Thursday, 25 July 2013

Top 3 Sedapnya.....................


Assalamualaikum!!
Ok.. hari ni nak list top 3 menu yang kalau boleh HARI-HARI aku nak makan!
yup HARI-HARI ataupun bahasa lainnya ialah SETIAP HARI.

p/s: Bertapa fanatiknya aku dengan makanan-makanan ni. hehe~

*******************************************************************************

(1) ASAM PEDAS

credit : maizanuar.fotopages.com

Semua asam pedas aku suka! tak kira lah asam pedas ikan, ayam or daging. semua aku balun. Tapi yang PALING suka ialah Asam Pedas Ikan Parang. Asam pedas ditambah dengan sawi jeruk asin. PERGH!! terangkat! 

Kalau minta ibu masakkan, aku ni 'demand' sikit.. Ibu kata banyak songeh! Untuk asam pedas ayam or ikan keli aku prefer guna daun limau purut.. Yang asam pedas ikan-ikan lain baru aku suka guna daun kesum...
Tapi bila guna daun limau purut, sangatlah tidak sedap sekiranya dicampurkan dengan sawi jeruk. so, kalau nak letak sawi jeruk, gunalah daun kesum.. nyum3x......

Aku tau masak asam pedas or tak? jawapannya ialah aku tau secara teori.. Tak pernah try masak lagi. Sebabnya ni kan lauk peberet aku.. aku takut tak jadi sama macam yang ibu buat.. Nanti membazir pulak kalau tak sedap kan.. hehehe~~ Ok.. tunggu dok rumah sendiri baru aku buat praktikalnya. peace. ('',)v


(2) TOM YAM

source : www.phuket101.net

Ok. ni makanan kedua peberet.. Tom yam!
Aku suka tom yam yang super duper extra spicy + extra sour + extra mushroom.
Kalau boleh nak letak semua jenis cendawan.. Ya Allah sedapnyaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!

Tapi aku 'allergic' sikit ngan tom yam yang manis.. Rasa nak tergeliat tengkuk kalau terpaksa makan tom yam yang agak manis memandangkan aku memang tak suka benda manis....

Tom yam ni aku expert la nak masak... Tapi bila aku yang masak, suka tak pikir orang lain..buat ikut selera aku.. Yang tak tahan pedas jangan sesekali cuba makan tom yam aku.. kalau cirit birit, tanggung sendiri. hehehe~~ Yang pasti tomyam aku  super duper extra spicy + extra sour + extra mushroom.hehe~~ nak try?


(3) ASAM LAKSA

credit : 119cafe.blogspot.com

Walaupun aku anak jati johor, tapi dalam bab laksa aku pilih asam laksa... Disebabkan aku kurang gemar masakan berteraskan santan, jadi laksa johor + laksam kurang menjadi pilihan hati ni.. hehehe~~

Aku sangat suka makan asam laksa. Lagi-lagi kalau dah panaskan banyak kali.. kuah dia dah pekat.. pergggghhhhhh!! memang makan tak toleh kiri kanan! Aku prefer asam laksa yang aku or ibu sediakan sendiri.. sebab aku suka pedas.. Oleh itu, aku akan terus campurkan cili api yang dikisar ke dalam kuah laksa. memang terangkat!!

Nasib baik lah asam laksa ni sangat mudah disediakan. kalau ibu aku tak nak masakkan pun, tak adalah sampai ketahap kempunan.. hehe~~ Tapi macam tomyam jugak, kalau aku yang masak standby tisu nak lap air mata and hingus... Super duper extra spicy + extra sour!

*******************************************************************************

Ok.. sekian sahaja top 3 menu yang menjadi kegemaran aku... Ada lagi..tapi top 3 je la dulu.. Ibu selalu bebel kat aku bila aku asyik mintak and nak masak menu-menu atas ni.. Ibu kata, tak kan nak masak untuk suami lauk and makanan ni hari-hari????!!!!! Aku gelak je la... hahahahahahha~~~~~~ nyum3x...


Wednesday, 24 July 2013

Abang Cik & Josh


Cuaca panas hari ini menyebabkan Josh tak senang duduk.
Dari tidur dalam bilik aku dia sanggup keluar ke ruang tv dan baring dibawah kipas syiling dan juga kipas duduk.. 2 kipas sekali dia guna.


kucing pun pandai cari kipas untuk sejukkan diri..

Tapi seperti biasa,
Josh kalau tak membuli Abang Cik memang tak sah!
tengok ni :


Actually Josh datang time Abang Cik siap pasang kipas ni..
Tak sempat Abang Cik baring depan kipas,
Josh dengan muka slumbernya rampas tempat Abang Cik.
Abang Cik babab bontot dia pun tak nak bangun...
Josh...Josh....

Josh sangat suka membuli Abang Cik..
Mentang -mentang la Abang Cik ni tak normal,
dibuli je kejanya..
Sama macam tuan dia. hahaha~~
Ni baru sikit..
Adakalanya Abang Cik tengah jalan, dia serang hendap Abang Cik.
Tu belum lagi dia buat bodoh tak nak jalan bila Abang Cik panggil makan...
saja jer suruh Abang Cik angkat dia gi tempat makan.

Adoi....
Ikut perangai tuan betul si Josh ni,
hahahhahahaha~~


Friday, 19 July 2013

JOHOR vs PERAK


Kisah Rendang Tok

sumber gambar : http://www.ibnukhusairy.com



Ibu : 
Adik, gi cari buku resipi yang ada rendang tok.

me : 
Rendang tok????

Ibu : 
Yerla. Ibu nak cuba buat rendang tok ni.

me : 
Ibu ni, masak makanan negeri orang pulak, Johor ni tak cukup rendang ke?

Ibu : 
Tak boleh ke? Kalau macam tu lepas ni jangan masak TOMYAM. tomyam tu makanan orang Thailand.

me:
Tomyam tu lain.............

Ibu:
Apa yang lain nya. Lagi la tak ada kaitan. Sekurang-kurangnya ibu nak masak ni makanan tradisi orang Perak. Ingat sikit tok ayah kamu tu orang Perak. Asal usulnya Perak jugak.

me:
Yerla..Yerla........ Adik ingat ni..... 




Thursday, 18 July 2013

Tak Puasa!!


Assalamualaikum!!
Salam Ramadhan.

Hari ni dah hari ke-9 kita berpuasa.
Sekejap je rasanya masa berlalu.. Dah tinggal lebih kurang 21 hari je lagi untuk kita berpuasa..

Hari ni nak cerita pasal BUDAK YANG TAK PUASA kat rumah ni..
Tak lain tak bukan Si Gemok Josh Santana

Muka budak merajuk sebab tak dapat panjat gerobok aka almari...

Lepas peristiwa Si Gemok ni demam haritu,
dia sangat-sangat-sangat-sangat memilih bab makan.
Langsung tak nak makan ikan dah.
Makan kibble je yang dia nak..
So, ibu layankan.... Ibu belikan jenama Whiskas or Pro Diet

Memandangkan dia dah tak nak makan ikan langsung
and bergantung sepenuhnya pada kibble,
agak risau la jugak..
Seperti yang sedia maklum kandungan garam dalam Whiskas sangat tinggi manakala Pro Diet pulak mengandungi bahan pewarna..
Senang cerita agak kurang elok untuk kucing....

Jadi, sebagai seorang tuan yang baik,
aku pun try la untuk tukarkan kepada makanan premium jenama Blackwood.


Nasib baik lah Si Gemok tu memang telan je apa juga jenis kibble..
So, tak adalah masalah nak bertukar..
Tengok poo poo dia pun ok je...
Tak ada cirit birit...
Ok la kan..

Tapi sekarang ni, disebabkan stok Pro Diet dia masih banyak
and membazir la pulak kalau buang kan,
jadinya, aku and ibu decide bagi dua-dua...


Malangnya, Gemok ni terlebih pandai,
letak dua-dua camni,
dia pilih :


Blackwood je!!

hampeh!!
Padan muka kene bebel dengan ibu tadi.
Ibu ugut Josh, kalau tak nak habiskan yang lama tu, ibu tak nak bagi Blackwood lagi.

hahahahahaha~~~
pagi-pagi lagi dia dah gaduh ngan ibu...
hehehe~~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting