Sunday, 20 January 2013

Ular oh Ular


Halllloooooooooooooooo~~~~

Malam tadi reban ayam ibu aku telah diceroboh oleh seekor ular sawa...
Namun kami hanya menyedari kewujudan ular itu lebih kurang pukul 8.15 pagi...
Ular sawa yang sedang tidor kekenyangan di dalam reban ayam...

Daripada 21 ekor ayam dalam reban tu, hanya 7 ekor sahaja terselamat...
6 ekor telah selamat dibaham...
8 ekor berjaya dibunuh....

Innalillahiwaiinailaihiraji'un...

Sebab size ular yang agak besar, terpaksa la panggil bomba...




Namun ad beberapa kekesalan daripada pihak kami...
Tak nak cerita banyak, bacalah status Facebook aku ni :



Inilah yang aku kesalkan.....
Ini bukan pertama kali jadi macam ni...

Baik bomba, polis, or ambulans sama je..

kenapa aku cakap macam tu???

aku pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya,
hubungi polis traffic berkali-kali, tak sampai-sampai..
lebih dari 1 jam..
at last gunakan sedikit kekerasan,
(Telefon, tengking + Ugut) baru la polis sampai...

Ambulans??
di hari kejadian juga
mangsa dah dibawa ke hospital oleh orang-orang awam setelah terlampau lama menunggu dan dah mula tak sedarkan diri, baru terkedek-kedek ambulans nak datang.

Apa semua ni?????
Tak kan nak jadi macam di negara India kot.
Delivery Pizza lebih cepat dari bantuan kecemasan! 

p/s: Maaf andai ada yang terasa. just bercakap melalui pengalaman yg aku lalui.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting