Thursday, 23 February 2012

AYAM MENETAS!!


hampir 22 tahun aku hidup dekat muka bumi ni,
inilah kali pertama aku tengok anak ayam menetas dari mula anak ayam tu buat tebukan lubang kecil sampailah anak ayam tu keluar sepenuhnya daripada cengkerang telur...

Ini antara gamba yang sempat aku snap..
Tak banyak, sebab aku record proses ni..
try upload, lama la pulak...
Almaklumlah aku ni guna celcom berukben je....
Jom tengok gamba ni :




Yuran Oh Yuran..


Tinggal lebih kurang seminggu je lagi masa yang ada untuk bermalas-malasn di rumah...
berdebar-debar hati ni nak melangkah ke semester 4, semoga aku terus diberikan oleh Allah S.W.T kekuatan mental + fizikal untuk terus berusaha demi mengenggam segulung ijazah sarjana muda bersama "selempang pink".  
Doakan aku okay.. =D

Hari ni usha portal Bendahari UiTM..
Bil yuran dah sedia menanti...


Duit nak membayar je yang tak menanti lagi....
Hopefully, JPA cepat bank in kan duit untuk semester 4 ni...

Alhamdulillah,
aku sangat-sangat bersyukur duduk UiTM...
Yuran sangat murah!!
Hanya RM500/semester...
(Waktu diploma yuran ialah sebanyak RM440/semester..)


~~ UITM DI HATIKU ~~

Wednesday, 22 February 2012

Oi Ehda, BERSYUKURLAH!!!

Alhamdulillah...
Result degree semester 3 aku telah selamat sampai ke inbox yahoo aku awal pagi tadi..


hmmmmm....
result yang tidak memuaskan hati aku...
Alhamdulillah still DL,
tapi aku tak peduli, aku nak cakap gak
sebab aku dah tak akan ambil subject computer science lagi.
ayat yang selama ni aku sentiasa tahan jangan sampai terkeluar dari mulut aku..
AKU BENCI + MENYAMPAH + TAK SUKA SUBJECT ITS410!!!
kerana satu subjek, GPA aku rendah!!!!!!!
(Balasan selalu ponteng class ni kowt.. hahahha~~)

Tapi SYUKUR ALHAMDULILLAH,
apa yang aku sentiasa minat 
A dan A+ dalam genggaman..
LUV YOU STATISTICS + MATHEMATICS!!!

p/s: to all my classmates, ak tak nak bgtaw result aku.. kira la sendiri... untuk minimal prediction korang, yg IS tu letak la grade pling rendah.. tq...

Friday, 17 February 2012

Apalah Nak Jadi.....


Entry kali ni pula aku nak
melahirkan rasa kecewa terhadap
masyarakat hari ini..

Aku rasa sangat-sangat kecewa & terkilan
bila masyarakat kampung aku semakin berpecah
dek fahaman politik.

Dulu isu surau...
Surau ni khas untuk penyokong BN...
Surau yang lagi satu ni pula khas untuk penyokong PAS..

Yang terbaru ni
berkaitan Kelas Fardhu Ain + Al-Quran kaum wanita..
Kelas ni telah dimulakan oleh pihak KEMAS
di kampung ini..
Terbuka untuk semua penduduk kampung.
Alhamdulillah ianya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Namun,
baru-baru ini muncul satu lagi pihak
yang menganjurkan kelas dengan konsep yang sama
tetapi khusus untuk golongan wanita daripada pihak yang lagi satu dan tenaga pengajarnya juga terdiri daripada pihak yang lagi satu..

Kampung ni tak sebesar mana pun...
yang pergi kelas pun tak sampai 100 orang..
Tapi berpecah ikut fahaman politik..
Siapa sokong BN pergi yang anjuran KEMAS
Siapa yang sokong pihak lagi satu, pergilah kelas yang lagi satu....

Adoihai...
Apalah nak jadi.....

tapi
Tak kisahlah..
Sukati korang lah nak pergi kelas yang mana pun..
Yang penting ada inisiatif untuk menuntut ilmu dan ilmu yang dituntut tu tak bercanggah dari syariat Islam yang sebenar...

cuma satu je yang aku nak kita renung bersama;
"Dalam kubur nanti, Malaikat Mungkar dan Nakir tak tanya soalan ikut fahaman politik di dunia yer.."  

Kenapa Marah?


Entry ni kesinambungan status FB aku ;


Kenapa aku marah sangat??

yer memang betul, ini seakan isu remeh bagi anda semua.
tapi tidak bagi aku..
Sebab nama itu adalah satu doa...
Sebab itulah sebagai seorang muslim kita disunatkan memberi nama yang elok dan baik kepada anak..

berikutan isu penggunaan simbol pada nama
sebenarnya dah lama aku perhatikan..
Bukan hanya penggunaan ( - ) tetapi juga penggunan ( ' ) sudah tidak dibenarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara..

penting ke simbol ini???

YA!!

kenapa??

Ibu aku menggunakan kesinambungan perkataan Arab dalam nama aku..
 Dalam "tulisan arab" ianya ditulis seperti ini:


sebutannya ialah "Ehdannajihah"

tapi ibu aku menggunakan ejaan rumi
"Ehda Al-Najihah"

Mengapa wujudnya "AL-" sedangkan ianya tidak selari dari segi sebutannya?
aku pernah bertanya dengan ibu berkaitan dengan nama aku ni,
jawab ibu, ibu tak nak orang abaikan atau terlepas pandang kewujudan "alif" dan "lam" dalam perkataan "Najihah" itu.
Sebab itu ibu letakkan "AL"..

Ibu tak nak mereka terlepas pandang sepeti penggunaan nama "Nurul"
Ramai yang menganggap "Nur" atau "Nurul" itu adalah sama yang bermaksud cahaya..
Tetapi penggunaan "Nurul" tidak boleh berdiri dengan sendirinya kerana ia adalah kesinambungan perkataan "nur + Al-_______"
Barulah ianya membawa maksud..
Ramai yang eja "nurul" seperti ini :


Ianya tidak salah dari teori tulisan jawinya..
tetapi ianya tidak membawa maksud dari aspek bahasa arab nya..
kerana dalam teori mengeja menggunakan abjad jawi ianya mengambil kira sebutan dalam Bahasa Melayu.. 
sebab itulah dalam huruf jawi wujud huruf  seperti "Cha" dan "Ga"
sedangkan huruf itu tiada dalam huruf arab...

Jika berniat hendak menamakan anak menggunakan perkataan arab yang membawa maksud ini,
ianya perlu ditulis begini :



Kenapa mesti ada (-)??
Sekiranya tanpa kehadiran (-);
EHDA AL NAJIHAH
anda akan baca satu persatu mengikut sebutan baku.
Betul??

ha.. sebab itulah ibu letak (-);
EHDA AL-NAJIHAH
"AL-NAJIHAH" itu adalah satu perkataan yang membawa satu maksud
dan menunjukkan dengan jelas perkataan itu disunting dari perkataan Arab
ditulis mengikut ejaan Bahasa Melayu..
dan tidak sesekali "Me-melayukan perkataan Arab"
perkataan Arab kekal perkataan Arab..

Ok.. jelas??
Sebab tu lah aku GERAM + MARAH bila "mereka-mereka" ini menghilangkan (-) kat nama aku tu.......


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting