Tuesday, 19 February 2013

Masa Berlalu : Sudah 6 Tahun...


Nak masuk cerita basi...
Cerita yang dah lama diperam..
hehehe~~

Izzat Al Fitrah dah masuk ke tadika!!


dah besar rupanya anak sudara aku sorang ni..
Diam tak diam Izzah dah 6 tahun..

Setiap hari bermacam pengalaman yang dia dapat kat sekolah..

Izzah dah semakin pandai bergaul
and yang paling penting
Izzah sekarang KUAT MAKAN okay!
Siap makan bertambah lagi kat tadika..
Adeh.. Anak sape la ni...
hehehe~~


hehe~~ saja nak 'inteprem'..
Aku yang akan hantar Izzah ke tadika if aku gerak pergi ke faculty around pukul 8.00 pagi..
Sebelum ke faculty,
hantar Izzah ke Tadika bersama Iffah, then hantar iffah balik rumah semula n after that baru gerak ke Shah Alam...
Itulah rutinnya bila aku yang hantar...

kalau aku tak sempat,
Akak + Iffah akan jalan kaki untuk hantar and jemput Izzah dari tadika..
Tak jauh mana pun... 
hehehe
Iffah dah ready nak jemput Izzah dari tadika!


Lihat ATAS.. Lihat BAWAH..


15 February 2013, keputusan peperiksaan January 2013 pelajar-pelajar sarjana muda UiTM telah selamat diumumkan.

Alhamdulillah.
Allah mendengar doa ibu + abah...
Alhamdulillah,
kali ni aku benar-benar redha dengan keputusan ini..

Walaupun aku bukanlah yang terbaik,
namun ia tetap mendatangkan kepuasan bagiku..

Sewaktu diploma dahulu,
aku sentiasa terbuka untuk share apa jua result aku..
Tak kira baik ataupun tidak..
Itu adalah AKU..

Tapi keadaan mula berubah sejak aku masuk degree ni..
Terus terang aku katakan
walaupun bibir mengatakan syukur, tapi hati tidak...
aku mula alpa...
Allah bagi ini, aku rasa tak cukup.
Aku mahu lagi...lagi..dan lagi...
Tak kiralah orang sekeliling cakap apa,
aku susah nak terima...

Tapi kali ini,
ada sesuatu yang menyedarkan aku..
Tak perlu aku ceritakan apa yang berlaku,
cukup aku katakan
kita perlu melihat orang yang di atas,
supaya kita akan terus berusaha
tapi..
kita juga perlu melihat orang yang di bawah,
supaya kita kenal erti bersyukur.
Mungkin ada yang mencebik..
Mungkin ada yang akan kata
"nak apa lagi? dah dapat anugerah dekan tu cukupla!"

yer memang betul...
tapi aku susah nak terima...
dalam hidup aku, aku sentiasa letakkan sasaran yang lebih tinggi..
sejak diploma lagi,
kalau sistem UiTM kata AD itu 3.50
tapi bukan bagi aku..
AD bagi aku adalah 3.75 dan ke atas..
Jadi bila sasaran yang aku letak sendiri dan aku gagal mencapainya,
aku jadi tersangat-sangat 'down'..

tapi yang pelik dan jeliknya, aku tak nak tambah usaha...
Aku tak nak tambah doa...

Inilah manusia tak bersyukur...
Baru Allah tarik sedikit, aku sudah 'melatah'..
tak banyak mana pun Allah tarik, Allah baru nak uji aku, Aku sudah begini...
Astaghfirullahal'azim...
Astaghfirullahal'azim...
Astaghfirullahal'azim...
Astaghfirullahal'azim...
Astaghfirullahal'azim...

Buat semua yang mebaca, janganlah sesekali jadi seperti aku...
Aku menulis ini agar depat sama-sama jadikan pengajaran.....
Ingatlah Allah akan beri lebih bila kita kenal erti bersyukur...

Doakan aku untuk final semester ini okay..
Doakan aku dapat buat yang terbaik..
Doakan aku agar aku tidak alpa lagi....

p/s: Sangat-sangat tak sabar nak konvo lagi!!!!!



Monday, 18 February 2013

Janganlah CELUPAR!!


Assalamualaikum semua!!!
Maaf terlambat mengupdate blog mengenai 'isu' haritu secepat mungkin...
my picasaweb buat hal.. Lain yang diupload, lain yang keluar kat blog...
adeh...
and Alhamdulillah, sekarang dah kembali pulih :-)

Ok. Jom kita mula!

Ingat lagi tak isu ni :


Isu yang timbul kerana status ini :


dan
inilah  'hentaman' dush..dush..dush.. (saje buat sound effect..hehehe~)
yang selamat terjah ke inbox fb aku..


adoihai...
Aku tak gemar berbicara mengenai isu politik ni
bagi aku, tak payah nak kecoh-kecoh...
Masing-masing ada pendapat sendiri...
Tunggu je la PRU13 nanti..
Mana yang rasa korang sokong, itulah yang korang pangkah.

As a student, tak payah cakap banyak-banyak..
nanti ibarat meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri...
Belajar betul-betul. Dapatkan result yang CEMERLANG, GEMILANG & TERBILANG.
Jangan bazirkan dengan sia-sia duit rakyat Malaysia yang kerja membanting tulang bayar cukai untuk menampung subsidi pelajaran korang tu...
Itu TANGGUNGJAWAB UTAMA anda sebagai PELAJAR.

Fahaman politik???
Cukup umur --> daftar undi --> pangkah la apa yang korang suka waktu PRU nanti.

Dan tolonglah jangan celupar sangat..
Kalau tak hormat orang lain pun, hormatlah diri sendiri...
Jangan merendah-rendahkan maruah diri sendiri dek ketaksuban fahaman politik.


*By the way, aku rasa selama ni tak kira kerajaan mana pun yang buat, bila benda baik aku share.. waktu PR buat Pesta Buku Selangor aku pun pergi..aku pun uar-uarkan... Tak percaya??? try check entry ni :

RELAX : Pesta Buku Selangor 2012



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting