Tuesday, 22 January 2013

Kasihan Si Tobi..

Meh, aku nak introduce kat korang ni

she is TOBI.

Ini kucing Mama (My Aunt)
Tobi ni anak kepada SiTam
(p/s:Nama x glemer langsung!! hahaha)

****************************

SiTam seekor mak yang zalim!
Dia tak nak menyusukan si Tobi ni...
Tobi tersangatlah kurus...
Kekurangan zat & sentiasa mengejar mak nya untuk mendapatkan setitis susu...
Walaupun ditendang & di 'marah' oleh emaknya, Tobi tetap tidak berhenti berusaha untuk meraih simpati & kasih sayang SiTam..





****************************

Aku, ibu & mama tak sampai hati tengok keadaan si Tobi ni..
So, ibu terus ajak aku belikan susu + botol susu untuk SiTobi ni..

Cara yang kami buat untuk Josh dulu..feed him by using bottle....

Kami beli di sini:


Such a nice & clean Pet Shop!!!

Now, Tobi minum susu guna botol susu ini!!!!


yeah!!!!!


Rindu sangat nak ada kucing kecik... Rindu nak susukan kucing dengan botol susu macam josh kecik-kecik dulu!!! 





Sunday, 20 January 2013

Ular oh Ular


Halllloooooooooooooooo~~~~

Malam tadi reban ayam ibu aku telah diceroboh oleh seekor ular sawa...
Namun kami hanya menyedari kewujudan ular itu lebih kurang pukul 8.15 pagi...
Ular sawa yang sedang tidor kekenyangan di dalam reban ayam...

Daripada 21 ekor ayam dalam reban tu, hanya 7 ekor sahaja terselamat...
6 ekor telah selamat dibaham...
8 ekor berjaya dibunuh....

Innalillahiwaiinailaihiraji'un...

Sebab size ular yang agak besar, terpaksa la panggil bomba...




Namun ad beberapa kekesalan daripada pihak kami...
Tak nak cerita banyak, bacalah status Facebook aku ni :



Inilah yang aku kesalkan.....
Ini bukan pertama kali jadi macam ni...

Baik bomba, polis, or ambulans sama je..

kenapa aku cakap macam tu???

aku pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya,
hubungi polis traffic berkali-kali, tak sampai-sampai..
lebih dari 1 jam..
at last gunakan sedikit kekerasan,
(Telefon, tengking + Ugut) baru la polis sampai...

Ambulans??
di hari kejadian juga
mangsa dah dibawa ke hospital oleh orang-orang awam setelah terlampau lama menunggu dan dah mula tak sedarkan diri, baru terkedek-kedek ambulans nak datang.

Apa semua ni?????
Tak kan nak jadi macam di negara India kot.
Delivery Pizza lebih cepat dari bantuan kecemasan! 

p/s: Maaf andai ada yang terasa. just bercakap melalui pengalaman yg aku lalui.

Thursday, 3 January 2013

EXAM MODE:INTERMEDIATE REGRESSION ANALYSIS

Miss Lisa (Penasihat Akademik) kata:

"Kalau budak stat tak dapat A untuk Regression, memang tak patut jadi budak stat"

waaaa~~~
Takutnyer...
Patut ke tak aku ni jadi budak stat??
kena tunggu la resultnya nanti..
huhuhuu~~~



selesai sudah paper Intermediate Regression Analysis (STA600)..
Susah ke Senang??
Tak tahulah nak cakap..
Kalau Calculator pun pening,
apatah lagi orang yang menekan calculator ni..
Calculator pun 'terpejam-pejam' nak keluarkan jawapan...
Kalau tambah 1 jam lagi exam tadi,
ada potensi terus Innalillah calculator aku tu...

kenapa????

tengok ni :




Berapa banyak titik pepuluhan daaaaaaaaaaaaaaaaaa....................



Tuesday, 1 January 2013

Doa & Harapan...


Selamat Tahun Baru 2013!!
Oh no!!!
Tahun ni dah nak musuk umur 23 okay!!!!
2 more years.....

apa yang 2 more years lagi tu??
2 more years untuk mencari mr.right to be mr.hubby la!!
AAAmin..
merenyam! hahahha~~
Tak salah kan rasanya nak pasang cita-cita tu..hehe

so, tahun 2012 telah pun berlalu..
pada aku 2012 banyak ujian yang datang..
ujian kepada family..
ujian dalam pelajaran...
ujian dalam percintaan persahabatan...
tapi Alhamdulillah,
penutup 2012 diiringi dengan beberapa berita gembira..
Alhamdulillah..

Azam aku adalah untuk sentiasa berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang KeBaBoOOOoom !!!
bukan untuk kepuasan diri aku sendiri sebaliknya yang paling aku utamakan ialah
kegembiraan + kepuasan ibu aku.
that's my priority!

Ya Allah,
terima kasih diatas nikmat yang telah Engkau berikan
setelah hampir 23 tahun Engkau hidupkan aku dimuka bumi ini...
Ya Allah,
aku tidak meminta lebih, aku hanya ingin
melihat kegembiraan+keceriaan+kebahagiaan ibuku..
Ya Allah,
Lapangkanlah hati ibuku..
Tunaikanlah segala impian + harapan ibuku...
Bukalah pintu rezeki yang luas untuk ibuku.
Berikanlah kesihatan yang baik + berpanjangan buat ibuku..
khabarkanlah berita gembira buat ibuku..
kerana dia adalah ibuku..
sumber inpirasiku..
sumber ketenanganku..
dan dialah syurgaku......

Amin Ya Rabbal 'Alamin


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting