Tuesday 28 May 2013

Getting Older..


*********************************************************************************
Assalamualaikum semua!! 
Sebelum Mei melabuh tirai, menyempatkan diri untuk mengupdate blog
dikelilingi oleh projek yang bertimbun-timbun... =_='
*********************************************************************************

25 Mei 1990 jam 07.45 malam
aku dilahirkan dengan berat 1.6 kg setelah 7 bulan didalam kandungan ibu...

Menjadi ANAK BONGSU kepada
En Mahmud & Pn. Rashidah..

Anak ibu & ayah yang satu ketika dulu 'tak sangka hidup'
akhirnya pada tahun 2013 :


Happy Birthday to ME!!!

Alhamdulillah, dah 23 tahun Allah meminjamkan nyawa kepada ku ini..
Semoga Allah memberkati & meredhai hidupku..

Al-fatihah untukmu Ayah, tanpamu, adik tidak akan wujud di dunia ini..
Terima kasih Ibu kerana melahirkan adik...

Terima kasih buat 2 orang sahabatku yang sangat bersabar melayan kerenah aku..
Special Thanx to cik ECHA yang belanja kek SR and Cik SUE yang menyambut bezdaynya sehari selepas aku (26 Mei)..



Terima kasih juga buat PAPA OLLIE & ONNIE
yang jadi tourist guide and make me happy... 

and terima kasih buat SEMUA yang wish tak kira lah di FB, Twitter, E-mail, and Hp..
THANK YOU SEMUA!!!!!
Terima kasih diatas ucapan + doa kalian :-D



Tuesday 14 May 2013

LI oh LI....


holllaaahoiii!!....

Alhamdulillah...
Agak lega bila satu tempat untuk Latihan Industri (LI) yang aku pohon, dah memberikan maklum balas yang positif...
At least dah ada satu tempat yang boleh di tuju...


Source : google



Namun, aku still menunggu respond dari yang lain juga...
Masih menimbang tara...
kena consider rumah and so on...

Yang baru aku terima semalam ni,
lokasinya di Bandar Baru Bangi and memang tak mampu la kan untuk aku berulang alik setiap hari dari Pelabuhan Klang..
Dat's why, masih berfikir....

Almaklumlah, budak matang seperti aku ni TAK ADA pengalaman dok menyewa dengan kawan-kawan...
Dah terbiasa hari-hari akak jaga makan+minum+pakaian..
hehehe~~
Manja terlebih!!
Nak buat macamanakan... 
Akak kita yang baik hati + penyayang yang bernama ERMA DIRWANI + abang ipar yang sempoi bernama AZIZUL OTHAMAN tu pun memang dok layan kita cam anak mereka...
So, memang kalau boleh nak dok 'bawah ketiak' mereka je lah kan.. hehehe~~
#gedik !!

Tapi bila cakap dengan ibu,
ibu kata "Tak apa, BELAJAR BERDIKARI!"
hohohohoho~~

seeeeee.....
Ibu tak risau mana pun nak lepas anak bongsu dia sorang ni...
Tapi akak+abang joe yang terlebih risau if aku tak duduk dengan ibu or dengan diorang..
Risau adik diorang yang sorang ni nanti tak cukup makan kot...hehehe~~

Kesimpulannya,
Aku pun tak buat keputusan lagi....
Semoga, apa pun keputusan yang aku buat nanti adalah keputusan yang terbaik..
Semoga Allah permudahkan segala urusan aku... Amin...



Sunday 12 May 2013

SECRET MESSAGE


Just for you.....

Simplify it into SIMPLEST form... 

Good Luck!!..

Friday 10 May 2013

Rancangan EHDA AL-NAJIHAH Ke - 1 (REK1)


REK1 merupakan rancangan HIDUP lima tahun insan yang bergelar EHDA AL-NAJIHAH BINTI MAHMUD bagi tempoh 2014-2018.

Kenapa tiba-tiba aku menulis pasal benda ni??
Cuti sempena PRU13 yang lepas, ibu telah bertanya kepada aku berkaitan perancangan aku selepas ini..
Perancangan selepas aku tamat degree hujung tahun ni (Insya Allah)....
Waktu tu, aku baru sedar bahawa aku tiada perancangan yang jelas untuk semua itu.
Rasa macam malas nak fikir....
Just going with the flow....
Ibu kata, orang yang tidak merancang adalah orang yang GAGAL.
Sentap seketika...

Kerana itulah, wujudnya REK1 ini...

*********************************************************************************

REK1

KERJA vs BELAJAR

Cita-cita sejak dari kecil ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi tak pernah terpadam..
Namun, ianya bergantung kepada rezeki Allah.. Sekiranya aku dapat penaja, InsyaAllah aku akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana secara sepenuh masa.. 

Tetapi sekiranya rezeki aku belum sampai lagi, berusaha mencari kerja yang sesuai dan menyambung pelajaran di peringkat Sarjana secara separuh masa..

HARTA

Antara benda terpenting yang aku 'kejar' adalah Rumah. Ikut cara ibu.. Biarlah berikat perut sekalipun, beli rumah!! So, kena usaha lebih and grab peluang yang ada untuk memiliki rumah sendiri. USAHA.USAHA.USAHA! Harga rumah makin lama makin naik. 

Kumpul duit for umrah. InsyaAllah..

PERKAHWINAN

Yang ini selain 'green light'  (jodoh) dari Allah SWT, kena tunggu 'green light' dari ibu jugak..
Dapat 'green light'; anytyme... hahahaha~~ Yang penting ibu sponsor... hehehe~~

*********************************************************************************

Tamatlah REK1..
Semoga semuanya terlaksana..
Amin...
InsyaAlah.. ;D


Wednesday 8 May 2013

U.B.A.H


*********************************************************************************
Assalamualaikum..
Layan kan sahaja contengan mengarut aku ni..
Siapa tak puas hati, boleh terus 'X' blog aku ni.
wahahahaha~~~
*********************************************************************************

Matematik Tambahan + Matematik + Perinsip Perakaunan

Macamana nak tingkatkan bilangan pelajar yang menguasai subjek-subjek ini dengan baik??
Macamana nak dapatkan 100% pelajar lulus dalam subjek ini???

TAHU CARANYA????

Senang sahaja...
Memandangkan pelajar-pelajar sekarang ini sudah terlampau maju ke hadapan,
so, kita ikut rentak mereka...

Cuba UBAH sikit soalan tu..

UBAH apa????

Ini contohnya :

(1) Soalan Matematik 

Yang biasa-biasa : "Berapakah beza ketinggian antara Ali dan Ahmad?"

Yang boleh di ubah : "Berapakah majoriti undi yang dimenangi oleh Parti X?"


(2) Soalan Matematik Tambahan

Yang biasa-biasa : "Hitungkan kebarangkalian bola yang dikeluarkan dari kotak tersebut bewarna merah sekiranya terdapat 50 biji bola merah, 61 biji bola kuning dan 80 biji bola hitam."

Yang boleh di ubah : "Hitungkan kebarangkalian bagi Parti J akan menang sekiranya Parti K dan Parti L turut bertanding di kerusi Parlimen Z"


(3) Soalan Perinsip Perkaunan

Yang biasa-biasa : "Berapakah jumlah sewa diterima yang masih terakru pada 31 Disember 2012?"

Yang boleh diubah : "Berapakah jumlah manifiesto Parti Q yang masih terakru pada 31 Disember 2012?"

Haaaaa...
Amacam??
OK tak???


****Khas buat renungan kanak-kanak yang tak habis sekolah lagi pun dah sibuk nak berpolitik... Belajar dulu betul-betul... Dapatkan straight A+ dalam SPM.. Dapatkan biasiswa.... So, tak payahlah hidup dibebani hutang PTPTN yang interest nya berkoyan-koyan... ;D



Tuesday 7 May 2013

Sesudah 5 tahun...


2008 
Lepas SPM
18 tahun...




 2011

Lepas Diploma...
21 tahun...



2013

Lepas cuti midsem + PRU...
23 Tahun...

WOW!! ok!
Jangan komen apa-apa..
dah 24 orang kata aku TEMBAM sekarang.
So, tak payah nak bagitahu aku fakta yang aku dah tahu. :P

STRESSSS!! (Guna nada Gary-RM)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting