"Malu Bertanya, Sesat Jalan"
Peribahasa yang kerap kita dengar sejak kecil..
Peribahasa ini memang diakui kebenarannya
tapi pada pendapat aku walaupun ianya benar tetapi ianya TIDAK RELEVAN sepanjang masa/
MENGAPA???
Aku tak nafikan, dalam sesetengah perkara, kita memang perlu bertanya.
tapi bila TERLEBIH tanya antau bertanya soalan-soalan yang TAK SEPATUTNYA,
turut menggambarkan peribadi 'penanya'..
Mungkin dia seorang yang :
1) Bersungguh-sungguh untuk mendapatkan penjelasan sejelas-jelasnya
1) Bersungguh-sungguh untuk mendapatkan penjelasan sejelas-jelasnya
atau
2) PEMALAS - pemalas untuk mencari maklumat dan mahu sentiasa disuap.
Apa yang aku perhatikan sekarang,
ramai golongan yang ke-2 itu..
Walaupun sudah berada di peringkat Ijazah Sarjana Muda sekalipun, masih mengamalkan budaya itu..
Aku tidak khususkan kepada pencarian maklumat dalam pembelajaran tetapi pencarian maklumat berkaitan dengan hal-hal universiti yang lain..
contoh:
A : Bilakah tarikh akhir pembayaran yuran?
B : Kita nak daftar subjek apa sem depan?
Pihak universiti sudah menyediakan portal sendiri,
capaian yang lengkap..
menyalurkan semua maklumat terkini yang diperlukan oleh pelajar,
tetapi kenapa masih ramai pelajar yang MALAS dan hanya seperti tin kosong yang bising bertanyakan itu ini di facebook, twitter, dan sebagainya??
wahai rakan-rakanku, bangkitlah..
Ayuh menjadi siswa siswi yang matang..
belajar untuk BERDIKARI..
sebelum bertanya, berusahalah terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat dengan cara yang lain, jika memang sudah tidak berjumpa dengan jawapannya, wajarlah ianya ditanya.. :-)
p/s: Ini adalah pendapat peribadi.. Maaf andai ada yang terasa.
0 comments:
Post a Comment