Monday, 8 August 2011

Konvokesyen UiTM ke-75 (Perak)


Konvokesyen UiTM ke-75 (Perak) telah diumumkan secara rasminya di Portal Konvokesyen UiTM.



Hari : Khamis
Tarikh : 27 Oktober 2011

Pecahan sidang adalah seperti berikut :


So, untuk ex-CS111-Diploma In Statistics, kita konvo pagi yer.. :)

P/S : Sebelum konvo, pastikan korang alert dengan tarikh-tarikh ni yer..



Thursday, 4 August 2011

THE AMAZING BOOKS!


Assalamualaikum WBT.
Di hari keempat bulan ramadhan ni, aku nak share satu set buku yang sangat menarik untuk dijadikan bacaan..
Mungkin ada yang mengatakan ini adalah 'buku budak-budak' tapi
sebenarnya ianya sesuai untuk dijadikan bacaan oleh semua peringkat umur...

*************************************

Set Buku yang aku maksudkan ialah

The Messengers of Mercy Series : Prophet Muhammad S.A.W.



hasil tulisan 
Hajjah Ayesha Abdullah Scott

diterbitkan oleh
FUTURE TEXT PUBLICATIONS SDN.BHD.

dieedarkan oleh
MADRASAH SAYYIDINA RASOOL UR-RAHMAH

harga
12 Buah = RM 360

Ada 12 buah buku dalam siri ni iaitu :

1) Predictions

2) The Story of Abdul Muttalib

3)The Rediscovery of The Well of Zamzam

4) The Jewish Plot

5) Marriage and Mysteries

6) The Confinement of Aminah


7) The Birth of The Last Prophet

8) The Year of The Elephant

9) Milk Mother and Miracles

10) Return to Mecca

11) Great Losses

12) Bahira The Monk 

*************************************

Secara luarannya buku ni sekali pandang ala-ala buku 'bedtime stories'..
Kenapa?
Sebab buku ni tak tebal tapi besar dan menggunakan 'hard cover' 

Mula-mula ibu nak beli buku ni, aku macam tak menyokong sangat sebab dah terlampau banyak collection 'Sirah Nabi Muhammad SAW' kat rumah aku ni, dengan harganya yang mahal dan cara presentation buku ni seolah-olah memang untuk bacaan kanak-kanak..(yerla kat rumah aku mana ada budak-budak lagi..)
Tapi ibu berkeras jugak nak beli buku ni...

And now, aku terpaksa tarik balik kata-kata aku.
selepas aku baca buku ni..
Buku ni super duper AMAZING!

Mungkin ada yang rasa macam kalau dengar ceramah Maulidurrasul dan Israk Mikraj tu balik-balik penceramah cerita kisah yang sama je kan?.. Dari kecil sampai ke dewasa itulah cerita asas yang kita tahu tentang kelahiran nabi dan serba sedikit perjalanan hidup Rasulullah..

Tapi dalam buku-buku ni, ada banyak 'kisah' yang selama ni aku tak pernah tahu pun dan tidak ada dalam buku-buku sirah Nabi yang lain waima Ensiklopedia Sirah Rasulullah Sekalipun...

So, apa yang aku dapat simpulkan buku ini RINGKAS TETAPI PADAT!

Penggunaan Bahasa Inggeris dia pun tak ada lah yang advance bebeno sampai kena bukak kamus cari setiap perkataan...

Kepada parents yang suka membelikan buku 'bedtime stories' dari barat (Snow White, Cinderella, Robbin hood, etc) untuk anak-anak anda, apalah salahnya dapatkan siri ini. Tak rugi apa pun.. Sebab the whole family boleh baca dan menambahkan ilmu pengetahuan berkaitan dengan Sirah Nabi Muhammad SAW.

kepada yang belum jadi parents pun nak beli lagilah bagus....Memang TAK ADA RUGINYA beli buku ni...

Wassalam.



p/s : InsyaAllah dalam bulan puasa ni aku akan review semua tajuk dalam siri ini kat sini.. :)

Sunday, 31 July 2011

Memori Ramadhan..




Tahun ni InsyaAllah buat pertama kalinya setelah 8 tahun, aku dapat berpuasa di rumah bersama keluarga dari mula sampailah habis ramadhan...

Tapi biasalah manusia kan...
Bila dah dapat puasa kat rumah teringat pulak kenangan puasa dengan membe-membe...
Waktu kat UiTM Perak dulu,


-Cik Nai Vs Cik Teyka-

aku mesti buka pose dengan Nasrah Zamzam... (Kadang-kadang Atikah Ramlan join sama...)
pergi bazar ramadhan sesama...
Tak pernah missed lah walau sehari..(sejak jd roomate)
Sahur pulak mesti aku yang bangun sorang..
Cik Nai and Cik Teyka, suka teguk air je time sahur..
aku plak mesti bedal nasi pepagi buta.. lapo wei nanti kalo tak makan nasi... hehehhe~~~

Tapi paling tak boleh lupa
puasa tahun lepaslah detik perkenalan aku dengan
Air Kelapa Lemon Lychee...
Cinta Pandang Pertama wooo dengan air ni!!!
sebulan pose, hampir tiap-tiap hari beli air ni kat bazar....
ahaks!!!

Yang penting suasana berpuasa di UiTM Perak tak akan berulang lagi.... :(

Oklah...
Sekali lagi,

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
semoga ramadhan ini dapat kita manfaatkan dengan sepenuhnya. 





Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) - PIDN




TAWARAN BIASISWA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA 
MUDA DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) DAN INSTITUSI
PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS) DALAM NEGARA                             
BAGI SESI 2011/2012

Permohonan (online) akan dibuka pada 1 OGOS 2011 hingga 7 OGOS 2011

di



Maklumat Ringkas tentang syarat-syarat kelayakan permohonan 2011 (sini-pdf)
dan
FAQ PIDN 2011 (sini-pdf)

p/s: Good luck yer untuk semua yang memohon.. :)

Saturday, 30 July 2011

Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Tahun 1432H/2011M


Negeri Johor
Zon 4 : Batu Pahat, Muar, Ledang, Segamat dan Gemas
(klik sini untuk download pdf)


p/s: Tahun ni rakyat Johor tak merasa ler berbuka pose pukul 6 lebih..... huhuhu~~~

Untuk Negeri-negeri dan daerah-daerah lain seluruh Malaysia sila klik (sini)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting