Sunday 13 November 2016

Leisure + Work + Study @ Malacca

Okay tadi dah review Gold Coast Morib yang sangat sesuai untuk percutian keluarga.
kali ni nak share sebuah hotel di Melaka yang sesuai untuk menenangkan dan melarikan diri dari serabut dengan kerja-kerja pejabat dan assignment yang berlonggok.
dan kalau ada yang berhajat untuk honeymoon, sesuai kot! haha

Boleh la kalau nak lari kejap hujung minggu..

NOVOTEL HOTEL & RESORTS, Melaka

4* Hotel
Superb service and hospitality.
Price : around RM200/night (Superior room)
(Please look for the cheapest offer at Trivago/Agoda etc..)

P/S: Mana nak dapat hotel 4* harga cenggitu area KL/Shah Alam ni??
so memang terbaik!





Lokasinya dalam 2 km dari Malacca Town
nak jalan kaki pun boleh..
Tapi penat la sikit kot..
Belakang sikit dari Hatten Hotel..
Oh dekat depan simpang masuk ada Starbucks. kihkihkih

kemudahan untuk buat kerja memang terbaik..
Dalam bilik ada meja kerja khas.. nak buat kerja sambil lepak dekat sofa bed pun boleh..
Di lobi memang ada sediakan segala atok nenek printer/fax untuk memudahkan kerja kita..
Suka sangat dengan interior dia yang modern.

Bermalam di sini bulan Oktober yang lepas..
Tujuan utama hanya untuk relax dan nak kan suasana yang lain sedikit dalam nak menyiapkan kerja opis and assignment.
dah alang-alang ke Melaka untuk wedding classmates, jadinya heret la Cik Teyka dengan diiringi pemandu pelancong cik Echa yang bawak kami jenjalan di Melaka..hehe
Lepas tu sebelum balik dapatla lepas mengidam coconut shake Klebang. slurrpppp.

 




tapi ada kekurangannya jugakla.. Antaranya

1) Bilik agak kecil.. so jangan berangan nak stay reramai...
2) no fridge... yang ada hanya peti besi. hahah (Macamla banyak benor $$$)

My overall rating : 4.5/5



***Waktu ni mood diva. haha Cik Teyka ajak stay hotel bajet, ngengada tak nak. haha Nasibla harga mampu duduk lagi.. haha







Review Gold Coast Morib

***************************

Assalamualaikum..
Kesiannya blog ni terbiar sejak masuk alam pekerjaan ni... 
setahun sekali pun macam payah nak update.
Rasa nak tutup je blog ni.. tapi sayang.. coretan dari zaman tak berapa cukup umur sampaila sekarang..

Apa pun tanggungjawab semakin berat di bahu ni..
I am a FULL TIME worker and a PART TIME student now..
Terus terang 2016 ni, hidup agak huru hara bila menggalas tanggungjawab sebagai seorang pekerja dan sebagai seorang pelajar pada masa yang sama.

kalau ditanya , bila nak grad?
I have no idea at all....
tak apa lah.. pelan-pelan kita kayuh....
kayuh laju-laju untuk belajar, nanti kerja pulak tercicir...
pulun kerja lebih-lebih, belajar pulak nanti ke laut...

Apapun, doakan aku terus kuat ok!

***************************

Berbalik ke tujuan asal menulis hari ni..
Nak review untuk percutian singkat di Gold Coast Morib.






2 hari 1 malam + 2 Sarapan pagi + 4 tiket water park = RM150
(extra 1 breakfast for Adult = RM37)

Agak berbaloi-baloi... bilik adalah studio suite (2 katil super single). 
siap ada Jacuzzi lagi.

Terus terang aku katakan ini adalah tempat yang sesuai untuk keluarga..
sebelum datang, tolong rendahkan sikit expectation untuk tempat ni supaya realitinya tak la jauh sangat terbabas dari your expectation kan.... hehe

Keadaan bilik
Luas. siap jacuzzi bagai.. Kebersihan?.. mmm.. so so la...
Tak kotor.. tapi tak la bersih sangat... ada gak la kat koridor tu pasir-pasir pantai sikit...
Bau pun tak ada la harum semerbak macam pergi tidur hotel 4* kan..
Penyelesaianya?
Standby la apa-apa room fragrance.. hehe

Kopi and Teh yang dibekalkan memang sangat limited okay!
2 kopi. 2 teh.

Fridge? ada bau sikit la... tapi sebab kami tak guna, so, no big deal.

Satu kelebihan kat sini.. Anda boleh la sumbat berapa ramai yang anda nak.. tapi bawak la keperluan untuk yang extra tu... bawak towel secukupnya... bawak toto... bawak bantal extra..
Tapi bagi aku kalau nak selesa, maximum pun 3 orang la untuk studio suite ni... 

Water Park 

Agak selamat untuk kanak-kanak.
air tak dalam mana pun..

Tapi sila berhati-hati untuk yang dewasa okay.
Memandangkan airnya tak berapa nak dalam, bila meluncur dekat gelongsor tu ada kemungkinan korang akan terasa hentakan di lantai kolam la bila sampai bawah..
Tak semua tempat.. ada gelongsor tertentu la...

Restaurant

Breakfast not bad.. pilihan boleh dikatakan banyak.. okay la..
tapi ada sedikit pelik...
sebab hari yang kami datang, tak ada hidangan nasi lemak.
Biasanya nasi lemak kan menu wajib breakfast... hehehe


Untuk waktu-waktu lain selain breakfast buffet, harga boleh dikatakan standard...
Tak mahal mana.. 
hang pergi cafe hipster pun segelas jus oren RM8.
oh, kitorang makan fruit platter atau lebih sesuai dipanggile tembikai platter (RM10),
agak banyak la kuantitinya.
kembung perut kitorang bertiga.
Ada buah tembikai merah.. tembikai kuning.. tembikai susu.

Steamboat & Grill
Ok, ni nak share extra la..
bukan dalam Gold Coast..
Penjimatan berganda-ganda kalau korang keluar dalam 6-7km untuk makan steamboat.

Nama steamboat ni : Raja Steamboat & Grill Buffet 
Lokasi : Lot 54E Jalan Morib, Kg. Tongkah
Morib, Negeri Sembilan, Malaysia
(Behdapan dengan kuil)

(Kalau nak cari dekat Waze/Maps : Jalan Tongkah, Banting Selangor)

kedai kampung je.. Tapi marvellouuuuussssssssss!
 Dewasa : RM20/head
Kanak-Kanak : RM12/head



Grill dia memang terbaik!
ada kambing.. daging lembu.. ayam.. sotong yang diperap..
Udang fresh pun ada!

Pesanan Pecuma

1. Bawa extra towel untuk extra person 
(Mereka tak akan bagi extra towel)

2. Bawak la milk bath sendiri kalau nak puas berendam dalam jacuzzi tu ha... 
(P/s: Bawak la toiletries sendiri.. bau sabun/shampoo dia sangat tak best)  

3. Request bilik menghadap waterpark... Baru boleh feel nak selfie dengan background cenggini kan...
(Bilik menghadap jalan /construction tak best dan ada bau tak berapa nak best dari luar.)


4. Bawak extension wire 
(Bilik sangat kedekut suis. haha)

5. Weekends/School Holidays, tolongla turun awal untuk breakfast.. kalau lambat, siap sedia la menunggu nak mencari tempat duduk.

6. Cari dan dapatkan promotional coupon.
(Kan banyak orang-orang kat FB offer.. promotion jauh lebih murah dari korang beli direct dengan Gold Coast)




***** Kalau Ehda Al-Najihah switch mode demand tinggi melangit, memang tak ada la puas hati sangat.... tapi sebab untuk percutian kali ni Ehda Al-Najihah dah low kan expectation, nak setimpal dengan harga yang hanya RM150 je.. memang sangat okay la kan..

Macam split personality dah aku ni.. hahha Bila 'angin' diva dah sampai, memang tak pandang la kan.. hhhahahhahaha

But, trust me it is a very good choice to bring your family here...




Wednesday 18 November 2015

Tips Meng'Obes' & Meng'Gebus' Kucing

Assalamualaikum & Hello everybody!
Finally, I got an idea what to merapu here. haha

__________________________________________________________

Kenal makhluk berbulu 2 ekor ni?


Inilah buah hati pengarang jantung..
Jackie & Baby @ Ebbie!!

Mereka ni dulu tak ada la gemuk & gebu mana pun..
Terutamanya si Jackie kucing pasar tu...

Ebbie - February 2014
Ebbie - Now....
Jackie - September 2014 vs January 2015
Jackie - Now......
Nak transform kucing-kucing anda??
Boleh cuba tips kat bawah ni :

Tips 1 & 2 : DEWORM & DE FLEA

Bahasa mudahnya, buang cacing & buang kutu.
Selalu jumpa kes-kes kucing makan banyak tapi tak gemuk??

Ha.. puncanya kucing tu makan, sampai perut cacing pulak makan.
benda ni sangat penting tau sebab kecacingan yang kronik pada kucing boleh menyebabkan cacing-cacing tersebut keluar melalui najis..hidung... dan sebagainya.. Kalau tak berjaga-jaga, boleh masuk badan manusia... DANGEROUS!

syorkan 3-6 bulan sekali...
Yang penting jangan sampai tak buat.
kekerapan setahun tu, kena usha poket & wallet sendiri la jugak..
Nak murah sikit, pergi vet kerajaan ok.

Untuk kutu pulak, memang terang-terangan mudah merebak ke manusia.
ubat kutu, syampu kutu banyak di pasaran dan tak mahal mana.
Banyak alternatif selain pergi vet.
Jangan pandai letak ubat kutu je tapi tak pernah nak mandikan kucing! ceh!

Tips 3 : Vaksin

Vaksin ni mahal sikit la dan perlu mempertimbangkan soal duit andai ada banyak kucing dalam jagaan.
Kalau ada banyak, saya sarankan jangan vaksin semua sekaligus.. 
Buat satu-satu.. Tapi kalau anda memang duit berkepuk, tak kisah la kan...

Vaksin untuk permulaan adalah sekali bulan selama 3 bulan..
Lepas habis 3 dos tu, dah kira tahunan pulak.
Setahun sekali je....

Tips 4 : Pemandulan (Pilihan/Optional/Tiada Paksaan)

Selepas pemandulan, kucing anda memang akan jadi gemuk lagi handsome / ayu..

 Ada sesetengah orang "Anti-Pemandulan" Kucing.
Tak apa.. tak kisah.. terpulang..

TETAPI

Tolong pastikan bila kucing anda membiak, jaga!
Jangan buang anak kucing di pasar, kedai makan , tepi longkang, masjid/surau, sekolah atau mana-mana tempat sekalipun!
Itu KEJAM namanya!!
Pergi kedai makan, pergi pasar tengok kucing-kucing terbiar kat situ, kenyang ke dia makan??
Gemuk-gemuk & sihat ke mereka????

Tak nak kucing anda membiak & bertambah, tolong mandulkan!
Bukan buang anak-anak mereka! Huh! 
(Emo tau dengan manusia macam ni!)

Tips 5 - Belaian...

Kucing yang selalu dibelai & dimanja memang lebih mudah untuk gemuk & gebu..
Macam manusia jugakkan? Eh?
Yerla... Hati senang......Badan pun mengembang dengan jayanya la...
hahaha~~

Tips 6 - Makanan yang mencukupi

Ikutla keperluan kucing.. Kalau ada 6 ekor kucing, jangan la sediakan makanan macam bela 2 ekor..
Ya tak??
Kalau nak bagi kucing tu obes, bela sekor, letak makanan untuk 4 ekor! - Macam Jackie! haha

Makanan budak 2 ekor ni senang je.. Dengan saya diorang tak cerewet sebab tahu saya takkan layan kengengadaan diorang..
Ngan 'bapak' diorang, memang mengada-ngada especially Ebbie..
Demand!

Budak-budak ni makan dry food + 1 sudu wet food setiap hari...
dry food, memang sentiasa ada dalam mangkuk mereka sepanjang masa...
__________________________________________________________

Ok. pesanan terakhir...
Jangan pandang sebelah mata pada kucing-kucing jalanan...

Kucing jalanan ni kalau dijaga & didandan (bak kata ibu dibandarkan), dia pun boleh jadi gorgeous & sangat adorable ok!

Saya tak nak highlight kan ebbie sangat, sebab Ebbie adalah kucing indoor yang terjaga dari kecil yang saya ambil dari penulis novel, Acik Lana...

Tapi Jackie??

Jackie adalah kucing yang Abah kutip di Pasar Parit Sulong...
Tak ada siapa pandang Jackie si kucing pasar ni..
Kucing yang menyelongkar tong-tong sampah.. Makan sisa-sisa ikan busuk...
bulu kotor..
haish.. terbayang Jackie waktu Abah mula-mula ambil dulu.. EUW!!!!

Ya, saya dah buktikannya!
sekarang, semua orang berebutkan dia..
 Si budak debab yang gebu & obes!

hahaha~~


THE END





Sunday 24 May 2015

Perjalanan ke Tanah Suci (Bahagian : Pakej vs Agensi)

*******************************************
Hello Everyone!!
Assalamualaikum!

Post pertama untuk tahun 2015!
Hey wake up baby! dah hujung bulan May okay!
Nampak tak bertapa kesibukkan melanda diri Ehda Al-Najihah.. 
Memang dah tak melayan nak merapu disini.
hoho

Sibuk dengan apa?
Macam-macam la...
Sibuk kerja... sibuk mengurus rumah (ececey).. Sibuk mengurus anak-anak.. Sibuk megurus keluarga di kampung.. Sibuk berdating bersosial bersama kawan-kawan.. Sibuk melayan nafsu makan.. Sibuk mengurus tidur dan sebagainya..
Macam-macam jenis sibuk ok. 
(Yang penting ini semu hanya ALASAN! haha)

Ok. Tak nak intro banyak-banyak.
Just nak share satu nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T.

layanzzzzz..
*******************************************

Alhamdulillah pada 5 hinga 15 Mei yang lalu, kami (Ibu, Mak, Abang, Abang Chik & me) telah selesai mengerjakan ibadah Umrah & Ziarah di Kota Mekah & Madinah.


Tak nak jump terus cerita.
nak cerita dari awal kami mengatur dan merancang perjalanan ini.
Permulaan ini nak cerita Pakej & Agensi apa yang kami guna..
Almaklumlah sekarang ni lambakan pakej-pakej umrah & lambakan agensi yang ada kat pasaran Malaysia ni..

Kami merancang sudah lama. Dari tahun ke tahun ada sahaja halangan dan kekangan.
Tapi Ahamduillah pada awal tahun 2015, kami bulatkan tekad untuk pergi pada bulan Mei 2015.

Mendengar pelbagai pengalaman kaum keluarga dan sahabat handai yang telah mengerjakan ibadah ini, ada rasa bimbang dan risau terutamanya berkaitan isu visa umrah.
Ada yang tertangguh visa. Ada yang dapat visa disaat-saat akhir. Ada yang terpaksa menambah duit bagi memperceptkan proses visa. Ada yang visa nya terpisah antara ahli keluarga.
Ok. serius menakutkan dan membimbangkan!  

Setelah bermaca-macam survey dan feedback yan kami kumpul, akhirnya kami merancang untuk meggunakan perkhimatan Tabung Haji Travel & Tours.
Agak mahal pakejnya tapi setakat yang kami dengar, belum ada sebarang masalah yang timbul dibawah kendalian mereka.

kami hanya mampu merancang, sehingga bulan Februari 2015 kami menanti pihak Tabung Haji Travel & Tours untuk membuka tempahan bagi penerbangan Mei 2015, namun apa yang kami dimaklumkan oleh pihak mereka pada waktu itu ialah mereka tidak ada menawarkan pakej umrah bagi bulan Mei sehingga selesai musim haji kerana akan menumpukan persiapan penuh untuk musim Haji.
Penerbangan terakhir yang ditawarkan oleh mereka ialah hujung April 2015.

Setelah berfikir dan menimbang segalanya - terutama berkait dengan tarikh & jadual penerbangan, akhirnya kami beralih ke Syarikat Andalusia Travel & Tours.
Seperti yang dah sedia maklum, Andalusia Travel & Tours antara syarikat terbesar yang menguruskan perjalanan Umrah di Malaysia.

Dek kesuntukan masa, kekangan kerja dan urusan ni semua diuruskan oleh anak dara yang comel ni bersendirian (perasan jap. hahaha), apa yang saya mampu hanyalah menguruskan tempahan dan sebagainya melalui On-line.

Jangan terkejut ya!
dari mula sampailah saya melunaskan bayaran penuh sebanyak RM 2*,***.00 semuanya menggunakan perkhidmatan 'On-Line'
Tak pernah bertentang mata dengan pihak agensi.
Paling lebih pun hanyalah melalui panggilan telefon, SMS, Whatsapp & E-mel.

Tapi Alhamdulillah.
Allah jaga & lindungi kami dari sebarang bentuk penipuan.

Kami mengambil pakej
"UMRAH PENERBANGAN SAUDI AIRLINES"



Tak ada transit dimana-mana. Direct KLIA - Jeddah.

Perjalanan kami : KLIA - Jeddah - Mekah - Madinah - Jeddah - KLIA

Ambil pakej bilik ber-5
RM 5490 / orang
Deposit RM 300.00 / orang
(HINT : kalau tak nak bosan dalam flight, pilihlah MAS atau Saudi Airlines)

Nak jadi cerita, seminggu selepas kami berdaftar & membayar deposit dengan pihak Andalusia,
pihak Tabung Haji Travel & Tours menghubungi kami dan memaklumkan bahawa mereka telah mula buka tempahan semula bagi penerbangan bulan Mei sehingga Ramadhan..
Terlambat sudah.. kami dah pun beralih ke Andalusia.... Bye. Bye je la Tabung Haji...

Apa yang memeranjatkan dan berita yang sugguh gembira buat kami
visa kami telah siap dan diluluskan pada 17/4/2015.
Dokumen terakhir yang kami hantar pada pihak Andalusia ialah pada 8/4/2015.
Satu 'nightmare' telah kami lupuskan.
Yer la.. momokan orang sekeliling mengenai visa umrah yang susah dapat.. lambat, digantung dan sebagainya memang sangat menakutkan ok!

Alhamdulillah Allah permudahkan segala persiapan kami..

Ok..

Tanggal 5 Mei kami menaiki bas ke KLIA pada jam 8.00 pagi dari Batu Pahat..

Terima kasih untu kaum keluarga yang mengiringi pemergian kami..









tepat jam 4.50pm kami berangkat ke Jeddah


p/s : Makanan dalam Saudi Airlines pun sedap.

Don't worry dengan issue Nasi Lemak dan sebagainya. hehehe
Salmon Set..

Pasta Set..

Chocolate Ice-Cream Cake..
Beef Set...
p/s : Gamba 'noodle set' lupa pulak nak ambil.. Ok yang penting kenyang & sedap! haha

Jom layan gambar sepanjang 8 jam pergi & 8 am balik duduk membatu dalam flight... hoho...







To be continue...




Sunday 14 December 2014

JPA Scholars : How To Claim Internship & Thesis Allowance


Hi All!!

Special Entry for JPA Scholars
(Especially Statistics students)

Flow to claim Internship & Thesis Allowance

Internship Allowance (RM10/working day)

Rules:
1) Internship place must at least 25km from university
2) Do not receive government allowance RM15/day (Who intern in government office)
3) Apply within 30 days after you complete your internship

Steps
1) Download claim form from esilav2@jpa.gov.my 
2) Fill in the form with all require signatures & chops.
3) Attach your punch card copy OR 
get a letter of 'Pengesahan Kehadiran' from your internship company (With company letter head, chop & number of days you attend must state clearly on the letter) 
4)Send to JPA (by hand / postage)

My experience
I just sent the application via postage. Got the money after a month.

My Suggestion
Do intern in private company. 
So, you will get allowance from company + you may claim additional allowance from JPA. yeay!!

This allowance is ADDITIONAL. You still get the RM4K++ in the early of semester.


Thesis Allowance (RM250)
(As Statistics students do not have FYP/Thesis, use Internship report to claim this allowance)

Steps
1)Download claim form from esilav2@jpa.gov.my 
2) Fill in the form with all require signatures & chops.
3) Send to JPA (by hand / postage)
***JPA may require a copy of our thesis/report.

My experience
I just sent the application via postage. No copy of report request by JPA. Got the money after a month.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting