Hari ni aku rasa nak tulis benda yang serious. Aku just nak share pendapat aku berkaitan isu yang tengah panas dekat wall Dato' VC UiTM. Isu berkaitan credit exemption aka pengecualian kredit (PK). Ramai pelajar mengeluh bila terpaksa ambil subjek yang sama untuk kali kedua disebabkan pengecualian kredit untuk subjek itu tidak diluluskan.
Semester ini, aku pun melalui benda yang sama. Terpaksa ambil paper Inferential Statistics (STA560) yang EXACTLY sama dengan paper Probability and Statistics II (QMT350) yang aku dah ambil waktu Bahagian 5 Diploma dulu.
Awal semester lepas, bila dapat tahu kami kena ambil semula paper ni apabila HEA tak luluskan PK untuk subjek ni, aku memang melenting. Memang tak puas hatilah. Siap pergi jumpa Koordinator Program, Puan Jamilah untuk dapatkan penjelasan.. Baru-baru masuk dah tunjuk taiko.. (Biasalah Ehda Al-Najihah kan....hehehhe~~)..
Alhamdulillah... Bila sudah diberi penjelasan SEJELAS-JELASNYA oleh Pn.Jamilah, aku akur dan terima dengan hati terbuka.. So, nasihat aku berkaitan isu ni tak pelu nak kecoh-kecoh, try dapatkan penjelasan yang SEJELAS-JELASNYA daripada Koordinator Program (KP) atau Ketua Pusat Pengajian (KPP) masing-masing. Mesti ada sebab kenapa benda ni dilaksanakan.... Kalau KP dan KPP korang pun tak setuju dengan sistem ni dan memang mereka pun rasa benda ni tak membawa faedah apa-apa, mesti mereka dah bawa perkara ni ke pihak atasan.
Berdasarkan apa yang aku lalui semester ini, aku tak rasa "membazir" pun belajar benda yang sama. Malah aku rasa bersyukur.Walaupun kami belajar mengikut sukatan pelajaran yang sama, tapi kami belajar dengan pensyarah yang berbeza.. Kaedah dan pendekatan yang digunakan pun ada yang berbeza. Sampai satu tahap, aku seolah-olah boleh membuat pilihan.. Kalau tak paham cara yang baru, kita ikut je la cara yang lama.. Kalau cara yang baru lebih mudah, ikutlah cara yang baru..Kalau dulu tak faham, kita kena PASTIKAN kita faham kali ni. Ilmu inikan luas... kita jangan sesekali mendabik dada dengan mengaku bahawa kita dah kuasai sepenuhnya sesuatu subjek. itu adalah MUSTAHIL. So, kita kena buka hati untuk melihat dan menerima perkara baru yang mungkin 'kecil' tapi itu juga adalah ILMU dan PENGETAHUAN BARU buat kita..
Kalau melihat benda ni dari sudut yang positif, hasilnya pasti akan positif. =)
Tweet
Kalau melihat benda ni dari sudut yang positif, hasilnya pasti akan positif. =)
0 comments:
Post a Comment