Sunday 22 June 2014

Aku bukan Cinderella... Aku bukan Snow White...

Perasaan cinta antara lelaki dan perempuan itu adalah seuatu yang normal. Setiap pasangan mengharapkan ianya akan dapat diakhiri dengan satu ikatan yang sah. Namun bagi aku ianya adalah satu perjalanan hidup yang kompleks..

Antara realiti dan fantasi yang perlu aku bezakan. Aku hanya manusia biasa. Bukannya Cinderella mahupun Snow White. Pasangan aku juga bukannlah seorang putera raja yang meunggang kuda apatah lagi memandu Ferrari.. Itu hakikat utama yang perlu aku sedar dan terima...

Dalam mengenal hati budi seseorang, bagi aku, kita perlu memperoleh literature review yang cukup kukuh dan meyakinkan sebelum benar-benar pasti untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

Bagi aku juga, alam pertunangan itu ibarat pilot study. Pilot study mungkin memberi keputusan yang indah… mugkin juga tidak.

Andai pilot study tidak memberikan keputusan yang memuaskan, kita berhak menentukan samaada ianya perlu dihentikan setakat itu sahaja atau diteruskan dengan penambah baikan. Semuanya bergantung kepada pilihan sendiri.

Andai pilot study menghadiahkan keputusan yang indah, ianya boleh diteruskan tanpa rasa was-was.. Tapi aku mesti sentiasa ingat ini baru permulaan, perjalanan itu masih jauh…

Aku pasti melangkah ke alam perkahwinan itu bukanlah sesuatu yang mudah. Relationship yang terbina bukan hanya boleh dizahirkan dengan simple correlation. Ianya ibarat multiple linear regression...  Apa yang pasti ianya satu perhubungan yang melibatkan banyak independent   variables. Banyak assumpions perlu dipenuhi dalam memastikan hasil yang sempurna.

Finding setiap pasangan suami isteri mungkin berbeza. Independent variables yang significant tidak semestinya sama bagi setiap pasangan. Begitu juga dengan Independent variable yang mempunyai standardized  coefficient tertinggi. Ianya mungkin berbeza-beza. Sebab itu bagi aku, kita tidak perlu untuk hidup diatas bayang-bayang orang lain.

Dalam keterujan menikmati hasilnya, jangan sesekali dilupakan kewujudan alpha… Walaupun nilai alpha ini hanya 5-10% tetapi kuasa alpha ini sangat besar. Kerana Allah S.W.T yang memegang semua itu. Kita hanya mampu berusaha berdasarkan result yang diperoleh.. Tetapi doa dan kebergantungan kepada Allah dalam memastikan ianya terus berjalan lancar itu yang paling utama…

Pengakhiran yang sempurna ataupun sebaliknya adalah satu benda yang terlampau sukar untuk di predict… Terlampau samar…. Mungkin benar kata orang dulu-dulu.. Perkahwinan itu ibarat perjudian… Untung sabut timbul.. Untung batu tenggelam…


Terlalu awal untuk aku berbicara dan mengenalpasti apa pula nasib dan takdir buat ku.. Tetapi inilah yang membelenggu diriku saban hari... Ada keputusan yang perlu aku buat.. Keputusan yang sudah tentunya melibatkan masa depanku sendiri...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting