Tuesday, 7 August 2012

"Malu Bertanya Sesat Jalan " Adakah Ianya Relevan Setiap Masa???


"Malu Bertanya, Sesat Jalan"
Peribahasa yang kerap kita dengar sejak kecil..
Peribahasa ini memang diakui kebenarannya
tapi pada pendapat aku walaupun ianya benar tetapi ianya TIDAK RELEVAN sepanjang masa/

MENGAPA???
Aku tak nafikan, dalam sesetengah perkara, kita memang perlu bertanya.
tapi bila TERLEBIH tanya antau bertanya soalan-soalan yang TAK SEPATUTNYA,
turut menggambarkan peribadi 'penanya'..
Mungkin dia seorang yang :
1) Bersungguh-sungguh untuk mendapatkan penjelasan sejelas-jelasnya 
atau
2) PEMALAS - pemalas untuk mencari maklumat dan mahu sentiasa disuap.

Apa yang aku perhatikan sekarang,
ramai golongan yang ke-2 itu..
Walaupun sudah berada di peringkat Ijazah Sarjana Muda sekalipun, masih mengamalkan budaya itu..
Aku tidak khususkan kepada pencarian maklumat dalam pembelajaran tetapi pencarian maklumat berkaitan dengan hal-hal universiti yang lain..

contoh:
A : Bilakah tarikh akhir pembayaran yuran?
B : Kita nak daftar subjek apa sem depan? 

Pihak universiti sudah menyediakan portal sendiri,
capaian yang lengkap..
menyalurkan semua maklumat terkini yang diperlukan oleh pelajar,
tetapi kenapa masih ramai pelajar yang MALAS dan hanya seperti tin kosong yang bising bertanyakan itu ini di facebook, twitter, dan sebagainya??

wahai rakan-rakanku, bangkitlah..
Ayuh menjadi siswa siswi yang matang..
belajar untuk BERDIKARI..

sebelum bertanya, berusahalah terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat dengan cara yang lain, jika memang sudah tidak berjumpa dengan jawapannya, wajarlah ianya ditanya.. :-)

p/s: Ini adalah pendapat peribadi.. Maaf andai ada yang terasa.



Sunday, 5 August 2012

Oh, sahamku!




Jatuh 'saham' aku
bila terpaksa beli pampers Huggies ni untuk Baby (iffah)..
huhhuhhuhu~~~~~~~~~

Biasiswa JPA (PIDN-Program Ijazah Dalam Negeri 2012/2013)


Tawaran Biasiswa JPA
dibawah 
Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)
tahun 2012/2013

permohonan online
akan dibuka mulai esok,
Isnin, 6 Ogos 2012
mulai jam 5.00 petang.

Layari laman web Portal eSILA
di


Friday, 3 August 2012

Redha


Astaghfirullahal'azim..
Astaghfirullahal'azim..
Astaghfirullahal'azim..
Astaghfirullahal'azim..
Astaghfirullahal'azim..
Astaghfirullahal'azim..
Astaghfirullahal'azim..
Astaghfirullahal'azim..
Astaghfirullahal'azim..
Astaghfirullahal'azim..

Ya Allah aku telah leka..
Aku alpa..
dengan nikmat yang telah kau berikan kepadaku..

Aku tidak bersyukur kepadamu..
Ya Allah
Ampunilah aku..

Baru sedikit Kau jatuhkan aku
tapi aku sudah melatah..

Ujian yang kau beri tidak sehebat manapun,
tapi iman ku nyaris tergelincir..
Ampunilah hambamu ini Ya Allah..

Sesungguhnya apa yang Kau berikan itu adalah yang terbaik buat ku..
Sesungguhnya setiap yang Engkau tentukan itu pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Ampunkan dosa hamba Mu ini Ya Allah.

Aku terima pemberian Mu ini dengan redha.

Mungkin ini adalah peringatan dari Mu untuk aku..
Untuk aku sedar dari mimpi-mimpi indah ciptaan ku..
Untuk aku sedar bahawa segala-galanya terletak di tangan Mu..
Sesungguhnya Engkau Yang Maha Berkuasa.

Semoga apa yang terjadi memberi pengajaran buat ku..

Thursday, 2 August 2012

Ujian Ramadhan

Di hari ke-13 ramadhan,
Allah beri ujian kepada keluarga kami..
walaupun tak seberat mana
tapi sudah cukup untuk mematahkan selera ibu...

Abang Chik tak sihat hari ini...
Bangun sahur tadi muka dia dah pucat...
Perutnya kembung...
Makan sikit je, dah muntah....


Tapi sebenarnya tak ada lah teruk sangat.......
cuma boleh wat orang 'sakit jiwa' je nak melayan...

Adoiiii...
Dah la dia ni sakit sikit, merengek lebih...
Sabar je lah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting