Thursday, 13 January 2011

Jadual ACS1116A

Jadual oh jadual...
Aku rasa sem ni paling banyak tukar jadual kelas...
dalam masa 2 minggu dah bertukar sebanyak 3 kali!!

kenapa??
sebabnya ada je pertindihan kelas yang berlaku...
sampai naik pening kitorang...
tapi sepening-pening kitorang pun, lecturer yang buat jadual ni mesti lagi peningkan???
huhuhu~~

ok.. kat bawah ni jadual PERTAMA kitorang..
tapi tak pernah berkuatkuasa..
jadual ni keluar waktu kitorang beradi di akhir sem 5..
tapi berubah beberapa hari sebelum kitorang mendaftar untuk sem 6.




next, jadual KEDUA..
jadual ni merupakan jadual first yang kitorang guna...
walaupun jadual ni dah memadamkan sisa-sisa kegembiraan kitorang..
yerla waktu jadual first tu, hari jumaat tak ada class...
tapi jadual kedua ni, hari jumaat ada class.. bukannya satu, malah DUA!




yang ni pula jadual KETIGA kitorang...
hari Selasa memang SUPER DUPER penat!
class 8.00 pg sampai 6.00 petang.. (break 12-2.00)..
4-4 subjek belajar pada hari yang sama..
blogger-emoticon.blogspot.comsiriesly, kelas petang memang dah tak larat..
otak sangat penat... setan pun dah bergayut-gayut kat mata....blogger-emoticon.blogspot.com
yerla dari pagi asyik baca-kira-baca-kira!
tapi suka la jugak dengan jadual ni...
sebab hari isnin, rabu n khamis just ada 1 class je....




bila dah mula boleh terima kenyataan dengan jadual ketiga tu..
tiba-tiba muncul pulak jadual KEEMPAT!!
setakat ni macam belum boleh terima kenyataan lagi.
hari Selasa still kelas sampai pukul 6..
cuma mula lambat je..
hari Rabu langsung tak ada class..
hari khamis pulak class pagi n petang..
yang sakitnya, jumpa subjek yang sama (QMT 335) hari khamis pagi n petang!!




lepas ni???
tak tahulah ada perubahan lagi ke tak.....
tunngu dan lihat sahajalah nampaknya......

tapi nak tak nak terpaksalah redha dengan jadual yang the latest ni...
tak apa lah...
bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian...
sabar je.. lagipun insyaalah ni sem last before kitorang dapat genggam DIPLOMA....blogger-emoticon.blogspot.com

Manusia yang bergelar ......

tiba-tiba aku terasa aku memang dah tak faham dengan manusia-manusia berjantina LELAKI.
hmmmmmm...
kalaulah dapt dix-ray apa yang ada dalam hati mereka ni..
alangkah bagusnya....

aaaaaaaaahhhhhh!!
ENOUGH!

buat apa dikenang orang yang tak reti mengenang???...
buat apa dikisah dengan orang yang tak ambil kisah???....
buat apa dirisau orang yang sentiasa merisaukan hati???...
buat apa diingat orang yang tak pernah ingat kita???...


Monday, 10 January 2011

Insan Biasa

Aku hanya Insan Biasa...
Aku hanya Manusia Biasa....
Aku hanya seorang Hamba Allah yang banyak kelemahan...
blogger-emoticon.blogspot.comTapi Mengapa ???
Mengapa??? Mengapa??? dan Mengapa???
Mengapa mesti ada istilah MALU ATAU TAKUT untuk berdepan dengan aku wahai adik-adiku sekalian???

bukannya aku makan orang.... minum darah korang.....
Aku makan apa yang korang makan.. aku minum apa yang korang minum..... blogger-emoticon.blogspot.com

Terimalah aku seadanya...
Aku seperti anda semua...
Tak perlu rasa malu dengan aku...
Tak perlu rasa takut dengan aku....
Kita semua sama...
Hanyalah Seorang HAMBA ALLAH S.W..T....
Aku tidak memerlukan anda mebina jurang sempadan antara kita...
Aku pohon buanglah rasa rendah diri korang terhadap aku...

AKU HANYA MANUSIA BIASA!!!

Thursday, 6 January 2011

H.A.D.I.A.H

Hari ni otak dah mula memanaskan enjin nya...
2 subjek dah mula belajar....
dah mula nak pegang highlighter and picit-picit calculator...
and dah mula jugak pening-pening lalat.. blogger-emoticon.blogspot.com
huhuhu~~

tapi hari ni, happy sangat-sangat!!blogger-emoticon.blogspot.com
dapat hadiah dari my rum3, teyka!!


dapat apa??

-wallet + cekak Hello Kitty + brooch 'E'-

TERIMA KASIH TEYKA SEBAB COMPLETEKAN COLLECTION "MERAH" AKU!!!!
hehehe~~


ni aku share apa si TEYKA ni tulis kat kitorang






teyka..teyka.....
watevapun TQ sangat-sangat..
sayang ko ketat-ketat!!
hahaha~~

Wednesday, 5 January 2011

SEMESTER 6!!

Salam tahun baru semua blogger sekalian alam!!!
Hari ni aku baru berkesempatan nak update blog.. (bajet busy gyle!! haha~~)
Actually, sampai-sampai je kat UiTM ni line maxis problem...
message tak boleh sent...call tak lepas...
wifi and streamyx pun tak ok.. broadband tak payah cakap la....
Aku dah terasa macam duduk kat gua je ni!!
blogger-emoticon.blogspot.comhuhuhuhu~~~~

Bulan December haritu terlebih maju sangat..
line hp and line broadband memang hyper laju...
kalau tak, takkan la aku sampai guna broadband hingga overlimit..
tengok ni :

aku punya package actually 5G je..
tapi aku tibai guna smpai 14.21G!!
nasibla pak cik celcom tak caj kalau overlimit pun..
ni yang sayang kat CELCOM ni.
hehehe~~

watevapun cuti sem dah pun berakhir...
kembali semula ke Perak "tercinta" ni sebagai student Diploma Statistik Semester 6.
Sem ni insyaallah menjadi sem akhir aku kat sini...
masuk sem akhir ni, ramai lecturer dah mula tanya perancangan kitorang untuk degree...
mmmmm...
aku pun masih belum decide lagi....
either nak teruskan dengan Statistics or beralih angin.....
nantilah.. aku fikirkan lagi....

ni jadual aku sem 6....


agak free la jugak...
hari selasa je berat sikit... blogger-emoticon.blogspot.com
yang lain-lain ok la... masa nak menidurkan diri berlambak-lambak.
hahaha~~

Scholarship aku tak masuk lagi...
rasa nazak la juga awal-awal sem ni..
dengan nak beli buku-buku lagi yang harganya RM90++ each...
waaa~~~ blogger-emoticon.blogspot.com
boleh botak kepala aku nak fikir...
nasib baik la, duit Olimpiad hari tu dah dapat...
kalau tak rasanya makan biskut kering je r hari-hari jawabnya......

tak pe lah..
"Bersusah-susah dahulu..Bersenang-senang kemudian...."

Ok lah... Aku nak stop dulu...
hari ni aku tak ada class...
petang ni nak g pasar malam kat bandar U..
nak join???
jom.
ok, aku nak date dengan katil aku sekarang...
bubye....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting