Sunday 13 November 2016

Review Gold Coast Morib

***************************

Assalamualaikum..
Kesiannya blog ni terbiar sejak masuk alam pekerjaan ni... 
setahun sekali pun macam payah nak update.
Rasa nak tutup je blog ni.. tapi sayang.. coretan dari zaman tak berapa cukup umur sampaila sekarang..

Apa pun tanggungjawab semakin berat di bahu ni..
I am a FULL TIME worker and a PART TIME student now..
Terus terang 2016 ni, hidup agak huru hara bila menggalas tanggungjawab sebagai seorang pekerja dan sebagai seorang pelajar pada masa yang sama.

kalau ditanya , bila nak grad?
I have no idea at all....
tak apa lah.. pelan-pelan kita kayuh....
kayuh laju-laju untuk belajar, nanti kerja pulak tercicir...
pulun kerja lebih-lebih, belajar pulak nanti ke laut...

Apapun, doakan aku terus kuat ok!

***************************

Berbalik ke tujuan asal menulis hari ni..
Nak review untuk percutian singkat di Gold Coast Morib.






2 hari 1 malam + 2 Sarapan pagi + 4 tiket water park = RM150
(extra 1 breakfast for Adult = RM37)

Agak berbaloi-baloi... bilik adalah studio suite (2 katil super single). 
siap ada Jacuzzi lagi.

Terus terang aku katakan ini adalah tempat yang sesuai untuk keluarga..
sebelum datang, tolong rendahkan sikit expectation untuk tempat ni supaya realitinya tak la jauh sangat terbabas dari your expectation kan.... hehe

Keadaan bilik
Luas. siap jacuzzi bagai.. Kebersihan?.. mmm.. so so la...
Tak kotor.. tapi tak la bersih sangat... ada gak la kat koridor tu pasir-pasir pantai sikit...
Bau pun tak ada la harum semerbak macam pergi tidur hotel 4* kan..
Penyelesaianya?
Standby la apa-apa room fragrance.. hehe

Kopi and Teh yang dibekalkan memang sangat limited okay!
2 kopi. 2 teh.

Fridge? ada bau sikit la... tapi sebab kami tak guna, so, no big deal.

Satu kelebihan kat sini.. Anda boleh la sumbat berapa ramai yang anda nak.. tapi bawak la keperluan untuk yang extra tu... bawak towel secukupnya... bawak toto... bawak bantal extra..
Tapi bagi aku kalau nak selesa, maximum pun 3 orang la untuk studio suite ni... 

Water Park 

Agak selamat untuk kanak-kanak.
air tak dalam mana pun..

Tapi sila berhati-hati untuk yang dewasa okay.
Memandangkan airnya tak berapa nak dalam, bila meluncur dekat gelongsor tu ada kemungkinan korang akan terasa hentakan di lantai kolam la bila sampai bawah..
Tak semua tempat.. ada gelongsor tertentu la...

Restaurant

Breakfast not bad.. pilihan boleh dikatakan banyak.. okay la..
tapi ada sedikit pelik...
sebab hari yang kami datang, tak ada hidangan nasi lemak.
Biasanya nasi lemak kan menu wajib breakfast... hehehe


Untuk waktu-waktu lain selain breakfast buffet, harga boleh dikatakan standard...
Tak mahal mana.. 
hang pergi cafe hipster pun segelas jus oren RM8.
oh, kitorang makan fruit platter atau lebih sesuai dipanggile tembikai platter (RM10),
agak banyak la kuantitinya.
kembung perut kitorang bertiga.
Ada buah tembikai merah.. tembikai kuning.. tembikai susu.

Steamboat & Grill
Ok, ni nak share extra la..
bukan dalam Gold Coast..
Penjimatan berganda-ganda kalau korang keluar dalam 6-7km untuk makan steamboat.

Nama steamboat ni : Raja Steamboat & Grill Buffet 
Lokasi : Lot 54E Jalan Morib, Kg. Tongkah
Morib, Negeri Sembilan, Malaysia
(Behdapan dengan kuil)

(Kalau nak cari dekat Waze/Maps : Jalan Tongkah, Banting Selangor)

kedai kampung je.. Tapi marvellouuuuussssssssss!
 Dewasa : RM20/head
Kanak-Kanak : RM12/head



Grill dia memang terbaik!
ada kambing.. daging lembu.. ayam.. sotong yang diperap..
Udang fresh pun ada!

Pesanan Pecuma

1. Bawa extra towel untuk extra person 
(Mereka tak akan bagi extra towel)

2. Bawak la milk bath sendiri kalau nak puas berendam dalam jacuzzi tu ha... 
(P/s: Bawak la toiletries sendiri.. bau sabun/shampoo dia sangat tak best)  

3. Request bilik menghadap waterpark... Baru boleh feel nak selfie dengan background cenggini kan...
(Bilik menghadap jalan /construction tak best dan ada bau tak berapa nak best dari luar.)


4. Bawak extension wire 
(Bilik sangat kedekut suis. haha)

5. Weekends/School Holidays, tolongla turun awal untuk breakfast.. kalau lambat, siap sedia la menunggu nak mencari tempat duduk.

6. Cari dan dapatkan promotional coupon.
(Kan banyak orang-orang kat FB offer.. promotion jauh lebih murah dari korang beli direct dengan Gold Coast)




***** Kalau Ehda Al-Najihah switch mode demand tinggi melangit, memang tak ada la puas hati sangat.... tapi sebab untuk percutian kali ni Ehda Al-Najihah dah low kan expectation, nak setimpal dengan harga yang hanya RM150 je.. memang sangat okay la kan..

Macam split personality dah aku ni.. hahha Bila 'angin' diva dah sampai, memang tak pandang la kan.. hhhahahhahaha

But, trust me it is a very good choice to bring your family here...




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting