Monday, 30 May 2011

Apalah Nak Jadi........................

n3 kedua untuk hari ni..
Terasa banyak bende plak nak cerita hari ni...

untu kali ni, aku nak kita renungkan bersama-sama...
untuk renungan sesama umat Islam....

Semalam aku menziarah kematian salah seorang keluarga (sebelah arwah ayah aku)..
Takziah buat mereka sekeluarga...
Diharapkan kaum keluarga arwah dapat menghantar pemergian arwah dengan hati yang redha..
Sesungguhnya daripada-Nya kita datang, dan kepada-Nya jugalah kita kembali.

Apa yang aku mahu kita sama-sama renung-renungkan ialah
dalam isu menunaikan fardu kifayah-Pengurusan Jenazah..
Apa yang aku lihat adalah fenemona pengurusan jenazah sekarang bukan lagi seperti menunaikan tanggungjawab fardhu kifayah sebagai umat Islam sebenar-benarnya.. Sebaliknya. apa yang aku lihat ia seolah-olah dijadikan sebagai satu 'PERNIAGAAN'!
Astaghfirullahal'azim.....

Satu masa dahulu, biasanya bila melibatkan pengurusan jenazah, keluarga Si Mati memberikan sumbangan seikhlas hati mengikut kemampuan sebagai tanda penghargaan kepada mereka-mereka yang telah berkerjasama menguruskan jenazah...

Tapi sekarang?????

setiap 'kerja' yang dilakukan telah DITETAPKAN bayarannya!
untuk makluman korang semua, di kampung aku

bayaran untuk menggali kubur & memasukkan jenazah ke dalam liang lahad sahaja ialah
RM 430.00++
Itu belum termasuk kain kapan + barang-barang penyempurnaan jenazah + keranda + sewa van mayat (untuk membawa jenazah ke kubur)..
Bukan itu sahaja, urusan memandikan jenazah pun perlu DIBAYAR!
(Nasib baiklah imam dan makmum untuk sembahyang jenazah tidak perlu dibayar...)
tapi satu hari nanti???
tak mustahil ianya terjadi.......
Secara puratanya untuk urusan pengurusan + pengebumian seorang jenazah
ialah lebih kurang RM1000.00
(Ini kiraan bagi tempat aku, tempat lain aku tak tahu)

Ya Allah...
Inilah yang terjadi sekarang...
Aku cuma terfikir, bagaimanalah agaknya untuk mereka-mereka yang kurang berkemampuan....
Mujurlah di tempat aku ni ada kutipan 'wang khairat'...
sedikit sebanyak ianya mampu untuk meringankan beban keluarga Allahyarham/Allahyarhamah...
Cumanya bagi mereka yang tak join "kutipan wang Khairat" ni, maka tak adalah bahagian mereka......

*Wang khairat-kutipan wang yang dilakukan daripada setiap Ahli untuk diberikan kepada kaum keluarga Ahli selepas kematian Ahli...

So, Renung-renungkanlah yer.... :)

Thank You.. :D

First of all, Thanx sekali lagi untuk semua yang wish my bezday haritu...
tak kire la yg wish kt fb ke.... by phone (sms, mms n call)... live on ym or kat depan muke aku sendiri... hehe~~
Trimas.. Trimas.. Trimas..

juz wanna to share beberapa wish yg aku terima di FB...

this is peng'wish' yang pertama...
'Atok AREL'
walaupun suarenye sumbang nyanyi lagu bezday..
dh la sumbang nyanyi x hbis plak tu..hahahahhaha~~~~
(oooppss terkutuk plak...hehehe~~~ jgn mara yer... :) )

this is the 'gedix' gamba sbb ngengade je nk pnuh kn wall aku wlupun dh wish on the phone....buek ;p

ini pulak manusie pertama yang wish kt fb ni...
ajish senget...


aku x pnah jumpe pun dye ni...
merapu2 & meraban2 & mengutuk2 kt fb je....hehe~~ kenal lalu nai... dari zaman myspace hinggalah ke fb....

Ok.. yang bawah ni pulak wish from 'family'...

From Ayah :

From Mama :
From Daddy & Mommy :

Daddy wakilkan Mommy sekali sebab Mommy tak on9.... :)
tp hampeh punye mommy aka Nai sebab dye sebenarnye terlupe bezday aku!!!! dah tengahari buta baru ingat n cal aku.. selalunye kemain lagi fight nak jadi org first wish.. ish..ish..ish..

yang ni plak from my best fren zaman form 1 n form 2 dulu... :)
Nik Safeera Nik Mustaffa
(WAH!!! aku ingat lagi la spelling name ko nik!!!)


yang bawah ni plak
my 'kembar'
lahir on 25 May jgak......


n yang ini wish paling SENGAL
from my junior, BOTAN!!

agak kekurang asaman disitu memanggil aku "Singa"...
o-o-o-o-o-o mentang2 aku dh tak ada kt perak,
sesukati je hang panggil akak singa yer Sarden Botan???
tak per..tak per...
ada lori ada bas, lain tyme akak balas! ;p

ni je la yang mampu aku share....
buat yang lain2, Terima kasih banyak2 yer......

Semoga doa2 korang nak tengok aku tinggi or membesar termakbul...
hehehe~~~~~

p/s : Kehadapan En. Hazrel bin Abdul Hamid, kire settle erk 'hutang'. :p


Wednesday, 25 May 2011

Hadiah Terindah...

Alhamdulillah...
Allah masih meminjamkan kepada aku nyawa hingga ke saat ini..
hari ni genap 21 tahun aku dilahirkan...
< tapi sekarang belom lagi..
kena tunggu 25 Mei jam 7.45pm baru tepat-tepat 21 tahun :) >

Hari ni jugak, tepat pukul 12.15 tadi dapat satu emel :


Berdebo-debo hati ni nak bukak!!!
bila di 'klik'


Alhamdulillah..
di bezday yang ke-21 ni aku dapat hadiah yang paling istemewa sepanjang aku hidup....
dan ini juga merupakan:

Hadiah buat IBU
yang melahirkan aku 21 tahun yang lalu...

Ini juga Hadiah buat arwah AYAH
yang sampai ke akhir hayatnya mencurahkan kasih sayang yang tidak terhingga dan memanjakan aku...

Hadiah buat ABAH
yang sentiasa mendoakan kejayaan aku....

Hadiah buat ABANG
yang menjadi sumber 'kewangan' aku...

Hadiah buat AKAK
yang tak putus-putus memberi moral support kepada aku...

Hadiah buat ABG JOE
yang sentiasa sanggup bersusah payah menghantar aku ke Perak setiap sem.....

Hadiah buat PENSYARAH-PENSYARAH
yang telah banyak mengajar dan mendidikku...

Hadiah buat KAWAN-KAWAN
yang sentiasa ada disisiku setiap masa....

Alhamdulillah, setelah 3 tahun berlalu..
Tamat sudah Pengajian aku di UiTM sebagai Pelajar Diploma Statistik (CS111) UiTM Perak...

selepas ini????
menanti keputusan untuk penempatan ke Ijazah Sarjana Muda UiTM...

Dan sekali lagi,
Buat keluargaku, Guru-guruku, Pensyarah-pensyarahku, dan semua Rakan-rakan seperjuanganku

TERIMA KASIH SEMUA!!!!

p/s : Mawe Rosli suruh ucap terimakasih kat dye sebab dye kate dye la yang jd 'moral support' (ala2 sumber inspirasi) utk ak sepanjang sem ni...yerla layankan je.. tq mawe........................ ;p




Monday, 23 May 2011

JPA sudah memanggil...

Hari ni surat daripada JPA
(Jabatan Perkhidmatan Awam bukan Jabatan Pertahanan Awam) sampai
Surat peringatan melapor diri...


Result pown belum keluar lagi...
so, tak boleyh la nak lapor diri lagi...

hmmm...
usha dokumen yang JPA nak :
1) Borang Pendaftaran Tamat Pengajian
2) Salinan ijazah / diploma / surat pengesahan senat
3) salinan transkrip peperiksaan
4) Bukti Permohonan pekerjaan dengan Pihak Berkuasa Melantik Persekutuan (Borang SPA)
-MINIMUM permohonan untuk 5 jawatan

Nampak gayanya terpaksa menziarah UiTM Perak semula la gamaknya after result keluar ni........
and now tengah usha laman web SPA ni....
nak pilih keje apa ni???
adeh..
poning..poning...

tapikan.. aku terpikir...
kalaulah dalam tempoh 4 bulan ni kena panggil kerja........
waaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~~~~~~
Cam fizikal n mental aku tak ready je nak keje....
huhuhu

watevalah...
Aku hanya berdoa memohon apa yang terbaik untuk diri aku...
kena panggil ke tak, serahkan je kepada Allah S.W.T...

Sunday, 22 May 2011

Selamilah Hatinya.......

This is 'Abang Chik'.
My second brother....
Eddy 'Amir bin Mahmud


Abang Chik, orang yang selalu kena buli dengan aku. Ahaks!
selalu la jugak dia merajuk & tak puas hati dengan aku...
tapi dia tak pernah lupa title dia as 'Abang'
mana dia pergi.. apa dia makan mesti ingat Adik dia neyh
(aku je yang selalu tak ingat dia..hehehehe~~)

Walaupun dia dilahirkan tak seperti insan normal yang lain (Down's Syndrome)...
tapi
kadang-kadang
pemikiran dan tingkah laku Abang Chik jauh lebih baik daripada insan yang normal...
Kadang-kadang juga
Kata-kata dialah yang membuatkan kita manusia normal ni Sedar. Celik.

Ok enough introduction to Abang Chik...

Sebenarnya aku nak share sumthing yang agak 'me+sayu' dan me'touching' hati kami sekeluarga....

Sekarang ni antara adik-beradik Abang Chik rapat dengan Abang (abang aku yang lagi sorang)
Dengan aku tak adalah rapat sangat.. Dah asyik kena buli je dengan aku kan....
Dulu, Abang Chik sangat rapat dengan Akak..
tapi bila akak dah kahwin.. Dah ada anak-anak sendiri...Ada tanggungjawab dengan keluarga
sendiri... Abang Chik mula rapat sangat-sangat dengan Abang...
and one more thing apa pun terjadi di kemudian hari memang dia nak 'ikut' abang...

kami saja lah nak tanye and mengusik Abang Chik pasal isu "Abang kahwin"
Nak taw apa respons Abang Chik??

(1) Dia jerit "okleh! Okleh! Abang angan awen!
("Tak boleh! Tak boleh! Abang jangan kahwin!!)

(2) He was crying!


Ok.. kami tutup isu ni... kami dah taw Abang Chik punya pendapat...
and aku juga sentiasa berharap abang mengotakan janjinya dalam mencari calon isteri; isteri yang sanggup menerima & menjaga Abang Chik.....
(Bukan sahaja abang yang berjanji tp begitu juga dengan aku, pasangan aku hendaklah menerima & sanggup menjaga Abang Chik andai satu hari nanti aku yang memikul amanah untuk menjaga Abang Chik)

Ibu and abang try tanye pulak if satu hari nanti bila Ibu and abah dah tak ada, nak tak dia ikut abang duduk di JB...
Respons Abang Chik :

"amo. amir nak uduk ini! amir nak uduk umah amir"
(Tak mau.Amir nak duduk sini. Amir nak duduk rumah Amir)

Hmmmmmm....
satu masalah yang agak 'besar'....
konflik yang melibatkan Abang and Abang Chik...

Kami terus try nak mencungkil apa sebenarnya yang ada dalam hati Abang Chik....
finally we know....
Sebenarnya dia takut dengan 'kehilangan'.
Dia takut 'kehilangaan' abang if abang kahwin
macam dia rasa 'kehilangan' akak lepas akak kahwin...
and
dia memang tak nak keluar dari rumah ni... Rumah yang memang tempat kami dibesarkan.. tempat kenangan bersama arwah Ayah...

Hmmmmmmmmm...............................

Mungkin bagi kita insan yang normal ni, tak rasa macam Abang Chik rasa..
kita dah set up our own goals....
our own targets...
At certain stage, kita akan buat itu... kita kan buat ini...
and kita dah boleh menganggarkan bahawa satu masa nanti, kita akan buat satu 'penghijrahan' dalam hidup...

tapi insan seperti Abang Chik???
Life dia tetap sama..
Dia tak boleh and tak berupaya nak 'mengatur' diri dia dan menentukan apa yang akan dia lakukan macam orang lain..
Banyak benda dalam hidup dia; yang hanya dia boleh 'berangan' tapi mustahil untuk dia dapat...
segala-galanya dia perlu bergantung pada orang disekelilingnya..
cuma...
yang dia tahu setiap hari, dia nak diri dia dikelilingi orang-orang yang dia sayang.......

hmmm.. aku nak menanges sebenarnya tulis entry ni... memang lah aku selalu buli dia.. tapi bila mengenangkan nasib Abang Chik untuk masa-masa yang akan datang....entahlah.. Harap-harap kami sekeluarga terus ditetapkan hati diberi kekuatan untuk terus menjaga dan melindungi Abang Chik...


Monday, 16 May 2011

Teacher's Day

First of all
Happy Teacher's Day
wat semua warga Pendidik di Malaysia.. :)

hari ni tahun PERTAMA ibu tak sambut hari guru..
memanglah
Sekali kita menjadi guru, Selama-lamanya kita tetap seorang guru....
tapi tak sambutlah hari guru tu...
tapi aku lah yang paling sedeyh..
kenapa???
tak ada lagi la operasi membukak hadiah ibu!!!
sedeyh..sedeyh...
biasanya tiap-tiap tahun, dok tunggu depan pintu ibu balik dari sekolah hari ni..
nak angkut hadiah-hadiah....
Dulu ada Arwah Ayah lagi banyak la..
Hadiah Ibu.. Hadiah Ayah...
tapi tahun ni tak ada sudaaaa.....

watevala..
sekali lagi
SELAMAT HARI GURU
terutamanya untuk guru-guru yang telah mendidik aku;
(dari aku tadika sampailah sekarang...)

1. Tadika Kemas Seri Pengkalan, Parit Kuda, Semerah
1994-1996

2. Sekolah Kebangsaan Bagan
1997-2002

3. Sekolah Agama Seri Muafakat, Sg. Kajang
1997-1999

4. Sekolah Agama Mampan
2000-2003

5. Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Temenggong Ibrahim @ TIGS
2003-2007

6) UiTM Perak (Kampus Seri Iskandar)...
July 2008 - Apr 2011

Saturday, 14 May 2011

Renjer yang terPandu....


hari ni mengemas album-album gambar yang lama...
dari zaman kecik-kecik sampailah zaman besar-besar..
Dalam dok kemas-kemas tu,
jumpa satu album neyh......

Album "Kursus Kepanduan Peringkat Negeri Johor Tahun 2007"
waktu aku form 5...
ni zaman-zaman involve dengan Pandu Puteri...
Waktu ni dah 'naik pangkat' dari Pandu Puteri Remaja kepada Pandu Puteri Renjer..
(yerla dah cukup umo, mne bleyh dok kat pandu puteri remaja agy.)

ok.berbalik pada kursus ni ,
Kursus ni diadakan di SMK Dato' Bentara Dalam, Segamat..
4 hari 3 malam
(Jumaat petang hingga Isnin tghri)

wakil dari TIGS- 2 orang.
Aku & Pikot..


Kursus ni invole semua peringkat dalam Pandu Puteri..
(Tunas, Remaja & Renjer)
obviously, kami la peserta 'tua' dari daerah Batu Pahat.

-Peserta dari Batu Pahat-

Scarf coklat - Pandu Puteri Tunas a.k.a Tunas Puteri
Scarf kuning - Pandu Puteri Remaja a.k.a Pandu Puteri
Scarf biru - Pandu Puteri Renjer a.k.a Renjer Puteri

kitorang diiringi oleh 2 orang cikgu dari........ (x ingat; yang penting bukan dari sekolah aku..hehehehee~~~)
*Pikot, sape name cikgu yang kite tumpang tuh????

ok.. sepanjang 4 hari neyh
cam2 aktiviti kena buat..
(dah tak ingat sangat r coz dah lama berlalu........)
mostly kena pakai t-shirt yang dia bagi..
4 hari dok ulang pakai baju yang same...
peh!!
dok sembur perfume je la....
(Nasib baik semua perempuan...... ... kalo ada lelaki, hbis peluang nak tackle.. hahahha)
hehehe~~~~

-outdoor activity-

-main masak-masak-

-Duty basuh pinggan-


di hari last, barulah sarung uniform yang paling aku tak suka neyh...
(tak suka sbb uniform ni BESAR! lengan uniform ni pun lagi panjang dari TANGAN aku - tak dibenarkan lipat.. dengan pakai tudung skool yang LICIN gyler....huhhuhu)

-ni poyo je lebeyh-

the best moment kat sini,
bila jumpa n kenal kawan-kawan baru....

yang paling aku & pikot rapat kat sana dengan Nadia, wakil daerah Pontian..
(betul tak Nadia, ko wakil Pontian???hehehe~)

memang sekepala 3-3 neyh...
bila dok bertiga, bercakap tak berenti...
kepoh betul minah 3 orang neyh :

hehehehe~~~

Sekarang 3-3 dah ada haluan sendiri...
ni pejumpaan pertama n terakhir dengan Nadia....
(still bleyh consider la sbb lain daerah)
tapi.. Pikot???
rasenyer last jumpa waktu hari last skolah kan Pikot????

naseb baiklah ade FB...................

Miss you both so much la!!

...............THE END...............


Wednesday, 11 May 2011

Telur Vs Nila


Peribahasa melayu kata:
Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga...

aku bukan nak "kupas" apa maksud tersirat di sebalik peribahasa ni
cme tiba-tiba rasa cam curious dengan "zahir"nya peribahasa ni..

Kerana NILA SETITIK, ROSAK susu SEBELANGA..
kenapa NILA???
sebab NILA = BIRU
SUSU = PUTIH???

betul ke setitik NILA (biru) ; akan terROSAKnya SUSU sebelanga??
ada yang buat experiment tak??
kalau susu tu sebelanga kecil, mungkinlah kowt...
tapi kalau sebelanga BESAR (ala-ala nak masak untuk kenduri kawen),
rasanya dengan nila setitik, tak ada effect pown kat warna susu tu...

kenapa aku tiba-tiba menggedix pasal NILA ni??

actually aku baru lepas masak megi...
with TELUR GEGAR.. MARVELOUS!!! nyum.nyum.. blogger-emoticon.blogspot.com

waktu nak pecah telur tu, teringat kat ibu yang selalu dok pesan,
kalau nak masak telur tu, pecahkan dulu kat tempat lain, jangan men masuk je terus dalam periuk or kuali.....

sebabnya......
dikhuatiri..........
TELUR TEMBELANG!
(taw tak telur tembelang tu apa?? kalau tak taw g la search kt Google sane..)

aku pernah la kene sekali...
waktu tu nak masak sambal telur..
bukan sambal telur yang guna telur rebus or telur goreng tu..
tapi sambal yang kita dok 'hancur-hancur'kan telur terus dalam kuali...
(ARRGGGHH!! tak taw la aku nak explain camne.)
sambung cerita...
aku pown dengan penuh konpiden diiringi dengan perowt yang dah nyanyi lagu Metallica
terus je pecahkan telur n masuk ke dalam sambal di kuali..
(lupa dah pesan ibu, men nak cepat makan je)
Malangnye............................
PERGH!!!
BAU tak payah nak cakap la......
TELUR TEMBELANG yang dah ber'belang-belang'!!
hampeh betowl!!
jawabnya rezeki tong sampah lah sambal telur aku tu......

haha!!
sejak tu 'fobia' ngan telur..
bukan fobia ape... dah tak berani buat macam tu lagi....
ingat pesan ibu sampai bebile...
kalau nak masak telur, pecahkan dulu kat mangkuk

so ape CORRELATION nye disini antara Nila n Telur??
(sesuke hati je gune istilah 'correlation'.. ingat testing for linearity ke ape.. mm..bleyh buat mathematical modelling x?? mane satu 'Y'; mane satu 'X'??? hahhaha~~~ )

tak ada apa pun..
cuma apa kata tukar NILA ---> TELUR TEMBELANG???!
sebab effect telur tembelang ni lagi DAHSYAT daripada NILA!!
hahhahaha~~
(Mampuih aku kalo pencinta Bahasa Melayu baca entry aku ni....)

Chill baby... guraw-guraw saja.. hehehhe~~~~~~~~


Tuesday, 10 May 2011

A1129 in memories...

A1129
Anggerik 1-Aras 1-bilik no. 29

keistimewaan A1129 :
- wifi+ streamyx!!
(selalu dijadikan 'CC' oleh sue)
- penghuni yang comel-comel belaka
(Ahaks!!)
- port best nak 'ngendap' orang lalu lalang and deting kat tepi jalan or tepi longkang
(kadang-kadang cam tengok drama!! kan senah kan??? hahha~~)
- dekat ngan FSKM!
(kalo OM lagi dekat la.. tapi kami kan budak FSKM!)

*banyak lagi kelebihan + keistimewaan die.. tapi biarlah penghuni A1129 je yang taw. hahahaha~~

Oklah... Aku duduk bilik ni 2 tahun.
dari part 3 - part 6.

Part 3 (July 2009)

Duduk berTIGA
Ehda Al-Najihah (Aku) + Husna Al Amani (Una) + Nasrah Zamzam (Nai)
kami semue sekelas...
memang apply nak dok sesame satu bilik...
so ke sana ke mari memang selalu sesame la...


part 4 (Jan 2010)

tinggal ber DUA...
just aku and Nai...
Una dah pergi Shah Alam - penerapan ke Degree in Statistics
waktu ni suram sikit la kat dalam bilik tu....
Almaklumlah dah tingal 2 orang je....
kalau nak merayap pun, angkut sekali Echa & Sue untuk meng'havoc' kan suasana..
yerla... kalo ber-2 je;
Aku pandang Nai - Nai pandang aku.



part 5 (July 2010) & part 6 (Jan 2011)

kemunculan Nur Atikah binti Ramlan (Teyka)
kembali berTIGA..
teyka 'junior' kami... 'junior' satu sem je pun...
so, dalam bilik riuh kembali....
cuma bila 'keluar' dari bilik aku banyak dengan Nai je la.....
Teyka dengan membe-membe class dye...


tamat sudah segala memori A1129...
macam-macam yang dah kami 'buat' kat bilik ni.. hahahha~~~


sem depan A1129, berpenghuni baru..
walaupun Teyka still ada di sana, tapi unit kolej dah 'tendang' dia keluar dari bilik tu....

so,siapa-siapa yang dapat bilik tu sem depan aku nak pesan satu benda je;
"softboard aku yang cun melecun gamba mickey mouse tu jaga elok-elok taw.."
sob3x.. T____T



Saturday, 7 May 2011

Mother's Day version...

Semepena Mother's Day ni,
nak story sikit...
hehehe~~
layanz................................

Balik rumah 1 May haritu,
macam-macam dah berubah kat rumah ni rupanya....

yang paling jelas, terang n nyata adalah ini:


garaj sudah berubah wajah....
Akhirnya selepas 10 tahun garaj lama (kayu) berdiri, akhirnya ia dirobohkan...
tak ada lah perubahan besar sangat kat garaj ni...
sama je bentuk and jumlah dengan yang dulu....
cumanya sekarang dah berganti tiang roman + bumbung bewarna biru....
cuma yang paling tak boleh blanya
Garaj baru lebih tinggi dari rumah!!!!
lepas ni tetamu datang, jemput duduk kat garaj je lah yer..
hehehe~~

bila ingat pasal garaj ni...
hati tiba-tiba rasa sedeyh.........
sebabnya
arwah ayah dulu selalu berangan nak buat garaj macam ni....
bersusun kereta anak-anak bila semua berkumpul....
tapi cita-cita ayah tak kesampaian sehinggalah dia meninggal dunia.....
yerla lagipun waktu tu ada 2 biji kete je, wat pe nak buat garaj banyak-banyak pun kan..
anak-anak ayah waktu tu semua masih 'kecik-kecik' lagi..
nak 'reverse' kereta pun tak pandai.

oklah stop cerita pasal garaj..
perubahan-perubahan lain, nanti-nantilah aku cerita...
tunggu semuanya siap okay..

sempena Mother's Day hari ni,
aku nak share satu novel yang aku baru khatam...
taraaaa....


novel ni tak adalah 'cintan-cintun' sangat
jalan cerita awal-awal pun agak slow...
aku skip-skip jugaklah beberapa page...
(asyik ulang-ulang adegan yang sama -mak hero membebel suruh bawak calon menantu + blind date tak sudah-sudah)
tapi di pertengahan novel ni, barulah novel ni agak berkembang....

tak nak cerita sangat pasal sinopsis..
sebab dari tajuk pun dah boleh agakkan?
Pilihan Mama atau dalam bahasa panjangnya menantu pilihan mama....

baca novel ni terus teringatkan abang aku,
Mr. Eddy Suffian bin Mahmud..
(sebab cerita ni dibuat dari sudut seorang lelaki)
Abang, kalau terbuka blog adik ni, renung-renungkan okay....
beli novel ni. hadam lumat-lumat.
hehehehe~~~

bila cakap kat ibu,
ibu pun kata:
"pilihan mama pun tak semestinya menjamin bahagia. kan perkahwinan itu satu PERJUDIAN?
Apa yang penting adalah RESTU.
kalau pilihan sendiri pun + restu dari keluarga dua-dua belah pihak
InsyaAllah ianya akan bahagia. Kahwin ni bukan maknanya kahwin antara lelaki-perempuan je.. tapi jugak 'perkahwinan' antara 2 keluarga..."

yup.
itu adalah pegangan ibu aku...
Ibu aku tak adalah sampai nak menetapkan jodoh anak-anak.
tak kiralah anak lelaki ke anak perempuan.
Ibu pun kahwin dengan arwah ayah atas pilihan sendiri..
Akak pun macam tu...
Cuma bila melibatkan calon 'menantu'
anak-anak boleh pilih sendiri, lepastu nak tahu calon 'menantu' ke calon 'hantu' ibu akan buat 'ujian' la....
Kalau lepas, maka restu ibu sentiasa mengiringi...

and Now,
ibu sedang meninjau-ninjau calon satu-satunya menantu perempuan dalam rumah ni....
a.k.a calon akak ipar aku la....
Dah jumpa nanti, kena jalankan 'ujian' pulak..
kalau 'lepas' ber'akak ipar'lah aku dalam beberapa tahun ni..
hehehehehe~~~~

saja je nak meninjau isi hati ibu berkaitan isu ni di HARI IBU...
hehhehe~~~
HAPPY MOTHER'S DAY IBU!!!

Friday, 6 May 2011

Makan.Makan & Makan

cter ni dah lame dah..
Waktu study days hari tu..
Kalau tak silap hari Sabtu, 16 April 2011..

sesi makan steamboat bersama Miss Rashidah di Manjong.
with
Nai-Aida-Echa

Marvelous!
enjoy diz pics

-Miss Rashidah, Nai, Aida, Ehda-

-Aksi "Super ring"-
(Echa, Nai, Ehda, Aida)

-Bila kami 'beraksi'!!-

-PABLO & GONJOLES bersama GOWJESSIAH-

-Kenyang sudaaaaaaaa~~~~~~-

Thursday, 5 May 2011

Majlis Perpisahan Semester 6 (CS111)

28 April 2011
Majlis Perpisahan Pelajar Semester 6 Diploma Statistik (CS111) UiTM Perak
di Dewan Makan Kolej Indera Sakti
12.00 tengahari - 1.00 petang
26 orang pelajar + 11 orang pensyarah.

GREAT thanx to Penasihat Akademik (PA) part 6, Pn.Hjh.Zurina Mansor
yang sudi menaja majlis ini.
BIG thanx untuk Koordinator Program (KP), En. Nadzri Mohammad & semua lecturer Statistics yang sudi hadir ke majlis ini.

Menu:
Nasi Putih, Ayam blackpaper, Sambal udang, Asam Pedas ikan pari, Sayur campur & Air sirap limau.

Majlis ni tak formal
memandangkan kesuntukan masa + ketiadaan tempat nak buat majlis yang lebih formal,
so seadanya je la majlis ni.

lepas semua tiba,
terus baca doa then makan!!




selepas semua selesai makan,
En.Nadzri (KP) berucap menyampaikan amanat-amanat terakhir untuk kami semua...

-bahang sedeyh dah mula sampai waktu neyh-

Habis En.Nadzri berucap, barisan pensyarah minta ucapan dari wakil part 6...
siapa????


tak tahu nak cakap apa sebab tak prepare apa-apa pun..
just said thank you and sorry to all lecturers...
waktu aku bagi ucapan neyh, tengok ada lecturer yang dah mengalirkan air mata.
Lagi-lagi tengok our PA menangis.. Our PA dah macam 'ibu' kami semua..
aku pun jadi sebak...
suara dah mula berubah....
cepat2 habiskan speech. OH! tak sanggup!!!

lepas tu, sesi potong kek bersama our PA.







Then, sesi salam2 n bermaaf-maafan....
and lastly sesi BERGAMBAR!!!

BOYZZZZZZZ

Berdiri (kiri)
Jamal, Am, Azdi, Marcos, Pn.Norleha, Miss Najwa, Miss Rozaimah, Hannan, Mawe, Abu

Duduk(kiri)
Miss Iza, Miss Rashidah, Sir Sapuan, Sir Sayed, En.Nadzri, Zaid, Miss Hasliza, Pn. Zurina, Pn. Lia

GURLZZZZZZZZZ
Berdiri (kiri)
Aini, Wani Omar, Erni, Echa, Wani Fendi, Ana, Aida, Bedah, Syida, Nai, Pn.Norleha, Lia, Nisya, Anik, Miss Najwa, Miss Rozaimah, Wana, Sue, Shiba, Ain

Duduk (kiri)
Miss Iza, Miss Rashidah, Sir Sapuan, Sir Sayed, En.Nadzri, Ehda (Me), Miss Hasliza, Pn. Zurina, Pn. Lia

TOGETHER!!
FIRST BATCH DIPLOMA STATISTICS UiTM PERAK!
Berdiri (kiri)
Echa, Aini, Ana, Wani Omar, Erni, Wani Fendi, Syida, Bedah, Aida, Nai, Pn.Norleha, Nisya, Miss Najwa, Anik, Miss Rozaimah, Lia, Wana, Sue, Shiba, Ain

Duduk (kiri) - Kerusi
Miss Iza, Miss Rashidah, Sir Sapuan, Sir Sayed, En.Nadzri, Ehda (Me), Miss Hasliza, Pn. Zurina, Pn. Lia

Duduk (kiri) - Bawah
Am, Azdi, Jamal, Zaid, Hannan, Mawe, Abu, Marcos

Alhamdulillah..
Selesai semuanya....

Sekalung penghargaan dan terima kasih buat semua pensyarah Statistik UiTM Perak.
Kalian semua telah mengajar kami dari kami 'zero' tentang dunia statistics ini hinggalah insyaAllah we'll be the HERO!
Jasa dan sumbangan kalian terlalu besar dan tidak mampu kami balas. Hanya iringan doa kesejahteraan buat kalian dan ingatan yang tidak akan pernah luput dari memori kami yang mampu kami berikan..
Kami pohon kemaafan diatas semua khilaf kami...
Halalkanlah semua ilmu yang telah kalian berikan...
dan sekali lagi

TERIMA KASIH SEMUA!
Iringilah kami dengan doa dan restu kalian agar kami terus berjaya dalam mengejar kejayaan duniawi & ukhrawi...


Tuesday, 3 May 2011

Baru 3 tahun....Kalau 10 tahun???

Berakhir sudah zaman di Perak!!blogger-emoticon.blogspot.com
hmmm....

"Baru 3 tahun... Kalo 10 tahun?????"


faham tak apa??

blogger-emoticon.blogspot.commeh...
aku terangkan biaq jelas, terang dan nyata bak disuluh dengan spotlight.

Itu Quotation Akak, Ibu and Abang Joe blogger-emoticon.blogspot.com
bila tengok barang-barang aku yang kene "angkut" dari Perak...
hahahha~~

Kemas punya kemas at last :


Buku (2 kotak)


^Buku 'teks'

^ manual

Files

^ 10 ring files + 4 box files. Harta paling berharga n yang sangat-sangat-sangat-sangat aku sayang

Beg (6 beg beso...)

^ Segala jenis baju and seluar
(yang ni paling berat!)

^ Segale barang plastik - Rak makanan, drawer, baldi +......

^ Segala jenis kasut dan alat elektrik (kipas & iron)

^ Segala jenis beg
(handbag, beg kuliah, beg laptop n etc)

^ Segale jenis tudung n inner tudung

^ Beg cadar, telekung and tuala

Bakul (1)

^ ini adalah bakul "baju kotor" aku yang aku sumbat dengan hanger..

Printer


^ printer yang banyak berjasa selama 3 tahun ni......

Barang-barang kat atas ni kira yang"major" la...

tambah lagi dengan beberapa buah (beg + kotak + bakul + meja) kecik..
and ditambah jugak dengan kotak buku nai (sama sengan kotak merah aku) + kotakkecik Iema...

memang sangat-sangat padat dalam Pajero tu..
dari belakang sampailah ke tempat duduk penuh dengan barang..
Kat bawah kaki pown terpakse sumbat jugak..
ish..ish..ish...
Awat banyak bebeno barang aku neyh???!!
Musykil..Musykil.. hahaha~~~

Mengangkut barang ni dari aras 1 turun ke bawah (foyer Anggerik 1)
lebih 10 kali.. blogger-emoticon.blogspot.com
Nasib baik la cik senah tolong angkut sikit barang aku...
Macam nak tercabut pinggang aku rasanya...

Alhamdulillah setengah daripada barang-barang neyh dah selamat sampai rumah....
Dalam proses mengemas lg.....
tapi another half terpaksa ditinggalkan kat umah akak aku memandangkan balik johor(dari Klang),
antara barang dan manusia, Manusia lebih penting untuk diangkut.. hehehe~~

-The End-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting