Saturday, 31 December 2011

Selamat Tinggal 2011..


Entry ke-174 untuk tahun 2011
Entry penutup bagi tahun 2011..

Alhamdulillah..
2011 hampir melabuhkan tirai...

Bagi aku 2011,
adalah tahun yang banyak meninggalkan
kenangan..
Baik kenangan manis mahupun kenangan pahit...
Tahun ni juga adalah
tahun penghijrahan....

Jan - Mei 2011

Aku masih bergelar seorang pelajar Diploma in Statistics UiTM Perak..
Menjadi pelajar semester akhir...
Bergelut dengan final project for diploma..
berusaha mencipta pelbagai kenangan manis 
bersama rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah di UiTM Perak
sebagai 'bekalan' kenangan selepas meninggalkan UiTM Perak..


Antaranya (klik kat bawah ni):







Jun - Ogos 2011

Bertukar status dari seorang pelajar menjadi penganggur terhormat...
'main cikgu-cikgu kat rumah'...hehe~
dealing with kanak-kanak ribena yang nak ambil exam.
Memang menguji kesabaran aku yang sememangnya kurang kesabaran ni..
walaupun hasilnya tak adala selumayan mana (lepas la untuk wet topup and tengok wayang)..
 tapi aku bersyukur,
usaha 'cikgu garang' ni, membuahkan hasil yang membanggakan...
Tahniah Adik-adik untuk result UPSR n PMR korang especially for the MATHEMATICS result!!


September - December 2011

Kembali bergelar seorang pelajar.
Manjadi pelajar semester 3 Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains (Statistik) UiTM Shah Alam..
Menempuh alam baru yang jauh berbeza dibandingkan menjadi pelajar diploma dulu..
Jalinan persahabatan yang semakin erat....



dan kenangan paling indah ialah bersama-sama diraikan dalam
Majlis Istiadat Konvokesyen UiTM ke-75 UiTM Perak.. 



**********************************

Beberapa jam sahaja lagi 2012 akan menjelma....
Selamat Tinggal 2011
Selamat Datang 2012!!!!


Friday, 30 December 2011

Ayang.....


Ayang... Camana boleyh sampai atas ni???? Meh ikut Akak turun..... 

Buat kali keduanya, aku menghantar Ayang ni turun ke ground floor kolej Mawar..

Tak tahulah camana Ayang ni boleh sampai ke tingkat 5...

Ayang ikut orang naik lif ke??
or 
ada orang yang bawa Ayang naik....

nak kata Ayang ni naik tangga, rasanya tak..
sebab... Pintu tangga semuanya bertutup..

Hmmm...
Napa aku sanggup dengan rela hatinya bawa Ayang ni turun???

sebabnya...
Aku risau Ayang ni 'membuang' bersepah-sepah..
Tak pasal-pasal ti satu floor aku berbau...
Nasib lagi tak baik
kalau Ayang ni 'membuang' kat harta benda aku spt kasut...
ooo.. Tak sanggup...
Sebelum itu terjadi, baik aku hantar Ayang turun bawah....

Bila aku pegang Ayang ni,
teringat pulak kat hero aku tu...
waaaaaaaa~~~
Miss him so much!!!!!!!!!

Josh Santana, Adik rindu JOSH!!!!!!!!!!!


Aku dan Pensel


First of all,
ini adalah entry nak say tenkiu kat Cik Susue


kerana dengan jayanya
telah memberi saya sebatang pensel 'picit-picit' yang berwarna MERAH
sempena dengan kehilanagan pensel kesayangan saya dan juga sempena nak final exam...
hehehe~~

setelah berhempas pulas mencari 
pensel yang menepati kehendak saya iaitu :
PILOT SHAKER 0.7 berwarna MERAH
sebijik macam yang dulu :


Nampaknya beliau GAGAL.....
Yang berjaya hanyalah :

PILOT REXGRIP 0.7 warna MERAH...

Tapi tidak mengapa cik susue..
Jangan bersedih dan terkilan....
Saya terima seadanya.....

Lagipun, saya ada lagi satu shaker; yang ini :

PILOT SUPER GRIP 0.5 warna MERAH

So, tak perlu terkilan yer....
Kalau terkilan juga, next time belikan lagi..
hahahahha~~~~~

TENKIU SUSUE!!!!

p/s: siriesly sgt susah nak cari Pilot shaker 0.7 warna MERAH.. Selalunya jumpa mesti warna BIRU or HITAM..huhuhuhuhu~~~~~~~ Nampaknya patah tumbuh, hilang tak berganti-ganti.. sob3x....

Thursday, 29 December 2011

PEKERJA vs PELAJAR


Lately, bila blogging
and termasuk blog orang-orang 'gomen'
tak lari pasal isu antara cuepacs & JPA - Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Aku tak adala ambil tahu sangat..
Tau sikit-sikit pasal isu ni cukup la kowt..
(inilah budak-budak zaman sekarang... Kalau nak kena interview scholar n etc nanti baru sibuk punggah surat khabar untuk hadam isu semasa..hehehe~~)

Bukan la nak masuk campur isu pekerja-pekerja gomen...
Aku tak layak pown nak masuk campur..
Belajar pun tak abis agy...
Cuma...
Cam boring la plak, sana sini dok *Pung Pang Pung Pang* isu ni...

Ok. cube relaxkan isu SBPA ni jap...
Isu ni tak settle agy pun gaji orang gomen tetap masuk...

Baik kesian kat kitorang yang scholar tak masuk-masuk ni....
Bagi JPA settlekan wet kitowang ni dulu....
Nanti wet kitorang dah masuk, sambung la balik isu SBPA ni ea...
Dahulukan mereka-mereka yang menuntut ilmu ni...
hehehehehehehehehe~~~~~~~~

AMARAN
entry ni adalah entry menyedapkan aty sendiri yang dah boring gi melawat mesin ATM, tapi $$$$ dok takuk tu jugak...  Budak-budak sekolah pown dah dapat duit.... Bila lah pulak giliran kami? huhuhuhu~~~ :'(

Dictionary:
*Pung Pang Pung Pang* = Kecoh/Bising

In Memories....


Semalam 'kemas' external hard disk aku..
Then, terjumpa gamba ni:


RINDU bangat sama PESISTA!!!

Wednesday, 28 December 2011

I'm a TEENAGER!

********************************

Update lagi???
ish...ish....
mesti Echa 'bising' jap lagi...
hehehehe~~

Time-time nak exam ni,
aku memang selalu jadi begini...
"Gila Blog" di tahap maksimum...

Ada orang nak baca ke tak, peduli apa aku..
Ni blog aku.. Sukati aku r..
 Apa aku rasa aku nak mengarowt, aku mengarowt kat sini..
hehehe~~~

********************************
Semalam,
ntah angin ape agaknye kepale aku ni
tetibe rase nak pakai pakaian peberet waktu dip kat perak dulu..
Siyesly, sejak habis diploma aku dah tak sentuh cardigan + tudung ni.

Aku pown tak tau kenape...
cardigan and tudung ni je yang aku tak pakai..
yang lain-lain tu aku pakai je...

 Malam tadi, tibe-tibe cam kesian plak tengok cardigan + tudung ni dalam locker..
Macam dah di anak tirikan plak..
So, turun gi beli burger malam tadi ngan susue aku pakai 2 bende ni..

Hasilnya :



YEAH!!  terasa seperti kembali ke alam DIPLOMA di UiTM PERAK!!!!!!!!!!
(Perasan jadi TEENager kembali ..hehehe~~~)
Rindunya nak merasai ketenangan n keseronokan di Perak dulu.....

Lega (Phase 2)


Alamak..
Lupe plak nak update about "Lega (Phase 2)"
p/s : ini kesinambungan entry "Lega (Phase 1)"

23 December 2011
jam 4.37 petang
aku dah boleh menarik nafas lega...
Settle semua project + test.

Dalam mengcompletekan
project and test,
yang paling "sakit" bila menyiapkan project Nonparametric Statistics......
So, hari ni nak imbas balik keadaan kitorang dalam proses menyiapkan project stat ni....

**********************************************

Minit-minit pertama aku mula buat project stat :





Then, tak lama selepas itu
bilik kami (Aku + K.Syida)  dikunjungi oleh beberapa orang classmates aku..
Nak join wat project Stat ni...
(Echa + Wani Omar + Liya + Susue + K.Wana)
Kami memang ber'kampung' dalam bilik ni..
Bermula jam 9.30 malam (22 December 2011) hingga 6.00 petang (23 December 2011)
The toughest day....

Malam tu masing-masing tido sekejap je-bergelimpangan dalam bilik aku..
Aku n Susue memang tak tido langsung malam tu..
Telan Radix sampai 2 cawan....
(Nasib baik la baru memperbaharui stok Radix.hehe~~~) 

Then, (23 December) sambung buat project tu for the whole day..
Dengan masing-masing TAK MANDI!!..
Makan pown, nasib baik kitorang ada "Papa Zaid" and "Mama Shiba"


so, buat order melalui "Mama Shiba" nak makan apa,
Then "Papa Zaid" belikan...
hehehe~~


Alhamdulillah,
petang tu kol 4.37petang, project aku siap..
terus g print then bagi kat "Mama Shiba" untuk proses penghantaran..

Settle semua dalam kol 6 lbih,
aku balik bilik..
Sampai-sampai je..
Mengucap panjang..........................................
(Budak-budak ni dah tak ada... Masing-masing 'berterabur' gi print + binding....)
apa dah jadi dengan bilik aku????
AAAAAAAAARRRRRRRRRGGGGGGGHHHHH

*Boleh main cari bende tersembunyi ni*

Baru perasan..
begini rupenye keadaan bilik aku!!

Ya Allah...........................

Nasib baik la, bila dah settle semua
budak-budak ni datang semula bilik aku untuk proses pembersihan dan pengemasan....
hehehe~~~~
TENKIU EBERIBADI!!!

**********************************************

walau macamana pun
Alhamdulillah..
Semuanya dah settle...
Sekarang ni just prepare for final exam.... ;D


Tuesday, 27 December 2011

The truth......

Reliablity & Validity


Hari ni aku meluangkan masa untuk jawab SUFO dan Exit Survey
Biasalah...
Budak-budak UiTM mesti dah biasakan
"NO SUFO NO RESULT"
so, sebelum result ditahan, baik lah aku settle kan benda ni before exam...


(SUFO)
Bila buat survey ni,
terlintas kat fikiran aku..
Berguna ke survey ni?
Sejauh mana 'ketepatan' survey ni..
yerla kan...
Ada student yang jawab tak baca pun soalan survey tu (kadang2 aku pun mcmtu..),
men tick je sesedap rasa..
yerla.. every sem jawab soalan yang sama...
separuh ikhlas pulak tu nak jawab..
yerla NO SUFO NO RESULT.
so nak tak nak kena jawab la jugak....

tapi aku suka dengan Entrance/Exit Survey..


Sebab benda ni focus dengan subject2 yang diambil setiap semester...

hmmmm...
nak buat camana...
sebagai students, jalankan je la tanggungjawab kita...

Tapi pada aku,
the reliability and validity of these surveys should be questioned.

peace.. (",)v

Monday, 26 December 2011

Journey.......

Tiba-tiba hari ni aku teringat dengan kata-kata yang sering cikgu-cikgu dan pensyarah-pensyarah berikan kepada aku dan kawan-kawan...
yang sering kami labelkan as "bebelan"


Waktu Sekolah Rendah

Belajar betul-betul..buat yang terbaik untuk UPSR ni... UPSR ni lah penentu kamu nak masuk sekolah mana. Sasaran 5A UPSR

Waktu Menengah Rendah (Form 1 - Form 3)
Keputusan UPSR kamu tu dah tak tentukan apa-apa dah..
Kamu dapat 5A pun UPSR, belum menjamin kamu cemerlang PMR. PMR ni kamu mesti aim nak dapat 8A. PMR ni lah penentu kamu nak ambil aliran apa waktu form 4 nanti.

Waktu Menengah Atas (Form 4 -5)
PMR dah habis. Sekarang kamu kena bersedia untuk SPM pulak.. SPM bukan mudah.. Ramai yang skor waktu PMR pun tak perform bile SPM. SPM ni penentu hidup kamu lepas sekolah ni. Jgn kamu dibayangi kejayaan waktu PMR. keputusan PMR tu dh tak ada apa-apa dah. Kamu kena usaha untuk SPM ni. dapatkan straight A's.
 Waktu Diploma (Cawangan)
Tahniah.. Kamu dah buat yang terbaik waktu SPM dulu.. Tapi ingat, alam universiti ni tak sama dengan alam sekolah.. jangan culture shock.. Ramai yang dapat masuk universiti tapi ramai juga yang tak berjaya tamatkan pengajian... Result SPM yang baik sekali pun tak menjamin kecemerlangan kamu di universiti. 
 Waktu Ijazah Sarjana Muda (Induk)
Degree tak sama dengan diploma.. Ada tu dapat ANC waktu diploma tapi bila masuk degree hancur..  Kampus induk tak sama dengan cawangan.. Kamu kena buat yang terbaik untuk ijazah ni. Tak ada dah relax-relax macam kamu kat cawanagan dulu..

hmmmm...
Konklusinya, selagi kita menjadi seorang pelajar
BELAJARLAH DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH.
 sekiranya kita telah berjaya menempuh fasa-fasa pendidikan yang sebelumnya dengan cemerlang,
maka jangan mudah lalai dengan kecemerlangan itu, berusahalah untuk mengekalkanlah kecemerlangan itu..
Tapi sekiranya kita kurang cemerlang dalam fasa-fasa sebelumnya,
peluang masih terbuka untuk kita terus berusaha mengejar kecemerlangan!!!


Thursday, 22 December 2011

Statistics dihatiku....


"Statistics di hatiku....." (10000x)

Satu je lagi tugasan yang perlu diselesaikan sebelum
rasa lega ( Phase 2)..

Project terakhir yang perlu disubmit bagi semester ini ialah project for Non-Parametric Statistics.
Due date nya ialah ESOK (23 DISEMBER 2011)
and yang paling "MENARIKNYA" ialah
kami satu class TAK MULA BUAT APA-APA LANGSUNG!!
memang kerja gila!

So, malam ni,
telan Radix 3 gelas
pulun buat project ni dari A to Z!!!

kena buat apa??
meh aku cter sikit.....

29 November lepas, Dr. e-mailkan project ni ke acc e-mail aku ..
(kirenye hampir sebulan gak la project ni diberi...)


setelah di download :


Didalamnya terkandung :

 response daripada 287 orang respondents .


terhadap

84 VARIABLES (QUESTIONS)



untuk di analyze!!

SO???
Sama-sama doakan kami berjaya menyiapkannya dalam SATU MALAM yer...
huhuhuhuhu~~ T_T

Tuesday, 20 December 2011

Salah ke??


Salah ke kalau aku menetapkan standard sesuatu benda yang aku buat itu terlalu tinggi??
hmmmm...
lately, macam selalu pula aku ditegur pasal benda ni...



Mereka kata,
kadang-kadang benda yang perfect itu tak semestinya menjadi yang terbaik.

tapi pada aku,
bila sesuatu benda itu dah perfect, potensi untuk tidak menjadi yang terbaik adalah sangat kecil.


Mereka kata,
dalam tentukan standard yang aku mahukan, aku perlu consider tentang orang lain yang terlibat sama.

tapi pada aku,
kalau aku terlampau 'consider orang lain' sampai bila 'orang lain' itu akan sentiasa ada pada takuk yang sama??

Mungkin mereka berpegang kepada :
NOTHING IS PERFECT

tapi pada aku,
tak salahkan kalau kita berusaha untuk jadikan sesuatu benda itu perfect.



Adakah cara pemikiran aku ini salah???? atau cara aku menzahirkan pemikiran aku ini yang salah????


Monday, 19 December 2011

Lega (Phase 1)

Alhamdulillah..
Hari ni tamat sudah kelas third language aku (Arab) untuk semester ini..

Tadi gak selesai submit video project + oral test 2 (individual) + reading test..


so, nak citer pasal Arabic Test ( oral + reading ) ni..

Reading test

Alhamdulillah.. Dipermudahkan..
Dapat tajuk "MAKAN"
and aku boleh jawab semua soalan...

Oral Test 
'kurang' sikit...
Tiba-tiba jadi lost..

Aku dapat 6 soalan tadi...

Soalan 1 (Greeting)
Sobah Al-Khayr Ya Ehda. 
Sobah Al-Nur Ya Ustazah 
Soalan 2 ( Dimana Keluarga Kamu)
Min Aina Usratuki?
Usrati fi Batu Pahat, Johor. 

Soalan 3 (Siapa keluarga kamu)
man usratuki?
Usrati tatakawwan Ummi wa Akhi Ak-Kabir wa Ukhti Al-Kabirah. 

soalan 4 (Adakah ibu kamu seorang guru?)
Hal Ummuki Mudarisah?
La, ummi mutaqa'idah 

soalan 5 (Siapa kamu?)
Man anti? 
Ana ________________________________ (tergelak....hehehe)
(AAAAARRRGGGHHH, macamana boleh terlupa perkataan "TOLIBAH" ni!!!!!!!!!!!)

sebab tak boleh jawab no (5) tu,
Tak pasal-pasal aku dapat extra soalan....

Soalan 6 (Di mana kamu belajar)
Aina tadrusin?"
Adrus fi UiTM.

Tapi, ok lah...
satu subject dah settle...

Saturday, 17 December 2011

THE TOUGHEST WEEK


Next week is the toughest week for this semester.
Everything need to be settle by the end of next week before we are going for final exam..
AAARRRGGGHHHHH!!!!


PROJECTS + TESTS + QUIZZES!!!!

SERABUT!!!



Friday, 16 December 2011

Untitled


Ya Allah...
Tabahkanlah hatiku menempuh segala dugaan ini.................


EHDA AL-NAJIHAH
you need to be strong!!!

YOU NEED TO
FOCUS 
on your TEST + PROJECT + FINAL EXAM!!!!!


*Bila kita sedih, kita mengharapkan ada seseorang yang dapat menenangkan hati, dapat berkongsi segala masalah yang ada... tapi selama mana 'orang' itu akan ada di sisi kita?? selama mana 'orang' itu sudi dijadikan tempat mengadu?? selama mana 'orang' itu akan terus sabar melayani kesedihan kita??Ingatlah. Sesungguhnya hanya Allah sahajalah yang sentiasa ada bersama kita di kala susah dan senang,,, Hanya Allah sahajalah tempat terbaik untuk kita mengadu dan memohon pertolongan.*


Saturday, 10 December 2011

Back To School!


Setelah 4 tahun meninggalkan alam persekolahan,
semalam aku pakai kembali uniform sekolah ini.....
( with kain coklat - darjah khas [Muslim Johoreans] )

wow!!
Muat lagi la pakai baju ni!!!!
(Bangga sey!)
hahahaha~~~~

kenapa aku pakai baju sekolah ni??
ha.... sebabnye ini untuk 'shooting' video project Arab (third language)
hampeh..
aku kena berlakon jd budak sekolah...
huhuhuuh~~


Monday, 5 December 2011

P.E.M.B.A.R.I.S vs SAMA TAPI TAK SERUPA

Situasi 1


Pn. Hasnah : 
Kalau saya ambil pembaris ni, kamu boleh hidup tak agaknya?

Aku : mmmm...mmm...mmmm....

Pn. Hasnah : 
(gelak) susah yer hidup? terseksa... Kamu ni buat 'square root' pun guna pembaris. saya tanda kertas soalan kamu, saya siap tunjukkan kat anak saya lagi & cakap ; Tengok akak ni, buat square root pun guna pembaris.

Aku : 
hehehe~~~ tak pandai ler puan buat square root tak guna pembaris...


honestly, aku memang agak merana kalau pembaris hilang... buat square root guna pembaris..buat line fraction pun guna pembaris... 
Walaupun kat sekolah dulu selalu kena marah dengan cikgu sebab cikgu selalu kata 'jangan buang masa nak buat cantik! yang penting jawapan kena betul!'.. tapi cam bese la.. aku memang degil.. hehehhe~~~
kalau tak ada pembaris????????????? OH TIDAK!!!!!!!!!!!!!!!!!

Situasi 2

Pn. Hasnah : 
Dia berdua ni lebih kurang sama je..
(refer to tulisan  & cara penulisan jawapan Aku & Aida)

Aku + Aida :
 (Senyum je... hehe~)

Echa : 
Diorang berdua ni memang macam tu.
yang bezanya sorang guna pen basah (Aku). sorang guna pen kering (Aida).

Pn. Hasnah : 
Mesti dari sekolah yang sama ni..

Aku + Aida : 
Tak puan..

Pn. Hasnah : 
Tak pun, Negeri yang sama?

Aku + Aida : 
Pun tak...

Pn. Hasnah : 
Lahir bulan yang sama?

Aku + Aida : 
Tak jugak puan.. hehe~~

Echa : 
class yang sama puan waktu diploma...

Aku + Aida selalu ada chemistry time buat silap cthnye membuat kesilapan jawapan yang SAMA (jalan kerja) walaupun tak meniru and macam tadi, aku tersilap bawak buku, Aida pun sama... 2-2 bawak buku Info. System untuk class Database... hahahahha
Diorang kata, tulisan kami lebih kurang...
Cuma Aida punya tulisan kecik sikit and aku bulat2 sikit...
hehehe~~
No Komen la....

dilambung Ombak Rindu????


waccchaaaaaa!!
ini budak memang tak sedar diri!!!..
ada test kol 8.30 pagi, tapi tangan menggatal nak update blog..
huahuahua...

ok. balik pada tajuk..
hot sungguh isu 'Ombak Rindu (OR)' dalam kalangan bloggers sekarang...
sejak movie OR ni ditayangkan,
sehari kalau tak nampak blogger update pasal OR kat dashboard aku tu memang tak sah..
ada kata OK.. ada kata KO...
hari ni aku pulak nak join diorang...
hehehehe~~

Hari Jumaat lepas, aku sempat gi tengok citer ni..
aku tak rasa berbaloi sangat la tengok...
cam lagi best tengok Puss in Boots je...
hehehe~~


vs


bagi yang baca novel OR cam aku,
expectation untuk movie ni memang tinggi..
tapi macam biasalah, bila novel dijadikan movie or drama,
tak semuanya 'menjadi'..
setakat ni, dalam banyak2 adaptasi novel melayu
yang betul-betul aku tabik spring hanyalah 'Trilogi Cinta'
yang lain???
mmmm... faham-faham sendiri je la...

bukanla nak kata tak best langsung movie OR ni...
cuma, mugkin bila tengok cam tak se'uummphh' novel dia la...
kalau Fauziah Ashari sendiri tak puas hati,
apatah lagi peminat novel ni kan.......

tak mau cakap lebih-lebih r..
kalau nak tau, gi la tengok OR ni sendiri....
lain orang, lain pendapat....

Monday, 28 November 2011

GIFT FROM ECHA!!


yeay!!!!!
hari ni dapat surprised dari ECHA!!!


Echa bagi :
(Sebelah kiri)


Bantal ANGRY BIRD!!!!!

Shuke..shuke!!!

bantal tangan mickey mouse (kanan) tu pun echa bagi gak dulu..
hehehehe~~~

Tenkiu kakakkkku!!!! for the lovely red gifts!!! 

kenapa echa bagi???
echa kata ni hadiah untuk BUDAK BAIK!
hehehehehehe~~~~~~~~


Serik!



PHEWWW!!
aku memang dah SERIK!
taubat tak nak buat lagi..
huhuh~~

Hari Jumaat lepas
aku naik komuter dari KTM Shah Alam ke KTM Jln Kastam

nak pergi rumah akak aku..

memandang waktu tu 'peak hour'
koc wanita sangat le sesak......
aku pun malas nak tunggu lelame,
masuk la koc umum dengan beberapa orang perempuan lain.....

koc umum petang tu
penuh dengan pendatang asing..
aku tak tau la PADI ke PATI..
aku relax je lagi..
sebab still ramai je perempuan kat situ...

tapi makin lama makin sikit perempuan kat situ...
sampai je stesen Teluk Pulai,
memang tinggal aku SEORANG je perempuan dalam koc tu!!!
pergh!!
gila takut..
aku dah tergerak nak tukar koc..
tapi nak lalu kat pendatang-pendatang asing yang penuh kat tepi pintu tu, gila takut..
dah rasa macam nak nanges pun ada...

bertahan je la dalam tu...
dalam hati baca doa banyak-banyak...

Sampai stesen Teluk Gadong, nasib baik la ada seorang mamat melayu ni naik..
walaupun dia lelaki, tapi aku cam lega la jugak...
kalau tadi just aku dengan pendatang asing je dalam tu,
at least sekarang dah ada orang 'kita' dalam tu..
legaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

sampai Jln Kastam,
aku turun secepat mungkin...
huhuhu~~~

Siriesly, aku taubat..
Sesak macamana pun lepas ni aku naik gak koc wanita...
huhuhu~~


Monday, 21 November 2011

1Citizen Exam


19.11.2011 & 20.11.2011
aku DIWAJIBKAN menghadiri kursus 1Citizen

Kena ambil exam plak tu petang 20.11.2011
refer entry (INI)

berdasarkan entry aku yang lepas,
memang rasanye probability utk aku x lulus ialah 0.75..
dah la banyak dapat berita dari dyowg yang dh ambil exam ni, ramai yang tak lulus,
memang aku nyanyi lagu "pasrah" je la jawabnya...
Aku dah siap tanya kat instructor aku kalau tak lulus macmana..
Instructor tu cakap kalau tak lulus pun dapat sijil gak, tapi sijil penyertaan je la...

so, conclusionnya, redha je la.......
lulus ke tak, still dapat sijil... yang beza samaada 1 or 2 sijil je...
hehehehe..

kena study buku ni :


tapi cm bese la..
kompem aku tak stadi...
hhuhuhu~~

so, redah je la jawab exam tu..

Hasilnya :


yeay!!!!!!!
aku passed!!!!!!!!!!!!
dapat la 2 sijil.... (penyertaan + exam)
yipppiiiiiiii~~~~~~~ ;D

p/s: sebenarnya ini happy and sad story aku......disebalik kegembiraan ada kesedihan....huhuhu~~~. 

Sunday, 20 November 2011

KENCING MANIS????



Lokasi  : sebuah gerai air kat DC, UiTM Shah Alam
Tarikh : 20112011 (Ahad)
Masa : Dalam area pukul 5.30 petang


Aku : Bang, air mangga KURANG MANIS satu.

Abang Jual Air : Cup?

Aku : Yup

Abang Jual Air menuang air gula ke dalam cup..

Aku : Bang, kurangkan lagi gula tu.

Abang jual air layannnnnnkan.......

Aku : Kurang lagi....

Abang jual air layannnnnnnkan lagi....

Aku : Kurang lagi.

Abang Jual Air :  Baik tak payah letak gula terus dik..

Aku : Ala.. nak juga sikit rasa gula tu....

Abang jual air : Adik ni ada KENCING MANIS ke?? 

Aku : (muka blur)....???????

Abang Jual Air : Ada KENCING MANIS ke??? (tanya lagi...)

Aku : (baru paham...) Eh, tak ada lah.. saya memang tak suka manis-manis...

Abang Jual Air : Tak boleh dik.. Badan kita ni perlukan gula.. 

Aku : Tak apa bang, cukup dah tu...

Abang Jual Air : Tak cukup... sikit sangat ni..

Aku : Tak apa bang.. hari-hari makan nasi.. dalam nasi ada kanji... ada gula... so, dah cukup dah gula dalam badan saya ni....

Abang Jual Air : Yerla dik.. sukatilah... Dapat semua budak-budak kat sini macam adik, untung kdi abang ni.... Jimat gula...

Aku bayar n terus bla........


% haish!! Ada ke patut dikatanya aku ada KENCING MANIS!! haish.. mintak dijauhkan penyakit itu.... %


p/s : tiba-tiba teringat abang air kelapa lemon lychee plak.. hakhakhakhakhak~~~~

Saturday, 19 November 2011

Terimbau Kenangan Lalu....


kenal n familiar dgn biskut ni???


bila aku dh mula memunggah stok biskut ni,
memang tanda-tanda akhir ekonomi aku dh nazak la tu..
hehehehe~~~~

nyum..nyum...
dpt mkn cicah ngn air milo.
sedaaapppp wooooo..
(tapi kesedapan ini HANYA dapat dirasai dikala kelaparan n kesempitan wang sahaja!)
hahha~~~

teringat plak kt uitm perak dulu...
memalam buta kalau lapo suka membedal biskut ni 
cicah ngan air milo yang teyka buat...
cik senah jarang nk join..
jage badan katenye..
hakhakhak~~~

Sangat rindu kenangan itu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
cik teyka!!
Rinduuuuuuuu kamuuuuuuuu!!!!!

1Citizen oh 1Citizen.............


Now, tengah attend 1 Citizen Certification Class
under 1 Citizen program..


dpt instructor yg 'kureng bez..'
pergh..gila ngantoks.......

mule la nk wat bende merepek...
x disuruh pown,
menggedix je nk buat..
hahaha~~~~

ni classmates utk class neyh...


renovating portal i-citizen jd ala-ala FB..
hehehehe~~~

"Add As Friend"

lalalallalalalalla~~~~~~~~~~~~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting