Tuesday, 28 December 2010

Nak Jadi Budak-budak Semula Boleh Tak???

Siriesly, sekarang rasa rindu dengan zaman kecik-kecik dulu... Walaupun zaman kanak-kanak aku agak "tertutup"..
Tertutup??
yup.. zaman kanak-kanak aku hanya dikelilingi oleh insan-insan yang bergelar family sahaja..(Ayah.. Ibu.. Abang.. Akak.. makcik2 & pakcik2 .. my cousins...) tak ada istilah kawan dalam kamus permainan ak waktu tu..

Aku memang tak ada "kawan sekampung" dulu..kini..dan akan datang kowt (unless kalau jodoh aku dengan orang kampung ni jugak!! hahaha~~)..

Bukannya pasal kera sumbang tapi umur 4 tahun aku dah di hantar ke tadika... ayah aku hantar tadika jauh pulak tu..bukan setakat tadika kampung sebelah.. tapi dah sampai dekat2 nak masuk daerah sebelah.
Balik tadika, aku terus dihantar ke rumah nenek..
(Ayah n ibu mengajar sekolah sesi petang.. So, tak ada siapa kat rumah nak jaga aku n abang chik..)
kat rumah nenek, kelam kelibut main dengan cousin2 aku ni je la..

huhu~~ kenapa aku tadika jauh sangat??
sebabnya tadika yang dekat dengan rumah aku tu tak terima budak umur 4 tahun..
yang tadika jauh ni pun, dia terima sebab atuk sedara aku jadi GB kat sekolah rendah area situ..
then, bertapa la aku kat tadika tu sampai umur 6 tahun... so,membe-membe aku sume budak2 kampung tu la..

ni la geng cousin aku waktu kecik2 dulu..
sama-sama ada kat rumah nenek...
Abg Emi.. Am.. Abg Chik n aku..
buat baik ke jahat ke...
semua buat sama-sama.. sehati sejiwa gitu..
hahaha~~~

tapi Aku lebih rapat dengan Am..
maybe sebab sebaya kowt..
masuk sekolah rendah pun dapat sekelas dengan Am..

indahnye.. zaman kecik-kecik dulu...
tak payah nk pikir apa-apa masalah pun..
Enjoy je hidup...
Bile dah besar-besar ni..
semua dah bawak haluan masing-masing....
nak gurau lebih-lebih pun dah tak boleh..

dulu aku pakai baju kau, kau pakai baju aku pun tak kesah..
tido sebantal.. makan sepinggan...

hahahaha~~~

kecik-kecik dulu memang aku "Anak Ayah"..
sangat manja dengan ayah..
apa yang aku buat, ayah backup aku woo...
sangat bahagia..

so, mule la mengambil kesempatan..
hahaha~~
(yang ni paling abang aku tak puas hati!!!)

"sabar ok abangku sayang... abang kena lah mengalah...
adik kan adik abang.."
hehehe~~

aku sambut bezday setahun berapa kali pun aku tak taw..
bezday aku, aku sambut..
bezday adik-beradik aku yang lain pun,
ayah belikan kek untuk aku potong sekali..
lalalalala~~~~

mesti korang rasa macam nak lempang-lempang je kalau dapat adik macam aku kan???
hehehe~~~

ni gamba waktu bezday abg aku.. tp tengok mcm aku ckp tadi, kek untuk aku pn ada!!!



aku pun rapat dengan akak aku..
yerla dah aku ni satu-satunya adik perempuan die...
walaupun jarak antara aku dengan akak aku tu jauh (11 tahun),
tapi kitorang memang rapat..
sampai sekarang la..
walaupun akak aku dah kawen n ada anak, peduli apa aku..
time aku nak bermanja ngan akak aku, jangan sesape pun kacau!
haha~~

aku selalu mengekor kemana akak aku pergi...
akak aku pergi dating pun aku ikut!!!
hahaha~~
bawah ni plak gamba aku ngan kazen2 aku (Ain n Ecah)..

(gamba aku tgah jeles sebab sesuka hati je kazen aku tu nak peluk ibu aku!!!)

ha...
gamba yang bawah ni paling aku suka..
ni gambar kitorang (aku dengan cousin2 perempuan) khatam Al-Quran...

Iera -- Aku -- Ain -- K.Jaja (1998)

dah la penat nak stori lagi...
hehe~~

____________THE END____________




Monday, 27 December 2010

Istimewa

alamak!! hari tu baru declare yang My Wishes.. tu last n3 for this year...

Ingatkan tak nak buat apa-apa n3 lagi...

sekali kena tag pulak hari ni...

mula-mula macam nak simpan je tag ni.. tgu next year baru buat...

tapi........

hati meronta-ronta nak jawab (geli aku dengan ayat ni!!!) hahaha~~

macam best je nak jawab tag ni.. :D

ok lah... tag ni dari my ex-akak dorm waktu form 2 dulu.. k.ell...

ok. k.ell, ehda buat sekarang.. yeeehaaa!!



1. If someone says, "Is it okay?" you'll say...

Right here waiting - richard marx


2. How would you describe yourself?

wonderpets


3. What do you like in a guy/girl?

My heart will go on - Kenny G


4. How do you feel today?

Kalis Rindu - Elyana


5. What is your life's purpose?

Some Things Are Better Left Unsaid – Chuck Brown


6. What's your motto?

No Worries - McFly


7. What do your friends think of you?

A little too Not Over You – David Archuleta


8. What do you think of you?

Bukan Superstar


9. What do you think about very often?

Burnin Up –Jonas brothers


10. What is 2+2?

Cinta Adam & Hawa- Misya Omar


11. What do you think of your best friend?

Cinta Arjuna –Alif Aziz


12. What do you think of the person you like?

Cinta Tiada Akhirnya –Jaclyn Victor


13. What is your life story?

Crush – David Archuleta


14. What do you want to be when grown up?

Disampingmu – The Divine Masters


15. What do you think of when you see the person you like?

Dugaannya - Hujan


16. What will you dance to at your wedding?

Fikirlah - Aizat


17. What will they play at your funeral?

Hiba - Hujan


18. What is your biggest fear?

I Wan’na be like you – Jonas Brothers


19. What is your biggest fear?

I’ll be lovin’ U long time – Mariah carey


20. What will you Post This As?

Istimewa - Indigo


ok siap!! nak tag kepada : (p/s: sila buat yer cik2 blogger sekalian...)

Ain

ERNI

ZURA

k.ell

k.Mai

YAnA

JaJA

NazIhAh

eKAh

Mai

(x larat la nak tag sampai 20....huhu)

Sunday, 26 December 2010

My Wishes..........

2010 hampir melabuhkan tirai...
dah sedia angkat tangan nak ucap "Bye Bye"

Tahun 2010 banyak meninggalkan kenangan dalam hidup aku...
Macam biasa ada yang sedih.. Ada yang happy...
tapi 2010 banyak meninggalkan kenangan berkaitan hati & perasaan..
Namun yang berlalu, biarkan terus berlalu...
Aku dah malas nak menyenakkan otak aku berfikir tentang tu.....
baik aku fikir pasal study.. ada *pe'dah nya..

Dah hampir ke penghujung 2010 ni,
analyzed diri...
berjaya tak capai and memenuhi segala azam 2010????
aku??
alhamdulillah.. 4/5 tercapai..
yang satu tu tak tercapai la plak.. ish3x...
so, tahun ni aku tak mahu letak yang "another one" tu sebagai azam..
sebab????????
memang kompem tak leh tercapai..
hehehe~~~~~
apa???
cari la sendiri kt previous+previous+previous+previous+++ entry aku..
hehehe~~

so??
Azam 2011?????


aku bolah share 3 major azam je.. yang lebih biarlah rahsia..ahaks.

1. study + study + study +++++
tahun depan, tak boleh nak main-main lagi.. penentuan untuk diploma aku.. aku mesti fight for ANC.. (Wish me luck k).. and insyaallah bulan 7 tahun depan nak sambung degree.. so, tak boleh main-main.. semuanya berkaitan dengan masa depan aku...

2. nak meng"kurus"kan diri!
hahahahahaa~~~ aku gelak dulu before aku tulis azam ni.. tapi siries aku nak turunkan lagi 3kg je... huhuhu~~~ nak jadikan berat aku kepada _ _ kg.. (rahsia r!)hahaha~~

3. nak berjimat cermat
yang ni misi terbesar aku! no more shopping xtravaganza.. mementingkan KEPERLUAN berbanding KEMAHUAN!!
(tapi merayap tetap merayap.. cuma shopping je la diminimize kan dari hidup..hehe~~)

tu antara 3 yang menjadi main azam aku..
yang lain-lain tak boleh share...
private and confidential!
hahahaha~~~~~~~

*pe'dah ---> faedah





Saturday, 25 December 2010

Bila Ibu Dah Bersuara....

(gambar sekadar hiasan..hahaha~~)

OTW to Bangunan Gunasama BP

yesterday... (24.12.2010)
3.00 pm

Ibu : Adik ni perempuan, tapi bawak kereta mengalahkan lelaki! Ingat jalan raya tu litar F1 ke?? Tak reti nak slow?? Bahaya taw tak?? tengok kat berita tu, accident kat mana-mana, tak kira kat highway ke jalan kg ke........................(bla...bla...bla....)

Aku : Ala bu... ngantok la kalo bawak slow........ dah cukup slow la tu... bukan laju sangat pun..

Ibu : Kalau dah tak faham mksud "slow" n tak reti bawak slow, ibu tak benarkan bawak kereta lagi!!!!

Aku : ???????????????????????????

dalam hati ;

(yerla..yerla... slow la ni.. dah terasa macam boleh menghitung berapa banyak tiang elektrik kat tepi jalan sambil bawak kereta......)

Thursday, 23 December 2010

Perlu ke??

doc kata :
"salah satu sebab kenapa demam awak tak baik-baik ialah masalah gusi + gigi awak tu. saya nasihatkan awak pergi jumpa dengan doktor gigi. nanti dia akan belah sikit gusi awak tu, biar gigi tu keluar and tumbuh"

Perluke aku pergi jumpa dentist??
huhuhu~~~~
takowt!!!
Waaaaaaaaaaaaaaaaa~~~~~~~
tak maw!!!!!

dari kecik aku memang jaga gigi aku bagai menatang minyak yang penuh...
supaya dentist tak ada alasan nak buat apa-apa kat gigi aku..
tak pernah kena cabut.... tak pernah kena tampal...
kalau pergi clinic gigi pun, aku just buat scaling je.. tu pun dengan rela hati taw... bkn paksaan...huhu
tapi kenapa selepas 20 tahun, aku kena menghadapinya??????

waaaaaaaaaa~~~
tak nak!!!!!!
tapi.....
dah rindu nak makan nasi!!!..........
dah masuk hari ke-3 aku tak makan nasi.........
huhuhuhu~~~~~~~~~~

~~~DILEMA~~~

Saturday, 18 December 2010

DEMAM!!!!!!!!!!!!!!!!!

Entry ni entry dikala aku ngah demam..
hidung dah over load dengan hingus..
kepala dah berpusing macam kipas helikopter...
tekak pula dah memang boleh jadi duta strepsil (before makan strepsil la..)..
siriesly, memang rasa tak sihat gila...
(tak sihat pun sempat lagi la nak update blog..hehe~~)

stok cool fever aku pula dah habis...
haritu aku sedekah kat nenek aku cool fever tu waktu nenek demam...
terlupa nak beli lagi...
huhu~~
telan ActivFast je r jwbnye...(bende aku paling benci!!!!!!)

macammana aku boleh demam???
hmmmmm....
dalam 2-3 hari ni kan aku sibuk ngan preparation untuk wedding Abang boboy (kazen aku)..
keluar masuk..keluar masuk... (beli barang-barang yang terkurang)
jadi driver terhormat...
kena hujan..(hujan panas + sejuk)
ditambah pula aku ni kan paling susah nak minum air masak.....
tu yang hari majlis wedding nye (hari ni la..) aku dah tak larat sangat nak buat apa....
sakit tekak + batuk + selsema + badan pun dh mula berapi...
huhuhuhuhuhuhu~~
aku tak tunggu pun majlis habis tadi.. (tak larat)...
pukul 2, aku chow balik rumah..
huhuhu~~

tapi aku rasa ada faktor tambahan lagi la...

faktor apa???
Terkezuti Al-Beruki (terkejut beruk la!) kowt..
hahaha~~~~~

kenapa??

psssst...psssst..
sini aku cite..
haha~~

dalam kebizian aku buat-buat sibuk untuk preparation wedding abg boboy...
tiba-tiba aku dijadikan "menantu" kepada seorang mak cik ni...

macammana tu??

ada seorang mak cik ni bernama Mak M** (ada la bau-bau durian dengan family aku..)....
tiba-tiba je cakap dia berkenan kat aku..
dia suruh aku berkenalan dengan cucu dia yang bernama M*********...
dia siap promote yang cucu dia tu hensem ala-ala Awal Ashaari...
siap tunjuk gambar lagi tau!!! (memang ada la iras dengan Mr. Awal Ashaari)
siap bagi aku no telefon "Mr Awal" tu....
alamat pun dia bagi (nak suruh tulis surat kot....)
dan yang mengharukan lagi keadaan dia asyik panggil aku menantu dia je..depan orang ramai pula tu..
habis aku kene "giat" dengan sekelian kaum kerabat aku pasal benda ni!!
waaaaaaaa~~
(habis jatuh saham aku nak ngurat abang cameraman yang ensem tu - yerla Mak M** tu asyik cakap aku ni menantu die je...huhu)
haha~~

ibu aku pun sampai dah tak terkata apa nak *menepis* dugaan yang datang ni...
ibu aku pun tak menyokong benda ni...
tapi nak cakap lebih-lebih Mak M** tu sedara...
ibu aku pun tak pernah jumpa lagi *Mr Awal* tu..
just boleh cakap
"Ala Kak M**, adik tu baru 20 tahun.. belajar pun tak habis lagi.."

Mak M** pun membalas..
"Tak apa, aku suruh cucu aku tu tunggu!"

Y A ALLAH!!!! apa aku nak buat ni??????

jalan yang terpantas aku boleh pikir ialah;
seboleh mungkin mengelak dari terserempak dengan Mak M** !!!
nampak Mak M** dari jauh je, aku dah lari sembunyi kat mana-mana..
huhuhu~
tapi sembunyi macam mana pun terserempak juga dengan Mak M** tu...
sebab dia stay kat rumah nenek aku untuk beberapa hari ni......

Aku bukan nak menolak sementah-mentahnya "Mr Awal" tu..
tapi aku tak kenal dia kowt..
jumpa apatah lagi..
and
aku tak rasa sekarang ni is the rite tyme untuk benda-benda ni....
and
one more thing..aku tak nak la kena "tentu-tentukan" dalam cari partner macam zaman tok Kaduk dulu... (bagi la aku mencari sendiri)
huhuhuhuhu~~~~~~~~~

Mak M**, jangan la buat saya rasa takut nak jumpa Mak M** lagi..
huhuhuhu~~~~~~~~~~

tapi aku agak lega...
sebab malam ni, Mak M** balik ke rumah dia semula kat Klang..
(ni satu lagi benda yang merisaukan aku.. rumah dia dekat dengan rumah abg ipar aku!!!!!huhuhu)

Ya Allah..
aku harap benda ni akan berakhir disini je...
Ya Allah.. Ya Allah.. Ya Allah...

begitulah ceritanya..
ok lah.. aku nak tidur ni..
doakan aku cepat sihat k...
(next n3,nanti aku story pasal majlis wedding Abang Boboy & Kak Azreen)

Thursday, 16 December 2010

Payahnya Nak Bersyukur!!

haiiiishhh.......
kalau dah namanya manusia tu kan.....
bagi lah berapa banyak kejayaan + kesenangan...
dalam 10 orang yang berjaya atau senang nak cari seorang yang betul-betul bersyukur pun payah...
**termasuk aku lah kowt...
dah namanya pun manusia...................

tak percaya????

**********************

Bila dapat result 3.00-3.49

"Ala!! teruknya result aku!! Macamana korang boleh dapat DL, aku tak?? belajar sama je. tuang kelas pun sama-sama. teruknya!!teruknya!!kenapalah aku tak dapat DL?? dapat DL cukup-cukup makan 3.5 pun tak pe lah.....
(Kenapa tak nak bersyukur sahaja?? Sekurang-kurangnya anda tidak ada kertas yang gagal dan perlu direpeat.. pointer pun still above 3.0..ok lah tu!)

Bila dapat DL (3.5-3.99)

Hish!! kenapa ni?? sikit je lagi nak 4.00. lecturer ni tak boleh ke nak tolong sikit!
kalau la aku dapat 4.00, barulah best!!!
(bersyukur la babe!! dapat DL pun dah cukup bagus! mengeluh je kerjanya!!)

Bila tiba-tiba dapat below 3.0 dan terpaksa repeat paper...

Macammana ni??? aku malu...........aku tak nak banyak.. dapat 3.00 dan semua lulus pun jadilah...
(Aiit??Apa dah jadi????)


**********************
dah percaya????????

manusia..manusia... bila lah nak sedar...
susah sangat ke nak ucap Alhamdulillah dan terima dengan redha apa yang sudah Allah tentukan buat kita??????

bila kita gagal atau susah...
muhasabah lah diri...
jangan menyalahkan orang lain...
cari kelemahan dan kesalahan kita sendiri...
mungkin kita dah berusaha...tapi tak cukup doa....
mungkin kita dah berusaha..dah berdoa..tapi kita banyak sakitkan hati orang.. kita banyak buat dosa...
simpul kata MUHASABAHLAH DIRI


Ingatlah wahai manusia...
Setiap yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya...
sesungguhnya Allah S.W.T. Maha Adil dan Maha Mengetahui...
Setelah berusaha kita perlu tawakal..Kemudian terima setiap yang berlaku itu dengan berlapang dada..redhalah..

INGAT
Percaya kepada Qada' dan Qadar termasuk dalam Rukun Iman

Renung-renungkanlah...

(untuk renungan dan sebagai nasihat untuk anda semua dan diriku juga...)


Wednesday, 15 December 2010

S.E.N.D.I.R.I = B.Y. S.E.L.F

ibu berkata sambil melancarkan kempen SENDIRI :
"SEMUANYA SENDIRI!! OKAY??"

apa yang sendiri??
buat kerja la...
kerja apa??
kerja-kerja rumah la...

tanggal 12.12.10...
berakhir sudah khidmat Mak Itah mengiron baju kat rumah aku pada setiap hujung minggu selepas hampir 6 tahun berkhidmat....


waaaaaa~~~ sedih...
bukan sedih sebab tak ada orang nak ironkan baju tapi rasa kehilangan la juga..
Mak Itah dah tak duduk kat Batu Pahat ni lagi....
Mak Itah dah pindah ke Mersing...
Jauh woooo...
insyaallah kalau jumpa pun di hari raya je lah agaknya....

TERIMA KASIH MAK ITAH!!


so, sekarang ni,
ibu pun terpaksalah melancarkan kempen
"S.E.N.D.I.R.I" ini..
semua penghuni dekat rumah ni kena iron baju sendiri...
tapi ibu jugak la yang bakal merana dengan kempen yang ibu sendiri lancarkan ni..
sebabnya, baju ibu lah yang PALING BANYAK perlu diiron..
yerla setiap hari pergi sekolah..
kalau kena pergi sekolah waktu pagi + petang, pagi baju lain, petang baju lain..
mana tak banyak..
hehehe~~
time aku ada ni tak ada lah terasa sangat, time aku dah kat Perak nanti, siapa mau tolong???
(nampaknya ibu kenalah berjimat cermat memakai baju yang perlu diiron sekarang, OKAY??..hehe)

kenapa tak cari orang lain??
mmm...ibu aku susah nak percaya orang lain...
ambil bibik indon lagi la tak maw.

dulu pun, ibu cari mak cik melayu yang ibu dah kenal bertahun-tahun untuk tolong kemaskan rumah..
itupun tak tidur kat rumah aku..
pagi datang, siap buat kerja boleh balik...
tapi after Mak Cik tu meninggal,
ibu pun tak cari orang lain..
kalau perlu bantuan sangat-sangat pun, ibu mintak tolong Mak Itah datang...

kemas rumah tak jadi hal sangat.
yerla, bukan ada budak kecik kat rumah ni pun..
lebih-lebih pun, aku yang buat sepah..hehe~
kalau aku balik Perak, tinggal bertiga je la dalam rumah ni....
cuma Iron baju je la ibu kelam kabut sikit..
baju ibu..baju abah.. baju abang chik...

tak pe la ibu...
sabar yer...
bulan 3 tahun depan ibu kan dah bersara..
bertahanlah untuk mengiron baju dalam kebizian tugas untuk beberapa bulan lagi k??
Go Go Cayok ibu!! :)
GAMBATEI!!!

Tersirat & Tersurat

Beberapa hari lepas,
aku ditanya oleh seorang member aku ni
dengan soalan yang tak pernah ditanya oleh makhluk lain selain beliau.
hehehe~~

apa soalannya??

"Ehda, earrings kau tu ada maksud tersirat dan tersurat ke?"

tergamam kejap aku dengar soalan tu..
tak pernah orang tanya.
yerla benda kecik kowt.
bukannya aku pakai earrings yang besar gedabak,
sampai boleh teleng kepala..
tak sangka dia perasan ngan bentuk earrings comel lote aku tu..
haha~

nak tengok???
ni ha......



kalau korang perasan, dia berbentuk "arrow heart"


hmmmm...
apa maksud "arrow heart" tu?
kalau ikutkan ia mempunyai macam-macam maksud..
tapi more to "LOVE" la...
either dah terjatuh hati or ter"broken" hati..
hahaha~~

tapi kalau ter"broken" hati, biasanya dekat arrow heart tu ada diletakkan bandage..
kalau yang tak ada tu, faham-faham sendiri la..
:D

balik semula cerita pasal earrings aku.
actually earrings ni hadiah dari ibu aku "sempena" result SPM dulu...
(bencinya aku nak buka cerita pasal SPM!!!!huhu~~)

ibu aku kata, dia bagi earrings bentuk ni ada 2 reasons...
reason yang baik dan reason yang tak berapa nak best...
huhuhu~~~


reasons nya.....
(1) sebagai tanda sayang ibu aku terhadap adik..
(Wah.....berbunga riang hati aku!!!!hahaha~~)

(2)ibu aku just cakap :
"Itulah rasa hati ibu tengok result SPM adik! bukan setakat rasa macam ditusuk sembilu tapi dah tembus dengan anak panah. sakit dan kecewanya hanya tuhan yang tahu."

memang sentap gila hati aku dengan reason yang kedua tu...
tapi nak buat macammana..memang salah aku..
huhu~~

Tapi sebab reason ke-2 tu la yang banyak mendorong aku untuk belajar...
seboleh mungkin aku nak memadamkan reason kedua tu dari dalam hati ibu aku...
*waaaaaaa~~dah sedih ni...huhuhu

ok.. enough!
habis sudah cerita pasal earrings aku ni..
jangan tanya aku lagi ok pasal bentuk earrings aku...
hehe~~

p/s --> Aku rasa patutnya sekarang ni, aku kena pakai earrings "broken heart" kowt.. barulah ada maksud tersurat dan tersirat..hehehe~~

Monday, 13 December 2010

Eva Cassidy - You Take My Breath Away

Sometimes it amazes me
How strong the power of love can be
Sometimes you just take my breath away

You watch my love grow like a child
Sometimes gentle and sometimes wild
Sometimes you just take my breath away

And it's too good to slip by
Too good to lose
Too good to be there
Just to use
I'm gonna stand on a mountain top
And tell the news
That you take my breath away

Sometimes it amazes me
How strong the power of love can be
Sometimes you just take my breath away

Your beauty is there in all I see
And when I feel your eyes on me
Oh don't you know you just take my breath away

And it's too good to slip by
Too good to lose
Too good to be there
Just to use
I'm gonna stand on a mountain top
And tell the news
That you take my breath away

And it's too good to slip by
Too good to lose
Too good to be there
Just to use
I'm gonna stand on a mountain top
And tell the news
That you take my breath away

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting