Thursday, 3 October 2013

Jualan Gudang Karangkraf


Jualan Gudang Karangkraf kembali!!!!!
Dari 4 hingga 6 Oktober.
Jom serang ramai-ramai!!!!!

sumber : FB Kumpulan Media Krangkraf




p/s : Kenapa rasa cam ada kenangan yang ingin dilupakan? hmmmm.... 

Sunday, 22 September 2013

New Life as an INTERN


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Hai uooolllllzzz! (bajet diva tetiba..)
Lamanya tak merepek dan merapu kat blog ni..
Busy la kekononnya..
Almaklumlah.. Dah masuk dunia pekerjaan katanya.. aha!

Alhamdulillah. perjuangan mengejar segulung Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Statistik) sudah sampai ke fasa terakhir.
Semester 7 : Latihan Industri (LI) @ Internship..

So far dah 2 minggu berlalu.. Bergelar seorang intern..
aku buat LI di Merdeka Center for Opinion Research, Bandar Baru Bangi (BBB).
Kerja Isnin-Jumaat 9.00pagi hingga 5.30 petang.
Setakat ni memang best and puas hati keja kat sini.
Yerla kan.. kita guna 99% apa yang kita belajar dalam class.
ooohhh... I love Statistics soooo much!!!
Tak menyesal buat pilihan untuk LI kat sini, bila sentiasa bekerja dikelilingi data and statistics!!
Banyak juga ilmu baru yang aku belajar..
Yerlakan.. Selama ni belajar theory.. Tapi bila masuk ke dunia pekerjaan, tak semua theory tu mampu kita jalankan.
And sometimes, aku rasa selama ni hidup terikat dengan theory, padahal ada benda-benda simple yang boleh kita lakukan yang hasilnya lebih cepat tanpa perlu 'ikat' diri dengan fix procedures.. 
(membebel banyak pulak aku ni.... adeh...)

Ok. Cukup dah cerita pasal tempat kerja.
Ni cerita rumah pulak.
Sebelum ni, aku dah berkira-kira untuk berulang dari Port Klang ke BBB setiap hari..
Sebab aku rasa tak jauh mana pun..
Perjalanan mengambil masa dalam 40-45 minit...
Pagi and petang tak jam mana pun..
Kiranya kalau jam pun paling lama pun perjalanan ialah 1 jam.. 
Duit minyak pergi n balik dalam RM10...
So kalau seminggu duit minyak ialah RM50.
Kira Okay la kan... tahap mampu lagi la..
Tapi malangnya Ibu tak bagi aku berulang...
Ibu risau aku drive jauh-jauh setiap hari..huhuhuhu~~
Jadinya terpaksalah aku dok menyewa...

Sebab dok menyewa ni lah, aku rasakan dunia aku tak best hari-hari..
homesick je kejanya...
Hari-hari kalau boleh nak cari alasan balik Klang..
Tetinggal buku la... Rumah blackout la... macam-macam la alasan aku.. hehe~~
Bila pikir-pikir balik memang membazir je duit sewa rumah tu.. 
yerlakan seminggu berapa malam je la yang aku tidur rumah sewa..
Rasanya setakat ni paling banyak pun 3 malam je dalam seminggu aku tidur rumah sewa..
Rugi kan??Kan??Kan??

Walaupun bilik yang aku sewa ni tersangat ok (fully furnished+wifi+aircond)

tetap gak rindu bilik and katil ni

huhuhuhuhu~~~

hmmmmmmmmmmmm....
Apa kes la aku jadi macam ni erk??
Tula... Dulu memang dah bese berjauhan dengan keluarga.. Tapi....
Bila tetiba dapat dok rumah, berulang setiap hari pergi U, balik makanan dah tersedia, baju ada yang tolong basuhkan n so on.. MEMANG MENGADA-NGADA la jadinya!!!
tu yang tak mau dok jauh dari akak..

someone said this to me :

hmmmmmmmmmmmm.........

Ada 10 minggu lagi nak ditempuh.
Doakan yang terbaik untuk aku ok.
Doakan penyakit 'mengada-ngada + manja terlebih' aku ni hilang.
hehe~~



Saturday, 3 August 2013

PERMOHONAN BIASISWA JPA : PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) SESI 2013/2014


Assalamualaikum.

Berminat untuk mendapatkan biasiswa JPA dibawah program PIDN?

Tak nak berhutang dengan PTPTN?

Nak dapat duit lebih banyak daripada penerima PTPTN setiap semester?




Adalah dimaklumkan bahawa permohonan biasiswa ini bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di IPTA/IPTS dalam negara DIBUKA SEKARANG SEHINGGA 16 SEPTEMBER 2013 

Iklan tawaran biasiswa ini boleh didapati di akhbar BH, Utusan Malaysia, NST, Tamil Nesan, Nanyang Siang Pau, The Borneo Post Sarawak dan The Borneo Post Sabah pada hari Sabtu dan Ahad pertengahan bulan Ogos 2013 awal bulan September 2013

atau

Layari Portal Rasmi Pembangunan Modal Insan (eSILA) JPA di alamat

Syarat-syarat permohonan boleh didapati di Portal JPA di alamat www.jpa.gov.my semasa permohonan dibuka

Link permohonan : http://pidn.jpa.gov.my/epermohonan/index.php?program=PIDN



sumber : Portal Rasmi Pembangunan Modal Insan (eSILA) JPA
Latest update : 11 September 2013

Hadiah Buat Ibu & Abah


Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Dua daripada azam 2013 telah terlaksana.
Syukur yang tidak terhingga di atas rezeki yang diturunkan oleh Allah ini.
InsyaAllah jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, Mei 2014 nanti dapat sarung jubah sekali lagi. :-)

Tamat sudah semester akhir.
Hanya tinggal practical training sahaja lagi sebelum dapat mem'bebaskan' diri dari belenggu Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Statistik).

Alhamdulillah.
Walaupun kali ni bukanlah menjadi pencapaian terbaik.
namun aku bersyukur.
Aku bersyukur kerana hajat & impian ibuku tercapai.

Aku bersyukur kerana Allah memberikan aku keputusan yang setimpal dengan usaha..
Sedikit usaha dan sumbanganku, sedikit juga markah yang aku terima.
Begitu juga sebaliknya.
Namun, aku tak menyesal. Malah teramat bersyukur kerana aku tidak mahu mendapat keputusan yang bukan hasil usaha ku.
Alhamdulillah Allah memperkenankan doaku.

Ini adalah hadiah buat Ibu dan Abah yang tak henti-henti mendoakan aku..

Terima kasih Ibu..
Terima kasih Abah..

Untuk Akak, Abang Joe, Izzah, Iffah dan Incik Ngkong,
Terima kasih di atas sokongan yang tak putus-putus. Dan kehadiran mereka sentiasa mewarnai kehidupan aku di Shah Alam.

Untuk pensyarah-pensyarahku,
Terima kasih di atas semua ilmu yang telah diberi.
Tiada apa yang dapat membalas jasa-jasa mereka.

Untuk kawan-kawanku,
Terima kasih atas bantuan & kerjasama yang diberikan.
Dan TAHNIAH buat kalian juga. =)


***Tak sabar rasanya nak konvo!!!!! ;D

Thursday, 1 August 2013

Si Tobi


Assalamualaikum semua!! Ramadhan semakin sampai ke penghujungnya. Ayuh!! gunakan peluang keemasan ini untuk merebut segala rahmat dan ganjaran sempena Ramadhan Al-Mubarak ini.

**************************

Masihkah anda ingat dengan kisah si Tobi yang pernah aku 'pinjam' dan bela sekejap tu??? Kalau tak ingat sila ke entry (INI).

Apa perkembangan Si Tobi ni sekarang???????

Taraaaa!!


Dah ayu dah dia!! hehe~~

Cuba tengok perbandingan dulu (kiri) dan kini (kanan) Si Tobi...


Perbezaan yang amat ketara!
Walaupun dah comel, tapi mata kiri Tobi masih tidak pulih sepenuhnya...
hmmmmmm.... Nak kena bawak pergi jumpa vet..
Sabar yer Tobi, lepas raya nanti kita gi...

Ok. Jom layan gambar-gamba Tobi yang lain.





Sekian sahaja kisah Si Tobi.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting