Sunday 30 January 2011

Kembali ke JOHOR Terchenta!!!!

Semangat keJOHORan sudah tiba!!!!blogger-emoticon.blogspot.com
Hujan emas kat negeri orang, lebih baik hujan batu kat negeri sendiri!

28 JANUARI 2011
Balik Johor macam biasa dengan roomate tersayang aka Cik Senah aka Nai aka Nasrah Zamzam.
(Apa punya banyak nama ko ni senah oi?????)

Kol 6 Petang keluar dari U..
Then, naik bas "singgit" pergi Bandar U..

(ada classmate aku cakap aku mengalahkan budak sekolah nak balik dari hostel! tapi cakaplah apa pun, AAK????? hahahaha~~)

Nak bagitahu ni...
Dalam beg PURPLE tu actually ada buku MARKETING RESEARCH (MR)!!!!
Gila gempak tak aku bawak buku balik cuti???
(Pelik tetapi benar!!!)
hahahhaa~~~

tak pernah 'umo'nya aku bawak balik buku, tapi kali ni terpaksa bawak balik juga buku MR tu..
sebabnya hari selasa naik cuti aku ada quiz MR..
Kalau tak bawa balik, zaman bilanya aku nak study???
dahlah aku balik U semula hari Isnin (Petang baru sampai).
So, antara RELA dan TERPAKSA angkut juga lah buku MR tercinta tu...

sebelum memulakan 'perjalanan', sempat snap beberapa pics with Nai.. blogger-emoticon.blogspot.com


sampai bandar U, lepak kat KFC..
Makan.. Makan.. Makan..


Dah makan jadi???

GEMOK!!!!

Malam tu ingatkan macam biasala Nai naik bas GSM and aku ARWANA
(Kenapa bas lain???? Nai nak turun Ayer Itam aku nak turun Batu Pahat)

Rupanya malam tu aku kena naik BAS TAMBAHAN!!!
hampeh betol la pak cik kaunter tiket tu.
kata tu tiket bas ARWANA, sekali rupanya bas persiaran aka bas tambahan.
dah la 4 sit!!! blogger-emoticon.blogspot.com
memang sakit pinggang r jawabnya nak sampai BP.huhu~~

yang lagi hampehnya bas tu tak tahu jalan!!
Bila sampai Muar, dok kejutkan kitorang semua tanya jalan nak pergi bustand Muar.
nasib baik la waktu sampai Muar tu, bas ARWANA (the real ARWANA) pun sampai kat situ gak,
then bus persiaran ni pun dok meng'follow' la bas ARWANA sampai ke BP!
kalau tak, aku rasa memang dia kerah kitorang gak r suruh tunjuk jalan.
memang HAMPEH!!!!!!!!

Sampai BP lambat dari biasa..
Selalunya pukul 4 lebih dah sampai, ni dah dekat pukul 6 baru sampai...
huhuhuhu~~

Tapi tak apalah, yang penting dah selamat sampai ke NEGERI tercinta, DAERAH tersayang dan RUMAHku SYURGAku!!!




Thursday 27 January 2011

Lega & Keliru!

Alhamdulillah..
JPA dah dapat!!

sehari lepas aku buat entry pasal JPA tu
terus dapat berita gembira!!
Settlesemuanya..
tak payah pening-pening fikir pasal yuran and so on...


Hmmm..
lega JPA dah masuk..
Now, otak aku dah mula "senak" nak fikir pasal degree..
February ni, permohonan degree untuk pelajar semester akhir diploma akan dibuka..
Still confuse nak pilih program apa..


Hati aku macam dah "bulat" nak ambil degree in statistics (CS221)..
Tapi confuse either Mathematical Statistics or Business Statistics..
Aku minat Mathematical Statistics tapi.....
course tu kat KELANTAN!!!
Tak mau pergi Kelantan....

jauh........
Tak ada panggung wayang.....
Tak ada Karaoke....

huhuhuhuhu~~~
Business Statistics of course la kat Shah Alam...
Tapi.....
course tu banyak "MEMBACA"
Otak aku ni 'liat' sikit bab-bab nak menghafal fakta ni.
huhuhuhuhu~~~

Siriesly, aku tak tau nak buat pilihan...
Nak keluar dari Statistics untuk ambil
Pure Mate or Management Mate,
rasa sayang la pula kat dunia Statistics ni....

Nak ambil Sc. Aktuari???
OH!!! aku tak berani!!!
Entah lepas ke tak CGPA aku nak masuk course tu...

Tak taulah nak pilih yang mana!!!!!!!!!


Monday 24 January 2011

JPA oh JPA...

Sem ni sangat "sengkek".
Dah masuk minggu ke-4 kat UiTM ni,
biasiswa still tak masuk lagi...
Budak-budak PTPTN, dah berjoli sakan.. Kitorang dak JPA still tak dapat duit!!!

Oh my dear JPA...


Bila la kamoo mahu bank in kan duit???
Tahukan kamoo, sesungguhnya Penantian itu satu penyiksaan??blogger-emoticon.blogspot.com

hmmm..
hari-hari aku dok usha portal bendahari UiTM..
tapi, hari-hari gak tengok benda yang sama...


Status yuran masih "belum dibayar"...
Maknanya... Duit pun belum bank in la!

Kata para cendekiawan :
"Sejarah akan berulang..."
Maknanya... Berdasarkan SEJARAH:

Bulan FEBRUARI la baru duit masuk!!
AAAAAAHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!

nampaknya terpaksa la korek duit dari *bank PAMA!
Lepastu hari-hari telan bihun PAMA.blogger-emoticon.blogspot.com
At the end of this sem kepala aku pon transform jadi "helipad".

Bila buat cerita sedih kat ibu.. Ibu just cakap :

"Sabarlah.. Adik nak makan duit rakyat. Ingat senang ke??Dapat free pulak tu."

Ok. Diam terus..

Sabar...Sabar...Sabar...

"Sesungguhnya Sabar itu sebahagian daripada Iman"

Nasib baik la Mr Eddy Suffian bin Mahmud "tersentuh" dengan cerita "sedih" aku ni..
(aku buat drama air mata dengan abang.hehehe~)
Risau adik dia yang sorang ni tak makan,
terus bank in kan duit.hehehe~~
THANX ABANG!!!! SAYANG ABANG SANGAT-SANGAT!!!
nanti balik, adik belanja tengok wayang + pizza. Tapi adik belanja gune duit abang!
hehehe~~blogger-emoticon.blogspot.com

*bank PAMA ---> bank PAPA+MAMA a.k.a tarah duit parents la!




Doa

Kena baca doa ni...
blogger-emoticon.blogspot.com



Saturday 22 January 2011

Semalam..

Malam tadi sangat bengang dengan 'Meksis' and 'Selkom'
yang 'Meksis' tak boleh buat or receive call..
Message boleh send tapi nak deivered memang berjanggut..
'Selkom' lak, call sekejap boleh..sekejap tak...
Message memang terus tak boleh send.

AAAhhh.. stress gila!!
dengan masalah aku dengan 'dia' yang tak settle lagi..
At last, hp aku yang jadi mangsa kena baling!!!

Hari ni 2-2 macam dah ok.
try test call ibu pagi tadi gune 'Meksis', Alhamdulillah dapat...

Sehari aku tak call ibu, macam-macam story rupanya yang aku termissed..
so, tadi proses update semua sekali.

Jom..
Aku nak share apa yang jadi kat Ibu... Abang Chik.. n Baby...
(Kisah Benar tau ni!)

Pukul 8.30 pagi, Ibu & Abang Chik pergi ke Klinik Kesihatan Batu Pahat.


Ibu nak kan tandatangan pengesahan OKU Abang Chik daripada Doktor pakar (kerajaan) untuk borang-borang yang kena ibu lengkapkan (urusan persaraan).
Dapat giliran No.104 bilik 9.

Almaklumlah, nama pun hospital kerajaan, of course lah ramai and lama nak menunggu giliran..
Tunggu punye tunggu, sampai pukul 9 lebih, no. giliran dah sampai 95.
Ibu and Abang Chik pun dah get ready la..
Tunggu punya tunggu...............
At last sampai pukul 10 lebih, tiba-tiba nombor melompat terus ke 112!
Ok. ibu dah mule 'hangin'.
Pergi kaunter and tanya, then orang kaunter jawab

"Kami dulukan pesakit. Sebab anak Mak Cik ni bukan urusan untuk rawatan, so kena tunggu kejap lagi yer."

Ibu pun tunggu lagi..
Tak apalah.. Dulukan yang sakit.....
blogger-emoticon.blogspot.com
Tunggu..tunggu..and tunggu...
Sampai pukul 12 lebih, no 104 still tak naik-naik lagi.
bilik 9 dah mula close.
Dr dah balik.

Then, Ibu terus pergi jumpa seorang pegawai ni and tanya (aku tak tahu tahap ke'hangin'an ibu waktu ni).
Pegawai tu cakap :

"Eh, makcik nombor ni dah terlepas. Mak cik yang tak perasan kot"

Apa lagi, SERANG!!!!!!!
Ibu aku pun melancarkan serangan balas la.. at the same time, sorang patient cina ni nombor dia pun tak naik juga.

After, ugut untuk bawa ke pihak atasa, pegawai tu pun terus slow talk cakap:

"Macam ni lah mak cik, saya tengok bilik dr tu jap, mana tau dr belum balik lagi , mak cik boleh jumpa dia"

Malangnya dr dah balik.. Tapi pegawai tu suruh ibu datang petang and terus pergi bilik dia, then dia akan terus bawak jumpa dr di bilik 9 tu..

Ok. fine.
Nak settle kan juga benda tu,
lepas sembahyang jumaat ibu terus bawak Abang Chik pergi sekolah ibu jap,
tanda tangan kehadiran and maklumkan pada guru-guru penolong ibu aku (yerla, dibuatnya ada lawatan mengejut dari jabatan ke apa, then ibu tak ada kat sekolah, tak ke Haru jadinya),
ibu terus pergi klinik kesihatan tu semula..

Sampai sana, terus jumpa dengan pegawai tadi and dia terus bawa ibu and Abang Chik ke bilik 9 tu.
Masuk dalam, then cakap-cakap..
At last, Dr tu cakap:

"Maaf puan, saya tak boleh bagi pengesahan ni, saya tak ada kuasa! ni puan kena berurusan di kaunter 10. bagi je borang ni, diorang akan uruskan"

Memang berasap gila ibu aku.
sekian lama tunggu nak jumpa dr, at last boleh plak dr. tu cakap macam tu..

ibu terus keluar pergi kaunter 10.
Then, bagi borang tu, sama macam tadi.
kali ni orang kaunter 10 pulak tak tahu, then cakap benda ni urusan dr.

Sekali lagi ibu melancarkan serangan.

at last orang kaunter 10 tu, call dr. tadi, discuss itu ini.
At last suruh ibu pergi ke klinik kesihatan yang lagi satu (belakang pejabat pos BP)
dengan alasan, sini tak ada dr.pakar. so, kene jumpa dengan dr. di klinik kesihatan sana.

Dah pukul 4.00 petang waktu tu,
ibu terus pergi klinik kesihatan tu.
sampai sana jumpa dengan Dr.Haliza.

kat sini, bukan je ibu yang marah, Dr. Haliza pun marah sama dekat 'orang-orang' klinik kesihatan BP tu.
sebabnya??
sekali lagi..benda ni bukan sepatutnya dirujuk kepada Dr. Haliza tapi Dr. Yunos di bilik 11 Klinik Kesihatan Batu Pahat juga!!!!
Dengan bantuan Dr.Haliza, Dr. Haliza terus menghubungi Dr. Yunos and buat appointment untuk ibu pada minggu depan.


Ini bukan kes pertama yang berlaku di Klinik Kesihatan BP ni.
"tolak-menolak" macam ni dah biasa sangat.
Ingatkan bila dah semakin besar Klinik Kesihatan ni, perkhidmatan pun bertambah bagus.
tapi HAMPEH!

Kalaulah borang tu boleh disahkan oleh pakar Hospital Swasta, memang dah lama ibu pergi Pantai or Putra. Bayar hundreds pun tak apalah dari satu hari membazir masa +berkejar ke sana ke mari, at last Nothing!

hmmm.. masuk pasal my baby plak..
Keluar je dari jumpa Dr.Haliza tu,
sampai-sampai kereta tengok cermin depan kereta retak.
Rasanya terkena batu yang terpelanting.
Aku terus tanya ibu.

"jap-jap. Ibu bawa kereta apa?"

dalam hati aku dah doa :

"Tolonglah jangan kata ibu bawak kereta.........."

tak sempat habis doa aku, ibu aku dah jawab

"VIVA!."

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!
kenapa bukan kereta lain???????

MY BABY!!!!

ciannya my baby.. tak sampai 6 bulan, dah kena masuk "ospital"
waaaaaaaaaaaaaaa~~~~~blogger-emoticon.blogspot.com


tak lama lepas dengar berita "gembira" tu,
aku terus ckp nak stop..
tak sanggup mengenang keadaan my baby!!!
huhuhuhu~~~

ok relax ehda..relax...
tarik nafas..........................
lepas......................

hmmm...benda nak jadi..nak buat macammana..
sob3x..blogger-emoticon.blogspot.com


Friday 21 January 2011

P.R.I.V.A.T.E


Assalamualaikum w.b.t.
Mulai minggu depan (24 Januari 2011)
aku akan PRIVATE kan blog ni..

So, kalau korang nak stop follow aku or buang link blog ni dari blog list korang, aku relakan...
sob3x..

Aku tak tau, aku nak private kan blog ni sampai bila..
Mungkin sampai hati aku tenang balik kowt..
huhuhu~

kalau aku dah bersedia untuk share semua 'rapuan' and 'repekan' lagi, aku akan open untuk semua balik.

Buat member2 yang aku tak invite,
aku minta sori yer..
kita continue "stori-mori" kat FB je k...

Watevapun, sebelum aku mereversekan diri,
aku nak mohon maaf kalau apa yang aku 'merapu' kat blog ni, ada buat korang ter'tacing'..
Wish me luck k!
Doakan aku untuk final sem ni..

and lastly,
Semoga korang semua pun akan terus success and happy-happy selalu.. :)


Saturday 15 January 2011

Aku & PESISTA..

12 JANUARI 2011
Jawatankuasa PESISTA (Persatuan Siswa Siswi Statistik) tahun 2010 dibubarkan secara rasmi.
Berakhir sudah khidmat aku dalam PESISTA..
Lepas ni boleh relaks.. join event pun dengan otak & hati yang lapang...
Tak payah nak serabutkan kepala dengan macam-macam masalah..

Dalam rasa happy + lega dah letak jawatan,
terselit gak rasa sedih...
yerla PESISTA dah jadi sebahagian dari hidup aku sejak masuk UiTM ni...
Teringat waktu susah payah nak mewujudkan dan menjenamakan persatuan ni dulu...
macam-macam halangan, kutukan, dan sindiran yang kami terima, waktu mula-mula PESISTA ni ditubuhkan dulu..
Lagi-lagi bila buat event, event kelam kabut..
yerla masing-masing tak ada pengalaman..
Nak mendapatkan sokongan ahli sendiri pun susah..
Bila nak buat event je terpaksa guna cara "PAKSARELA"

Tapi Alhamdulillah..
Pengalaman banyak mematangkan barisan jawatankuasa PESISTA...
Semakin lama perjalanan PESISTA semakin mudah...

jom kita imbas balik PESISTA sebelum ditubuhkan sehinggalah sekarang...

SEMESTER JULAI-NOVEMBER 2008

Batch pertama Diploma Statistik di UiTM Perak...
PESISTA belum ditubuhkan lagi.
Pelajar-pelajar Statistik seramai 65 orang "menumpang" dibawah Persatuan Siswa Siswi Sains Kuantitatif (PERSIK).

Gambar disebelah ni, gambar pelajar CS111 pada
Majlis Makan Malam PERSIK
di Casuarina Hotel,Ipoh.

Pada akhir semester ini,
barulah persiapan untuk menubuhkan persatuan sendiri dijalankan...
Pelajar-pelajar CS111 diminta memberi cadangan NAMA, LOGO dan MOTO persatuan sehingga wujudnya nama, logo, dan moto PESISTA sekarang.

Walaupun PESISTA belum didaftarkan secara rasmi,
namun pemilihan jawatankuasa telah diadakan.
Jawatan Presiden dipilih sendiri oleh Koordinator Program CS111, En. Nadzri. Manakala kekosongan 6 jawatankuasa yang lain dibuat melalui undian oleh pelajar CS111 ketika itu.

SEMESTER DISEMBER-APRIL 2009

PESISTA delah didaftarkan secara rasmi pada 1 Jan 2009


Ahli PESISTA waktu ni dalam 85 orang sahaja(pelajar semester 1 & 2).
PESISTA hanya mempunyai 7 orang Jawatakuasa yang (diketuai oleh ZAID) dan seorang wakil bahagian.

Belakang : Zaid (Presiden), Zul (Bendahari) & Azwan (Kebajikan & Kerohanian)
Depan : Syikin (Setiausaha) , Shiba (Akademik & Multimedia), Aku @ Ehda (Tugas-tugas Khas), Laily (Naib Presidan) & Hilmi (Wakil Bahagian)


Gamba sebelah dan bawah ni event pertama anjuran PESISTA.
2 event dalam satu masa.
FAMILY DAY dan DINNER PESISTA
di Intan Suraya Resort, Sg. Siput.
21-22 MAC 2009
2 hari satu malam.

Family day diadakan pada hari Sabtu dan Ahad (Siang).

Pengarah Projek : AZWAN

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Sukaneka, Ceramah dan Explorace.

Waktu penutupan rasmi event ni lah, T-shirt PESISTA (hitam) dipakai oleh semua peserta buat pertama kalinya.

Pada Sabtu (malam) pula,
Dinner PESISTA yang pertama diadakan.

Pengarah Projek : EHDA
TEMA : The Enchanted Purplish Modern Night

hampir semua pakai baju ikut tema..
PURPLE..
Aku teringat kenangan budak kelas aku waktu ni (STA2A) buat persembahan nyanyi lagu-lagu yang ada kat dalam iklan TV..
(Iklan Axion, Super Rings n so on...)
kat sini gak kitorang semua taw bakat terendam sir sayed..hehe~

Aku akui, dua-dua event ni memang banyak kekurangan.
Perjalanan majlis makan malam pun kurang lancar..
Almaklumlah...
Kami budak baru belajar..

Namun segala kekurangan yang berlaku di Sg. Siput ni, kami ambil sebagi pengajaran dan iktibar.

SEMESTER JULAI - NOVEMBER 2009

Disebabkan rasa "Tak cukup tangan" oleh jawatankuasa PESISTA, akhirnya jawatankuasa ditambah. Jawatankuasa PESISTA bertambah menjadi 14 orang.

Belakang : Azizi, Kem, Hannan, Yus (tak termasuk. menyebok je kat gamba!), Zaid, & Cabak.
Depan : Syakirah, Shiba, Aku (Ehda), Cik Rashidah, Echa, & Islamiah
Tiada dalam gambar : Syikin, Laily, Ika, Ucop, Azwan

Ahli PESISTA semakin bertambah. (melebihi 120 orang).

Buat pertama kalinya PESISTA menubuhkan pasukan football dan menghantar penyertaan dibawah nama persatuan dalam
Fiesta de Futbol & de Futsal 2009.

Pasukan PESISTA hampir masuk ke peringkat separuh akhir.
Namun terpaksa akur dengan kekalahan melalui "lambungan syiling"

Mencetuskan kontroversi juga la waktu tu..
yerla.. kalah sebab lambung syiling..
memang la tak puas hati...

Namun, ianya tidak berlarutan.. Akhirnya, semua dapat terima kekalahan PESISTA..
Lagipun PESISTA kalah dengan pasukan yang dikira "adik-beradik sepusat sepusing" dengan PESISTA (dibawah fakulti yang sama)..
PESISTA kalah dengan DISK (Diploma Sc. Komputer).

Semester ini juga, PESISTA buat julung-julung kalinya menganjurkan "charity" event yang mendapat sokongan penuh dari warga UiTM Perak.

Program Ikatan Ukhwah bersama Anak-anak Darul Aitam.

Pengarah Projek : Shiba

Aku diberi amanah untuk menguruskan Hal ehwal & Kebajikan Peserta.

Program ni berlangsung selama 2 hari 1 malam di UiTM Perak.

PESISTA mencetuskan kelainan dengan menjemput seramai lebih kurang 30 orang anak-anak yatim (7-17 tahun) dari Rumah Anak-anak Yatim Darul Aitam, Temoh, Perak ke UiTM.

Antara program yang dijalankan seperti sesi LDK, ceramah motivasi, tayangan, dan sebagainya.
Antara tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada Adik-adik ini tentang suasana sebenar di IPT selain membantu mengumpul dana untuk disumbangkan ke rumah anak-anak yatim ini.

Penutupan rasmi program ini dirasmikan sendiri oleh Timbalan Pengarah Kampus HEP, Prof. Madya Hj. Mohd Fisal b. Ishak.

Aku teringat sewaktu program ni berjalan,
bermacam-macam ragam adik-adik yang terpaksa barisan AJK pESISTA kendalikan..
Ada yang menangis nak tidur, merajuk bila AJK tak nak belikan jajan dan macam-macam lagilah..

Namun, Cik Rashidah dan guru-guru pengiring dari rumah anak-anak yatim ni sentiasa memohon kami agar bersabar melayani kerenah adik-adik ni.. Alhamdulillah program ini dapat berakhir dengan sempurna dan hubungan silaturrahim antara AJK dan anak-anak Darul Aitam ini masih berterusan selepas program berakhir.

Program terakhir bagi semester ini adalah
Majlis Malam Seribu Syawal
.

Pengarah Projek : Laily
Tema : Hari Raya

Jika Dinner di Sg. Siput, Laily jadi Penolong aku, now, aku jadi penolong Laily pula. :D

Memandangkan hari raya aidilfitri baru je disambut, Maka Majlis makan malam diubah menjadi majlis sambutan hari raya..

Malam Seribu Syawal ni diadakan di Padang Kawad UiTM Perak.

Antara menu yang dihidangkan ialah Nasi tomato, lemang, sate, roti jala, dan kuih raya.

Mood raya memang sangat-sangat terasa!!

Majlis Malam Seribu Syawal ni diorganize sepenuhnya oleh jawatankuasa PESISTA bersama pelajar STA3A (July-Nov 2009).


SEMESTER DISIMBER-APRIL 2010


Jawatankuasa 2009 dibubarkan dan Jawatankuasa 2010 dilantik.
Ingatkan khidmat aku dengan PESISTA berakhir kat sini.
Namun, sewaktu AGM aku "naik pangkat" jadi Naib Presiden PESISTA tahun 2010.

Belakang : Mawe (Akademik & Multimedia), Hannan (Kebajikan & kerohanian), Am (Sukan & Rekreasi), Yus (Sukan & Rekreasi), Mizi (Tugas-tugas khas), Azdi (Presiden) & Izwan (Tugas-tugas khas)
Depan : Syida (Akademik & Multimedia), Aida (Setiausaha), Aku (Ehda) (Naib Presiden), Cik Rashidah, Nai (Bendahari), Echa (Protokol) & Yana (Kebajikan & Kerohanian)

Aku berkerja dibawah ketua baru, Azdi.
Beberapa orang AJK lama masih kekal (Echa & Hannan).
Yang lain-lain merupakan AJK-AJK baru..
tapi Alhamdulillah kami dapat bekerjasama dengan baik dari mula hingga akhir.

Aktiviti pertama bersama jawatankuasa yang baru ialah
Eksplorasi Alam & Hari Induksi CS111
di Gua Tempurung, Gopeng, Perak.

Pengarah Projek : Khairol Akram (Am)

Aktiviti ni berlangsung selama satu hari (pagi hingga ke petang)
pagi : Ekplorasi Gua Tempurung
petang : Induksi CS111

Untuk event ni, first time aku uruskan bahagian Makanan. Makanan untuk breakfast, Lunch, Minum petang, dan Air mineral.

Sangat seronok.
Pengalaman pertama menganjurkan event yang berkonsepkan sukan & rekreasi. Aktiviti ni turut disertai oleh beberapa orang pensyarah FSKM.

Dalam event ni aku bagi pujian la dekat pengarah n penolong pengarah projek (Am & Mawe). walaupun tengok korang rasa cam tak boleh diharap, tapi korang memang dah butikan "Don't judge a book by it's cover". hehe~~

Gambar sebelah ni pulak adalah Majlis Persidangan MPP bersama JPK Kolej dan Persatuan dalaman.

Setiap Perstuan hantar 3 orang wakil.
So, Aku, Nai, dan Azdi menjadi wakil PESISTA.
Persidangan ni berlangsung dari hari jumaat (petang) hingga Sabtu (tengahari).
Tujuan persidangan ni adalah untuk membincangkan resolusi untuk diserahkan kepada pentadbiran UiTM Perak.

Secara jujurnya, sangat bosan persidangan ni.
tapi ianya adalah untuk kebaikan dan kepentingan warga UiTM Perak.

Pada masa yang sama dengan persidangan ni, Hari Sukan FSKM turut berlangsung di padang UiTM Perak.
Siriesly, aku rasa badan je ada kat dalam dewan ni, otak aku dah menerawang ingat event kat padang.hehehe~

Hari Sukan FSKM 2010
ni berlangsung dari hari Sabtu hingga Ahad.
Anjuran bersama PESISTA, DISK, dan PERSIK.

Aku diberi tugas untuk menguruskan Publisiti dalam event ni..
Tempah Banner dan Naikkan poster.
So, aku tak ada la kerja sangat untuk event ni, just tolong mana-mana yang patut je..hehe~

Acara yang dipertandingkan : Bola Tampar (L), Bola Jaring, Futsal (L & P), dan Tarik Tali (L).

Alhamdulillah PESISTA mendapat JUARA keseluruhan!!

tapi ingat-ingat balik, aku mesti nak tergelak bila ingat "drama" tarik tali PESISTA.

Rasanya tak payah tarik pun, memang dah tau PESISTA kalah..
Ibarat "Gajah" lawan tarik tali dengan "Si Kancil"...
hahaha~~~

kepada "jejaka-jejaka" PESISTA, makan banyak-banyak sikit..pergi Gym tu... Hopefully, "drama" tarik tali tu tak jadi lagi waktu Hari Sukan FSKM 2011 ok?? hehe~

Event seterusnya ialah
Majlis Sekalung Budi, Sejuta Penghargaan
di Bilik Rekreasi Kolej Indera Sakti, UiTM Perak.

Majlis ni sebenarnya "majlis makan-makan"

Majlis meraikan jawatankuasa PESISTA tahun 2010 dan 2011
(yang lama & yang baru la...)
dan penyerahan sijil penghargaan kepada jawatankuasa yang lama.

Menu makan tengahari ni nasi + sayur dalca + ayam masak merah + daging masak kicap + sambal udang.
Sangat sedap..

Majlis ni sekejap je. dari pukul 12.00 tengahari hingga 2.00 petang. (Khamis)

Dengan slumbernya Aku, Nai, Aida & Echa ter'masuk' kelas Linear Algebra lambat petang tu sebab "kekenyangan".
hahaha~~ Nasib baik la Miss Mahani tak marah. Sukati je kiotorang ni kan??
(Adik-adik, jangan tiru aksi ini!)

hmmmm...
Yang ni pula
Majlis Makan Malam PESISTA.

Pengarah projek : Yus
Tema : Cubic Madness Night

semua orang kena pakai baju "kotak-kotak"
Dinner ni berlangsung di Heritage Hotel, Ipoh dan diorganize sepenuhnya oleh STA3A (Dis-Apr 2010).

Dinner ni agak meriah dan berlangsung dalam suasana yang cukup sempoi..
tak adalah skema sangat macam majlis-majlis makan malam yang lain kalau buat kat hotel..

Walaupun ada serba sedikit kekurangan tu.. Adatlah..
Lagipun yang handle dinner tak ada pengalaman. Sama macam aku and AJK dulu-dulu handle first event kitorang..
Watevapun tahniah aku ucapkan untuk mereka yang organize Cubic Madness Night ni!

Aku suka dengan cubic madness night ni sebab malam tu aku dapat cabutan bertuah! haha~

SEMESTER JULAI-NOVEMBER 2010


Masih mengekalkan barisan jawatankuasa PESISTA yang lama.
Disebabkan kesuntukan masa, hanya 3 event sahaja yang berjaya dianjurkan semester ini.

Event pertama ialah
Malam Induksi Bersama Pelajar Semester 1 Diploma Statistik.
event ni untuk memperkenalkan barisan AJK PESISTA kepada pelajar baru serta memberi pendedahan berkaitan DIploma Statistik oleh penasihat Akademik masing-masing.
(Sorry, tak ada gambar la pulak..)

Terus masuk ke event ke-2.
Kem Bina Semangat Pesista
di Teluk Batik Marine Park.

Pengarah Projek : Mawe

Event ni aku agak sibuk.. Aku jadi penolong Mawe. Kena sama-sama survey tempat, booking tempat, bincang aktiviti n so on...

event ni berlangsung selama 2 hari 1 malam.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah Sukaneka di tepi pantai, Melawat Muzium Siput, Banana Boat, Night Walk, Kayak, Boating, & Snorkeling.

Event ni disertai oleh 110 orang pelajar dan 6 orang pensyarah.

Ni event yang aku rasa sangat seronok dan berjalan dengan sangat lancar. Terima kasih buat semua fasilitator dan AJK yang terlibat.

Cuma yang tak bestnya untuk aku, hari last kat sana, aku hilang suara!!
waaaaa~~ sangat sedih... dah la tak ada suara, sakit tekak pula tu... Nasib baik, tengahari tu suara aku dah keluar sikit walaupun serak..huhuhu~~

Sekali lagi PESISTA menghantar penyertaan ke
Fiesta de Futbol & de Futsal 2010.

Berbeza dari tahun lepas, kali ini PESISTA turut menghantar pasukan Futsal (P)

Futsal(P) PESISTA berjaya meraih Naib Johan manakala pasukan Bola Sepak Lelaki terkandas di Separuh Akhir.

Macam tahun lepas juga,
Aku dengan AJK-AJK Perempuan serta member-member kitorang turun memberi sokongan..
jadi tukang sorak tak bergaji..
Tapi biasalah kalau dah namanya perempuan tengok bola..
payung memang tak boleh tinggal..
kalau silap sikit pemain tak emo, kitorang yang terlebih emosi.hahaha~~
muka sunburn tak payah cakaplah..pakai berbotol-botol sunblock pun tak berkesan!
Tapi tak apalah.. Setahun sekali..

Event terakhir ialah
Majlis Makan Malam FSKM
di Dewan Banquet SUK, Ipoh.

Kalau sem lepas kitorang bergabung untuk Hari Sukan FSKM, kali ni PESISTA, DISK, PERSIK dan ISK (Degree Sc. Computer) bergabung untuk Dinner Faculty ni...

Ini antara event terbesar yang aku handle.
kali ni aku diberi tugasan untuk jadi ketua AJK hadiah

kena prepare door gift, hadiah pelajar cemerlang, hadiah cabutan bertuah, goodies bag untuk VIP dan cenderahati pensyarah)

Dinner FSKM ni dirasmikan sendiri oleh Pengarah Kampus UiTM Perak yang baru Prof. Ir. Dr. Hjh. Zainab bin Mohamed.

SEMESTER JANUARI-MEI 2011

Tamat sudah Diari Aku bersama PESISTA.

Pertama kali jumpa En. Nadzri semester ni, aku dan pelajar semester 6 yang lain dah diingatkan supaya kurangkan aktiviti bukan akademik dan tumpukan pada pelajaran.. Dan aku sendiri dah berjanji dengan Penasihat Akademik aku, Pn. Hjh. Zurina untuk "retire" dari persatuan sem ini.... So, aku rasa dah penat dan rasanya sudah cukuplah dan ini sahaja yang mampu aku buat untuk PESISTA.

12 Januari 2011
Jawatankuasa PESISTA 2010 dibubarkan secara rasmi dalam majlis
AGM PESISTA 2011.
Bukan sahaja barisan jawatankuasa yang berubah, malah Penasihat persatuan turut berubah. Cik Rashidah turut bersara bersama-sama kami. Now, PESISTA berada dibawah Cik Rozaimah.

Mungkin AGM ini kali terakhir aku "membebel" depan ahli-ahli PESISTA yang lain.

No More Loud Speaker dari aku.
So, korang tak payah risau tentang tahap kesihatan telinga korang bila dengar aku "menjerit" dan "membebel".
hahaha~~

Jawatankuasa PESISTA 2011 telah dilantik.
Syimir jadi Presiden dan
My roomate, Cik Atikah Ramlan menjadi Naib Presiden menggantikan aku..
(bukan rahsuah taw ni.haha)

Semoga Jawatankuasa PESISTA 2011 dapat meneruskan usaha menaikkan nama PESISTA.
Sekiranya, apa yang kami buat selama ini baik, teruskanlah..
Jika ada sebarang kekurangan, perbaikilah ia....


Friday 14 January 2011

Bezday KAK syida..

10.01.11
bezday my classm3.. KAK syida (Syahidah Yusuf)..

-syida-

actually, syida ni "AKAK" kitorang..
she's 22...


tapi kitorang tak panggil "Akak" pun..
sempoi sudah...

malam tu kitorang (aku, nai, aida, echa n beberapa orang part 5 yang lain) diundang oleh WANA untuk memeriahkan majlis...blogger-emoticon.blogspot.com
orang dah jemput makan free,blogger-emoticon.blogspot.com kompem r kitorang datang..
hehehe~~
kitorang celebrate bezday syida kat depan DM Indera Mulia..
rasanya dah dekat pukul 10 kowt baru celebrate...
tak pe lah.. demi MAKAN..blogger-emoticon.blogspot.com
hahaha~~

jom tengok gambar-gamba yang sempat disnap...

-aida..aku..echa..SYIDA..wana-

-jom makan cake!-

-jom nai, kite conquer cake ni!-

oklah..
lastly....
kepada syida...blogger-emoticon.blogspot.com
EPY BELATED BEZDAY!!


blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

credit to MR.SA'IE for the pics.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting