Friday, 12 August 2011

Char Kuey Teow!!!!


Untuk menu berbuka puasa pada petang ini aku nak masak Char Kuey Teaw.

yummie..yummie...
Makan panas-panas....Sedapnye!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
(terus keluar lagu Rock dr perut aku bile teringat Char Kuey Teaw)

Dulu aku SUKA GILA dengan Char Kuey Teaw pakcik Uptown UiTM Perak.
Sedap wooooooo~~
dah la sedap, Murah plak tuh.
1 Pinggan = RM2.50
Kalau tyme duit dh hampir habis ditarah, Char Kuey Teaw ni la pilihan paling efisien.
MURAH DAN SEDAP!
hehehhe~~
Tapi masuk sem 5, bila uptown dah tukar tender..Pak Cik Char Kuey Teaw tu dah tak ade dah...
Sob3x....

Lepas dah kempunan dengan Char Kuey Teaw Pakcik Uptown tu,
terus aku BERTEKAD nak belaja masak Char Kuey Teaw!
hehehe~~

Ingatkan susah sangat...
Senang Rupenya..............

Nak tau??
Meh aku ajar meh...
Ada DUA pilihan untuk masak Char Kuey Teaw ni..

Pilihan pertama :

Dapatkan saja perencah ready-made Char Kuey Teaw yang ada melambak kat kedai tu.
Lepas tu ikut je arahan belakang Kotak/Botol/Pek.
Senangkan??
hehehhe~~~


(ini abang ipar & akak aku 'import' dari Penang suh aku try.. OOUUUCHH.. sarden Josh pown sebok nak interprem. hehehe)

Pilihan Kedua :

Haaaa.. Yang ini kene 'tradisional' sikit la...
Tak berapa cepat & mudah..
hehehe~~

Tapi yang bestya korang buatlah ikut Citarasa korang sendiri...
Nak lebih pedas ke, masin ke, nak letak telur 20 biji ke..
Sukati koranglah..
Korang yang masak, korang yang makan..hehehhe~~~~

Bahan-bahan untuk perencah:
Cili kering & bawang putih (kisar), Sos Tiram, Sos Tomato, dan Kicap. 

p/s : Aku memang ANTI dengan 'Pak-Aji- No-Naik-Moto' tu.. kalau korang memang bespren dengan 'Pak-Aji- No-Naik-Moto', boleyh le letak....

Cara-cara :
1) Tumiskan bahan-bahan yang dikisar. (Cili kering & bawang putih)
(ala macam nak buat mee goreng ler....)

2) Masukkan sos tiram, sos tomato, dan kicap masin secukup rasa..  
( Kemasinan Char Kuey Teaw ni bergantung pada kicap..Dah tak payah nak tambah-tambah garam lagi..)

3) Masukkan lah Udang ke kerang ke.. sayur ke...
(apa-apa je la yang korang nak)


4) Masukkan air....
(agak-agak ler.... Korang bukannya nak buat Kuey Teaw sup..)


5) Masukkan Kuey Teaw....
(Lepastu kacau le bagi rata.....)

6) Pecahkan telur ke dalam kuali... 
(jangan kacau-kacau sangat!! sikit-sikit suda.. pastu tutuplah api........)

Selesai sudah......
Sorry la yer.. aku memang tak pandai bab-bab nak bagi accurate 'volume' nya..
Yerlakan... Tekak and selera manusia ni lain-lain..
so, petua aku : Ikutlah sesedap rasa korang.. Suka pedas lebihkan cili kisar.. Suka masin, lebihkan kicap...

Senangkan???
hehehe~~~


p/s : Ada yang mengalami masalah bila masak menggunakan Kuey Teaw (sampai ke tahap fobia), Kuey Teaw tu bergumpal @ berketul.. Tak terurai cantik.... Ha.. jangan risau, itu merupakan tanda-tanda yang korang TERKURANG MINYAK MASAK dalam masakan tu.. 

Ceh..baca entry ni..
mesti korang rasa aku ni bajet terror bebeno memasak kan??
hahahhaa~~

Jujurnya, makanan yang aku reti masak boleh dikira dengan jari kaki and tangan lagi...
Tapi benda yang aku suka makan, memang boleh dikatakan aku 'expert' la...
(sebab kalau aku suka, aku nak makan benda tu selalu..susah nak jemu. Nak harapkan ibu aku tolong masakkan je, mana boleh.. sekali dua boleh r ibu aku layankan... kalau dah selalu sangat ibu aku pun tak nak. jemu.)

Kalau yang aku tak suka seperti KARI????
hmmmmmm... jangan harap le aku reti...
(tunggu dapat hidayah baru aku belajar....)
hehehehe~~~~~~~~

sekian...

p/s : aku tujukan entry ni khas untuk my BFF Nurul Aishah Rahman. Cha, ko mesti TRY! hahahhaha~~ 


Wednesday, 10 August 2011

Maaf..Maaf...

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~~ T_T

Maafkan adik JOSH SANTANA!!!!!!!!

Kerana 'keghairahan' aku mengecat rumah,
Akhirnya, bukan setakat rumah yang aku cat,
ni pon aku TERcat.


EKOR JOSH!!!!

huhuhuuhu~~~ sori Josh...sori...
Mana lah adik perasan josh ngah membuta kat tepi pintu tu...
huhuhuhuhu~~~~~~~

Hasilnya :

Josh MERAJUK (sebab bulu kat ekor dah jadi keras seperti memakai Hair Gel..)
 dan beralih tempat tidur.
Tidur atas meja pulak..
Yang ni kompem-kompem aku nampak...
hehehhe~~~~~~~

sori yer josh....
Jangan la merajuk dengan adik lagi...
Dahlah bf awk pown merajuk ngan adik...
ini awak plak ke nak merajuk dengan Adik??
waaaaaaaaaa~~~~~~~~~~~
Semua nak merajuk... huhuhuhuhu~~~~~



Tuesday, 9 August 2011

Alhamdulillah... Allah dah beri hidayah...


"Alhamdulillah... Allah dah beri hidayah..."
Aha.. Ini dialog my ibu!
hehehe~~

memandangkan setelah sekian lama tak dapat berpuasa di rumah,
so tahun ni bila dah diberi peluang dan kesempatan untuk berpuasa dengan family
macam terover excited banyak sikit..
hehehhe~~

Rasa cam semua benda nak buat...
nak sambut raya siap aku dengan sukerelanye nak mengecat rumah..
sanggup panjat memanjat..
aku tak peduli. yang penting aku nak cat rumah..
Ni kalau bakal mak mentua tengok aksi mengecat rumah aku ni, terus cancel nk buat menantu.. 
hahahha~~~~~

Bukan setakat mengecat rumah je,
entah angin apa agaknya yang dh membuatkan aku rajin nak bermanja-manja dengan dapur tu...
Ada je la yang aku nak buat (masak)..
Kalau makanan yang aku tak reti masak, ibu la yang jadi mangsa untuk masakkan...hehehe~~
 nasib baik ibu layankan je...
cuma pesan ibu tadi :
"Jimat-jimat sikit..Mana boleh makan 'sedap' selalu. Tiap-tiap bulan duit ibu dah tinggal separuh ni"
aku balas:
"Tak apa.. tahun ni kan ada Bonus!"
hahahahha~~~
yang paling tak boleh bla nya,
aku siap dah cakap ngan ibu raya ni nak buat kuih macam-macam..
(wait n see erk jadi ke tak kuih2 aku tu.. hahahhaha)


Mungkin jugak sebenarnya sebab inilah first time SEJAK AKU DILAHIRKAN sambut ramadhan tanpa ke'busy'an ibu..
Almaklumlah ibu dah bersara sekarang...
Biasanya tahun-tahun lepas kalau balik cuti puasa kat rumah, banyak makan juadah bazaar ramadhan je la..
Ibu memang tak sempat nak masak...
Kena tunggu Sabtu n Ahad le kalau nak makan makanan yang ibu masak...
Tapi tahun ni, hari-hari ibu masak!!
Sedap woooooo~~~~~

Itulah...
Sampai ibu pun naik pelik...
tu yang keluar stetmen penuh kesyukuran :
"Alhamdulillah... Allah dah beri hidayah..."

hehehehe~~~

So, menu untuk petang ini aku dah siapkan popia sardin... Nyum..nyum... Nak berbuka nanti baru goreng.. ;)
p/s: Jangan komen pasal ketidaksamaan size ok.. Almaklumlah.. manusia yang buat.. bukan machine...
hehehehhehe~~~~~~~~~



Monday, 8 August 2011

Konvokesyen UiTM ke-75 (Perak)


Konvokesyen UiTM ke-75 (Perak) telah diumumkan secara rasminya di Portal Konvokesyen UiTM.



Hari : Khamis
Tarikh : 27 Oktober 2011

Pecahan sidang adalah seperti berikut :


So, untuk ex-CS111-Diploma In Statistics, kita konvo pagi yer.. :)

P/S : Sebelum konvo, pastikan korang alert dengan tarikh-tarikh ni yer..



Thursday, 4 August 2011

THE AMAZING BOOKS!


Assalamualaikum WBT.
Di hari keempat bulan ramadhan ni, aku nak share satu set buku yang sangat menarik untuk dijadikan bacaan..
Mungkin ada yang mengatakan ini adalah 'buku budak-budak' tapi
sebenarnya ianya sesuai untuk dijadikan bacaan oleh semua peringkat umur...

*************************************

Set Buku yang aku maksudkan ialah

The Messengers of Mercy Series : Prophet Muhammad S.A.W.



hasil tulisan 
Hajjah Ayesha Abdullah Scott

diterbitkan oleh
FUTURE TEXT PUBLICATIONS SDN.BHD.

dieedarkan oleh
MADRASAH SAYYIDINA RASOOL UR-RAHMAH

harga
12 Buah = RM 360

Ada 12 buah buku dalam siri ni iaitu :

1) Predictions

2) The Story of Abdul Muttalib

3)The Rediscovery of The Well of Zamzam

4) The Jewish Plot

5) Marriage and Mysteries

6) The Confinement of Aminah


7) The Birth of The Last Prophet

8) The Year of The Elephant

9) Milk Mother and Miracles

10) Return to Mecca

11) Great Losses

12) Bahira The Monk 

*************************************

Secara luarannya buku ni sekali pandang ala-ala buku 'bedtime stories'..
Kenapa?
Sebab buku ni tak tebal tapi besar dan menggunakan 'hard cover' 

Mula-mula ibu nak beli buku ni, aku macam tak menyokong sangat sebab dah terlampau banyak collection 'Sirah Nabi Muhammad SAW' kat rumah aku ni, dengan harganya yang mahal dan cara presentation buku ni seolah-olah memang untuk bacaan kanak-kanak..(yerla kat rumah aku mana ada budak-budak lagi..)
Tapi ibu berkeras jugak nak beli buku ni...

And now, aku terpaksa tarik balik kata-kata aku.
selepas aku baca buku ni..
Buku ni super duper AMAZING!

Mungkin ada yang rasa macam kalau dengar ceramah Maulidurrasul dan Israk Mikraj tu balik-balik penceramah cerita kisah yang sama je kan?.. Dari kecil sampai ke dewasa itulah cerita asas yang kita tahu tentang kelahiran nabi dan serba sedikit perjalanan hidup Rasulullah..

Tapi dalam buku-buku ni, ada banyak 'kisah' yang selama ni aku tak pernah tahu pun dan tidak ada dalam buku-buku sirah Nabi yang lain waima Ensiklopedia Sirah Rasulullah Sekalipun...

So, apa yang aku dapat simpulkan buku ini RINGKAS TETAPI PADAT!

Penggunaan Bahasa Inggeris dia pun tak ada lah yang advance bebeno sampai kena bukak kamus cari setiap perkataan...

Kepada parents yang suka membelikan buku 'bedtime stories' dari barat (Snow White, Cinderella, Robbin hood, etc) untuk anak-anak anda, apalah salahnya dapatkan siri ini. Tak rugi apa pun.. Sebab the whole family boleh baca dan menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan dengan Sirah Nabi Muhammad SAW.

kepada yang belum jadi parents pun nak beli lagilah bagus....Memang TAK ADA RUGINYA beli buku ni...

Wassalam.



p/s : InsyaAllah dalam bulan puasa ni aku akan review semua tajuk dalam siri ini kat sini.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting