

Kitorang oreder ni semua bersama 2 jag besar fresh orange.. Nyum..Nyum...


Memang licin kitorang kerjakan!


Yang menjadi tarikan di sini adalah ini :

^ Sebuah 'Tuk-Tuk' yang didatangkan khas dari Thailand...

and untuk kanak-kanak, ada ruangan khas untuk mereka bermain....


Sangat sesuai untuk bersantai sambil makan-makan kat sini :-)

Harga kat sini pun agak berpatutan la...
Rate dia ala-ala makan kat seafood or chinese cuisine restaurant...
Tapi PERINGATAN, nak makan kat tempat-tempat cenggini, sangatlah rugi kalau makan sekadar 2 orang... Makan ramai-ramai baru untong lorrhh....hehe~

p/s: Nak tau jalan ke sini, sila la google...... Kalau dari Port Klang ni, naik highway menuju ke Banting...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting