Friday, 10 December 2010

Adik Sayang Pak Ngah

[coretan hati Adik buat Pak Ngah......]

Adik sayang Pak Ngah....

dulu kita rapat....

zaman adik kecik-kecik....
zaman pak ngah garang macam singa...
zaman pak ngah masih jadi askar di Kem Terendak Melaka....
zaman arwah Mak Ngah masih hidup......

adik sanggup pisah dengan ibu n ayah semata-mata nak tinggal dengan Pak Ngah kat Melaka setiap kali cuti sekolah...

Pak Ngah bawa adik jalan-jalan waktu hujung minggu....
Setiap pagi, adik tunggu Pak Ngah depan pintu..
Tunggu Pak Ngah lalu depan rumah; dengar Pak Ngah bagi command kawat kat orang bawahan Pak Ngah...
Adik bangga ada pak cik macam Pak Ngah..

walaupun Pak Ngah selalu marah adik ;
bila adik balik dari pantai lewat petang....
bila pak ngah balik rumah waktu petang, adik masih belum mandi...
bila adik bangun lewat waktu pagi...
bila adik lambat masuk tidur...

tapi adik tak pernah serik...

sebab....
ADIK SAYANG PAK NGAH....

tapi bila Mak Ngah meninggal dunia...
Pak Ngah ada Mak Ngah baru...
bila adik dah makin besar....
hubungan kita jadi renggang....
dah tak rapat macam dulu.....
dah tak ada gurau-gurau macam dulu lagi.....
adik pun tak pernah stay rumah Pak Ngah lagi....
datang rumah Pak Ngah pun waktu raya n kalau ada kenduri je...
padahal Pak Ngah dah bersara dan balik semula ke batu pahat...
rumah Pak Ngah pun satu lorong dengan rumah nenek je....
setiap kali pergi rumah nenek, mesti lalu rumah Pak Ngah....
bila berjumpa je..
Ada je yang kita tak sefahaman.. Ada je yang kita nak "perang mulut" kan....

kenapa jadi macamtu Pak Ngah??
tak tahu salah siapa...
Mungkin silap adik.... Adik yang merenggangkan diri dari Pak Ngah...
mungkin Adik jeles kowt bile Pak Ngah ada Mak Ngah baru...

Tapi jauh di sudut hati, Adik sayang Pak Ngah......
Adik nak Pak Ngah adik yang dulu....
Adik rasa macam nak nangis kalau kenang kisah-kisah dulu....

tapi Alhamdulillah...
Allah dah memperkenankan doa Adik....
Akhir-akhir ni, kita dah boleh duduk semeja...
Pak Ngah dah mula boleh dibawa bergurau macam dulu.....
Adik harap hubungan Adik dengan Pak Ngah akan kembali seperti dahulu.....

ni first time Adik ambil gambar dengan Pak Ngah selepas berbelas tahun masa berlalu....
(Raya 2010)

tadi, sekali lagi Adik teringin nak ambil gambar dengan Pak Ngah..

sekali lagi adik nak cakap :
"ADIK SAYANG PAK NGAH!!"

Adik nak Pak Ngah Adik yang dulu.........

Thursday, 9 December 2010

Syukur + Alhamdulillah

Just one word to say

ALHAMDULILLAH......


BIG thanx to all my part 5 lecturers...
-Pn. Hjh. Zurina Mansor (Probability)
-Pn Hjh Norleha (Regression)
-Miss Khalijah (Finance)
-Sir Sabaruddin (Database)


Wednesday, 8 December 2010

Selatan - Utara (Johor - Kedah)

setelah 5 tahun x menjejakkan kaki ke Kedah, akhirnya tanggal 3 December 2010 dapat juga jejak ke bumi Kedah lagi...

tujuan kitaorang pergi Kedah ni sebab nak meraikan majlis perkahwinan Abg Khairul & Kak Syafa
(Adik Abang ipar aku)

tapi entry ni aku tak nak cerita pasal majlis perkahwinan Abg Khairul & Kak Syafa sebab aku belum dapat lagi gambar-gamba majlis kat sana dari abang aku..

so, kita cerita dulu apa yang ibu aku WAJIB borong kalau pergi or ibu WAJIB kirim kalau akak n abang ipar aku balik Kedah ni...
barang-barang yang tak ada kat Johor n perlu diimport khas dari Kedah........
hehe~

Lokasi : Pekan Rabu n Tg. Dawai

let see....................

(1) Pulut susu

(ni abah aku punya paberet.. so kene borong banyak-banyak... Bukannya kat Johor tak ada jual pulut, tapi pulut susu tak ada... lepastu pulut kat johor ni kebanyakannya dicampur dengan beras..so TAK SEDAP!)

(2) Pulut hitam

(yang ni plak paberet aku, so mesti beli!!......yummie3x.. tetiba teringat kenangan makan bubur pulut hitam waktu kat hostel dulu... :) )

(3) rebung jeruk

(yang ni memang tak ada kat johor... so, memang kena import dari utara kalau nak makan.. walaupun kat certain2 hypermarket ada, tapi rasa n ke"fresh"an nya tak sama.. sangat sedap dibuat gulai!!!yummie3x)

(4) jongkong emas termahal di dunia!! - BELACAN

(Belacan pun memang ibu aku import dari Kedah.. sebab SEDAP dan sangat murah! Oleh kerana Kedah tu "teramatlah dekat" dengan Johor, ibu akan membeli belacan dengan banyaknya... kali ni ibu aku beli sampai 2 kotak! 1 kotak = 18 belacan.
ha! bukannnya untuk kitaorang je belacan ni, ni stok untuk nenek n makcik-makcik aku la... comelkan belacan ni?hahha~~ cerita pasal belacan ni,akak aku pernah bawak belacan-belacan ni naik flight from Kedah-KL aw sebab ibu aku kirim, sampaikan Izzah pun gelarkan ibu dia Tauke Belacan!haha~)

(5) Stok Ikan masin, Ikan Pekasam n Ikan Masam

(i) Ikan Pekasam

(ii) Ikan Talang Masin

(iii) Ikan Talang Masam

(iv) Ikan Tamban Masam

mmmmmm... nothing to say....

inilah benda-benda yang memenuhkan boot pajero... nasib baik, benda-benda ni dah dibungkus dengan baik..kalau tak aku tak tahulah cammana nak berada dalam pajero tu selama 9 jam dengan segala macam khazanah yang berbau ni... ish3x.. boleh pengsan rasanya kalau tak bungkus betul-betul..hehe~~

sampai je rumah malam tadi, ibu dah memulakan operasi mengemas n membahagi-bahagikan barang-barang ni.....

ok.. tu je aku nak story.. next n3 t aku cerita pasal Langkawi n Majlis Perkahwinan Abg Khaitul & Kak Syafa pulak k...



Yang Pelik & Yang Jelik tentang CINTA

Just nak share dengan korang apa yang aku dapat waktu check emel di pagi hari...
emel dari seorang kawan hostel aku waktu sekolah menengah dulu, nisak hassan (chark)...
Renung-renungkan....

----------------------------------------------------------------------------------

Aku banyak melihat pasangan yang bercinta dengan cara yang salah. Aku malas nak tegur, sebab korang pun tahu yang mana salah dan yang mana betul, yang mana halal dan yang mana haram… semua dah besar …faham agama kan?

Hari ini aku highlightkan beberapa point berdasarkan pemerhatian aku.

Yang pelik….

Masa korang couple, sebelum berpisah dari dating si gf akan salam si bf .. siap cium tangan lagi, konon-kononnya nak jadi isteri yang solehahlah.. konon-kononnyalah ….

Yang jelik….

Lepas korang kahwin beranak-pinak, si suami nak pergi kerja .. si isteri tak salam cium tangan suami pun ….

Yang pelik….

Masa korang couple, si gf kalau nak keluar pergi mana-mana kena minta kebenaran si bf. Kalau si bf tak bagi, tak keluar. Konon-kononnya derhakala ….konon-kononnyalah ….Ni aku nak bagitau kat korang mana satu derhaka. Kalau korang nak keluar korang kena mintak kebenaran mak bapak, bagi tau nak pergi mana. Tak payah nak mintak kebenaran bf korang…bf tanggung korang ke? Selagi korang di bawah tanggungan mak bapak korang, diorang bertanggungjawab atas korang. Benda ni aku cakap kat semua perempuan termasukla Wanita Pertama dan my future gf kih…kihh.“Awak nak keluar awak boleh keluar.. keluar dengan lelaki mana pun saya tak kisah …tapi jangan minta kebenaran pada saya, minta kebenaran mak bapak awak. Saya masih takde hak ke atas diri awak.”

Yang jelik….

Lepas korang kahwin beranak-pinak, si isteri dah tak mintak pun kebenaran suami nak keluar. Jangan katakan mintak kebenaran ..SMS bagitau nak pergi mana pun takde… si suami tu tunggul kayu kat umah ke ?

Yang pelik….

Masa couple, korang pakai tudung sebab nak tutup aurat. Tak nak bagi orang lain nampak rambut .. kulit sumela…

Yang jelik….

Bila berwebcam ataupun hantar gambar untuk bf korang …. korang tak cover pun rambut dan aurat korang. Takpela… nanti dia jadi suami aku jugak… jadi halal jugak nanti … kata korang. Semuanya untuk abang sayang ….

Yang pelik….Bila korang couple, masa dating si perempuan terpaksa la bagi si lelaki pegang tangan…. pegang pinggul ke ..cium-sium sikit pipi ke. No touch no love la katakan… nak tunjuk sayangnya kepada bf …sanggup berkorban jiwa,raga dan dara. Kang kalau tak bagi, si bf tinggalkan kita pulak … cari orang lain.

Yang jelik…..

Bila korang dah kahwin beranak-pinak, dah tak berpegangan tangan lagi dah…. dah tak rasa apa-apa lagi lepas kahwin. Si suami minta dilayan korang tolak mentah-mentah. Malaikat laknat wo…. sampai ke pagi.

Yang pelik….

Masa korang couple, bila berborak dengan kawan-kawan..semua orang sibuk cerita pasal kehebatan bf masing-masing.

Yang jelik….

Bila korang dah kahwin beranak-pinak, bila berborak dengan kawan-kawan …semua orang sibuk cerita pasal keburukan, kekurangan suami masing-masing. Jadilah korang isteri yang derhaka.

Yang pelik….

Masa korang couple, si lelaki suka sangat kongkong hidup si perempuan. Mana korang pergi kena mintak kebenaran si bf. Si bf cakap ni .. korang pun ikut je… si bf pun bangang jugak …konon-kononnya nak jadi suami yang tegasla nanti…. konon-kononnyala…

Yang jelik….

Bila korang dah kahwin beranak-pinak, si isteri jadi Queen Control. Si suami ikut je telunjuk si isteri. Si isteri pun tak nak dengar cakap si suami. Si isteri marah, herdik, perbodohkan sikit …si suami dah takut. Si suami berdosa sebab dayuz, si isteri berdosa sebab control suami. Mana taat setia korang sebelum kahwin dulu, wahai perempuan ? Mana sifat tegas dan kepimpinan korang sebelum kahwin dulu, wahai lelaki?

Pelik dan jelik ..tapi benar…

Aku harap korang tak termasuk dalam golongan pelik dan jelik di atas.

Err.. korang tak kan ?


----------------------------------------------------------------------------------

(aku just copy & paste je article ni...)

Wednesday, 1 December 2010

500!!

500!!!!
apa yang 500 nye???

NOW, buku cerita hak milik aku sepenuhnya berjumlah 500 buah...

-RAK 1-

-RAK 2-

dari novel kanak-kanak sampailah novel cintan cintun....
dalam bahasa ibunda dan bahasa penjajah...
aku kumpul start aku pandai membaca (4 tahun) sampai lah sekarang....
so?

16 tahun = 500 buah buku
purata 1 tahun = 31 buah..

mmm... jumlah yang agak ckit....
belum melepasi target aku lagi... (purata 1 tahun >= 50buah)

untuk buku aku yang ke 500 ni,
aku sengaja beli satu novel yang aku sangat-sangat tertarik dengan tajuknya..
tara!!!!!!!!!!

-Panggil Aku NAJIHA-
(dapat agak kenapa aku tertarik dengan buku ni??? :D )

aku sangat-sangat berterima kasih dengan Ibu sebab sanggup spend duit untuk aku beli buku-buku ni..
setiap kali cuti sekolah or cuti sem, ibu terpaksa spend RM200-RM400 sebulan untuk aku beli novel.
(yerla... nak harapkan aku beli sendiri, mana ada duit...
setakat nak beli sebuah dua boleh la...
beli lebih-lebih nanti, ada yang aku tak makan kat Perak tu..hehe~~)

ibu aku memang tak kisah nak belikan buku-buku ni selagi aku ikut syarat-syarat dia..
apa syarat nya???
syarat yang sangat2 ketat n tiada kompromi...
huhu~~

setiapkali ujian n exam:
(1) sekolah rendah --> mesti dapat no 1-3.
(2) menengah rendah (form 1-3) --> 5A ke atas
(3) menengah atas (form 4-5) --> 6A ke atas
(4) UiTM --> GPA 3.5 and above

tak capai syarat-syarat ni, bajet buku dibekukan serta merta n buku-buku ni akan dilelong scara besar-besaran!
aku pernah la gak tak lepas syarat2 tu, n dengan rakusnya ibu aku telah menyerahkan beberapa buah novel kesayangan aku kepada abang aku yang Down's Syndrome untuk dijadikan "buku conteng"!!!blogger-emoticon.blogspot.com
sangat-sangat merana hidup aku waktu tu... tak boleh nak kata apa-apa..sebab itu kesilapan aku.....
and inilah ibu aku...
(insan yang sangat fames dengan kegarangan & keseriusannye...hehe~)

-PN.HJH RASHIDAH BINTI HUSIN-

Setiap yang dikata akan dikota!

tapi aku rasa bersyukur juga..
yerla, secara tak langsung, ia menjadi pendorong untuk aku belajar bersungguh-sungguh...
TERIMA KASIH IBU!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting