Saturday, 15 October 2011

Made In Malaysia!!


Marilah beli barangan buatan Malaysia!!

pergh!
apa kes aku gila berkempen
'Belilah Barangan Buatan Malaysia'
neyh????

sebab..
Aku rasa HAPPY GILA!!!!!

sebab..
buat pertama kalinya dalam hidup aku
aku berjaya memiliki
kasut bertututup DEWASA!!!
first tyme neyh!!!
sebelum ni kalau nak pakai kasut bertutup mesty kene pakai yang bebudak punya...

Akhirnya penantian aku selama ni berakhir....

semalam,
first tyme aku jejakkan kaki ke FABIANO RICCO..
kedai Made in Malaysia neyh...



Kat sinilah aku berjaya memiliki :



Size 3!!
dengan harga serendah RM79.90!!

Jimat wet aku.... hehehe~~~


walaupun aku kena gak pakai pengalas,
but its okay la!
yang penting tak tercabut2 aku pakai.
hehehe~~
walaupun Nautini and Niko, pun ada gak jual size 3
tapi aku still tak boleh jugak pakai walaupun letak pengalas...
huhuhu~~

Now, aku dah tau mana nak cari kasut lepas ni...

Belilah barangan butan Malaysia!!


Tuesday, 11 October 2011

Oracle SQL Developer


Setelah berkurun menunggu..
Akhirnya berjaya jugak aku mendownloadnya :


So, kawan-kawan yang belum ada software ni
sila download dengan meng-


Korang perlu Sign Up dulu then baru boleh download yer..
Ikut je arahan kat situ..
As easy as ABC..
:D

or

Kalau malas sangat, jemput ke bilik aku (GURL ONLY!) bersama thumb-drive anda dan boleh dapatkan installernya pada aku..... 

p/s: Jangan lupe wat esemen yer...

Mai Secawan...


Mai Secawan...................



Kopi Radix ni telah diperkenalkan oleh Aida...

Aida ni 2 x 5 je ngan aku..
over sensitip ngan Nescafe n coffee...

Then, dia berjaya menemui kopi Radix ni yang sesuai untuk golongan-golongan seperti kami...

Alhamdulillah..
Sekian lama tak minum coffee sbb melindung kepala tersayang dari ancaman Migraine,
akhirnya dapat jugak aku bedal coffee...
Radix pown Radix la....

Nak cerita pengalaman aku dengan Radix ni..

First time aku minum,
2 HARI AKU TAK TIDUR!!!!
pergh!
trauma kejap aku nak minum..
tapi next-next-next time, OK je...

setelah hampir 6 bulan tak minum radix
disebabkan kepayahan untuk mendapatkan stok,
akhirnya dapat gak minum Radix ni pagi tadi...

nak tahu apa kesannya selepas 6 bulan tak minum?????

Hari ni mulut aku terlebey aktif!
Nak bercakap je kejenye!!!
Tak letih ok!
Orang yang mendengar je yg letih kowt...
hehehe~~~
*tapi......hakikatnya ada kaitan ngan Radix ke????*

hahahahhahahahhahha~~~~~~~~~~~~~


Thursday, 6 October 2011

A+B+C = R+M+3


Cuba selesaikan equation kat atas tu.
siapa dapat jawapannya?????

AH! Lambatlah korang ni!

Jawapannya ialah :


Yang dinikmati oleh 4 sahabat :

-Ain-

-Echa-

-Nai-

-Jiha-

Di waktu petang....

di 


DC, UiTM Shah Alam....


Wednesday, 5 October 2011

Petua Bangun Di Awal Pagi


Bila sebut Awal Pagi (2.00am-5.00a.m),
Ramai yang mengeluh tak boleh bangun kan..
Biasanya cita-cita memang tinggi....
Aku nak bangun kol 3.00 pagi la..nak study.
Tapi hasilnya??
Hampeh.........

Meh aku share beberapa petua yang aku buat untuk bangun pepagi buta and study...

********************************************

1) Niat Sebelum Tidur 
Makesure korang tanamkan niat didalam hati yang korang nak bangun pukul _______ pagi untuk study...
Jangan sesekali buat niat begini:
Kalau aku TERsedar pukul _______ pagi, aku nak study.
atau menyimpan 'mind set' seperti ini :

Aku ni memang TAK BOLEH nak bangun awal-awal pagi la...
KOMPEM memang korang tak akan TERsedar!

pasang niat seperti ini:
Aku MESTI bangun pukul _______ pagi untuk STUDY!


2) Tidur malam awal.
Kalau dah memang plan nak bangun awal pagi, jangan ler tido malam lewat....
Memang korang TAK AKAN larat nak bangun pepagi buta...
Korang perlukan at least 5 jam untuk tidur, sebelum bangun pagi..
(Bangun pagi yang terus tak tidur sampai hari esok)
So, Kalau korang nak bangun pukul 3.00 pagi contohnya, tidurlah pada pukul 10.00 malam...

3) Pasang ALARM CLOCK

Apa guna iPhone n BB korang tu kalau tak boleh set alarm???
Pasang alarm untuk beberapa waktu..
Contohnya, if korang nak bangun pukul 3.00 pagi,
make sure SEKURANG-KURANGNYA buat DUA alarm..
Alarm 1, setkan pukul 2.30 pagi and 
Alarm 2, setkan pukul 3.00 pagi...
(Nak buat lebih pun tak apa...)
Tujuan???
Ini bagi mengelakkan isu 
Aku ingat nak tambah tido 5 min je lagi tadi, tapi terus terlajak pulak sampai ke subuh. 
baca petua 1-3, semua standard kan???
ok, lepas ni aku bagi petua dari aku plak...
hehhe~~

4) Jangan sembahyang isyak dahulu.

AMARAN!!
korang kena makesure korang dah betul-betul kental dengan GODAAN SYAITAN yang bertenggek kat mata korang tu...

Lumrah la tu bila set jam pepagi buta, tapi bila sampai masanya MALAS GILA nak bangun...
So, untuk melepasi, fasa kemalasan tu,
kena cari la sumthing yang kita tak boleh nak BERALASAN lagi untuk bangun..
Bila tak sembahyang isyak, sebelum tidur, kena la bangun jugakkan
untuk sembahyang Isyak...
(Nak lagi bagus, sembahyang hajat sekali.... Alang-alang dah bangun 2/3 malam kan... ;) )
Tapi petua yang ni 'risky' la.... 
Kalau korang tak sedar langsung, tanggung le dosa tinggal sembahyang tu.....

5) Bilakah anda akan hilang ngantuk??????
kalau tanya aku, ubat paling mujarab untuk hilang ngantuk di pagi hari ialah
Laptop+Internet = 'Facebook'ing + Blogging
so, bila alarm berbunya menandakan 'masa dah time' je, terus bangun
on kan lappy, connect internet, then ...............................
Tapi, JANGAN LAMA-LAMA..
paling lama pun 20 min, cukup!
mata korang dah cukup segar waktu tu..
Sila BUKA BUKU dan tutup MUKA BUKU.

6) Berdoa dan Mintalah ibu bapa anda berdoa untuk anda...
Kalau susah sangat nak bangun, 
Sentiasa BERDOA kepada ALLAH supaya dipermudahkan segala urusan dan diberi kekuatan untuk melawan hasutan syaitan yang sentiasa mengganggu gugat anda belajar serta mintalah doa dari mak ayah.....
minta mak ayah anda doakan supaya anda boleh bangun pagi untuk belajar dengan tenang dan jayanya... ;)

********************************************

Ok.. Itu je yang aku dapat share..
Ini semua apa yang aku buat.. Kalau aku boleh buat, maknanya TIDAK MUSTAHIL untuk korang buat juga..
Sebab aku juga manusia biasa.... ;)
Semoga sedikit sebanyak aku dapat membantu korang.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting