Tuesday, 29 October 2013

When it comes to R.E.L.A.T.I.O.N.S.H.I.P....

*********************************************************************************
Morning everyone!!!
ooopss!
Assalamualaikum.
Nak cerita pasal hari Sabtu lepas lagi...

Kami telah diberi 'ceramah' or bahasa sedap sikit 'talk' daripada consultant dari CoolMumSuperDad Academy,
so, hari ni nak share sikit apa yang kami dapat
dan apa kesimpulan yang aku nak buat...
Kesimpulan pasal apa??
Baca tajuk!
hehe
*********************************************************************************

Jom tengok benda alah ni :

source : google

Kat atas ni menerangkan secara ringkas generation-generation yang ada..
Seperti yang sedia maklum ramai gang-gang seangkatan akan berada di Generation Y.

Kenapa Y?
Sebab ini generasi yang banyak bertanya why..why..and why...
dats why la namanya Generation Y!

Ok..

pada aku memanglah setiap generation akan ada cara hidup dan pemikiran yang tersendiri..
Berubah dari zaman ke zaman...
Depends on persekitaran kita dilahirkan, dibesarkan, dan didikan yang diterima...
Depends on kemajuan dan teknologi yang berkembang...
dan sebagainya...

Tapi...
bagi aku...

When it comes to RELATIONSHIP and MARRIAGE,
I got the same thought with the Veterans and Baby Boomers..

Tak kisah lah apa pun..
semaju mana pun pemikiran kita..
secanggih mana pun teknologi yang ada..
Tapi tak salahkan kalau kita ada pandangan dan pegangan 'kolot'
dalam hal ini...

Sejauh mana pun kita saling menyayangi,
sebanyak mana pun lafaz cinta yang terungkap,
Ia tetap tidak bermakna selagi 
No restu & No akad.



Monday, 28 October 2013

Rezeki Oktober...

******************************************
Assalamualaikum!!
Tak jawab dosa....
Jawab..jawab...
hehehe~~
******************************************

Alhamdulillah..
Rezeki di bulan Oktober ini...


Terima kasih di atas penghargaan (sijil + $$$) yang diberi..

26-10-2013 (Sabtu)
telah berlangsungnya Majlis Penutup Minggu Matematik 2013 di Dewan Al-Ghazali, FSKM, UiTM Shah Alam.


Terima kasih pihak penganjur diatas undangan dan penghargaan yang diberi kepada kami... 



4 orang wakil dari CS221...

with Aida Aziz a.k.a Gonzoles

with wani omar a.k.a wani tudung labuh

**Sila abaikan senyuman plastik aku itu! hahaha

Walaupun sedang berintern, undangan makan jangan ditolak! haha~~ waiting 4 another makan free minggu hadapan..


Pesanan tuan tanah: 
Sebagai student yang dah membayar YURAN kepada UiTM, sangatlah RUGI kalau tak turut serta event anjuran fakulti/kelab... 
Time ni la nak merasa apa yang kita bayo...
Ingat tu! pleassseee la join activities yang dianjurkan.. Kalau tak sia-sia je korang bayar yuran tu oiiii....




Monday, 21 October 2013

Surprise!!

*************************************
Hilangkan mengantuk di waktu lunch....
Malas nak gi makan, so merapu la depan pc..
hehehe~~
*************************************

Satu benda yang aku sangat suka buat dari dulu
ialah 'menyeperaiskan' orang..
Lagi-lagi time birthday insan-insan yang dekat dengan aku...
Cik Senah... Cik Teyka... and beberapa orang lagi yang rasanya tak perlu kot aku sebutkan lagi....

Surprise party for Cik Senah.

p/s: Cik teyka punya gamba cupcake comel tak ada la pulak..sob3x... 

Aku suka buat plan untuk benda-benda macam ni..
Kena buat senyap-senyap..
Plan berminggu-minggu.....
Kena berlakon la...
Buat-buat merajuk la....
Then paling menggelabah bila apa yang diplan tak berjalan seperti yang dirancang!!

ahahaha~~
Best okay!!!

Sebenarnya ada seorang insan yang memang aku sentiasa
menyediakan 'surprise' setiap kali birthday dia....
Tiap-tiap tahun aku mesti akan fikirkan sesuatu yang unik untuk dia..
Macam-macam aku pernah buat...
Datang kejutkan dia tengah-tengah malam dengan cake....
Simple birthday celebration untuk dia....
n so on....
Taktik paling biasa aku buat,
aku akan merajuk / pura-pura tak bertegur dengan dia untuk beberapa hari...
Biar dia susah hati, then aku akhirinya dengan surprise untuk dia...
Mungkin sebab terlampau sayang dan rapat dengan dia
membuatkan aku sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati dan meraikan dia....

Tapi tu dulu...
DULU
D.A.H.U.L.U.

Hanya tinggal kenangan...

Eh... Cita sedih pulak tetiba!
ahahaha!!

Hari ni tergerak nak tulis pasal benda ni sebab aku
rasa cam dah lama tak celebrate/surprisekan mereka-mereka yang dekat dengan aku..
Rasanya sejak masuk degree ni, tak ada dah nak celebrate birthday cik nai..cik teyka...
hmmmmmmmmmm......
Sorry my dear sekalian.....
Tak pernah lupakan korang...
Tapi....
Pepaham jela.....
I kan busy mengalahkan PM waktu tu...
ahahhahahha~~~~~

Semoga satu hari nanti aku diberi kesempatan untuk meraikan korang lagi... =D

Terlampau rindu nak buat macam ni lagi kat korang!!!!! 





Sunday, 20 October 2013

New Members...


Assalamualaikum semua!!
Salam hari Ahad.. =D

Ok. Hari ni nak memperkenalkan new members in our family..
'new' tak 'new' sangat la...
Dah dekat sebulan jugak la.....
Hari ni baru berkesempatan nak hupdate pasal diorang ni..

Taraaaaa!!!!!!!!!!!....


New hamsters in da house!!!
sorang boboi... sorang gugurl...
Yang boboi namanya Ronald Weasley a.ka. Ron..
yang gugurl pulak nama dia Sheena.. (Patutnya kena letak Hermoine kan??...Baru sesuai..hehe)

Dua budak kat atas ni mengada teramat..
Time orang tak ada dua-dua membuta...
Time orang ada kat dapur, mula la tunjuk aksi...
menyampah!
haha~~
So, terhibur hati tengok budak 2 orang ni..
Balik dari Bangi je, mesti cari diorang kat dapur, then kacau..
hehe~~

p/s: Sesiapa nak try bela hamsters, gi cari kat THE PET FAMILY.. murah OK! 2 ekor hamster + cage (complete with wheel, bekas makan & minum) + makanan + habuk kayu tu baru RM56! Berbaloi-baloi-baloi!

Tapi..
as the cat lover...
Aku tetap suka nak peluk+cium+main dengan kucing!!


ni kucing yang aku usha dekat petshop (Wellpets Centre)
Sangat jinak + manja ok!!
Umur baru 4 bulan.. 

Ikut rasa hati macam nak beli je....
Tapi siapa yang nak jaga....
dengan aku yang tak menentu duduknya..
Sekejap Bangi sekajap Klang....
huhuhuhu~~

Kalau bawak balik kampung, nanti boipren aku tu merajuk...

my boipren aka Josh Santana
hmmmmmmmmmmmmmmmm....
Jawabnya, kena tunggu duduk rumah sendiri la baru boleh bela kucing....
Sabar..Sabar...
Sekarang, bila rasa nak main dengan kucing je, pergi kat Wellpets Center..
Pet shop ni best!!
Boleh melepak-lepak main kucing kat sini.. hehehe~~
Ok la kan.. untuk lepas gian pegang kucing.. :-)



pssstt..pssst...
Aku ada satu impian tau...
Aku nak SEKOR kucing kat dulang hantaran kawen t!! 


Tuesday, 15 October 2013

Hari Tua Mereka..


Salam Aidiladha buat semua!! 
Semakin jarang aku mengupdate blog ni...
Patutla ramai blogger-blogger mula 'slow' bila dah start kerja..
Baru aku tau camna...
Walaupun tak ada la busy kerja sampai tak ada masa langsung...
Tapiiiiiiiiiii..............
Mood untuk merepek kat blog memang susah le nak jumpa.
hehe~~

Hari ni, sempena Aidiladha ni entah kenapa terajin pula nak menghapdet blog yang bersawang ni..

***********************************
Setiap tahun bulan Oktober adalah bulan aku paling 'pokai'..
Ramai betul la yang sambut birthday bulan ni..
Haissshhh...
Nasib baik tahun ni dah kurang sorang. EH!
ooopppsss..
Termasuk isu sensitip pulak.
hehe~

So, apa-apa pun entry ni nak wish 
untuk semua kawan-kawan + family yang menyambut Ulang tahun kelahiran pada bulan Oktober ini....

Terutamanya buat:
Cik senah.... Moksu (Aku terlupa wishhh...huhuhu).... Abang Joe.....
(eeerrrrrr..sapa lagi erk???......)

Nak claim hadiah??
Sila isi borang yer..
hehehhe~~








P/s: Gamba sedut google



Thursday, 3 October 2013

Jualan Gudang Karangkraf


Jualan Gudang Karangkraf kembali!!!!!
Dari 4 hingga 6 Oktober.
Jom serang ramai-ramai!!!!!

sumber : FB Kumpulan Media Krangkraf




p/s : Kenapa rasa cam ada kenangan yang ingin dilupakan? hmmmm.... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting