Thursday, 18 July 2013

Tak Puasa!!


Assalamualaikum!!
Salam Ramadhan.

Hari ni dah hari ke-9 kita berpuasa.
Sekejap je rasanya masa berlalu.. Dah tinggal lebih kurang 21 hari je lagi untuk kita berpuasa..

Hari ni nak cerita pasal BUDAK YANG TAK PUASA kat rumah ni..
Tak lain tak bukan Si Gemok Josh Santana

Muka budak merajuk sebab tak dapat panjat gerobok aka almari...

Lepas peristiwa Si Gemok ni demam haritu,
dia sangat-sangat-sangat-sangat memilih bab makan.
Langsung tak nak makan ikan dah.
Makan kibble je yang dia nak..
So, ibu layankan.... Ibu belikan jenama Whiskas or Pro Diet

Memandangkan dia dah tak nak makan ikan langsung
and bergantung sepenuhnya pada kibble,
agak risau la jugak..
Seperti yang sedia maklum kandungan garam dalam Whiskas sangat tinggi manakala Pro Diet pulak mengandungi bahan pewarna..
Senang cerita agak kurang elok untuk kucing....

Jadi, sebagai seorang tuan yang baik,
aku pun try la untuk tukarkan kepada makanan premium jenama Blackwood.


Nasib baik lah Si Gemok tu memang telan je apa juga jenis kibble..
So, tak adalah masalah nak bertukar..
Tengok poo poo dia pun ok je...
Tak ada cirit birit...
Ok la kan..

Tapi sekarang ni, disebabkan stok Pro Diet dia masih banyak
and membazir la pulak kalau buang kan,
jadinya, aku and ibu decide bagi dua-dua...


Malangnya, Gemok ni terlebih pandai,
letak dua-dua camni,
dia pilih :


Blackwood je!!

hampeh!!
Padan muka kene bebel dengan ibu tadi.
Ibu ugut Josh, kalau tak nak habiskan yang lama tu, ibu tak nak bagi Blackwood lagi.

hahahahahaha~~~
pagi-pagi lagi dia dah gaduh ngan ibu...
hehehe~~





2 comments:

nur farhana Saad on 18 July 2013 at 13:42 said...

no josh tak puase ke ang ni ehda?? hehehe

Jiha Mahmud on 18 July 2013 at 20:00 said...

@nur farhana Saad shhh... rahsia.. hahahha~~ pose la! geram je tengok josh x pose.. dahla makan dpn ak tanpa rasa bersalah. huhu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting