Monday, 21 March 2011

TAKUT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

blogger-emoticon.blogspot.com.TAKUT.blogger-emoticon.blogspot.com
Hmmm..
Semua orang mesti ada rasa takutkan....
Walaupun apa yang ditakutkan itu tak sama antara satu sama lain,
tapi TAKUT itu tetap wujud dalam diri semua orang...

Ramai yang suka menggelakkan ketakutan orang lain...
Tak terkecuali AKU..
hehehe~~

tapi bila dah kena kat batang idong sendiri???
"Nothing Else I Can Say"

Tapi dalam banyak-banyak benda yang aku takut,
Aku SUPER DUPER takut kat 2 benda ni...
Aku pun tak tahu kenapa aku takut sangat...
P/s : Member aku pernah cakap, Kalau teringin sangat nak tengok Ehda menitiskan air mata,
boleh la try guna benda-benda ni.


1. KATAK . FROG . KATAK

Katak ni aku GELI & TAKUT!
Ingat zaman kat hostel dulu...
Aku sampai menangis kat ampaian baju sebab ada katak kat depan aku
sampailah membe-membe aku datang "menyelamatkan" aku..
huhuhu~~

Salasilah ketakutan aku dengan katak ialah gara-gara ABANG aku,
Eddy Suffian bin Mahmud!
"Di suatu malam yang hening........... Aku sedang tidur dengan lenanya.....
Tiba-tiba................... Abang aku kejut..
Bila bukak mata je, tengok-tengok ada katak GEMOK depan muka aku!!"
(Abang aku pegang katak tu,
then goyang-goyang katak tu depan muka aku yang comel ni.)
Apa lagi, dah la tengah mamai.. Menjerit + Melalak la jawabnya...
Abang aku???
Ketawa besar je la...
Then, sejak tu, memang aku tak boleh nampak katak..
Katak tu sebatu depan aku pun, aku dah menjerit...
huhuhuhuhu~~~~~~

Nasib baiklah dulu waktu Biology,
sekolah aku memang tak buat experiment Bedah katak
atas sebab-sebab tertentu...
Kalau tak.....
Kompem aku PONTENG sekolah waktu tu.

2. Menjadi Pembonceng Motorsikal.

Penunggang???
Aku mana reti nak bawak motor..
so??
Tak ada la istilah takut menjadi "penunggang motorsikal".
hehe~~

Yang ni aku start takut sejak menjadi pembonceng motorsikal
kepada kazen aku, Mohd Amli!
Salah seorang penunggang yang sangat TAK BERHEMAH!
Bawak motor mengalahkan nak masuk Grand Prix.
Sampai nyaris-nyaris nak masuk parit!
Sejak tu memang aku tak berani menjadi pembonceng motorsikal.
tak kiralah siapa pun yang bawak...

Yang aku berani hanyalah,
DUDUK atas motor yang tak bergerak.

(kredit kepada AM, my clasm3 sebab bagi aku naik motor ni.
Suka motor ni sebab dia warna MERAH!!!)

Eksyen je lebeyh!!
hehehe~~


Friday, 18 March 2011

Lost World of Tambun

yeah!!

aku nak update cerita yang dah genap seminggu berlalu!
ni cerita hari Sabtu lepas (12 Mac 2011)
Insyaallah, ia akan menjadi hari yang diingati + dikenang oleh kitorang berlima
(Aku, Echa, Erni, Aida dan Ana)
senang kata tak boleh lupa la...
sebab???
Macam-macam yang tak pernah happen..telah ter'happen' pada hari itu...
ish..ish..ish...

Ok lah mula cerita...
Kitorang memulakan perjalanan seawal pukul 8.30 pagi
dari rumah si 'Haikal kereta sewa'...
Sewa Kancil warna putih no plat WLY.....(tak ingat dah..)
dan aku menjadi Driver terhormat pagi tu.

Satu yang tak bestnye sejak mula 'trip' ni adalah
keadaan aku yang baru baik demam but still ada batuk blogger-emoticon.blogspot.com+ selsema.huhuhuhu~

First tempat yang kitorang tuju adalah kedai makan kat Pusing.
Masing-masing dok 'ngidam' nak makan Nasi Lemak.
So?? Layaaaaaaannzzz..Sampai licin............blogger-emoticon.blogspot.com

Bila dah kenyang..
ada la pulak yang dah mula nak buat appointment ngan Dr.T (tandas)..
Nasib baikla sebelah ni ada PETRONAS..
tunggu mereka-mereka ni 'memerut'
aku and Erni sempat :

oopps!! jangan salah paham.
Bukan kami bermesej-mesej!!
Ini namanya sedap berentap main game "Snake"!.
tau tak game apa tu??
ala... game yang ada kat enpon "itam putih" tu....
game pemes enpon tige-tige sekupang (3310)!!
Ingat??Ingat???
haa... inilah hobi kami sejak kami sesame pakai enpon Nokia rm85 aka Nokia 1280 tu....
(Ish. dah lah pakai enpon same ngan erni.. 'pesen' baju n selendang lebeyh
kurang la pulak hari ni!!!)

Lepas semuanya settle...
meneruskan perjalanan ke destinasi utama...
mana??
LOST WORLD OF TAMBUN!!

lebih kurang pukul 10.00 pagi,
kitorang pun sampailah kat tempat parking Tambun...
Dengan penuh ke'excited'an nya, keluarkan segala beg
dari bonet...
Siap semua tutup tingkap rapat-rapat, kunci semua pintu and last TUTUP BONET.
(kereta sewa ni tak ada alarm)
Tiba-tiba....
JENG! JENG! JENG! JENG!!!

KUNCI KERETA TERTINGGAL KAT DALAM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

AAARRRRRRRRRGGGHHHHHH!!!!!!!!!!!!!

apa lagi...
mula la nak menggelabah...
try "korek" guna kunci lain lah...
at last...terpaksalah tebalkan muka call Abang kereta sewa.
huhu~~~~~~~
Nasib baiklah abang tu tak marah.. dia just dok gelakkan kitorang je...
and dia setuju nak datang memberi "bantuan" kat kitorang....
So... tak payah fikir pasal kunci kereta lagi...
JOM. ENJOY!!!!blogger-emoticon.blogspot.com

ooops.. sebelum tu..
beli tiket dulu..
kopak-kopak...
tiket je dah RM 38.00....
hmmmmmmmmmmm............................

macam-macam lagi sebenarnya yang berlaku waktu kitorang kat 'dalam' ni...
tapi aku tak mau cerita... Biarlah kitorang je yang tau..
and kitorang memang langsung tak amek gambar kat dalam.. sebab...
tak payah lah..
(Private n Confidential!)
hehehe~~~

Kitorang plan nak kat Tambun sampai pukul 1.00 je..
sebab Erni nak naik train balik Seremban pukul 2.00 petang...
tapi disebabkan ber "thing-thing" yang berlaku kat dalam tu,
ktorang terpaksa ubah plan...
Aku and Ana je yang keluar pukul 1.30 petang..
Pecut hantar Erni g stesen keretapi..


Aida and Echa tinggal dulu kat Tambun...
lepas hantar Erni, kitorang patah balik pergi Tambun..
Amek Echa n Aida....
Waktu ni lah baru berkesempatan nak amek gambar....
tapi yang tak bestnya sebab Erni dah "tak ada"...
huhuhuhu~~




lepas dah puas berposing di bawah panas terik tu...blogger-emoticon.blogspot.com
dengan kepala aku yang mula *kenoneng.
terpaksa telan panadol..
teruskan jugak pergi GM...
Dak-dak ni nak cari baju dinner...
sempat makan jap kat MB...
Rindu nak makan bubur MB..blogger-emoticon.blogspot.com
yummie..yummie...


lepas pergi GM,
gerak pergi Ipoh Parade plak...
kali ni aku cari heels untuk dinner...
kali ni tak berapa nak tinggi..
just 4 inch setengah je....


Kasut yang mencetuskan "Perang Mulut" antara aku n ibu...
Besela..
bila aku beli barang warna merah or adik beradik merah...
kompemla ibu membebel...
sebab ibu sedang dalam usaha mengurangkan kadar ke'fanatik'an aku terhadap "merah serta kaum kerabat merah"
huhuhuhu~~~~
tapi macam biasa la...
jawapan aku :
"Biarla.Biarla.Biarla"

sampai kat Seri Iskandar dah dekat pukul 8.00 malam..
Singgah makan dulu kat Taman Maju...
Then baru pulang kereta sewa...

hmmmm....
yang peliknya tapi kitorang tetap bersyukur
sebab Abang kete Sewa tu tak caj langsung pasal insiden tertinggal kunci tu..
Kitorang just bayar duit sewa kete je...
rasa bersalah la jugak...
Bukannya dekat dari SI nak ke Tambun....
and yang paling penting.. memang kitorang yang bersalah...
huhuhu~~~

*kenoneng ---> pusing / pening



Thursday, 10 March 2011

She's My Idol!!!

02032011
Selamat Hari Lahir yang ke-58 & Selamat Bersara IBU!!
Selepas 36 tahun berkhidmat sebagai seorang guru,
akhirnya ibu, Pn. Hjh. Rashidah binti Husin bersara genap usia 58 tahun.
Melepaskan jawatan sebagai seorang Guru Besar
yang telah disandang lebih daripada sedekad.

Ibu merupakan idola aku..


Aku sangat mengagumi ibu..

Aku kagum dengan semangat dan jiwa pendidik yang ibu ada..
Sehinggakan, dahulu kami sebagai 'anak ibu' terasa bahawa
ibu lebih mementingkan anak didiknya daripada kami..
Masa yang ibu habiskan di sekolah lebih panjang
daripada masa yang ibu habiskan di rumah bersama kami..
Ibu turut berusaha sehabis daya menaikkan setiap sekolah yang "dipegang".
Tak pernah berkira dengan wang yang dibelanjakan
untuk "sekolah-sekolah"nya..
Sampaikan ada ketikanya, aku meluahkan ketidak puasan hati,
bila ibu tak "claim" perbelanjaan sekolah yang telah didahulukan.
Namun, jawapan ibu mudah
"Biarlah ia menjadi sebahagian Amal Jariah ibu".
Bila melihatkan komitmen ibu terhadap tugasnya sebagai pendidik,
aku sendiri pernah "memberontak" dan merasakan
bahawa ibu lebih mengejar harta dan wang ringgit
daripada memberi kasih sayang kepada kami..
(Hujung minggu ibu dipenuhi dengan mengajar kelas-kelas fardhu ain bagi "kaum ibu", kelas-kelas Al-Quran (Asas + Taranum) untuk anak-anak muridnya, dan memenuhi jemputan ceramah-ceramah agama.- Masa ibu dirumah terlampau terhad.)
Namun,bila aku "dah besar", barulah aku faham..
Sesungguhnya, ibu melakukan semua itu
demi memastikan setiap "murid"nya celik
dengan ilmu-ilmu ukhrawi.

*Aku tahu ramai anak-anak murid ibu yang "Gerun" dengan ketegasan ibu. Ibu memang tegas dalam mendidik. Namun aku tahu Ibu sangat SAYANG akan anak-anak didiknya. Marahnya bersebab.. Lembutnya juga berpada..

Aku juga kagum dengan ketabahan ibu..
Kehilangan suami dalam keadaan yang agak mengejutkan.
Memegang tittle "Ibu Tunggal" ketika anak-anak masih kecil
(Sebelum ibu berkahwin dengan Abah),
memang banyak ujian yang terpaksa ibu tempuh..
Mengadap kerenah anak-anak yang "berubah" selepas kehilangan Ayah..
Belajar "mendekati" semula anak-anak.
(Sebelum Ayah pergi, kami lebih rapat dengan ayah. Makan, minum, tidur semua "nak ayah")
menghadapi stigma masyarakat terhadap title "Ibu tunggal"
dalam kesibukan tugas sebagai seorang Guru Besar..
Bukanlah sesuatu yang mudah...
Orang sekeliling hanya boleh meluahkan simpati
tapi yang menanggung semuanya tetap ibu.
Tapi Ibu tak pernah menangis di depan kami waktu itu..
Aku tahu ibu sedih, namun ibu sembunyikan kesedihan itu
agar anak-anak ibu "kuat" menempuh semuanya...

Aku turut bersyukur..
Ibu seorang yang sangat-sangat mementingkan pelajaran.
Ibu tak pernah mengharapkan hadiah lain daripada anak-anaknya
selain daripada KEJAYAAN.
Aku teringat bagaimana hancurnya hati ibu melihat result SPM aku dulu.
Aku "dipulaukan" ibu hampir sebulan.
Akhirnya, ibu berkata
"Ibu bukan tak menerima ketentuan yang ditetapkan oleh Allah S.W.T, tapi ibu kecewa kerana ibu tahu kemampuan Adik. Adik yang mensia-siakannya."
Kerana kata-kata itulah,
aku berusaha untuk bangkit semula sekarang.
Aku tak mahu air mata kesedihan + kekecewaan ibu
terhadap aku mengalir lagi.
Itu janji aku!

Merisik-risik aktiviti ibu selepas bersara,
Macam-macam plan yang telah diatur..
Biarlah.. Sukati ibulah nak buat apa pun....
Cuma aku tertarik dengan kata-kata ibu :
"dah sampai masanya ibu kembali kepada masyarakat kampung sendiri. Curah bakti pada penduduk kampung.
Selama ni dok bermasyarakat dekat kampung orang je. Jarang nak bersama kampung sendiri"
(Memandangkan ibu tak pernah dihantar bertugas dikawasan kami tinggal, jadi hubungan ibu lebih rapat dengan penduduk-penduduk di sekitar sekolah ibu bertugas.)

blogger-emoticon.blogspot.comUntukmu IBU..blogger-emoticon.blogspot.com

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu

Friday, 4 March 2011

Anugerah Dekan (oktober 2010)


02.03.2011 (Rabu)
DSI Baru, UiTM Perak

Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Dekan bagi Peperiksaan Oktober 2010


Alhamdulillah..
Buat kali terakhir aku dapat berada kat dalam DSI untuk ambil sijil ni...
(yerla.. lepas ni dh tak ada kat Perak.......huhuhu~~)

Tema aku : MERAH!!!


Kali ni part 6 hanya kami ber-4...
Aku, Erni, Anik, dan Aida.

(Anik - Aida - Ehda - Erni)

Aku, Erni & Anik dapat duduk sesame..
Almaklumlah susun ikut Alphabet...


Aida je yang tersesat jauh sikit...


Majlis kali ni berbeza dari sem-sem lepas...
Selalunya majlis ni diadakan 2 sesi. (Sesi Pagi & Sesi Petang)
tapi kali ni hanya ada satu sesi sahaja.

Nombor giliran kitorang 624++..
Memang superb ngantok dok menunggu turn....



Nak menghilangkan ngantok tu try la usha notes MR (Marketing Research) yang Erni bawak..
Kononnya nak study la....



Tapi.......
MAKIN BERTAMBAH NGANTOKS!!!!!

at last....


Aktiviti paling berfaedah dan bermanfaat...

Bila Ehda + Erni + Kamera =

Akhirnya pukul 12.00++ tengahari, turn kitorang pun sampai.. :)


Majlis berakhir sekitar pukul 1.30 petang..
Habis je majlis, sempat berGOSIP + snap pics.
hehehe~~


Dah puas memenuhkan memory card camera,
barulah kitorang dok bersesak-sesak untuk tempahan gambar..
huhuhu~~
Hampir pukul 2.00 ptg barulah kitorang kembali ke bilik terchenta!!


Wednesday, 2 March 2011

Degree??

Permohonan untuk Penerapan Pelajar Semester Akhir Diploma UiTM ke Ijazah Sarjana Muda UiTM blogger-emoticon.blogspot.com telah dibuka mulai 1 Mac 2011 hingga 31 Mac 2011.

Tadi aku minta tolong ibu belikan no.pin dekat BSN.
and tadi lepas maghrib ibu dah sms no.pin tu..
berdebo-debo jantung aku nak buka website (klik sini) untuk permohonan tu.

actually, aku belum betul-betul pasti nak pilih course apa..
tapi memandangkan benda ni boleh diupdate sebanyak 3 kali..
aku apply je dulu berdasarkan apa yang aku dah 'ter'decide hujung sem lepas..

setakat ni, aku pilih ni dulu :

takut juga ngan pilihan aku ni..
dibuatnya aku "ter"dapat sc.aktuari, boleh G.I.L.A. aku dibuatnye..
blogger-emoticon.blogspot.comOOUUHHH. Ngeri!!!

aku pon terus isi-mengisi borang ni..
borang penerapan pun siap mintak result SPM!!
Nasib baik la dia mintak 12 subjek je..
Boleh nyorok result BIOLOGY aku yang hampeh tu. heheehhehe~~

ok settle bab result SPM..
tiba-tiba..
(Tiba-tiba langkahku terhenti.....................ooops ternyanyi plak)
ternampak pula ruangan ni :

adeh!!!!
ni yang aku lemah ni..
kena isi kegiatan kat sekolah dulu..
kalau setakat aktiviti persatuan & Badan Beruniform, aku tak kesah
tapi..
Bila tiba bab SUKAN....
OH NO!!!!
blogger-emoticon.blogspot.comdah la aku ni kaki "kerusi"..
huhuhu~~
Adoihai................

hmmm..
at last after siap isi mana yang patut, aku terus klik hantar..
Now, ada 3 lagi chance untuk kemaskini apa yang patut..

Aku rasa aku nak jumpa Penasihat Akademik (P.A.) aku, Pn Hjh. Zurina Mansor dulu before aku buat final decision & update.
Nak tanya pendapat my P.A.

entahla serabut la otak aku ni nak fikir nak ambil apa degree nanti..
Cuma satu je harapan aku....
Tak kira la apa pun program yang aku apply and dapat nanti..
Aku harap, aku tak dihantar Timur or Utara lagi...........blogger-emoticon.blogspot.com



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting