Tuesday, 30 April 2013

Calculator Oh Kalkulator


Kalkulator adalah antara gadget terpenting dalam hidup aku sejak dari form 1 lagi. Matematik adalah subjek favourite aku dulu, kini dan InsyaAllah selamanya.. Aku pernah menjadi obses terhadap matematik & calculator. Sampai satu tahap aku langsung tak boleh tinggalkan calculator ke mana sahaja aku pergi walaupun pergi bercuti.. Itu cerita zamana sekolah dulu la.....

Scientific calculator dibenarkan didalam peperiksaan sebagai salah satu cara untuk membatu pelajar-pelajar. Tapi malangnya, tak ramai yang dapat menggunakan calculator sepenuhnya.. Bukan sebab di halang oleh guru atau pensyarah tetapi ramai yang TAK TAHU untuk menggunakan aplikasi didalam kalkulator sepenuhnya.. Pernah anda cuba membaca manual calculator??? atau anda hanya membuangnya??? Hanya berharap, "Nanti tanya kawan".. Inilah sikap orang kita... Jarang mahu mencari ilmu sendiri.. Hanya menunggu disuap... (Renungan untuk kita bersama)

Dah lah malas aku nak membebel.. Tujuan asal aku tulis entry ni sebebnarnya, nak share perkembangan & pengembangan scientific calculator dalam hidup aku.. hehe~


CASIO fx-350MS
Scientific Calculator PERTAMA dalam hidup aku..
Beli waktu form1. Setia bersama aku sampailah aku form 5.. Tapi malangnya kalkulator ni hilang sebelum Kertas 3 Biology SPM.. Sedih.... Terpaksa pinjam kalkulator akak dorm untuk jawab paper account...






CASIO fx-570 MS
Memulakan zaman Diploma Statistik di UiTM Perak dengan kalkulator ini...
Banyak berjasa jugak ni tau... Jawab paper fundamentals of math, Calculus I , Calculus II, economy, basic stat bersama calculator ini..
Sayangnya, dia dapat bersama aku sampai pertengahan semester 3 di UiTM Perak.. Calculator ni pun hilang di Dewan Sri Iskandar UiTM Perak (DSI lama..)



CASIO fx-570ES
Calculator ni aku beli pada tahun 2009..  Menjadi 'fenomena' jugak la calculator ni waktu tu disebabkan oleh interface yang jauh lebih efficient. Model ni juga pernah menimbulkan 'isu' dimana ada pensyarah yang mengatakan bahawa calculator ini tidak dibenarkan dibawa ke dewan peperiksaan. Tapi Alhamdulillah, isu selesai.. Boleh je kami bawak masuk exam hall... Setia berkhidmat dengan aku sehinggalah ia rosak SEMALAM (29 APRIL 2013). Hari yang sangat-sangat menguji ketahanan mental, bila masuk class multivariate + Finance tanpa ditemani calculator yang BERFUNGSI.




CASIO fx-570ES PLUS
Sekarang Casio fx-570ES dah tak ada di pasaran lagi.. Ianya sudah digantikan dengan model ini. Model yang nampak lebih feminine. Aku masih tak menemui perbezaan ketara antara model ni dengan model yang atas tadi. So, aku pun tak tahulahj apa yang 'plus' nya.. yang penting ia dapat berkhidmat dengan aku. :D






Bagi kami pelajar 'Math', calculator menjadi sebahagian dari hidup kami.. Oleh itu, pesanan penaja dari aku "Hargailah Calculator Anda"... hahahahhaha~~~~~


**** Gambar sedut dari Google..



2 comments:

Muhamad Farid on 21 January 2016 at 20:53 said...

Agak2 menengah atas sesuai pakai kalkulator mana? Akak pakai 350ms samapai form 5, tapi macam takde banyak fungsi je. Kalau pakai 570ES sesuai tak? Sebab nampak macam stai je, huhu.

Jiha Mahmud on 24 January 2016 at 19:32 said...

@Muhamad Farid Tak pasti dengan requirement sekarang.. hehe 570 ES Plus memang advance sangat rasanya untuk sekolah.. rasanya 350 je cukup kot...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting