Tuesday, 30 November 2010

JAM


setelah sekian lama....
akhirnya.. jam aku ni sembuh sepenuhnya....
selepas lemas di Teluk Batik....

sangat-sangat rindu nak pakai jam ni...
nasib baik jam ni still under warranty..
kalau x....tak tau mana la aku nak korek duit membetulkan jam ni..
huhuhu~~~

hmmm... aku antara manusia yang tak boleh hidup tanpa jam tangan...
hampir setiap masa aku pakai jam..
tido pun aku pakai jam...
sebab tu la jam aku paling cepat buruk dan jahanam..
huhuhu~~

hari ni aku nak share dengan anda semua berkaitan personaliti berdasarkan cara pemakaian jam...
(aku ambil dari website indon (klik sini), so translate la sendiri ok..hehe~)

* Pertama,....

Pemakai jam tangan di tangan kiri arah keluar (menghadap ke atas).
Hampir sebagian besar orang, terutama pria, memakai jam tangan dengan cara ini...
Biasanya karakternya cuek, easy going, mementingkan waktu, meski tidak perfeksionis. Senang membuat banyak pilihan dalam hidupnya, dan tidak terlalu suka diatur. Umumnya berpikiran praktis dan simpel. Senang bekerja dengan tangannya.


* Kedua,....
Pemakai jam tangan di tangan kiri arah dalam (menghadap ke bawah)
Lebih banyak perempuan dibandingkan pria.
Biasanya karakternya lebih mementingkan waktu dibandingkan golongan pertama, meski tidak strict, menyukai keindahan dan kemewahan. Senang membuat banyak pilihan, meski tidak sebebas dan selepas golongan pertama, cukup teratur dalam hidupnya. Tidak suka banyak perubahan. Pemikiran-pemikirannya cepat dan logis, meski terkadang tidak simpel.


* Ketiga,...
Pemakai jam tangan di tangan kanan arah keluar (menghadap ke atas)
Biasanya perempuan, meski ada juga pria yang melakukannya.
Karakternya biasanya lebih emosional dibanding para pemakai jam-tangan kiri, kebiasaan sosial tinggi, cukup mementingkan waktu. Senang berkreasi dan bertualang, meski terkadang tidak terlalu memikirkan konsekuensi tindakannya. Spontan dan apa adanya. Bersemangat tinggi dan ceria.


* Terakhir,....
Pemakai jam tangan di tangan kanan arah dalam (menghadap ke bawah)
Hampir semua pemakai jam tangan cara ini adalah perempuan.
Karakternya cenderung sangat emosional, perfeksionis dalam hal ketepatan waktu. Tidak terlalu suka membuat banyak pilihan yang menurutnya tidak bisa dikendalikan dalam genggamannya. Umumnya teratur dalam hidupnya. Pemikiran-pemikirannya sangat dipengaruhi emosinya, terkadang begitu dinamis dan cepat sampai merepotkan orang di sekitarnya. Kebiasaan sosial tinggi, dan beberapa di antaranya merupakan empatis yang handal.

so?? korang pakai jam sebelah mana????



Saturday, 27 November 2010

JOSH!!

hari ni kepala aku dah serabut dek masalah yang melanda JOSH SANTANA.
ada ke patut kucing aku yang Jejaka Idaman Malaya tu diburu kaum sejenis..
-JOSH SANTANA-

blogger-emoticon.blogspot.comhaish! aku pun tak pasti kenapa??
maybe sebab Si Jantan tu ingat Josh ni betina kowt..
almaklumlah aku kan dah "khasi" kan si JOSH tu..
mne la ad "tanda-tanda kejantanan" lagi kat JOSH...
kesian aku tengok JOSH..

JOSH yang selama ni ganas, senang kata dia Sarip Dol kampung aku ni la,
boleh ketakutan dikejar oleh SI JANTAN MIANG!!
hahahaha~~
lawak ada.. kesian pun ada...
JOSH...JOSH...
nasib ko la JOSH...
blogger-emoticon.blogspot.comsekarang ni, Josh hanya mampu berkurung di dalam rumah...
baru je nak melangkah keluar, SI JANTAN MIANG dah keluarkan suare miangnya nak pikat hati JOSH...
sanggup SI JANTAN MIANG tu tak balik rumah semata-mata mennanti JOSH kat luar pintu rumah aku..
ish...ish.. parah betul...
macammana la aku nak bagi tahu SI JANTAN MIANG tu bahawa sesungguhnya JOSH adalah kaum sejenisnya????????????

or sebenarnya SI JANTAN MIANG itu adalah termasuk dalam golongan "HOMOSEKSUAL"??????????????

mmmmmm... entahlah... aku pun tak tahu...
sabar ye JOSH.....

Aku nak share ngan korang hadiah istimewa yang pernah josh hadiahkan untuk aku satu ketika dulu.......
(gambar-gambar ni diambil SEMINGGU selepas tarikh kejadian...)

ni tak teruk sangat.. kat kaki aku lagi teruk... (maaf.. aku tak nak share gamba kaki aku tu kat sini....)
demam juga la aku lepas dapat "hadiah" ni...
dah la aku tak dapatkan rawatan kt klinik..
main ubat sendiri je.. nasib baik tak jadi apa-apa....kalau tak... tak tahulah sama ada aku masih ada kat muka bumi ni lagi ke tak...
wahai reader2 sekalian, jangan buat macam aku ni okay.. kalau luka disebabkan cakaran kucing WAJIB, MESTI pergi hospital atau klinik...
dapatkan rawatan....
sebab kuman dari cakaran n gigitan kucing sangat-sangat merbahaya!!!..
maybe aku selamat sebab aku rawat (rendam n cuci) luka-luka aku ni dengan alkohol..
sakit n pedih tak payah nak cakap la...tuhan je yang tahu...
tapi Alhamdulillah ianya berkesan....
ini adalah antara kisah duka sepanjang aku bergelar Tuan kepada Josh.............




Monday, 22 November 2010

Last tagged!

ok ini tagged last yang ada dlm simpanan aku..
gila kentang betol aku ni..
x pernah2 aku rajin nk buat tagged, tbe2 hari ni smpy 3 tagged aku buat!
sah!
aku dah kene rasuk ngan "HANTU TAGGED"
haha~~



1) Adakah anda happy sekarang?

happy kowt.......

2) Kenapa anda happy?

sebab skang ni tgah cuti sem!

3) Apakah benda yang boleh membuat anda happy?

my novels n my luvly JOSH SANTANA..

4) Pernahkan anda menerima tag?

pnh....tapi bru hari ni aku nk jwb semue tag yg ak dpt..huhu

5) Nyatakan warna yang anda suka.

mestilah MERAH!

6) Berikan 6 orang yang anda mahu tag. Sila beritahu kepada orang yang anda tag supaya dapat respond. (klu nak lebih pown bley, kurang pown bley..)

aku nak tagged sorang je boleyh?? boleyh x boleyh AAK??hehehe~

TwO cENt

7) Nyatakan sifat orang yang tag anda. Buat dalam bentuk esei. Nak tulis panjang berjela pun takpe asalkan anda happy.

ala.... aku bukan juri professional la nk komen2 orang neyh...

8) Nie soklan cepu mas nieh. Adakah anda happy dengan apa yang anda ada?

apsal byk sgt soalan "hepi" ni?? penat la nk jwb..huhuhu~~
insyaallah aku hepi ngan ape yg aku ad.. kalo x hepi pn kene hepi gak coz diz is my life...


Tag lagi..

aku nak jawab tag lagi..
ni pun tag lama yang dah jadi pekasam dalam lappy aku..
tag ni diberi oleh seorang sahabat yang dah retire dari menjadi blogger..
mana la tau berkat aku jawab tag ni, dia terbuka hati untuk berblogging semula..
hehehee~~
this is for n from u, MEEN..


1) adakah anda rasa HOT?

X.. COOL skarang neyh sebab baru lepas mandi..hehe~~

2) Upload wallpaper PC/laptop yang anda gunakan sekarang..?



3) Cerita pasal gambar nih...

gambar ni gambar my second niece, Iffat Al-Taqiyyah (Iffah aka Pau)... tengah rindu kat dia sebab tu letak gamba dia as wallpaper..huhu~~

4) Kali terakhir makan PIZZA...?

mmm...bila erk??? rasanya waktu cuti raya aidilfitri hari tu kowt... lamenye aku tak makan pizza!!!! ada sape2 nak blnje???hehehe~

5) Lagu terakhir anda dengar...?

Kalau Berpacaran by Anna Raffali n sohaimi mior Hassan...
actually ni ringtone hp ak, so bru lpas ada orang cal..tu yang ak terdengar lagu neyh..hehehe~~

6) Apa anda buat selain selesaikan tag nih...?

facebook!

7) Selain nama sendiri anda dipanggil nama apa...?

ADIK

8) Tag lagi 5 orang sape yer nak tag...?

1. Ain
2. Nai
3. Wana
4. Jufa
5. Efy

9) Siapa orang no 1 pada anda..?

my dear cousin..hehehe~~

10) Katakan sesuatu pada orang no 5...?

hai Efy! :D

11) No 3 ada hubungan dengan sape...?

hubungan?? ntahla.. ape kate kite tye dye sendiri.. cik wana sila jawab...................

12) Bagaimana pulak dengan no 2....?

no 2 tu hati ngah berbunge riang meniti hari2 indah ngan ..... ..hahah~
betol x cik nai????

13) Kata-kata cinta dengan orang no 4...?

kata cinta?? aku tak bcinta ngan dye la... cmne nk beri kate cinta?? ish3x..

14) Berikan 5 fakta yang anda tahu pasal orang yang tag anda...?

dia sangat baik.. very understanding... walaupun ak kenal si meen ni kejap je n tak de la rapat mne pun, she's nice...
x *pelokek ngan kawan-kawan...
n yg paling aku suke kt si meen ni dye sentese tersenyum tak kirelah orang marah ke ape ke..
kadang2 rase nk sepak gak.. yer la org ngah marah pun bley plak dye tersenyum!!
but itulah kelebihan MEEN!!

*pelokek --> kedekut


selesai sudah aku menjawab tag ni.. ad 1 lg tag yang tak berjawab.. lpas ni aku buat yang tu plak...

tag dari......

TAG DARI...........ok ak dah tak ingat siapa sebenarnya yang tag aku ni.. dah lame benda ni terperam tak berjawab.. ak memang agak malas nk melayan tag2 ni.. tp hari ni terbuka pula hati nk jawab.hehe~~

mmmm..25??? banyaknye... ak try k...
(1)Nama aku Ehda Al-Najihah binti Mahmud.. Membe2 panggil Ehda or Jiha.. My family panggil aku adik.

(2)Anak last dari 4 orang adik beradik.. ada 2 orang abang n 1 orang akak n 1 org abg ipar....

(3)Nama pun anak last.. so aku manja ngan insan2 yang bergelar "family" n yang aku anggap "family"....

(4)Aku ada seekor kucing yang ensem lagi macho bernama JOSH SANTANA (dapat nama dr hero philipina)...

(5)yang kelima.................. nak buat stetmen berani mati ni... AKU SENANG FALL IN LOVE tapi aku susah nak mengaku..haha~~ Sampai sekarang aku tak pernah mengaku kat tuan punya badan aku "suka" dia walaupun dh bertahun berlalu.....haha~~

(6)Aku tak pernah COUPLE n insyaallah aku tak nak couple.. kalau dh suka tunang je terows..pastu kawen.. hahahaha~~bagi aku cukuplah sekadar TTM (teman tapi mesra)..tiada istilah COUPLE dalam perhubungan... [tapi boy byk yang x ley terime prinsip aku neyh.. x sabr n x setia menanti.............................]

(7)mmmmmmmm.......Setakat ni, 4 orang yang hadir dalam hidup aku sebagai TTM..

(8)Cinta monyet??? waktu darjah 5kowt..hahaha

(9)Aku still study kt UiTM Perak amek Diploma in Statistics.... Jangan tanya aku soalan yang aku dah bosan nak jawab; "kenapa dulu tak ambil ASASI or matriculation?" or "kenapa ambil diploma?"!! Aku bahagia dengan pilihan aku n I never regret it!!

(10)Aku manusia yang garang........ (Tanyalah mereka2 yang mengenali aku n pernah berkejasama dengan aku)..hehehe~~

(11)Pengalaman banyak mengajar aku untuk menghadapi n menangani masalah yang datang.....

(12)Aku suka baca novel cinta!! jiwang?? x lah.. kenapa aku suka?? sebabnya hanya dalam novel sahaja kita dapat masuk ke kehidupan yang sungguh indah..happy ending... secara realitinya???susahkan nak dapat..

(13)Aku suka binatang n aku suka merawat binatang... ramai tanya nape aku tak nak jadi vaterinar?? jawapan aku.. aku tak minat BIO la.. otak aku boleyh BIOL kalau belajar BIOLOGY... SPM pun c5 kowt..huhuhu~~

(14)Aku ada 2 orang niece yang sangat seronok untuk dibuli n cari gaduh... Izzat Al Fitrah (Izzah) n Iffat Al Taqiyyah (Iffah).. mereka ni la "Gendut" n "Pau" aku..hehehe

(15)Aku bukan insan yang suka menunjukkan,menyatakan n menzahirkan kasih sayang..... so, orang sekeliling aku kena get to know me n selidik la sendiri hati n perasaan aku..hehe

(16)Bila tak puas hati, aku akn cakap berterus terang... no simpan2.. buat sesak hati n perasaan aku je..

(17)Aku pegang satu prinsip bahawa tiada manusia dalam dunia ni yang dilahirkan sebagai B*D*H (kecuali memang die diakui oleh KKM n termasuk dlm kategori OKU).. apa yang membezakan hanyalah cara dia menggunakan kepandaian yang dimiliki...

(18)Aku BENCI mereka yang sering menganggap dirinya B*D*H dan mudah give up!!

(19)Kereta idaman aku??? dulu waktu kecik2, aku nak sangat PAJERO!hahaha~~ alhamdulillah waktu tahun 2005 abah aku dah pakai MITSUBISHI PAJERO 2.8 DIESEL TURBO .. then, aku pun terpaksa memadamkan hasrat dan impian aku sebab kaki aku tak sampai pun nak bawa PAJERO tu n aku tak rasa mampu untuk byr insurans tiap2 thun..mhl sgt....huhu~~ now, aku admire ngan PEGEOT 308....

(20)Cita-cita aku??? mmm.. masih berfikir.. dulu kecik-kecik aku nak jd Astronomi...lepastu nak jadi Accountant... pastu..... aku nak jadi Pegawai Tadbir n Diplomatik...now?? biarlah rahsia.....hehe~~ nak jadi menteri kowt..hehehe~~

(21)Aku tak suka diingatkan berkali-kali or menerima nasihat yang sme berulang-ulang.. cukup bgtahu sekali. I'm aware!!

(22)Aku tak suka dikejut dari tido.. (unless memang aku pesan suruh kejut aku)...... sebab dari kecik aku dah diajar untuk berusaha bangun sendiri tanpa dikejut oleh orang lain... :)

(23)Untuk stadi, x suka stay up.... aku suka guna cara "TIDO AWAL, BANGUN AWAL"..

(24)Orang selalu takut nak dekat n berkawan dengan aku.. selalu ingat aku sombong n tak mesra.. but.. don't judge a book by its cover.. Kenal aku dulu, baru taw siape aku..heheeh~~

(25)Akhirnya.. sampai juga ke angka 25!!! aku nak tagged benda ni kat 5 orang kawan aku... (jawab yer kawan-kawan...)

Saturday, 20 November 2010

Harry Potter & Deathly Hallows (HP7)

blogger-emoticon.blogspot.comaku tengah stress!!!
rekod semua buku-buku cerita aku "ghaib" dari dalam lappy..
so, aku terpaksalah buat rekod yang baru...
huhuhuhu~~

bagi menghilangkan stress, aku nak story pasal
HARRY POTTER & DEATHLY HALLOWS (PART1)!!!

aku dah berjaya tengok HP7 ni semalam.
pukul 3.30ptg kat MBO Square ONE Batu Pahat..
macam biasa, setiap kali movie harry potter keluar,
membe aku, RAZMARIMA aka IEMA la yang jadi mangsa aku seret pergi tengok wayang..

kalau tengok harry potter aku tak maw tengok wayang dengan orang lain..
mesti cari Iema gak..
hehe~~

aku memang gilakan citer Harry Potter ni..
sanggup berabis duit beli semua novel harry potter (English n Malay)..
bukan setakat tu je...

kalau korang berkesempatan menggeledah hp ak, jangan terkejut complete set e-book Harry Potter n 2 extra e-books yg ada kaitan dengan HP ada dalam tu..
(HP 1-7, Quidditch Through The Ages, Fantastic Beast & Where to find Them)


ibu aku memang dah tak boleh nak terkata apa.
penat ibu aku sindir n perli... tak berbekas pun kat hati aku...
hahaha~~

aku nak buat ulasan untuk movie kali ni
HARRY POTTER & DEATHLY HALLOWS (PART 1)

overallnya, aku puas hati!!
aku rasa kalau orang tak baca novel HP7 pun boleh faham jalan ceritanya..
waktu movie HP6 dulu, ramai yang komplen tak faham jalan cerita..
yup! aku pun mengakui benda yang sama..
nasib baik aku baca novel, so, fahamla bila tengok HP6..
bagi yang tak baca, terpaksalah buat-buat faham.

beza dengan HP7(part1), sound effect die pun jauh lebih baik compare to HP6..
banyak adegan yang betul-betul me"nekejut"kan penonton..
aksi-aksi yang buat orang gelak besar pun banyak..
memang enjoy sangat-sangat tengok HP7(part1) ni..
so, sangat-sangat tak rugilah duit aku keluar untuk tengok cerita ni..

ok sebagai seorang pembaca dan penonton HP...
aku nak share dengan korang apa yang bezanya antara yang dalam buku dengan movie..
(sebhagian je la...)
yang dalam buku ada, tapi dalam movie tak ada..
dan aku rasa benda tu patut ada dan tidak perlu diubah..

  • Waktu operasi mengeluarkan Harry dari Privet Drive ke The Burrow, mereka tidak terus menuju ke The Burrow, sebaliknya menuju ke 7 tempat lain yang berbeza yang telah diberi perlindungan keselamatan dan pergi ke The Burrow dengan portkey aka Kunci Gerbang (refer HP4)...
  • Majlis sambutan bezday harry yang ke-17. waktu ni la sebenarnya Minister of Magic tu bagi barang-barang wasiat Dumbledore..kat majlis ni juga Mak Ron buatkan kek bentuk bola snitch untuk Harry....
  • Watak Victor Krum (yang jadi hero dari Durmstrang dalam HP4) masa majlis perkahwinan Bill n Fleur.Krum yang bagitahu harry pasal lambang Grindewald.. tapi dalam movie, harry tau pasal benda tu agak lambat.. bapa Luna Lovegood yang bagitaw waktu diorang datang ke rumah Mr.Lovegood...
  • Waktu majlis perkahwinan Bill n Fleur, dalam novel Harry menyamar jadi orang lain (minum polyjuice posyen)..tapi dalam movie Harry tetap Harry...
  • Kumpulan phoenix (refer HP5) ada buat satu siaran radio untuk melaporkan berita-berita terkini yang betul n sebagai tanda support kepada Harry Potter...aku rasa babak ni perlu, sebab harry potter mendapat semangat yang baru after dengar luahan dan kata-kata semangat dari Lupin, Fred, George n so on...
  • Dalam movie,waktu Harry n Ron nak melepaskan diri selapas ditahan di kediaman keluarga Malfoy, mereka yang menyerang Peter Petigrew @ Wormtail.. tapi dalam novel sebenarnya Wormtail mati sebab tangan besi yang dihadiahkan oleh Voldermort tu yang cekik diri dia sendiri after dia teragak-agak untuk serang harry, sebab dia rasa terhutang budi dengan Harry (refer HP4)...
mmm.. itu je la yang dapat aku share pasal HP7 ni.
bukan tak ada lagi yang beza tapi benda-benda kat atas ni je la yang aku tak puas hati sikit bila dia ubah...
apa-apa pun, pada korang yang tak tengok lagi, pergi la tengok..
BEST!!
ok lah, aku nak sambung buat rekod buku semula ni....

blogger-emoticon.blogspot.com

Thursday, 18 November 2010

Terkorbannya Seekor L.E.M.B.U

blogger-emoticon.blogspot.comp/s: kepada sesiapa yang takut darah or takut nak tengok kepala lembu.. jgn teruskan meng"scroll down" page ini..


blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

firs of all, belum terlambat rasanya untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua blogger-blogger islam sekalian.
semoga kita dapat mengambil iktibar disebalik kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S bersama anaknya Nabi Ismail A.S....

sekarang ni aku nak cerita pasal sambutan raya haji kat tempat aku pula..
setiap tahun aku sekeluarga akan sambut raya haji kat rumah nenek aku.
tahun ni, tak ramai makcik2 n pakcik2 aku yang balik...
almaklumlah...cuti sehari je......
cousin2 aku pun ada yang still exam...
so, tahun ni agak kurang meriah...
ditambah pula dengan hujan yang turun...... agak menyuramkan suasana raya...

tapi makanan tetap meriah...
macam-macam ada!!!
nasi tomato + ketupat +kerabu + ayam masak kicap + ayam masak asam pedas + laksa + sambal goreng johor + kari ayam + *sayur lodeh (tau tak apa ni??? kalau tak tau search la sendiri kt GOOGLE) n banyak lagi la ..
memang marvelous..

apa yang uniknya bila family aku sambut raya aji????
jeng..jeng...jeng................
tara......................................

-KEPALA LEMBU-

korang semua pernah makan tak benda ni???

blogger-emoticon.blogspot.comGELI?????!!!!!!!!
jangan sesekali cakap geli!!... sebabnya ianya adalah HALAL disi ALLAH S.W.T..
ibu aku selalu cakap;

"jangan sesekali kita berasa geli atau jijik dengan sesuatu makanan yang halal disisi Allah S.W.T.. Ramai yang geli nak makan ikan sungai (keli,haruan n lain-lain), walhal benda tu secara terang-terngannya adalah halal.. tapi ramai yang tak geli nak makan makanan yang syubhah.. (yang diragui halal haramnya)..ramai yang tak geli nak makan makanan yang masih ada najis..(daging, ayam atau ikan yang tak dibasuh bersih-masih ada darah)..sedangkan ianya jauh lebih jijik dan haram dimakan.. kenapa???"

korang renung-renungkanlah okay??.......

ok balik semula pada cerita aku...
setiap tahun kitorang (anak,cucu,cicit nenek aku) akan bergotong royong memproses kepala lembu ni....

kenapa kepala???
haaaaaaa...sejarahnya bermula begini.... aku ada 2 orang pakcik yang jadi tukang sembelih haiwan korban...
so.... saban tahun "penyembelih" akan di"anugerah"kan dengan kepala lembu korban tu...
oleh hal yang demikian.... maka kami terpaksalah bergotong-royong memproses kepala lembu itu sehingga ianya siap untuk dimasak....
tahun ni kitorang cuma dapat satu kepala lembu je..
sebab sorang je pakcik aku yang jadi tukang sembelih.. yang lagi sorang tengah mengerjakan ibadah haji...

korang jangan pandang sebelah mata taw kepala lembu ni..
mahal wooo satu kepala...
satu kepala maw cecah rm70-rm80 kalau nak beli kat pasar...

korang pernah makan sup lidah??? sup otak??? sup gigi???(hehehe~~ sup gigi tak ada..)
kalau tak pernah, pegi la cari dimana-mana warong ke restoran yang ada jual..
try test rasa...
MARVELOUS!! (actually aku pon tak penah rasa sup otak tu..tapi orang kata sedap...)
mmmm...
nak dapatkan lidah... otak... daging yang ada kat kepala lembu tu bukan senang tau..
menguji ketahanan mental dan fizikal serta memerlukan tenaga BURUH yang ramai...
cuba tengok abang aku ni..berkerut-kerut muka nak membelah tulang kepala...


segala atok nenek parang & kapak diperlukan demi untuk mendapatkan :

-mata...trachea...rahang...otak...-

around pukul 5.00 petang baru semuanya siap....
bau masing-masing tak payah nak cakap la...
kalau tutup mata, kompem tak boleh nak bezakan bau manusia dengan bau daging lembu...
sama je baunya...
hahahahaa~~

settle bab melapah kepala lembu... daging+tulang temulang kepla tu dibahagi-bahagikan untuk semua family aku yang ada...
macam tahun lepas, kitorang siap guna timbang..bagi biar adil...
tapi tahun ni.. bagi-bagi camtu je la..
lagipun tak banyak and tak ramai yang balik kampung (rumah nenek aku la..)....
macam tahun lepas, kitorang dapat kepala lebih dari satu...
tambah dengan daging lagi...
sangat-sangat banyak....tu yang sampai kena bagi2 kan ikut kilo...

tahun ni memang kepala kurang... tapi kaki lembu yang banyak..
Guru penolong ibu aku bagi kitorang 7 batang kaki lembu!!!
Gila banyak.
kenapa dia bagi???
sebabnya...keluarga dia buat korban 2 ekor lembu... lepastu diorang tak pandai nak "kerja"kan kaki-kaki lembu tu...
so, dia hantar la kat ibu aku sebab dia tahu family aku memang "terer" bab2 uruskan benda ni...

malam tu, ibu and abah aku la yang terpaksa mengerjakan kaki-kaki lembu tu...
tak boleh lambat.. t busuk pulak...
sayang...
kaki lembu mahal taw... sekilo maw cecah RM15...
sebatang kaki pulak bukannya sekilo je beratnye...
kalo besar, boleh cecah 3 kilo sebatang kaki..

bakar....kikis bulu-bulu... siat kulit.... belah tulang-temulang...
sangat-sangat leceh nak mengerjakan kaki lembu ni....
tapi.. apa yang leceh + susah..itulah yang SEDAP!
pukul 11.00 malam baru settle..

blogger-emoticon.blogspot.comterus masuk periuk..then rebus...
hari ni sajian utama family aku adalah SUP KAKI....

macamtu la setiap tahun ak sambut raya haji..
mesti kehadiran "Si Kepala" dinanti........


-ni hasil kerja aku dan makcik aku (mama)-

Sunday, 14 November 2010

MERAH



I LOVE RED!!!!
merah..red..merah..red..merah..red..

aku suka merah!!
kenapa??
tak tau.. apa yang aku tau aku suka merah!!
kalau boleh semua benda aku nak warna merah...
tapi.......................................
mesti ibu aku tak bagi...
yerla....
boleh sakit mata orang tengok kalau semuanya warna merah....

mmmm... tak kisahlah..
sekarang ni, warna apa pun boleh..
tapi....
kalau dapat warna merah lagi aku suka...
hehe~

aku akan sentiasa pakai baju merah apabila aku rasa aku memerlukan semangat yang extravaganza seperti waktu nak exam, test n presentation....
(memang wajiblah pakai baju merah)
and....bila aku sedih pun.. aku akan pakai baju merah...

kenapa??

aku jadikan warna merah sebagai satu terapi untuk aku mejadi lebih bersemangat..

sebagaimana garangnya warna merah itu, segarang itu jugalah semangat yang aku cuba terapkan dalam diri aku...
sebagaimana kentalnya warna merah itu, sekental itulah jiwa yang aku cuba hasilkan...


sepanjang exam yang lepas ni memang aku pakai baju warna merah :


25 oktober 2010
ni first day aku exam..
Paper ITS250
(INTRODUCTION TO DBMS)




30 oktober 2010
2nd day exam.....
Paper QMT350
(PROBABILITY & STATISTICS II)









8 November 2010
3rd day of exam..
paper QMT225
(REGRESSION ANALYSIS 1)





14 November 2010
last day exam!!!!!!!!
paper FIN203
(FINANCE I)









itulah aku...
MERAH... MERAH... & MERAH...

sesiapa yang suka warna merah macam aku????...

sini aku kongsikan personaliti berdasarkan warna kegemaran
MERAH
(ni search kt GOOGLE taw..)
  • seorang yang berdikari
  • mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin & pemenang
  • suka mendapat perhatian dalam aktiviti sosial
  • mementingkan pencapaian matlamat, bersikap kompetitif atau bersaing
  • mementingkan kerja berbanding keluarga
  • berkomunikasi secara jujur, berterus terang dan sering menggunakan bahasa yang sinis
  • tidak suka dikongkong, yakin pada diri dan tidak suka bergantung kepada orang lain
  • kurang menjaga perasaan orang lain
  • kurang sabar
  • merancang strategi dan melihat sesuatu dalam setiap sudut
apa pendapat korang pulak....
Adakah aku begini??? hahahaha~~~


Wednesday, 10 November 2010

HIGH HEELS..WEDGES & SNEAKERS...

Mmm.. mood aku nak study still tak muncul-muncul lagi... Fail Finance dah buka dah... tapi........ AAAHHH!!!!!!! tak da mood langsung! huhu~ Apa la nak jadi dengan aku ni kan.. ish..ish...ish... korang jangan ikut tau perangai aku yang pemalas study ni... nanti dapat result, baru reti nak menyesal... Usaha tak nak, tapi nak result gempak.. Macammana tu????

Ok lah, memandangkan mood aku nak studi memang tak ada... aku dok memunggah la segala khazanah yang ada kat dalam bilik ni.. kemas sikit-sikit.... yerla dah nak cuti sem.... barang-barang kene punggah masuk stor... lambat letak, jap lagi stor penuh, tak ada tempat la nak letak barang jawabnya...huhuhu~~ ni la nasib orang duduk jauh kan.............................

dalam kemas-mengemas tu, aku packing la juga kasut-kasut aku yang tersayang... ha! kasut-kasut ni kena bawa balik.. tak boleh tinggal.... kenapa??? Yerla... ni kasut kesayangan aku taw.. bukan senang nak dapat.. jenuh membe-membe n family aku temankan aku mencari kasut-kasut ni..berapa shopping mall kitorang tawaf baru jumpa tau!!

Gempak sangat ke kasut aku tu????? Tengok ni................

(Antara kasut kesayangan aku...)





hehe~~ tak ada la gempak mana pun.. high heels,wedges and sneakers biasa je... tak mahal mana pun... aku bukan manusia yang mementingkan jenama dalam bab-bab pilih kasut ni..
ok fine, kalau beli jeans memang aku demand tapi kalau kasut aku tak kisah... yang penting aku berkenan and ADA SIZE AKU!!!!!

aku termasuk dalam golongan manusia yang paling bermasalah dalam mencari kasut bersesuaian dengan umur aku...
sebabnye.....

Ok lah.. try to imagine... seorang perempuan berusia 20 tahun muat untuk pakai kasut putih sekolah B-First saiz 1.
huh!!



and akulah orang itu....
sedeykan...
aku pun tak tau kenapa kaki aku kecik sangat.. family aku tak ada la kecik sangat kakinya..
Abang aku punya kaki memang "kaki kapal"..Size paling besar...
yang aku tau, aku pakai kasut sekolah saiz 1 since darjah 5..
aku pun tak tau kenapa after tu memang kaki aku tak membesar...
"TERBANTUT"

nak cari kasut aku bukan senang... kadang-kadang sampai 3-4 buah shopping mall terpaksa ditawaf untuk dapat sepasang kasut...
kalau fikir senang, memang aku rembat je kasut jenama budak-budak kecik macam (BBG-BubbleGummers, Garfield, Barbie, DuDu Kids n so on)
tapi takkanlah aku nak pakai kasut yang kaler striking (pink, oren) pastu siap ada bunga-bunga, gambar barbie, ladybird kat kasut tu kowt.... Agak-agak la sikit.....huhu~~

sebenarnya kalau korang nak tau aku pakai kasut bebudak ni sampai sekarang gak..
especially bila cari sandal...
i have no choice.. terpaksa gak pakai sandal budak-budak...
last aku pakai "kasut" bebudak, waktu pendaftaran msuk UiTM...
kan kena pakai kasut bertutup..
aku dah puas pusing satu BP, redah JJ Bukit Tinggi
memang tak jumpa size aku.. pergi hush puppies memang ada tapi tak berkenan dengan kaler dia pulak...
lastly, sampai dah dekat pukul 10 malam bertapa kat JJ tu, esok nak pergi daftar, aku beli juga kasut jenama GARFIELD...
nasib baik la kasut tu tak nampak macam budak-budak punya..
cuma bila buka kasut tu, nampaklah perkataan GARFIELD...
huhuhu~~
kesiankan aku????

mesti korang pelikkan, kata tak ada size, tapi boleh pula wujud kasut-kasut kat atas tu....
mmm....memang r...
mcm aku kata tadi,
nak dapatkan sepasang kasut kena lah meredah beberapa buah shopping mall...
pastu kalau cari heel kena yang "muka depan" nya kecik..
pastu mesti ada tali belakang (untuk mengcover lebihan kaki aku)..
kalau beli yang tak ada tali belakang,maknanya dah berkenan sangat ak redah je la... lebih pun lebih la...
macam wedges putih aku yang kat atas tu...
(high heels, wedges n sneakers ni still besa.. tapi tak ada la ketara sangat.. kalau orang dok tenung kaki aku je, baru la perasan lebihan-lebihannya..)

Jenama yang selalunya boleh la aku pakai base on their cutting macam NOSE, NAUTINI, CHADSTONE n HUSH PUPPIES..
macam NAUTINI aku lagi selesa la.. sebab memang cutting dia kecik and size paling kecil yang dia ada size 3.. kalau yang lain-lain tu paling kecil pun size 4...
sneakers pulak confirm memang aku pakai yang budak-budak punye..
tapi cari la yang tak nampak "budak" sangat..
macam sneakers BUM aku tu size 32 dan yang pastinya ianya masih longgar!!huhu~~


ni wedges dari CHADSTONE...
ketinggian 3 inch...
aku beli kat JJ Ipoh...
ni NAI yang meneman aku beli...



ni pula heel dari NOSE
ketinngian dia 4 inch setengah
aku beli dekat JJ Ipoh gak di hari merdeka....
ni pun Nai yang teman aku beli...



Yang ni Heel dari NAUTINI..
ketinggian dia 4 inch..
aku beli kat JJ Bukit Tinggi..
Ni aku beli dengan family aku...
(siriesly, diorang sampai naik fed up teman aku cari heels ni)




yang putih merah tu je sneakers aku..
sneakers BUM..
aku aim kasut ni dah lame...
tapi selalunya tak ada size..
at last aku jumpa yang kena dengan kaki aku ni kat Ipoh Parade..
walaupun sebenarnye, kasut ni tak fit dengan kaki aku (agak longgar)..
tapi aku dah tak boleh tahan..
aku nak jugak!!!
Erni yang temankan aku beli sneakers ni...

mmmm... itulah cerita AKU & KASUT......
bila time nak raya semua orang keliling aku boleh kena migrain sebab teman aku cari kasut...
kepada kawan-kawan aku yang selalu teman n bersabar dengan aku bila mencari kasut...
TQ VERY MUCH!!
(Nai n Iema korang lah antara membe yang paling banyak berjasa ngan aku bila tiba bab kasut ni...)

memang selalulah kena ejek..
tak kira la dengan family ke membe ke...
tapi ada kelebihan tau kaki kecik ni..
ape???

1. orang tak boleh pakai kasut aku.. so risiko untuk kasut dicuri dekat ostel memanglah nipis....hehe~~

2. aku dikenali oleh pemilik2 kedai kasut yang aku selalu pergi.... Nampak muka aku je, terus diorang ingat masalah yang melanda aku...

3. berfikir secara positifnya, aku boleh perasan muda sebab aku boleh pakai kasut bebudak (hahaha~~~)

4. Rakyat negara China dulu kan suka bedung2 kaki diorang, semata-mata nak jadikan kecik.. so.. aku memang Allah dah anugerahkan dengan kaki kecik ni, Syukurlah..betul tak????

5. Aku boleh menguji tahap kesabaran seseorang "lelaki" bila ajak diorang teman aku beli kasut... kalau "dia" sanggup bertahan macam kawan-kawan aku tanpa sebarang keluhan n rungutan..memang superb tahap kesabarannya..hehehe~~~




Tuesday, 9 November 2010

K.I.C.A.P

Siapa yang tak kenal benda ni kan??


semua orang tahu..
budak kecik umur 2 tahun pun tahu...

KICAP!!! KICAP!!! KICAP!!!
Now, I'm ADDICTED to KICAP!!!!!!!

dulu, kecik-kecik ibu aku memang tak ajar makan nasi dengan kicap je..
kicap hanya digunakan untuk masak and buat sambal kicap je kat rumah aku tu..
itupun aku rasa dalam *gobok kat dapur rumah aku tu ada kicap masin je kowt...
huhu~~~
paling hebat aku makan kicap mentah pun, kalau goreng telur or ikan bilis, curah kicap atas tu...
aku tak pernah menjadi manusia yang sentiasa wajib ada kicap bila makan..

pernah satu ketika ni,
rumah aku boleh terputus bekalan kicap..
kicap habis pun ibu aku tak sedar..
yerla sebab jarang sangat guna sampai tak perasan kicap dah habis..
ish3x...

aku selalu dengar kat makcik2 mengeluh
anak-anak dioang yang kecik2 suka sangat makan kicap..
ada tu sampai tak nak makan benda lain..
nak makan nasi dengan kicap je..
mmm..tak elok sebenarnya...
kicap tu dah la masin..
pastu tak makan benda lain..
macamana nak dapat khasiat yang cukup??
tol tak??
terbantut nanti tumbesarannya..

Bajet sungguh aku ni kan..
macam la aku ni baik sangat tumbesarannye..
(PSSSTT... tumbesaran aku terbantut sebab kurang makan kicap kowt..)
hahhahaa~~~~~~~~~~

bila masuk hostel sekolah menengah dulu,
kicap sentiasa ada la disediakan..
tengok membe-membe aku mencurah kat nasi diorang, aku pun teringin gak...
ikutlah pe diorang buat.. mkn nasi goreng pun curah kicap....
tapi siriesly, aku rase memang tak kena ngan jiwa aku nak makan nasi dengan kicap ni...

tapi sekarang???
selepas hampir 5 sem aku berada kat UiTM Perak ni.....
tak tau la kenapa...
hari-hari nak curah kicap kat nasi aku...
dah kena SAWAN KICAP agaknya aku ni..
mula-mula, aku saje-saje je la nk try rase, bila nampak sorang membe aku ni hari-hari dok curah kicap tu..
n resultnye bila aku makan??
mmmmmmm.... rasa sedap la plak..
sekarang ni macam pelik pulak bila makan nasi without KICAP!
huh!!

*gobok - Gerobok (almari/kabinet)

Monday, 8 November 2010

GEMOK!!!

AAAHHHH!!
sedihnya...
Mereka kata, saya dh gemok!!!


sampai hati mereka buat saya begini....

tapi betul ke saya dh gemok???



perlu ke saya diet????

ibu saya kata, saya tak boleh gemok
sebab...
kalau saya gemok, nanti saya jadi seperti ayam serama....
huhuhuhu~~~
tambah ibu lagi...
kalau saya gemok, nanti saya tak stabil...
sebab?????????????
"saiz kasut saya"

so........
saya perlu kembali kepada saya yang dulu..
saya yang tak makan malam...
n yang paling penting
saya yang tak suka makan kuih (sejak akhir ni, hari-hari makan donat)..
huhuhuhu~~~~~~~~~~~~~~


Sunday, 7 November 2010

Balik Kampung vs Carry Mark

Esok aku exam lagi!!
paper Regression Analysis 1..
Senang ke susah paper ni?????
entahlah...
aku pun tak tau nak cakap cammana...

dah tingal 2 paper je lagi yang perlu aku tempuh...
tapi siriesly, mood nk stadi makin menjauhkan diri...
tak tau la kenapa..
Membe ak cakap, maybe sebab ak dh balik rumah hari tu...
mmm.. iya la kowt...

tapi aku rasa sebab musabab yang paling kuat ialah :
aku dah tergoda dengan bunyi-bunyi orang menarik luggage nak balik kampung...
huhuhuhuhu~~
ramai student yang dah habis exam...
n dah ramai juga yang mula angkut barang nak balik kampung...

haaaaaaaishhhhhhh...
ni la ujian bila duduk kat blok tepi jalan ni.. (Anggerik 1)..
memang la best ble nk meng"usha" orang... tempat paling strategik la senang cakap..
(psssst..mmg bez la.lagi-lagi time usha mamat2 yang lalu nak pergi PI-Pusat Islam time sembahyang jumaat..)
tiba-tiba datang virus "keladi" plak.
hehehe~~

tapi tue la....
bila time exam ni.. siriesly, rase tak nak duduk kat sini..
huhuhuhu~~~~~~~

semangat nak balik kampung dh memang berkobar-kobar la...
lagi-lagi bila dah beli tiket bas ni...
(sabar ye cik ehda oi.... tak sampai seminggu je lagi......)

faktor ke-2 yang aku rasa menyumbang ke arah kemunduran mood stadi aku adalah carry mark......
bila carry mark sikit, semangat berkobar-kobar nak stadi...
pulun habis...
takut fail wooo.... kalau boleh bukan setakat nak lulus tp nak dapat A+...
tapi bila carry mark dh tinggi, inilah jadinya..
(tak ada lah tinggi mana pun, tapi boleh la.... tak seteruk carry mark yang lain...)
rasa cam malas je nak stadi..
bukan nak over confident.. tapi reaksi spontan...
HUH!

EHDA AL-NAJIHAH!!!
KUATKAN SEMANGAT..
MESTI STUDY!!!! CAMPAK KAT LONGKANG RASA MALASTU!!
SCORE A+
MESTI+PERLU+WAJIB DL SEM NI!!!

wish me luck everybody...................




Saturday, 6 November 2010

Right Here Waiting - Richard Marx

Oceans apart day after day
And I slowly go insane
I hear your voice on the line
But it doesn't stop the pain

If I see you next to never
How can we say forever

Wherever you go
Whatever you do
I will be right here waiting for you
Whatever it takes
Or how my heart breaks
I will be right here waiting for you

I took for granted, all the times
That I though would last somehow
I hear the laughter, I taste the tears
But I can't get near you now

Oh, can't you see it baby
You've got me goin' CrAzY

Wherever you go
Whatever you do
I will be right here waiting for you
Whatever it takes
Or how my heart breaks
I will be right here waiting for you

I wonder how we can survive
This romance
But in the end if I'm with you
I'll take the chance

Oh, can't you see it baby
You've got me goin' cRaZy

Wherever you go
Whatever you do
I will be right here waiting for you
Whatever it takes
Or how my heart breaks
I will be right here waiting for you

* I luv diz song very much..pliz don't ask me y...coz i dunno y... One thing that i know is i really want "him" to hear diz song coz i dedicate it juz for "him"....*

*For him : I want u to be apart of my life but we were not meant to be together...mmmmmmmm.... now i realize Trying to forget someone you love is like trying to remember someone you never knew. But wateva it is, pliz ignore my feeling 2wards u....Because "AKU BUKAN UNTUKMU-ROSSA" n u have ur own life now....Pliz don't break her heart coz she was meant to be with u.......*

*Ya Allah......pliz show me d ways how to forget him....*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting