Monday 29 August 2011

Mandi Sunat Aidilfitri


Assalamualaikum..
Aidilfitri bakal menjelang tiba..
so, nanti sebelum sembahyang sunat aidilfitri jangan lupa mandi sunat aidilfitri yer... ;)


kalau ada yang terlupa niatnya,
sini aku share :


Sumber : (sini)

tapi sebenarnya aku nak bagitau my lovely JOSH SANTANA
pun mandi sunat aidilfitri taw!!!

memang dah jadi rutin aku setiap tahun,
me'mandi raya' kan josh..
hehehe~~

jom.. usha gambar bawah ni...

(1) towel dh standby... collar dah buka......

(2) usha kiri kanan.. Cari peluang nak LARIIIII!!!!!!!


(3) syampoooooo JOSH!!! Yeah!! ;)
(p/s: Josh guna syampoo with Aloe Vera taw!)


(4) Abg Cik pon sebok nak intepremmmm.. 


OK.. JOSH dah mandi raya!!!!!

Hmmm...

Dikesempatan ini saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua.. ;D

Get more Hari Raya : Click here






Saturday 27 August 2011

Baru Aku Tahu....Penat Rupenye..........


WAAAAAAAaaaaaaaaaaaaaaaa~~~ T_T
super duper penat!!

Banyak nye benda kena buat!!

Tahun ni buat JULUNG-JULUNG kalinya
aku and ibu wat persiapan raya from A-Z.

Before this, tak ada la buat semua sekali,
macam pasang langsir + tabir + bersihkan sawang + kerja2 luar rumah selalunya upah orang...
tapi tahun ni, memang buat sendiri...

yerla sebelum ni ibu busy mengaja...Aku plak besenye balik kampung lagi beberapa hari nak raya...
so, memang tak sempat la nak buat semua sekali...

Tapi tahun ni, 
ibu dah bersara + aku ada kat rumah
so semuanya SENDIRIAN BERHAD!
NO upah-upah!
huhuhu~~~

Dari semalam misi aku ialah pasang langsir + tabir.

pasang lagsir senang je...KACANG!... ;)



Pasang tabir???
ADEH!!!!
PERGH!
HUH!
SEKSE!!


dah lah kurang ketinggian....
ditambah dengan keberatan tabir..
siap2 setting kat bawah, bila sampai atas,
sekejap terPENDEK, sekejap terPANJANG.
huhuhuhu~~~

Tapi Alhamdulillah..
Akhirnya settle juga....

Malam ni plak
misi menukar cadar setiap bilik...
tapi bilik aku dah siap dah....


(mesti la siapkan bilik aku dulu kan......)

Tapi satu je yang aku suka...
Tak kisah lah penat ke ape...
sebab.....
Tema warna tahun ni ikut warna-warna peberet aku..
KUNING + OREN!!!
(Nak MERAH ibu tak bagi..sob3x....)

Wednesday 24 August 2011

3..2...1... ACTION!








p/s : Fahamkan sendiri yer.. hehehhe~~

Friday 19 August 2011

Course Registration


sebelum ada yang bertanya,aku buat entry siap-siap..
nak jimat kredit enpon, so aku bgtaw kat sini je yer..

tadi Zaid (x-class rep) call aku tanya pasal course registration ni...
course apa yang nak register...
Zaid suruh aku tengok sendiri kat web then bagi tau dia apa yang patut buat..

Then, misi aku lepas mengajo tadi,
terus berdezup menjengah student portal..
Terpampang announcement pasal course registration.

(p/s : first time log in guna no ic as password) 

COURSE REGISTRATION : 16 AUGUST - 3 OCTOBER

siap log in.. dh klik 'course registration' keluar benda ni pulak...


then, klik 'Register New Courses' :


Lepas usha semua subject yang ada, aku rasa cuma satu or dua subject je yang belum pernah di ambil.
MAT422-Mathematical Logic And Proving Technique and CTU551
yang lain-lain semua rasanya dah ambil waktu diploma dulu...

so???
Aku n Zaid dah sepakat,
kita tak payah register dulu... 
pergi je dulu 12hb September nanti, tengok macamana...
aku rasa kena settle kan dulu credit exemptions baru boleh register course yang sebetul-betulnya.....
relax je la....
lagipun due date registration course bulan October..
masih ada masa lagi...
Ok kawan-kawan..
Buat masa ni, inilah decision aku and Zaid.... ;)

Thursday 18 August 2011

Dah Bayar ZAKAT FITRAH????


Dah Bayar ZAKAT FITRAH???

DAH??
-Bagus!!!!-

BELUM????
-Gi bayar cepat. jangan tangguh-tangguh.-

TAK TAHU???
- Gi tanya kat Ayah/Abah/Abi/Papa or husband korang smaada dah bayar belum.. Kalau belum tolong INGATKAN..mana taw diorang terlupa ke.....-
-Kalau dah jadi Ayah/Abah/Abi/Papa or husband, sila-sila la bayar zakat untuk tanggungan anda....-

Bila dah bayar, make sure dapatkan resit pembayaran zakat yer....


Mana le taw, nanti tibe2 kene 'spot check' ngan jabatan agama samaada dah bayar zakat ke belum...
resit ni la jadi BAHAN BUKTI. ;)

P/s: expiry date for zakat fitrah ialah sehingga SEBELUM MENUNAIKAN SOLAT SUNAT AIDILFITRI. Jangan tangguh-tangguh lagi ok... Takut terlupa..... ;)

PERAK!!!!! I'm back!!


Watcccchhhhhhhhaaaa!

ok..hujung minggu ni (Ahad) saya akan kembali ke UiTM Perak..

macam biasa naik Bas Gagap (KKKL) bersama cik Nai...


p/s: Tak sabar nak gi bazar ramadhan kat sne... nk mium air kelapa lemon lychee!!!!!!!!!! hehehehe~~~~~~~

Tuesday 16 August 2011

Tutorial : Disable Text Selection


Ok. Nampakya aku masih rajin nak menaip kat sini..

So kali ni nak ajar pulak untuk
DISABLE TEXT SELECTION

Kalau tadi, hanya untuk DISABLE RIGHT-CLICK je...
orang still boleh buat 'text selection' sepert ini :


and kalau orang nak copy still boleh lagi..
sebab boleh guna 'Ctrl+C'

Kali ni kita disable pulak 'text selection'



*********************************************


1) Pergi ke Dashboard > Design > Add a gadget > HTML/JavaScript

2) Copy yang kat bawah ni (merah).

<script type="text/javascript">
/***********************************************
* Disable Text Selection script- © Dynamic Drive DHTML code library (www.dynamicdrive.com)
* This notice MUST stay intact for legal use
* Visit Dynamic Drive at http://www.dynamicdrive.com/ for full source code
***********************************************/

function disableSelection(target){
if (typeof target.onselectstart!="undefined") //IE route
target.onselectstart=function(){return false}
else if (typeof target.style.MozUserSelect!="undefined") //Firefox route
target.style.MozUserSelect="none"
else //All other route (ie: Opera)
target.onmousedown=function(){return false}
target.style.cursor = "default"
}

//Sample usages
//disableSelection(document.body) //Disable text selection on entire body
//disableSelection(document.getElementById("mydiv")) //Disable text selection on element with id="mydiv"
</script><br />
<script type="text/javascript">
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
</script><br />


3) Paste ke dalam "HTML/JavaScipt".



4) Save > Save

*********************************************

Ok selesai...

Lepas ni tak ada orang boleh Copy entry-entry kita lagi.. ;)

p/s: Aku wat tutorial.. tapi aku sendiri tak disable pown benda-benda ni... heheheh~~ Tapi aku JAMIN benda ni berfungsi dengan baik.. 

Tutorial : Disable right-click



Disable Right-Click????

macamana rupanya??

Ala... bile ada je makhluk yang right-click kat blog korang, 
maka keluarlah pesanan penaja seperti ini:



Camana nak buat???

Meh aku ajar...

*********************************************

1) Pergi ke Dashboard > Design > Add a gadget > HTML/JavaScript

2) Copy yang kat bawah ni (merah).


<script language=JavaScript>
<!--

//edit by unwanted


var message="TAIPKAN PESANAN PENAJA ANDA DISINI";

///////////////////////////////////
function clickIE4(){
if (event.button==2){
alert(message);
return false;
}
}

function clickNS4(e){
if (document.layers||document.getElementById&&!document.all){
if (e.which==2||e.which==3){
alert(message);
return false;
}
}
}

if (document.layers){
document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);
document.onmousedown=clickNS4;
}
else if (document.all&&!document.getElementById){
document.onmousedown=clickIE4;
}

document.oncontextmenu=new Function("alert(message);return false")

// -->
</script>


3) Paste ke dalam "HTML/JavaScipt".


4) Save > Save

*********************************************

Ok. Selesai....

p/s : Next time kalau aku rajin aku ajar korang camna nak elakkan korang punya entry di 'select' plak... ;)

Ibu Vs Facebook


Hari Ahad lepas, akhirnya lappy ibu dah keluar ospital.....
dah sihat dah....


Actually ibu baru je beli lappy ni... tak sampai setahun pun agy
tapi dh mule wat prob...
(prob with keyboard)
naseb baik la under warranty agy...
nak kata ibu guna lasak, mcm pelik la pulak....
jarang gile ibu sentuh lappy tu...

aku cakap kat ibu,
"Tula bu... adik dah cakap beli jenama ASUS.. ibu nak gak beli ****"
But seriously la dah 3 tahun aku guna ASUS,tak pernah ada masalah walaupun dah pernah terjatuh beberapa kali n on hmpir 12 jam sekalipun mmg tak panas walaupun tak guna cooler pad...
(Ceh, berangan jadi duta ASUS plak.. hehehhe~~)

Ok. bukan nak mempertikaikan isu laptop ape..
saje je..

Oleh kerana lappy ibu dah sihat walafiat
aku pun mengutarakan satu idea bernas
"Ibu kan dah tak mengajar lagi kan...daripada laptop ni terbiar tak digunakan, apalah kata ibu buat FACEBOOK.. at least berguna jugak laptop ni"

mula-mula ibu aku malas nak layan....

tapi selepas dipujuk-pujuk akhirnya :


YES!! MISSION ACCOMPLISHED!

sekarang Ibu pulak yang excited berfacebook....
sampaikan berebut beruksben dengan aku!
hahahhaha~~~

Sunday 14 August 2011

Joget Batu Pahat


Ok. Now, semangat BATU PAHAT pula.

Batu Pahat merupakan
bandar KEDUA terbesar di Negeri Johor dan
Masih menunggu kelulusan Kerajaan Persekutuan untuk dinaiktaraf sebagai 'Bandaraya'
(cik wikipedia kata : pembangunan dan kemajuan di Batu Pahat sudah jauh meninggalkan Alor Star dan Kuala Terengganu yang mana kedua-dua sudah diiktiraf bandaraya.)

Ok sekarang, 
jom layan lagu ni pulak...

**********************************
Joget Batu Pahat


Tanah Yang Indah Di Negeri Johor
Batu Pahat Daerah Makmur
Sungai Mengalir Ke Kuala
Dari Simpang Kanan Dan Kiri
DiHulu Sungai Kampunglah Medan
Parit Sulong, Pekan Nan Indah
Bukit Pasir dan Tongkang Pecah
Semerah Letak Di Utara
Chorus
Bandar Penggaram Tempat Berniaga
Ramai Yang Membeli Belah Disana
Pisang Salai Di Parit Raja
Air Hitam, Tempat Pelancong
Gunung Banang Tinggi Mengawan
Nampaklah Dari Bukit Soga
Istana Hinggap Sultan Johor
Raja Adil Daerah Makmur
Sri Gading Utuh Terbina
Rengit, Senggarang Tak Kurangnya
Minyak Beku Batu Di Pahat
Nama Diberi Sempenanya
Dahulu Kala Ia Dibuka
Oleh Dato' Bentara Luar
Satu Haribulan Januari
Satu Lapan Sembilan Empat
**********************************
Ramai yang dah mula lupa dengan lagu ni..
Kalau tanya budak-budak sekarang, memang mereka tak tahulah tentang kewujudan lagu ni..
(bajet cam aku ni dh besar sgt je erk.. hehehhe~~)
So, kepada Penduduk Batu Pahat,
Yang tahu lagu ni, jom nyanyi reramai..
Yang tak tahu, belajo-belajo lah nyanyi...

Johor Negeriku..


Hari ni semangat KEJOHORAN tengah membara di hati...
Meh layan lagu rakyat negeri Johor.

**********************************
Johor Negeriku.


Negerinya besar di suatu masa
Barat timur selatan ke utara
Pusat pemerintah di johor lama
Dikenali juga kota diraja

Memerintahkan rakyat negeri
Serangan musuh terus di tangkisi
Berbagai cabaran sama menangani
Bangun jatuh berdiri kembali

Bacalah sejarah negeri johor
Negeri terbilang serta termashur
Dalami sejarah kenali bangsa
Barulah kita dapat berbangga

Sejak dahulu sehingga kini
Berbagai perubahan di lalui
Lapan daerah berkembang maju
Pesat membangun Johor negeriku

**********************************

Aku suka lagu ni..
Kumpulan-kumpulan choir selalu pilih lagu ni untuk di koirkan...

Sejak dok Perak, lama gila tak dengar lagu ni..
yerla.. Tak kan la Orang Perak nak nyanyi lagu Johor kowt.....

I'M PROUD TO BE JOHOREAN!

P/s : jap lagi aku post pulak lagu untuk Batu Pahat. :)

Saturday 13 August 2011

Cikgu Rashidah BerFACEBOOK???


Situasi : Ibu TERJAH aku yang sedang layann Facebook dan blogwalking.
Masa : 8.45 pagi
Tempat : Bilik tidur aku…..

********************************

Ibu :
Adik, cepatlah sambung cat rumah tu. Nanti dah tengahari baru sibuk nak mengecat. Lepastu bising panas lah, letihlah, hauslah,itulah,inilah.

Aku :
Ala.. jap la… Adik nak ambil tau perkembangan semasa ni..

Ibu :
Perkembangan semasa apanya kat Facebook dan blog tu. Dah cepat buat kerja..


Aku :
Eh, macam-macam ada la bu.. Adik tau pasal BONUS ibu pun lalu blog tau. Kan perkembangan semasa tu.

Ibu : 
Ada je jawapannya.

Aku :
Hehehe~~~ Ibu nak wat FACEBOOK ke?? Nak?? Nak?? Nanti adik buat and ajarkan… Lepas ni orang nak booking ibu untuk ceramah lalu facebook je.. senang. Tak ada la busy sangat hp ibu tu.. Asyik bunyi je.. FB tak ada bunyi… Tenteram sikit rumah ni… hehehhe~~

********************************

Ibu terus berlalu pergi... Malas nak layan aku…

hehehheheh~~~~~ Next time aku akn try pujuk ibu lagi untuk buat Facebook! 
(Sekali nanti ibu lagi gempaq dari aku.. x layan FB dah..main tweet2 kat twitter je....hahaha~~)

Friday 12 August 2011

PULAS!! PULAS!!! PULAS!!!


PULAS!! PULAS!! daaaaaaaaaaannnn PULAS!!!

apa kebendenye aku merepek??

hish mane de merepek..

Aku tengah mengajar korang teknik-teknik nak makan buah PULASAN ni..
heheheh~~~


Sekarang ni, tengah musim buah pulasan kat rumah aku...
Tapi yang sedihnya, musim buah pulasan kali ni time bulan puasa...
Bila siang, pergh menggetarkan iman sungguh tengok buah ni kat pokok...


Tapi bila dah berbuka puasa,
dah telan berpingan-pingan makanan lain,
pandang sebelah mata pun tak kat pulasan ni.........

P/s: Siapa yang dekat-dekat ngan rumah aku ni, jemput ler datang kalau nak makan pulasan.... Free of Charge.. Tapi ambil le sendiri kat pokok..hehehhe~~

Bila musim buah je...
memang nak keluar rumah waktu siang kena bergilir-gilir le gamaknya...

kenapa???

meh, tengok apa jadi kalau rumah ditinggalkan kosong untuk beberapa jam sahaja...


kenapa??

Cik MONyet le yang punya kerja....
so, sebab itu lah kena sentiasa ada yang menjadi JAGA kat rumah ni ataupun
secara specificnya JAGA PULASAN...
hehehehe~~

  

Char Kuey Teow!!!!


Untuk menu berbuka puasa pada petang ini aku nak masak Char Kuey Teaw.

yummie..yummie...
Makan panas-panas....Sedapnye!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
(terus keluar lagu Rock dr perut aku bile teringat Char Kuey Teaw)

Dulu aku SUKA GILA dengan Char Kuey Teaw pakcik Uptown UiTM Perak.
Sedap wooooooo~~
dah la sedap, Murah plak tuh.
1 Pinggan = RM2.50
Kalau tyme duit dh hampir habis ditarah, Char Kuey Teaw ni la pilihan paling efisien.
MURAH DAN SEDAP!
hehehhe~~
Tapi masuk sem 5, bila uptown dah tukar tender..Pak Cik Char Kuey Teaw tu dah tak ade dah...
Sob3x....

Lepas dah kempunan dengan Char Kuey Teaw Pakcik Uptown tu,
terus aku BERTEKAD nak belaja masak Char Kuey Teaw!
hehehe~~

Ingatkan susah sangat...
Senang Rupenya..............

Nak tau??
Meh aku ajar meh...
Ada DUA pilihan untuk masak Char Kuey Teaw ni..

Pilihan pertama :

Dapatkan saja perencah ready-made Char Kuey Teaw yang ada melambak kat kedai tu.
Lepas tu ikut je arahan belakang Kotak/Botol/Pek.
Senangkan??
hehehhe~~~


(ini abang ipar & akak aku 'import' dari Penang suh aku try.. OOUUUCHH.. sarden Josh pown sebok nak interprem. hehehe)

Pilihan Kedua :

Haaaa.. Yang ini kene 'tradisional' sikit la...
Tak berapa cepat & mudah..
hehehe~~

Tapi yang bestya korang buatlah ikut Citarasa korang sendiri...
Nak lebih pedas ke, masin ke, nak letak telur 20 biji ke..
Sukati koranglah..
Korang yang masak, korang yang makan..hehehhe~~~~

Bahan-bahan untuk perencah:
Cili kering & bawang putih (kisar), Sos Tiram, Sos Tomato, dan Kicap. 

p/s : Aku memang ANTI dengan 'Pak-Aji- No-Naik-Moto' tu.. kalau korang memang bespren dengan 'Pak-Aji- No-Naik-Moto', boleyh le letak....

Cara-cara :
1) Tumiskan bahan-bahan yang dikisar. (Cili kering & bawang putih)
(ala macam nak buat mee goreng ler....)

2) Masukkan sos tiram, sos tomato, dan kicap masin secukup rasa..  
( Kemasinan Char Kuey Teaw ni bergantung pada kicap..Dah tak payah nak tambah-tambah garam lagi..)

3) Masukkan lah Udang ke kerang ke.. sayur ke...
(apa-apa je la yang korang nak)


4) Masukkan air....
(agak-agak ler.... Korang bukannya nak buat Kuey Teaw sup..)


5) Masukkan Kuey Teaw....
(Lepastu kacau le bagi rata.....)

6) Pecahkan telur ke dalam kuali... 
(jangan kacau-kacau sangat!! sikit-sikit suda.. pastu tutuplah api........)

Selesai sudah......
Sorry la yer.. aku memang tak pandai bab-bab nak bagi accurate 'volume' nya..
Yerlakan... Tekak and selera manusia ni lain-lain..
so, petua aku : Ikutlah sesedap rasa korang.. Suka pedas lebihkan cili kisar.. Suka masin, lebihkan kicap...

Senangkan???
hehehe~~~


p/s : Ada yang mengalami masalah bila masak menggunakan Kuey Teaw (sampai ke tahap fobia), Kuey Teaw tu bergumpal @ berketul.. Tak terurai cantik.... Ha.. jangan risau, itu merupakan tanda-tanda yang korang TERKURANG MINYAK MASAK dalam masakan tu.. 

Ceh..baca entry ni..
mesti korang rasa aku ni bajet terror bebeno memasak kan??
hahahhaa~~

Jujurnya, makanan yang aku reti masak boleh dikira dengan jari kaki and tangan lagi...
Tapi benda yang aku suka makan, memang boleh dikatakan aku 'expert' la...
(sebab kalau aku suka, aku nak makan benda tu selalu..susah nak jemu. Nak harapkan ibu aku tolong masakkan je, mana boleh.. sekali dua boleh r ibu aku layankan... kalau dah selalu sangat ibu aku pun tak nak. jemu.)

Kalau yang aku tak suka seperti KARI????
hmmmmmm... jangan harap le aku reti...
(tunggu dapat hidayah baru aku belajar....)
hehehehe~~~~~~~~

sekian...

p/s : aku tujukan entry ni khas untuk my BFF Nurul Aishah Rahman. Cha, ko mesti TRY! hahahhaha~~ 


Wednesday 10 August 2011

Maaf..Maaf...

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~~ T_T

Maafkan adik JOSH SANTANA!!!!!!!!

Kerana 'keghairahan' aku mengecat rumah,
Akhirnya, bukan setakat rumah yang aku cat,
ni pon aku TERcat.


EKOR JOSH!!!!

huhuhuuhu~~~ sori Josh...sori...
Mana lah adik perasan josh ngah membuta kat tepi pintu tu...
huhuhuhuhu~~~~~~~

Hasilnya :

Josh MERAJUK (sebab bulu kat ekor dah jadi keras seperti memakai Hair Gel..)
 dan beralih tempat tidur.
Tidur atas meja pulak..
Yang ni kompem-kompem aku nampak...
hehehhe~~~~~~~

sori yer josh....
Jangan la merajuk dengan adik lagi...
Dahlah bf awk pown merajuk ngan adik...
ini awak plak ke nak merajuk dengan Adik??
waaaaaaaaaa~~~~~~~~~~~
Semua nak merajuk... huhuhuhuhu~~~~~



Tuesday 9 August 2011

Alhamdulillah... Allah dah beri hidayah...


"Alhamdulillah... Allah dah beri hidayah..."
Aha.. Ini dialog my ibu!
hehehe~~

memandangkan setelah sekian lama tak dapat berpuasa di rumah,
so tahun ni bila dah diberi peluang dan kesempatan untuk berpuasa dengan family
macam terover excited banyak sikit..
hehehhe~~

Rasa cam semua benda nak buat...
nak sambut raya siap aku dengan sukerelanye nak mengecat rumah..
sanggup panjat memanjat..
aku tak peduli. yang penting aku nak cat rumah..
Ni kalau bakal mak mentua tengok aksi mengecat rumah aku ni, terus cancel nk buat menantu.. 
hahahha~~~~~

Bukan setakat mengecat rumah je,
entah angin apa agaknya yang dh membuatkan aku rajin nak bermanja-manja dengan dapur tu...
Ada je la yang aku nak buat (masak)..
Kalau makanan yang aku tak reti masak, ibu la yang jadi mangsa untuk masakkan...hehehe~~
 nasib baik ibu layankan je...
cuma pesan ibu tadi :
"Jimat-jimat sikit..Mana boleh makan 'sedap' selalu. Tiap-tiap bulan duit ibu dah tinggal separuh ni"
aku balas:
"Tak apa.. tahun ni kan ada Bonus!"
hahahahha~~~
yang paling tak boleh bla nya,
aku siap dah cakap ngan ibu raya ni nak buat kuih macam-macam..
(wait n see erk jadi ke tak kuih2 aku tu.. hahahhaha)


Mungkin jugak sebenarnya sebab inilah first time SEJAK AKU DILAHIRKAN sambut ramadhan tanpa ke'busy'an ibu..
Almaklumlah ibu dah bersara sekarang...
Biasanya tahun-tahun lepas kalau balik cuti puasa kat rumah, banyak makan juadah bazaar ramadhan je la..
Ibu memang tak sempat nak masak...
Kena tunggu Sabtu n Ahad le kalau nak makan makanan yang ibu masak...
Tapi tahun ni, hari-hari ibu masak!!
Sedap woooooo~~~~~

Itulah...
Sampai ibu pun naik pelik...
tu yang keluar stetmen penuh kesyukuran :
"Alhamdulillah... Allah dah beri hidayah..."

hehehehe~~~

So, menu untuk petang ini aku dah siapkan popia sardin... Nyum..nyum... Nak berbuka nanti baru goreng.. ;)
p/s: Jangan komen pasal ketidaksamaan size ok.. Almaklumlah.. manusia yang buat.. bukan machine...
hehehehhehe~~~~~~~~~



Monday 8 August 2011

Konvokesyen UiTM ke-75 (Perak)


Konvokesyen UiTM ke-75 (Perak) telah diumumkan secara rasminya di Portal Konvokesyen UiTM.



Hari : Khamis
Tarikh : 27 Oktober 2011

Pecahan sidang adalah seperti berikut :


So, untuk ex-CS111-Diploma In Statistics, kita konvo pagi yer.. :)

P/S : Sebelum konvo, pastikan korang alert dengan tarikh-tarikh ni yer..



Thursday 4 August 2011

THE AMAZING BOOKS!


Assalamualaikum WBT.
Di hari keempat bulan ramadhan ni, aku nak share satu set buku yang sangat menarik untuk dijadikan bacaan..
Mungkin ada yang mengatakan ini adalah 'buku budak-budak' tapi
sebenarnya ianya sesuai untuk dijadikan bacaan oleh semua peringkat umur...

*************************************

Set Buku yang aku maksudkan ialah

The Messengers of Mercy Series : Prophet Muhammad S.A.W.



hasil tulisan 
Hajjah Ayesha Abdullah Scott

diterbitkan oleh
FUTURE TEXT PUBLICATIONS SDN.BHD.

dieedarkan oleh
MADRASAH SAYYIDINA RASOOL UR-RAHMAH

harga
12 Buah = RM 360

Ada 12 buah buku dalam siri ni iaitu :

1) Predictions

2) The Story of Abdul Muttalib

3)The Rediscovery of The Well of Zamzam

4) The Jewish Plot

5) Marriage and Mysteries

6) The Confinement of Aminah


7) The Birth of The Last Prophet

8) The Year of The Elephant

9) Milk Mother and Miracles

10) Return to Mecca

11) Great Losses

12) Bahira The Monk 

*************************************

Secara luarannya buku ni sekali pandang ala-ala buku 'bedtime stories'..
Kenapa?
Sebab buku ni tak tebal tapi besar dan menggunakan 'hard cover' 

Mula-mula ibu nak beli buku ni, aku macam tak menyokong sangat sebab dah terlampau banyak collection 'Sirah Nabi Muhammad SAW' kat rumah aku ni, dengan harganya yang mahal dan cara presentation buku ni seolah-olah memang untuk bacaan kanak-kanak..(yerla kat rumah aku mana ada budak-budak lagi..)
Tapi ibu berkeras jugak nak beli buku ni...

And now, aku terpaksa tarik balik kata-kata aku.
selepas aku baca buku ni..
Buku ni super duper AMAZING!

Mungkin ada yang rasa macam kalau dengar ceramah Maulidurrasul dan Israk Mikraj tu balik-balik penceramah cerita kisah yang sama je kan?.. Dari kecil sampai ke dewasa itulah cerita asas yang kita tahu tentang kelahiran nabi dan serba sedikit perjalanan hidup Rasulullah..

Tapi dalam buku-buku ni, ada banyak 'kisah' yang selama ni aku tak pernah tahu pun dan tidak ada dalam buku-buku sirah Nabi yang lain waima Ensiklopedia Sirah Rasulullah Sekalipun...

So, apa yang aku dapat simpulkan buku ini RINGKAS TETAPI PADAT!

Penggunaan Bahasa Inggeris dia pun tak ada lah yang advance bebeno sampai kena bukak kamus cari setiap perkataan...

Kepada parents yang suka membelikan buku 'bedtime stories' dari barat (Snow White, Cinderella, Robbin hood, etc) untuk anak-anak anda, apalah salahnya dapatkan siri ini. Tak rugi apa pun.. Sebab the whole family boleh baca dan menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan dengan Sirah Nabi Muhammad SAW.

kepada yang belum jadi parents pun nak beli lagilah bagus....Memang TAK ADA RUGINYA beli buku ni...

Wassalam.



p/s : InsyaAllah dalam bulan puasa ni aku akan review semua tajuk dalam siri ini kat sini.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting