Monday 25 October 2010

Sang Kelembai????


Selama ni aku pernah dengar je... tapi tak pernah la nak ambil tau benda-benda macam ni....
ni semua gara-gara, Abang ipar aku,
En. Azizul b. Othaman aka Abg joe...
Ada ke patut dia gelar aku "Sang Kelembai" kat Facebook!!!

haish.... abg ipar aku ni memang suka menyakat n menyakitkan aty aku....
tapi tu je la satu-satunya abang ipar aku.... So, Sabar je la...... nak marah lebih-lebih pun aku dah malas... Buat penat aku je... dah memang hobi dia mengusik aku.. nak buat cammana lagi......huhuhu~~~~~

kenapa dia gelar aku Sang Kelembai????
Korang baca la sendiri kat atas tu... (komen yg ke-2 dr bawah)

Balik pada cerita Sang Kelembai... Lepas dia gelar aku macam tu.. tiba-tiba aku terasa nak ambil tau la pula pasal makhluk yang bernama "Sang Kelembai" ni... Yerla, aku tak pernah pun tau Sang Kelembai tu apa...tinggi ke rendah??... Abang Joe kata, "dia" Kenit.. Betul ke???Lelaki ke perempuan?? Ada kat mana??........haish, Senang kata,memang Zero la knowledge aku pasal Sang Kelembai ni.


so, bermula lah penjelajahan aku di Google.... mula-mula search gambar dulu.
Maka, hasil pencarian aku tu,
Jumpa la dengan gambar makhluk ni...

So, apa pandangan korang semua??? aku???No komen lah.....


habis tengok gambar-gambar Sang Kelembai ni... Aku search pula kat wikipedia....
ok, korang nampak tak tulisan kat gambar atas ni???

"Sang Kelembai merupakan makhluk ghaib yang menghuni hutan tertentu di beberpa tempat di MALAYSIA"
(Yang ni aku terkejut!!)

ok sambung baca lagi...
"Sang Kelembai mempunyai kuasa sakti yang boleh menyumpah sesiapa sahaja menjadi batu, Sang kelembai biasanya berada di dalam hutan dan pantang kepada bunyi bising. Jika SangKelembai tertarik dengan bunyi tersebut, Sang Kelembai akan menegur. Manusia atau binatang yang ditegur akan menjadi batu."
(Retrieve October 24, 2010 from http://ms.wikipedia.org/wiki/Sang_Kelembai )

So, nak percaya ke tak nak pasal Si Kelembai ni... Cuba baca kat atas sekali.. Mr Wiki ada pesan:

Conclusionnya, BUATLAH PERTIMBANGAN SENDIRI...wujud ke tak wujud Sang Kelembai ni Wallahhualam bissawab (dan Allah Maha Mengetahui sesunnguhnya).. Yang pasti jin, syaitan dan iblis memang ada di muka bumi ini dan terdapat perjanjian antara iblis dengan Allah S.W.T dimana iblis diberi kebebasan oleh Allah S.W.T untuk mengadakan cubaan dan ujian atas keimanan manusia terhadap Allah S.W.T....

*Aku tak ada la pandai sangat bab-bab agama ni.. ni berdasarkan sumber yang aku petik dari satu article di http://blog.re.or.id/beda-setan-dan-iblis.htm*

*Gamba-gamba Sang Kelembai kat atas tu, semuanya aku sedut kat http://www.google.com.my/*

Friday 22 October 2010

Perak - Seri Iskandar Tercinta

cepatnya masa berlalu... rasa macam baru je naik semester 5, ni dah nak final.... sem depan dah semester 6... rasa tua la pulak.... huhuhu~~~
pejam celik, pejam celik dah hampir 3 tahun aku bertapa kat perak tercinta ni... Mula-mula dulu memanglah tak boleh nak terima kenyataan kena campak kat Seri Iskandar ni...Mesti nak compare dengan Johor....

"Kat sini bas buruk la... Nak pergi Ipoh jauh la... sini "Hutan" la..."
(P/S: Orang Perak jangan marah ye.... ni persepsi zaman dolu kale..hehe~)

memang rasanya waktu tu tak tau macamana nak adapt suasana kat sini...
Tapi bak kata pepatah
"Alah bisa tegal biasa"....
lepas tu kena la sedar diri kan... menumpang kat negeri orang.......
"Dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung"

*Kenapa tiba-tiba aku cam jadi guru BM ni??? (konpius)*

Dulu waktu dapat kat UiTM Perak ni..
parents aku memang lah mengeluh... Jauh...
yerla dah la aku ni anak bongsu..
(ok ak mengaku memang aku anak manja...)
Abang & Akak aku dulu belajar paling jauh pun kat KL...
3 jam pecut dah sampai rumah..
aku???
kalau tak bertapa dalam bas 6-7 jam, jangan mimpi la nak nampak bumbung rumah...
huhu~~

Tapi lama-lama ibu berjaya berfikir secara rasionalnya......
nasihat aku....
"Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya"

Perak ni sebenarnya kampung aku juga...
Kampung sebelah family Arwah Ayah aku..
Actually, dulu kecik-kecik, Perak ni la tempat aku "balik kampung"....
tapi bila ayah aku dah meninggal.... family kat sini pun ramai yang dh berhijrah...
memang tak pernah jejak la bumi Perak ni...
so, bila aku dapat masuk sini, Alhamdulillah,
kitaorang dapat merapatkan balik hubungan antara keluarga aku n keluarga arwah ayah aku...
Tengok!
dah nampakkan hikmahnya????

Sekarang ni pun, aku dah redha je...
Andai kata satu hari nanti aku terpaksa berkhidmat kat sini pun,
InsyaAllah aku dah tak kisah....
Dah banyak kenangan aku lakar kat sini....
honestly, aku dah mule jatuh cinta kat Perak ni...
suasana yang agak tenang kalau nak compare dengan riuh rendah kat Johor tu....
kalau fikir-fikir balik..
kat sini adalah The best place untuk study la.....

Ok lah banyak sangat aku membebel..
Tujuan asal aku nak share jadual Exam Sem ni...
huhuhuhu~~~~


ITS250 - Database
QMT350 - Probability & Statistics II
QMT225 - Regression Analysis I
Fin203 - Finance

yup 4 paper sahaja..
tapi 4 paper yang sguh menguji ketahanan IQ n EQ (Intelligence Quotient n Emotional Quotient) aku....

sangat takut nak menghadapi Final Exam...
lagi-lagi dengan subjek Probability...
Failure rate dia kat mana-mana UiTM sangat tinggi!!
ramai yang tak dapat grad on time sebab subjek ni...
huhuhu~~
TAKUT!!!

4 Sem aku dah berusaha mantain result....
aku risau dengan 2 sem akhir ni...
hopefully cita-cita aku nk dapat ANC tercapai.....
huhu~~

Dalam sibuk nak exam ni....
boleh la pula ada benda saja-saja timbul nak menyenakkan otak aku ni...

Antara Ibu n Gendut (Izzah)



kenapa???
Biasanya study week aku akan balik kampung...
habis final, aku akan terus balik rumah akak aku dulu..
Dalam seminggu stay kat sana, baru la aku balik Johor...

tapi memandangkan sem ni aku tak balik study week...
1st plan aku, after final nak balik rumah akak aku, then baru balik johor...
bukannya aku tak nak balik johor terus...
tapi kesian kat Gendut...
Dia dah dok menunggu-nunggu aku datang.....
asal telefon tanya :
"Ile Acu nak atang umah Ijah?" (Bila Acu nak datang rumah Izzah?"
nak pergi mana pun, nak tunggu aku datang....
ibu aku pula cam nak merajuk...
Bagi kebenaran tapi siap ugut aku
"Jangan lama-lama kat rumah akak tu, Kalau lama-lama, ibu POTONG ELAUN BUKU!"

*Elaun Buku - Elaun untuk neli novel sepanjang cuti*

Hish. Senak betul otak aku ni!
Lepas aku fikir-fikir balik, aku terpaksa la tukar plan...
Aku habis final 14 Nov..
17 Nov dah raya haji...
kalau aku balik rumah akak aku sian la pula kat ibu aku..
Raya-raya anak tak ada..
akak aku kompem tak balik (abang ipar aku kerja..)
so, macam sangat tidak patut la kalau aku tak balik rumah......

skarang ni plan yang dah terupdate...
tak nak siapa2 kecik hati or merajuk dengan aku....
aku decide balik rumah akak aku waktu gap exam..
after paper Probability n sebelum paper Reression...
kat stu ada gap 10 hari...
so, boleh la aku cabut balik Klang dalam 5 hari...
after final nanti, terus balik Johor......

So, Izzah puas hati... Ibu pun Puas hati....

Watevapun... Doakan aku boleh buat ok exam ni....

Tuesday 19 October 2010

Dinner FSKM....

10.10.10
Majlis Makan Malam Fakulti Sains Komputer dan Matematik

sem ni buat pertama kali nya 4 persatuan di bawah FSKM berkerjasama untuk menganjurkan Majlis Makan Malam Fakulti..
(sebelum ni, Majlis Makan Malam dibuat mengikut Jabatan masing-masing)

DISK (dip. sc. komputer)
PERSIK (dip. sc. kuantitatif)
PESISTA (dip. statistik)
ISK (deg. sc.komputer)

Mula-mula mendapat arahan untuk bergabung, ramai yang protes..
PESISTA n PERSIK antara yang kuat menyatakan bantahan..
Bukannya tak nak bergabung, tapi bila buat kerja terlampau ramai ni, macam-macam hal la yang timbul..
ada yang buat kerja.. ada yang tak buat kerja... adat la tu kan...
tu yang kami tak nak bergabung.. Takut ada yang ungkit-mengungkit kemudian hari....
tapi selepas campurtangan pihak pengurusan fakulti,
akhirnya kami terpaksa mengalah..

"Kalau Malaysia sedang menuju ke arah 1 Malaysia
oleh itu, kami juga perlu melangkah ke arah 1 Fakulti"

-En. Nadzri (Ket. Koordinator FSKM)-


kali ni aku ditugaskan sebagai KETUA AJK HADIAH.
Tugasnya, tak lain tak bukan kena pergi beli hadiah la.......
Bab merayap2 ni, memang la suka... kena keluar berkali-kali pun tak pe..
hehe~~

Alhamdulillah.. Hadiah semua dapat di"settle"kan dengan sempurna sebelum Dinner berlangsung...



bersama "BOSS" Majlis Makan Malam FSKM....


semasa Pengarah Kampus merasmikan majlis...

Waktu Dinner ni berlangsung, memang aku hidup tak aman..
sebabnya nak memastikan kelancaran semasa sesi penyampaian hadiah...
walaupun bukan aku yang buat kerja-kerja tu, tapi kena bergerak juga untuk perhatikan anak-anak buah aku tu....
jangan sampai ada yang curi tulang!
hehehe~~
Tapi walau apa pun, pada AJK-AJK hadiah :
"You All memang the bez la!! TQ sbb bg kerjasama yang baik... =)"


Malam tu juga, Alhamdulillah aku menerima

Anugerah Pelajar Cemerlang Diploma Statistik


syukur sangat-sangat..
memang pada mulanya, rasa keberatan nak terima anugerah ni..
Takut ada yang rasa tak puas hati bila aku yang dapat anugerah ni.
Al-Maklumlah, aku bukannya pelajar yang mendapat CGPA tertinggi di Jabatan Statistik.
Ada lagi pelajar lain yang dapat CGPA yang lebih tinggi dari aku..
tapi menurut Ket. Koordinator FSKM merangkap Koordinator Statistik
beliau mengambil kira pencapaian akademik dan juga penglibatan kokurikulum..
so?? Nothing to say la...
Orang dah bagi, kita ambil je la kan...
Rezeki jangan ditolak, Musuh jangan dicari...


barisan jawatankuasa siswi PESISTA bersama penasihat PESISTA



Alhamdulillah..
Semuanya berjalan dengan lancar dan Majlis Makan Malam FSKM berakhir dengan jayanya.....

Bak kata Wonderpets :

"Apa yang Penting?"


"KERJASAMA"



Pesta Wau

PESTA WAU!!!!
WOW... first time ni ad pesta wau kat UiTM Perak ni!!
Apa yang ada kat pesta wau ni???

First, of course la ada pertandingan menaikkan wau...
lepas tu ada juga jualan-jualan...
kalau nak beli wau pun ada...
so, siapa yang berminat sila lah beli....

sekali lagi kami bergerak under team PESISTA.
(Persatuan Siswa Siswi Statistik)
kami hantar 4 couple untuk pertandingan wau ni...
  • Zaid & Shiba
  • Hannan & Mawe
  • Syimir & Marcos
  • Azdi n Wani






AJK yang lain-lain kena la membuat jualan..
kami jual air je..
tu pun air tin, botol n kotak..
saja-saja buat syarat je..
kalau ikutkan hati malas nk jual-menjual ni..
tapi AJK lelaki PESISTA sangat bersemangat untuk menjual...
terpaksalah juga kami ni turun padang..
(diorang semangat je lebih nk jual, at last kitorang gak yang kena handle.. Diorang dah sibuk ngan wau masing-masing)




tapi nasib baiklah selepas berpenat lelah...
hehe~~
satu daripada wau kami mendapat JOHAN!!!!
(wau Zaid n Shiba)
Yang lain-lain dapat saguhati je la....
wateva pun Congrate buat semua!



Yang penting semua happy hari tu!!!

Kem Bina Semangat PESISTA

25 - 26 SEPTEMBER 2010
Kem Bina Semangat PESISTA di Teluk Batik Marine Park, Teluk Batik.

Sepanjang aku hidup kat uitm ni,
rasanya ni event yang paling best yang aku join n organize...

preparation untuk event ni makan masa la gak..
set up tempat...
runding harga....
booking bus...
kalau ingat-ingat balik memang sangat penat..
topup aku pun sampai kering nak settle pasal event ni...

tapi Alhamdulillah,
dapat kerjasama yang SANGAT BAIK dari pihak pengurusan Teluk Batik Marine Park ni..
sekalung penghargaan buat En. Azri and team...


-En.Azri-

ok. bermula dengan malam sebelum kitorang pergi teluk batik tu...
AJK semua turun adang prepare hadiah n bbarang-barang yang nak dibawa ke sana..
Cik Bendahari pula berhempas pula "menyettle"kan kira-kira kewangan untuk event ni...
yer la kan esok nk g membayar segala-galanya...


-sampul hadiah!!!-

Hari Sabtu, semuanya ready!
Berkumpul di foyer FSPU..
Nasib kitorang agak baik kali ni sebab berjaya mendapatkan bus UiTM.
(bukan senang nak dapat kalau untuk aktiviti-aktiviti persatuan)
pagi-pagi tu settlekan pendaftaran n pembahagian kumpulan.


-sesi pendaftaran-


-Fasilitator-fasilitator-

Around pukul 8.30 pagi kami terus bergerak ke Teluk Batik Marine Park..


-Cepat, Sume naik bas!!-

sampai je di sana, kami terus sarapan n pengagihan kunci chalet.
Sepatutnya kami hanya dibenarkan check in pada pukul 12.00 tengahari,
tapi atas timbang rasa n budi bicara pihak pengurusan, mereka benarkan untuk kami terus check in ke chalet..
Promote : Layanan kat tempat ni memang superb!!


-admire sangat kt penyu ni!!-

Lepas semuanya siap letak barang kat dalam chalet masing-masing
(1 chalet = 4 orang)
kami teruskan aktiviti sukaneka di tepi pantai...
masing-masing bila dah jumpa dengan air laut................................................
(faham-faham sendiri la...)


-SERONOKNYA!!!-


-Akak & Adik-


-Jom pekakkan telinga orang!!-

tapi tak ada siapa pun dibenarkan mandi..
setakat main-main air kat tepi tu bolehla...

habis aktiviti pantai, lunch then aktviti bebas sampai kol 2.30 petang...


-super duper senior-


-dh penat nk bercakap.......-

sangat penat melayan kerenah mereka di tepi pantai....
hehehe~~


-sangat seronok tdo kt sini!!-

Petang tu kami mulakan dengan aktiviti melawat Muzium Siput..
yang ni siriesly memang boring..
budak-budak ni pun dah buat muka bosan je...
(aktiviti ni memang ada dalam pakej)


-Arahan : JANGAN BUAT MUKA BOSAN!-

haa...
aktiviti yang seterusnya ni yang bez...
BANANA BOAT!!
(tapi tak ada gamba la...huhuhuhu~~)
sementara tunggu turn naik banana boat, yang lain-lain tu berendam la di air laut...


-7 of us...-

settle banana boat dah dekat pukul 6...
masing-masing balik chalet, bersiap, sembahyang, n tunggu untuk dinner pukul 8.00 malam...

malam tu after dinner, kami sembahyang isyak berjemaah
(berbumbung awan...berlantaikan tanah..bersejadahkan kanvas)
sembahyang tak mengira dimana juga kita berada okay??
yang penting tempat tu suci dari najis dan kotoran.. cukup.
siap sembahyang, masing-masing buat aktiviti bebas...
budak-budak lelaki apa lagi.. TENGOK BOLA la..
wateva la korang..
yang penting malam tu kitorang panggil turun untuk night walk, turun.

malam tu buat night walk...
macam-macam la kitorang (AJK) ni buat untuk takut-takutkan diorang..
simbah dengan Kapur barus lah... Buat bunyi hantu.. n so on la...
Kesian diorang kena buli..
hehehe~
aku just jaga tempat berlepas n penamat je...


-seronoknya buli mereka!!!-

tak ingatlah pukul berapa baru semuanya selesai....
dah settle semua baru la kitorang para AJK ni tidur...
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz~~~~

bangun esok paginya,
ada sesuatu telah berlaku pada diri aku!!!
apa????
AKU TAK ADA SUARA!!!!!!
waaaa~~~~
macammana ni...
penasihat kitorang dah susah hati..
Al-maklumlah... aku kan memang sentiasa menjadi loud speaker..
terpaksa la Echa take over tempat aku...
(susah sikitla.. dh la bateri healer tu dh lemah.... suara Echa plak, kurang sikitlah volumenya dari aku...hehehe..tapi nak buat macamana kan................)


-Yummie..yummie...-


-Semua fasi siswi say "CHEESE"..-

pagi tu sangat sunyi...
budak-budak ni pun saja je nk main-main kan aku yang tak ada suara ni kn...
mentang-mentanglah aku tak boleh nak cakap apa-apa...
sedih betul...

pagi tu aktiviti kitorang snorkeling n canoeing...
Sebahagian buat snorkeling.. sebahagian lagi buat kayak.....
Aku n Aida satu team...
kitorang buat snorkeling dulu...


-I'm ready!!-


-Syikin...Me...Aida... Teyka-

dah masuk dalam kolam tu tak ingat dunia lagi la jawabnya...
aku rasa tak ramai pun yang betul-betul snorkeling...
semuanya main air je lebih...
hehehe~~
(Walaupun snorkeling kat kolam, tapi kolam ni ialah kolam air masin yang dalam...
try dulu, baru tau..hehe~)

lepas snorkeling, tukar shift pula..
kami buat canoeing...
kali ni aku ngan Aida diorang panggil group "MAK DATIN"
kami berkayak dengan sunglasses...
peduli apa kitorang...
panas kowt kat situ.....


-"Bila datin-datin berkayak"-


-Both of us..-

habis pukul 12...
lunch....

-Makan..makan..n makan..-

promote : Makanan kat sini sangat sedap... caterer serve macam kat hotel (Buffet)

sekali lagi pihak pengurusan Teluk Batik Marine Park ni bertolak ansur dengan kitorang...
sepatutnya kami kena check out pukul 12.00 tengahari..
tapi dia benarkan untuk checkout dalam pukul 2.00 petang (lepas siap sembahyang zohor)..
kami AJK pula dibenarkan checkout shingga pukul 4.00 petang..
yerla kan orang lain sibuk packing barang, kami AJK sibuk setting tempat untuk majlis penutupan rasmi kol 2.00 petang tu...

majlis penutupan rasmi bermula pukul 2.00 petang...
memandangkan suara aku not in a good condition...
terpaksalah Aida ambil tugas tak berpencen aku jadi mc petang tu...
majlis dirasmikan oleh En. Nazri (ket. Koordinator FSKM)


-We are the crew!-


-With the Champion!-


-We are here!-

maka berakhirlah secara rasminya
Kem Bina Semangat PESISTA sesi July-Nov 2010...

saat-saat akhir kami di TELUK BATIK MARINE PARK





sangat-sangat penat....
sampai u, siap-siap basuh baju... sembahyang..
lepas maghrib terus tido...
bangun sembahyang isyak kejap.. smbung tidur balik smpai pagi...
nasib baik lah kelas hari Isnin mula pukul 10....
kalau tak,
P.O.N.T.E.N.G
la jawabnye...............
hehe~~~~

Anugerah Dekan

22 SEPTEMBER 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL ANUGERAH DEKAN
(PEPERIKSAAN APRIL 2010)


Alhamdulillah.. Syukur...
Aku masih berpeluang untuk menghadiri majlis anugerah ini...

Kali ni, keseronokkannya berganda..
kenapa????

sebab.... aku dapat bersama-sama berkongsi saat-sat gembira ni dengan sebahagian besar rakan-rakan sekelas aku yang lain...

Tahniah kawan-kawan!!!!
Semoga kita dapat sama-sama datang majlis ni lagi sem depan okay???




-Ehda & Echa-


-Alhamdulillah, kami satu bilik dapat sama-sama pergi majlisni!!-




Together... We are Here.......................



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting