Wednesday, 15 August 2012

CONVERSATION :KAHWIN vs KELUARGA MENTUA

ini perbualan dengan ibu gara-gara tengok rancangan kahwin kat TV3 tadi

Ibu:
Dengar tu, cari suami yang melayan ibu dia dgan baik, bila dia layan ibu dia dengan baik, maka baik lah layanan dia kat kita. 

Aku:
kalau adik, adik lagi pikir, boleh tak adik terima mak bapak dia. sebab macam banyak je ciri-ciri menatu durhake kat adik ni. hahahha~~

Ibu:
Ha. Maknanya selagi tak boleh terima family dia, selagi tu la tak boleh kahwin.

Aku:
Sebab tu lah adik nak cari calon anak yatim piatu. hahahha~~ tapi setakat ni tak pernah nak jumpe pulak calon-calonnya. susah betul erk nak cari.. hahhhaha~~

Ibu: 
Nak cari, gi la rumah anak-anak yatim. mintak rekod kat sana. tak pun gi booking awal-awal anak-anak yatim kat sana.

Aku:
hahahahhahaha~~~ tak se'desperate' itu ok..

Ibu:
Family arwah ayah ada yang anak yatim piatu. meh ibu kenalkan.

Aku:
Amboih.. dah tu ibu nak suruh adik masuk meminang dia ke?? hahahhaha~~~

Ibu:
Dah asyik merepek je kejenye! Dah cepat gi pasang langsir!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting