Wednesday 30 March 2011

Buat Sahabat-sahabatku

Buat kawan-kawanku....
Aku tahu aku tak berhak untuk masuk campur urusan korang...

tetapi
Ada sesuatu yang aku nak kita Renung-renungkan bersama....

aku tak menganggap ianya hanya untuk korang semua....
Aku menganggap ini sebagai peringatan untuk kita semua..
Sama-samalah kita ingat-mengingati...


kawan-kawan....

Tinggal beberapa hari je lagi
kita nak submit final project....

Tinggal beberapa hari je lagi
kita nak berdepan dengan test 2...

Tinggal beberapa hari je lagi
kita nak final exam.....

Tinggal beberapa hari je lagi
kita nak habiskan diploma ni....

So....

Aku sangat-sangat berhrap...
Aku merayu....

fokuslah dengan study..
fokuslah dengan tugas-tugas kita sebagai seorang pelajar..

Jangan campurkan sumthing "personal" dengan
tugas dan tanggungjawab kita sebagai
seorang pelajar...

Ingat..
Ini masa depan kita....

Please..Please..Please...

Aku bukan seorang Perfectionist...
kerana aku hanyalah manusia biasa...
Yang ada kekurangan & kelemahan di sana sini..
tapi sama-samalah kita berusaha untuk
selesaikan tugas kita se'perfect' yang mungkin...

Aku bukan nya manusia tanpa hati & perasaan...
Aku faham, bagaimana bila berdepan dengan 'masalah-masalah negara'...
tapi....
bezakanlah antara masalah yang betul-betul masalah...
ataupun
masalah yang akan hanya menjadi 'racun' dalam hidup kita..

TOLONG.

berusahalah sehabis daya untuk tidak campur adukkan dengan
tanggungjawab yang sedia ada...

Marilah sama-sama kita ingat & renung kembali...

Harapan KP & semua lecturer untuk
26 orang part 6 Diploma Statistik yang ada di UiTM Perak semester ini,
26 orang first batch Diploma Statistik UiTM Perak ;
MAKA,
26 orang jugalah yang akan tamat pada bulan 5 ni....

sama-sama kita berusaha penuhi harapan itu.

Good Luck buat semua.

Tuesday 29 March 2011

Jadual Exam ACS1116A

Jadual exam dah keluar..

QMT 320 - Design & Analysis of experiment (D&A)
QMT 337 - Operation Research (OR)
QMT 345 - Marketing Research (MR)
QMT 335 - Business Forecasting (Forecast)

another tough days in my ife...
hari-hari yang menjadi 'penentu' untuk my diploma...
Harap sume berjalan lancar and seperti yang diharapkan....

Hmmmmm...
Macam biasa..
Tak pernah merasa nak habis awal...
Aku habis exam hari last - 30 April 2011.
hmmmmm...
Redha je la.......
syukur setiap papers ad gap walaupun sekejap...
at least tak adala pressure sangat...

Malam tadi dah call ibu and Abang Joe..
So, decide nak ambil aku 1 May 2011 (Ahad) ..
Ok lah boleh teman kan Nai kat sini;
yang balik naik bus hari ahad tu jugak...

tapi yang tak boleh bla bila dapat pesanan penaja dari abang joe :
"Abang Joe drive je.. tak maw angkat barang-barang adik. Penat."

hahahahaha~~
mesti dia terkenang waktu angkat barang-barang aku yang super duper banyak waktu part 3 dulu and awal sem hari tu..
hahahhahahaha~~~

so???
Walaupun aku tau abang joe main-main je tu, tapi kena cari backup plan jugak...

then,
Call Abang..
"Abang, sila ambil cuti and datang sekali jemput adik"

Abang yang tengah mamai baru bangun tido tu pun, said "Ya" je la..
tapi aku rasa aku kena ingatkan balik..
ntah-ntah cakap "Ya" tu pun Abang belum berpijak di bumi nyata..

Yang penting...
pasal balik umah, dah settle.....
Now,
focus on preparation of Test 2, Final Projects and Final Exam.

Monday 28 March 2011

Bila dah nak habis.....

Aku tengah makan megi di pagi hari ni...pukul 5.40 pagi....
Tiba-tiba bangun-bangun tidur tadi, terasa nak menulis sumthing plak kat sini...
so... layan je lah ape aku nak merepek kat sini okay..
tak nak layan??
tak ape...
ADA AKU KESAH???
hehehehe~~~

Bila dah nak habis DIPLOMA ni...
Otak makin serabut.....
Kepala makin senak dengan macam-macam benda yang perlu disettlekan tapi tak settle-settle jugak...
haish...
apa lah nak jadi kan.....
SEDAR tapi MALAS...
Macamana tu????
ish..ish..ish...

Juz wanna 2 share apa yang berselirat dlm otak aku ni;
(dah macam Jimmy Neutron plak..hikhikhik)

# Projek yang tak siap-siap (D&A, MR & Forecast)
submission date:
MR ---> 1/4/2011
D & A ---> 8/4/2011
Forecast ---> before 16/4/2011

# Kursus Kepimpinan
(1-3 April 2011)...
Hujung minggu ni 'burn' camtu sahaja.....
tak boleh nak proceed project...Hmmm..
Encik Hati bila lah anda nak 'Ikhlas' pergi kursus kepimpinan neyh???!!!

# MUET yang menanti
Speaking ---> 13/4/2011
Writing & Listening ---> 16/4/2011

# Test 2 OR, MR, D&A, Forecasting
Minggu ke-13 & 14
(4/4/2011-15/4/2011)
AUUCH!! bila membayangkan MR....
Nak mengHAFAL fakta yang sangat banyak.........................
huhuhuhu~~~~~ blogger-emoticon.blogspot.com

# Study Week VS Final Exam
Study Week + Final exam yang sangat sekejap!
Study Week or yg lebih tepatnya Study Days ---> 16/4/2011 - 19/4/2011
Final exam ---> 20/4/2011 - 30/4/2011
walaupun jadual exam tak keluar lagi, tapi CONFIRM gap antara papers tak lama..
Yerla, exam pun 10 hari je...huhuhu~~~

ni lah masalah yang terpaksa dihadapi oleh manusia-manusia seperti aku yang selalu study last minute... Mula lah menggelabah bila study week kejap n gap papers tak lama...

# Degree oh degree
31 March ni due date untuk apply degree...
malas dah nak fikir..
REDHA je la dapat mana pun...
Stick 2 my decision ---> apply 4 Degree in Statistics.

# Goodbye Seri Iskandar!!
Yang ni benda last yang akan happen....
Hari last berada di Seri Iskandar (paling lambat pun) ---> 30/4/2011
Lepastu??
Misi mengembangkan badan, dok rumah 4 bulan!!!!!!
After 4 months, kalau ada rezeki tak tahulah dicampak ke mana..
hanya ada 2 tempat sahaja.
either Shah Alam or Kelantan..

Dalam 'kebizian' melanda ni,
sempat jugak la isu-isu hati dan perasaan 'ditimbulkan' oleh
membe-membe aku..
Macam malas nak fikir.. Aku selalu berpegang pada kata-kata
"Let it be........"
tapi.. MEREKA cakap
(lebih kurang la... aku tak ingat sebijik-sebijik. yang penting sama maksud.)

Echa kata;
"Sekarang ni dik, jangan nak main-main lagi.. Kalau kita betul-betul suka kat orang tu, fight for it.. Jangan pasang niat nak cari yang lain. Kalau tak nak, LEPASKAN, jangan bagi harapan..."

Teyka kata;
"Kau kena berterus terang. Suka cakap suka... Tak suka cakap tak suka.. Jangan dok main "kias-kias"; kau maksud lain, dia faham lain"

Nai kata;
"Aku dah pening dengan kau. Sekejap macam nak, sekejap macam tak nak"

Akak kata;
"Terpulang pada adik... Adik dah boleh fikir sendiri yang mana yang adik rasa baik untuk adik..."

DIA kata;
" 'Abang' dah lepaskan 'adik'..Adik ialah ADIK abang; Abang ialah ABANG adik.
Abang tak akan halang adik pilih siapa pun"

and lastly biarlah AKU yang berkata-kata...

(WARNING!!!
jangan gelak dengan ayat aku! ni kesan-kesan sampingan dari Echa yang suka bagi ayat 'tak menahan aka tak boleyh bla tahap kedramatisan n ke'matang'an nya.. so, aku pun berushe sehabis daya meng'ekspresi' jawapan aku dengan 'penggunaan' ayat-ayat macam ni...hehehe~~)

"Perjalanan aku masih jauh...
At least, bagilah aku rasa nak genggam degree dulu...blogger-emoticon.blogspot.com

Aku masih 'budak-budak' lagi..
Cukup sekali aku di'reject' sebab isu 'budak-budak' ni..
Aku tak maw benda ni berulang lagi..
Bagi aku masa untuk 'mematangkan dan mendewasakan' diri aku...
(Statement ni diakui sendiri oleh IBU aku.)

Tak pernah terlintas dekat hati ni nak mainkan hati sesiapa pun...
Andai ada yang terasa aku cuma mempermainkan hati mereka, aku minta maaf..
Sekali lagi tak pernah terlintas dekat hati ni nak buat macam tu.
Aku tau 'sakit' bila dimain-mainkan...

Hati aku, hanya aku yang tahu siapa yang ada...
Memang kelemahan aku; susah nak mengaku dan hmmmm....boleh tak kalau aku kata aku tak suka untuk meng declare sesuatu perhubungan...
suka biarkan orang buat "assumptions n predictions" sendiri.....
kadang-kadang apa yang keluar kat mulut ni, tak sama apa yang ada dalam hati aku....
hahaha~~~~
Ada orang kata, sebab kelemahan aku ni lah aku kena 'tinggal'..
Tinggalkan aku sebab tak ada yang pasti.
Terpulanglah..
Pada aku kalau dah jodoh, tak kemana...

Terpulanglah..
Kalau sanggup nak tunggu aku, tunggulah.. Kalau tak, terpulang....
Semuanya ditangan anda....
(macam nak mengundi pilihan raya pulak..hehhe~~)

Sebab...
Aku tak boleh and tak berani nak janji dengan yakin & pasti.
Sebab....
Semuanya di tangan tuhan...
tapi
INSYA-ALLAH (Jika diizinkan Allah S.W.T) aku berusaha untuk tidak menghampakan orang yang sabar menunggu aku...

Kalau dah jodoh tak kemana kan???........
Kalau memang tak ada jodoh, usaha macamana pun tetap tak menjadi..."

Dah dapat jawapan???
Hanya tu je yang boleh aku bagi.... Sekian terima kasih.......blogger-emoticon.blogspot.com

P/S : penat ni fikir lepas di'tazkirahkan' oleh mereka-mereka...huhuhu

Saturday 26 March 2011

Sir Sayed's Wedding

20 Mac 2011
My lecturer's wedding, Sir Sayed
@ Dewan Konvensyen Sg. Siput, Perak

Another "Rombongan Cik Kiah + Pak leman"
by 4 cars = 20 (gewdix gurl + poyo boyz..)

-5 of us-

Drivers of d day :
SI - Sg. Siput ----> Nai d gowjess
Sg. Siput - Ipoh ----> ME!
Ipoh - SI ----> Aida Gonjolesssss.

-Enemies of the Year-
(Nai, Echa, ME, Am, Mawe, Hannan)

- OOOPPS!!!! Am d overacting boy! hahaha~~ -

- with our cooool lctrer, Miss Najwa -

With Bride + Groom.......







Double 'E'
(Erni vs Ehda)

-Let's go!!!!!-

Sg. Siput ---> JJ Ipoh..
Shopping + Movie...
(Hikayat Merong Mahawangsa)
with BAJU KURUNG!!!!!!
haha~~~~~
but, "ADA KITORANG KESAH????"
Layanzzzzzzzzz..................

Thursday 24 March 2011

In Relationship???????

Hari ni tiba-tiba ter'gedix' nak stalk wall FB "dia"..
found sumthing interesting!!
tara!!!!!!!!



aha.
'dia' sudah in relationship kembali!!!
dgn siapa??
hmmm... tak tau.

Biarlah.....
Antara aku dan "dia"
semuanya dah berakhir...
yang tinggal hanyalah hubungan antara
seorang ABANG dan seorang ADIK.
Not more than that.

Monday 21 March 2011

TAKUT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

blogger-emoticon.blogspot.com.TAKUT.blogger-emoticon.blogspot.com
Hmmm..
Semua orang mesti ada rasa takutkan....
Walaupun apa yang ditakutkan itu tak sama antara satu sama lain,
tapi TAKUT itu tetap wujud dalam diri semua orang...

Ramai yang suka menggelakkan ketakutan orang lain...
Tak terkecuali AKU..
hehehe~~

tapi bila dah kena kat batang idong sendiri???
"Nothing Else I Can Say"

Tapi dalam banyak-banyak benda yang aku takut,
Aku SUPER DUPER takut kat 2 benda ni...
Aku pun tak tahu kenapa aku takut sangat...
P/s : Member aku pernah cakap, Kalau teringin sangat nak tengok Ehda menitiskan air mata,
boleh la try guna benda-benda ni.


1. KATAK . FROG . KATAK

Katak ni aku GELI & TAKUT!
Ingat zaman kat hostel dulu...
Aku sampai menangis kat ampaian baju sebab ada katak kat depan aku
sampailah membe-membe aku datang "menyelamatkan" aku..
huhuhu~~

Salasilah ketakutan aku dengan katak ialah gara-gara ABANG aku,
Eddy Suffian bin Mahmud!
"Di suatu malam yang hening........... Aku sedang tidur dengan lenanya.....
Tiba-tiba................... Abang aku kejut..
Bila bukak mata je, tengok-tengok ada katak GEMOK depan muka aku!!"
(Abang aku pegang katak tu,
then goyang-goyang katak tu depan muka aku yang comel ni.)
Apa lagi, dah la tengah mamai.. Menjerit + Melalak la jawabnya...
Abang aku???
Ketawa besar je la...
Then, sejak tu, memang aku tak boleh nampak katak..
Katak tu sebatu depan aku pun, aku dah menjerit...
huhuhuhuhu~~~~~~

Nasib baiklah dulu waktu Biology,
sekolah aku memang tak buat experiment Bedah katak
atas sebab-sebab tertentu...
Kalau tak.....
Kompem aku PONTENG sekolah waktu tu.

2. Menjadi Pembonceng Motorsikal.

Penunggang???
Aku mana reti nak bawak motor..
so??
Tak ada la istilah takut menjadi "penunggang motorsikal".
hehe~~

Yang ni aku start takut sejak menjadi pembonceng motorsikal
kepada kazen aku, Mohd Amli!
Salah seorang penunggang yang sangat TAK BERHEMAH!
Bawak motor mengalahkan nak masuk Grand Prix.
Sampai nyaris-nyaris nak masuk parit!
Sejak tu memang aku tak berani menjadi pembonceng motorsikal.
tak kiralah siapa pun yang bawak...

Yang aku berani hanyalah,
DUDUK atas motor yang tak bergerak.

(kredit kepada AM, my clasm3 sebab bagi aku naik motor ni.
Suka motor ni sebab dia warna MERAH!!!)

Eksyen je lebeyh!!
hehehe~~


Friday 18 March 2011

Lost World of Tambun

yeah!!

aku nak update cerita yang dah genap seminggu berlalu!
ni cerita hari Sabtu lepas (12 Mac 2011)
Insyaallah, ia akan menjadi hari yang diingati + dikenang oleh kitorang berlima
(Aku, Echa, Erni, Aida dan Ana)
senang kata tak boleh lupa la...
sebab???
Macam-macam yang tak pernah happen..telah ter'happen' pada hari itu...
ish..ish..ish...

Ok lah mula cerita...
Kitorang memulakan perjalanan seawal pukul 8.30 pagi
dari rumah si 'Haikal kereta sewa'...
Sewa Kancil warna putih no plat WLY.....(tak ingat dah..)
dan aku menjadi Driver terhormat pagi tu.

Satu yang tak bestnye sejak mula 'trip' ni adalah
keadaan aku yang baru baik demam but still ada batuk blogger-emoticon.blogspot.com+ selsema.huhuhuhu~

First tempat yang kitorang tuju adalah kedai makan kat Pusing.
Masing-masing dok 'ngidam' nak makan Nasi Lemak.
So?? Layaaaaaaannzzz..Sampai licin............blogger-emoticon.blogspot.com

Bila dah kenyang..
ada la pulak yang dah mula nak buat appointment ngan Dr.T (tandas)..
Nasib baikla sebelah ni ada PETRONAS..
tunggu mereka-mereka ni 'memerut'
aku and Erni sempat :

oopps!! jangan salah paham.
Bukan kami bermesej-mesej!!
Ini namanya sedap berentap main game "Snake"!.
tau tak game apa tu??
ala... game yang ada kat enpon "itam putih" tu....
game pemes enpon tige-tige sekupang (3310)!!
Ingat??Ingat???
haa... inilah hobi kami sejak kami sesame pakai enpon Nokia rm85 aka Nokia 1280 tu....
(Ish. dah lah pakai enpon same ngan erni.. 'pesen' baju n selendang lebeyh
kurang la pulak hari ni!!!)

Lepas semuanya settle...
meneruskan perjalanan ke destinasi utama...
mana??
LOST WORLD OF TAMBUN!!

lebih kurang pukul 10.00 pagi,
kitorang pun sampailah kat tempat parking Tambun...
Dengan penuh ke'excited'an nya, keluarkan segala beg
dari bonet...
Siap semua tutup tingkap rapat-rapat, kunci semua pintu and last TUTUP BONET.
(kereta sewa ni tak ada alarm)
Tiba-tiba....
JENG! JENG! JENG! JENG!!!

KUNCI KERETA TERTINGGAL KAT DALAM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

AAARRRRRRRRRGGGHHHHHH!!!!!!!!!!!!!

apa lagi...
mula la nak menggelabah...
try "korek" guna kunci lain lah...
at last...terpaksalah tebalkan muka call Abang kereta sewa.
huhu~~~~~~~
Nasib baiklah abang tu tak marah.. dia just dok gelakkan kitorang je...
and dia setuju nak datang memberi "bantuan" kat kitorang....
So... tak payah fikir pasal kunci kereta lagi...
JOM. ENJOY!!!!blogger-emoticon.blogspot.com

ooops.. sebelum tu..
beli tiket dulu..
kopak-kopak...
tiket je dah RM 38.00....
hmmmmmmmmmmm............................

macam-macam lagi sebenarnya yang berlaku waktu kitorang kat 'dalam' ni...
tapi aku tak mau cerita... Biarlah kitorang je yang tau..
and kitorang memang langsung tak amek gambar kat dalam.. sebab...
tak payah lah..
(Private n Confidential!)
hehehe~~~

Kitorang plan nak kat Tambun sampai pukul 1.00 je..
sebab Erni nak naik train balik Seremban pukul 2.00 petang...
tapi disebabkan ber "thing-thing" yang berlaku kat dalam tu,
ktorang terpaksa ubah plan...
Aku and Ana je yang keluar pukul 1.30 petang..
Pecut hantar Erni g stesen keretapi..


Aida and Echa tinggal dulu kat Tambun...
lepas hantar Erni, kitorang patah balik pergi Tambun..
Amek Echa n Aida....
Waktu ni lah baru berkesempatan nak amek gambar....
tapi yang tak bestnya sebab Erni dah "tak ada"...
huhuhuhu~~




lepas dah puas berposing di bawah panas terik tu...blogger-emoticon.blogspot.com
dengan kepala aku yang mula *kenoneng.
terpaksa telan panadol..
teruskan jugak pergi GM...
Dak-dak ni nak cari baju dinner...
sempat makan jap kat MB...
Rindu nak makan bubur MB..blogger-emoticon.blogspot.com
yummie..yummie...


lepas pergi GM,
gerak pergi Ipoh Parade plak...
kali ni aku cari heels untuk dinner...
kali ni tak berapa nak tinggi..
just 4 inch setengah je....


Kasut yang mencetuskan "Perang Mulut" antara aku n ibu...
Besela..
bila aku beli barang warna merah or adik beradik merah...
kompemla ibu membebel...
sebab ibu sedang dalam usaha mengurangkan kadar ke'fanatik'an aku terhadap "merah serta kaum kerabat merah"
huhuhuhu~~~~
tapi macam biasa la...
jawapan aku :
"Biarla.Biarla.Biarla"

sampai kat Seri Iskandar dah dekat pukul 8.00 malam..
Singgah makan dulu kat Taman Maju...
Then baru pulang kereta sewa...

hmmmm....
yang peliknya tapi kitorang tetap bersyukur
sebab Abang kete Sewa tu tak caj langsung pasal insiden tertinggal kunci tu..
Kitorang just bayar duit sewa kete je...
rasa bersalah la jugak...
Bukannya dekat dari SI nak ke Tambun....
and yang paling penting.. memang kitorang yang bersalah...
huhuhu~~~

*kenoneng ---> pusing / pening



Thursday 10 March 2011

She's My Idol!!!

02032011
Selamat Hari Lahir yang ke-58 & Selamat Bersara IBU!!
Selepas 36 tahun berkhidmat sebagai seorang guru,
akhirnya ibu, Pn. Hjh. Rashidah binti Husin bersara genap usia 58 tahun.
Melepaskan jawatan sebagai seorang Guru Besar
yang telah disandang lebih daripada sedekad.

Ibu merupakan idola aku..


Aku sangat mengagumi ibu..

Aku kagum dengan semangat dan jiwa pendidik yang ibu ada..
Sehinggakan, dahulu kami sebagai 'anak ibu' terasa bahawa
ibu lebih mementingkan anak didiknya daripada kami..
Masa yang ibu habiskan di sekolah lebih panjang
daripada masa yang ibu habiskan di rumah bersama kami..
Ibu turut berusaha sehabis daya menaikkan setiap sekolah yang "dipegang".
Tak pernah berkira dengan wang yang dibelanjakan
untuk "sekolah-sekolah"nya..
Sampaikan ada ketikanya, aku meluahkan ketidak puasan hati,
bila ibu tak "claim" perbelanjaan sekolah yang telah didahulukan.
Namun, jawapan ibu mudah
"Biarlah ia menjadi sebahagian Amal Jariah ibu".
Bila melihatkan komitmen ibu terhadap tugasnya sebagai pendidik,
aku sendiri pernah "memberontak" dan merasakan
bahawa ibu lebih mengejar harta dan wang ringgit
daripada memberi kasih sayang kepada kami..
(Hujung minggu ibu dipenuhi dengan mengajar kelas-kelas fardhu ain bagi "kaum ibu", kelas-kelas Al-Quran (Asas + Taranum) untuk anak-anak muridnya, dan memenuhi jemputan ceramah-ceramah agama.- Masa ibu dirumah terlampau terhad.)
Namun,bila aku "dah besar", barulah aku faham..
Sesungguhnya, ibu melakukan semua itu
demi memastikan setiap "murid"nya celik
dengan ilmu-ilmu ukhrawi.

*Aku tahu ramai anak-anak murid ibu yang "Gerun" dengan ketegasan ibu. Ibu memang tegas dalam mendidik. Namun aku tahu Ibu sangat SAYANG akan anak-anak didiknya. Marahnya bersebab.. Lembutnya juga berpada..

Aku juga kagum dengan ketabahan ibu..
Kehilangan suami dalam keadaan yang agak mengejutkan.
Memegang tittle "Ibu Tunggal" ketika anak-anak masih kecil
(Sebelum ibu berkahwin dengan Abah),
memang banyak ujian yang terpaksa ibu tempuh..
Mengadap kerenah anak-anak yang "berubah" selepas kehilangan Ayah..
Belajar "mendekati" semula anak-anak.
(Sebelum Ayah pergi, kami lebih rapat dengan ayah. Makan, minum, tidur semua "nak ayah")
menghadapi stigma masyarakat terhadap title "Ibu tunggal"
dalam kesibukan tugas sebagai seorang Guru Besar..
Bukanlah sesuatu yang mudah...
Orang sekeliling hanya boleh meluahkan simpati
tapi yang menanggung semuanya tetap ibu.
Tapi Ibu tak pernah menangis di depan kami waktu itu..
Aku tahu ibu sedih, namun ibu sembunyikan kesedihan itu
agar anak-anak ibu "kuat" menempuh semuanya...

Aku turut bersyukur..
Ibu seorang yang sangat-sangat mementingkan pelajaran.
Ibu tak pernah mengharapkan hadiah lain daripada anak-anaknya
selain daripada KEJAYAAN.
Aku teringat bagaimana hancurnya hati ibu melihat result SPM aku dulu.
Aku "dipulaukan" ibu hampir sebulan.
Akhirnya, ibu berkata
"Ibu bukan tak menerima ketentuan yang ditetapkan oleh Allah S.W.T, tapi ibu kecewa kerana ibu tahu kemampuan Adik. Adik yang mensia-siakannya."
Kerana kata-kata itulah,
aku berusaha untuk bangkit semula sekarang.
Aku tak mahu air mata kesedihan + kekecewaan ibu
terhadap aku mengalir lagi.
Itu janji aku!

Merisik-risik aktiviti ibu selepas bersara,
Macam-macam plan yang telah diatur..
Biarlah.. Sukati ibulah nak buat apa pun....
Cuma aku tertarik dengan kata-kata ibu :
"dah sampai masanya ibu kembali kepada masyarakat kampung sendiri. Curah bakti pada penduduk kampung.
Selama ni dok bermasyarakat dekat kampung orang je. Jarang nak bersama kampung sendiri"
(Memandangkan ibu tak pernah dihantar bertugas dikawasan kami tinggal, jadi hubungan ibu lebih rapat dengan penduduk-penduduk di sekitar sekolah ibu bertugas.)

blogger-emoticon.blogspot.comUntukmu IBU..blogger-emoticon.blogspot.com

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu

Friday 4 March 2011

Anugerah Dekan (oktober 2010)


02.03.2011 (Rabu)
DSI Baru, UiTM Perak

Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Dekan bagi Peperiksaan Oktober 2010


Alhamdulillah..
Buat kali terakhir aku dapat berada kat dalam DSI untuk ambil sijil ni...
(yerla.. lepas ni dh tak ada kat Perak.......huhuhu~~)

Tema aku : MERAH!!!


Kali ni part 6 hanya kami ber-4...
Aku, Erni, Anik, dan Aida.

(Anik - Aida - Ehda - Erni)

Aku, Erni & Anik dapat duduk sesame..
Almaklumlah susun ikut Alphabet...


Aida je yang tersesat jauh sikit...


Majlis kali ni berbeza dari sem-sem lepas...
Selalunya majlis ni diadakan 2 sesi. (Sesi Pagi & Sesi Petang)
tapi kali ni hanya ada satu sesi sahaja.

Nombor giliran kitorang 624++..
Memang superb ngantok dok menunggu turn....



Nak menghilangkan ngantok tu try la usha notes MR (Marketing Research) yang Erni bawak..
Kononnya nak study la....



Tapi.......
MAKIN BERTAMBAH NGANTOKS!!!!!

at last....


Aktiviti paling berfaedah dan bermanfaat...

Bila Ehda + Erni + Kamera =

Akhirnya pukul 12.00++ tengahari, turn kitorang pun sampai.. :)


Majlis berakhir sekitar pukul 1.30 petang..
Habis je majlis, sempat berGOSIP + snap pics.
hehehe~~


Dah puas memenuhkan memory card camera,
barulah kitorang dok bersesak-sesak untuk tempahan gambar..
huhuhu~~
Hampir pukul 2.00 ptg barulah kitorang kembali ke bilik terchenta!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting