Tuesday, 10 July 2012

Double Cheese Burger.. Nyum..Nyum..

*******************************************










*******************************************
 Tea time at McD Port Klang.. ;D


-Acu + Baby-

-Kakak + Akak-

-Abg Joe-

Monday, 9 July 2012

UiTM ISSUE : Credit Exemption


Hari ni aku rasa nak tulis benda yang serious. Aku just nak share pendapat aku berkaitan isu yang tengah panas dekat wall Dato' VC UiTM. Isu berkaitan credit  exemption aka pengecualian kredit (PK). Ramai pelajar mengeluh bila terpaksa ambil subjek yang sama untuk kali kedua disebabkan pengecualian kredit untuk subjek itu tidak diluluskan. 

Semester ini, aku pun melalui benda yang sama. Terpaksa ambil paper Inferential Statistics (STA560) yang EXACTLY sama dengan paper Probability and Statistics II (QMT350) yang aku dah ambil waktu Bahagian 5 Diploma dulu. 

Awal semester lepas, bila dapat tahu kami kena ambil semula paper ni apabila HEA tak luluskan PK untuk subjek ni, aku memang melenting. Memang tak puas hatilah. Siap pergi jumpa Koordinator Program, Puan Jamilah untuk dapatkan penjelasan.. Baru-baru masuk dah tunjuk taiko.. (Biasalah Ehda Al-Najihah kan....hehehhe~~)..

Alhamdulillah... Bila sudah diberi penjelasan SEJELAS-JELASNYA oleh Pn.Jamilah, aku akur dan terima dengan hati terbuka.. So, nasihat aku berkaitan isu ni tak pelu nak kecoh-kecoh, try dapatkan penjelasan yang SEJELAS-JELASNYA daripada Koordinator Program (KP) atau Ketua Pusat Pengajian (KPP) masing-masing. Mesti ada sebab kenapa benda ni dilaksanakan.... Kalau KP dan KPP korang pun tak setuju dengan sistem ni dan memang mereka pun rasa benda ni tak membawa faedah apa-apa, mesti mereka dah bawa perkara ni ke pihak atasan. 

Berdasarkan apa yang aku lalui semester ini, aku tak rasa "membazir" pun belajar benda yang sama. Malah aku rasa bersyukur.Walaupun kami belajar mengikut sukatan pelajaran yang sama, tapi kami belajar dengan pensyarah yang berbeza.. Kaedah dan pendekatan yang digunakan pun ada yang berbeza. Sampai satu tahap, aku seolah-olah boleh membuat pilihan.. Kalau tak paham cara yang baru, kita ikut je la cara yang lama.. Kalau cara yang baru lebih mudah, ikutlah cara yang baru..Kalau dulu tak faham, kita kena PASTIKAN kita faham kali ni. Ilmu inikan luas... kita jangan sesekali mendabik dada dengan mengaku bahawa kita dah kuasai sepenuhnya sesuatu subjek. itu adalah MUSTAHIL. So, kita kena buka hati untuk melihat dan menerima perkara baru yang mungkin 'kecil' tapi itu juga adalah ILMU dan PENGETAHUAN BARU buat kita..

Kalau melihat benda ni dari sudut yang positif, hasilnya pasti akan positif. =) 

Sunday, 8 July 2012

EXAM MODE : TIME SERIES ANALYSIS AND FORECASTING

(SPEECHLESS!!)


Tuesday, 3 July 2012

RELAX : Pesta Buku Selangor 2012


'cuti' exam selama 6 hari ni,
aku curi masa kejap merelaxkan otak
serang
PESTA BUKU SELANGOR 2012
di
SACC Shah Alam...
bersama ECHA!!


berjaya menyambar 7 buah novel :


Benci! Benci! Benci! (Ayu Emelda)
Atin, Jom Kahwin! (Iffa Zalia)
Dia Jadi Saksi (Fareeda Qalisya)
Takdir Itu Milik Aku (Siti Rosmizah)
Bidadari Salju (Mia Kiff)
Suami Aku Tak Romantik Tapi Autistik (Farisha Imani)
Kahwin Ganti (Aifa Batrisya)

Terima kasih ibu sebab bank in kan duit untuk beli novel... hehehhe~~

so sekarang, korang rasa antara novel-novel tu dengan buku forecast aku ni,


mana yang aku akan pilih erk? ;D

p/s : Tapi ada bende yang kureng bez dah berlaku tadi.. huh! sakit ati!!!

Monday, 2 July 2012

EXAM MODE : ECONOMETRICS


Alhamdulillah... 
Satu paper lagi telah selesai...

Tinggal lagi 2 paper...



So far, tak boleh nak comment banyak pasal paper ni..
Just tunggu dan lihat apa keputusannya nanti...



Btw, exam kat DAG semalam memang menguji ketahanan mental dan fizikal.
SANGAT SEEEJJJJUUUUKKK!
Dengan keadaan aku yang batuk...
Ooohhh......



Siapkan cepat-cepat.. aim untuk keluar awal...
Sebab dah tak tahan sangat-sangat...
Memang tak double check jawapan la jawabnya...
Redha je lah.....

Usaha dah... Tawakal pun dah... sekarang ni, tinggal doa untuk yang terbaik bagi paper ni...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting