Bila sebut Awal Pagi (2.00am-5.00a.m),
Ramai yang mengeluh tak boleh bangun kan..
Biasanya cita-cita memang tinggi....
Aku nak bangun kol 3.00 pagi la..nak study.
Tapi hasilnya??
Hampeh.........
Meh aku share beberapa petua yang aku buat untuk bangun pepagi buta and study...
********************************************
1) Niat Sebelum Tidur
Makesure korang tanamkan niat didalam hati yang korang nak bangun pukul _______ pagi untuk study...
Jangan sesekali buat niat begini:
Kalau aku TERsedar pukul _______ pagi, aku nak study.
atau menyimpan 'mind set' seperti ini :
Aku ni memang TAK BOLEH nak bangun awal-awal pagi la...
KOMPEM memang korang tak akan TERsedar!
pasang niat seperti ini:
Aku MESTI bangun pukul _______ pagi untuk STUDY!
2) Tidur malam awal.
Kalau dah memang plan nak bangun awal pagi, jangan ler tido malam lewat....
Memang korang TAK AKAN larat nak bangun pepagi buta...
Korang perlukan at least 5 jam untuk tidur, sebelum bangun pagi..
(Bangun pagi yang terus tak tidur sampai hari esok)
So, Kalau korang nak bangun pukul 3.00 pagi contohnya, tidurlah pada pukul 10.00 malam...
3) Pasang ALARM CLOCK
Apa guna iPhone n BB korang tu kalau tak boleh set alarm???
Pasang alarm untuk beberapa waktu..
Contohnya, if korang nak bangun pukul 3.00 pagi,
make sure SEKURANG-KURANGNYA buat DUA alarm..
Alarm 1, setkan pukul 2.30 pagi and
Alarm 2, setkan pukul 3.00 pagi...
(Nak buat lebih pun tak apa...)
Tujuan???
Ini bagi mengelakkan isu
Aku ingat nak tambah tido 5 min je lagi tadi, tapi terus terlajak pulak sampai ke subuh.
baca petua 1-3, semua standard kan???
ok, lepas ni aku bagi petua dari aku plak...
hehhe~~
4) Jangan sembahyang isyak dahulu.
AMARAN!!
korang kena makesure korang dah betul-betul kental dengan GODAAN SYAITAN yang bertenggek kat mata korang tu...
Lumrah la tu bila set jam pepagi buta, tapi bila sampai masanya MALAS GILA nak bangun...
So, untuk melepasi, fasa kemalasan tu,
kena cari la sumthing yang kita tak boleh nak BERALASAN lagi untuk bangun..
Bila tak sembahyang isyak, sebelum tidur, kena la bangun jugakkan
untuk sembahyang Isyak...
(Nak lagi bagus, sembahyang hajat sekali.... Alang-alang dah bangun 2/3 malam kan... ;) )
Tapi petua yang ni 'risky' la....
Kalau korang tak sedar langsung, tanggung le dosa tinggal sembahyang tu.....
5) Bilakah anda akan hilang ngantuk??????
kalau tanya aku, ubat paling mujarab untuk hilang ngantuk di pagi hari ialah
Laptop+Internet = 'Facebook'ing + Blogging
so, bila alarm berbunya menandakan 'masa dah time' je, terus bangun
on kan lappy, connect internet, then ...............................
Tapi, JANGAN LAMA-LAMA..
paling lama pun 20 min, cukup!
mata korang dah cukup segar waktu tu..
Sila BUKA BUKU dan tutup MUKA BUKU.
6) Berdoa dan Mintalah ibu bapa anda berdoa untuk anda...
Kalau susah sangat nak bangun,
Sentiasa BERDOA kepada ALLAH supaya dipermudahkan segala urusan dan diberi kekuatan untuk melawan hasutan syaitan yang sentiasa mengganggu gugat anda belajar serta mintalah doa dari mak ayah.....
minta mak ayah anda doakan supaya anda boleh bangun pagi untuk belajar dengan tenang dan jayanya... ;)
********************************************
Ok.. Itu je yang aku dapat share..
Ini semua apa yang aku buat.. Kalau aku boleh buat, maknanya TIDAK MUSTAHIL untuk korang buat juga..
Sebab aku juga manusia biasa.... ;)
Semoga sedikit sebanyak aku dapat membantu korang.....
0 comments:
Post a Comment