Monday, 30 July 2012

Salam

I'm deactivating my fb account "Jiha Mahmud"
Sorry to all my friends...
I just need some time and space to calm myself.

Maybe you will see an account under my name which is "Ehda Mahmud".
yes. that is my account..
However, i will not accept any friend request since the account are created for my official work in faculty only....

Sorry...
InsyaAllah "Jiha Mahmud" will be back in Aidilfitri... =)

Salam Ramadhan and good luck to all my friends for the becoming results..


Wednesday, 25 July 2012

Hmmm...Oren..


Tertengok iklan Scott's Emulsion kat TV3 tadi,
Budak kecik tu coooool je puasa sehari..



Nak mintak ibu belikan Scott Emulsion lah..
Barulah bertenaga...
hehehehe

Monday, 23 July 2012

P+O+L+I+G+A+M+I


P.O.L.I.G.A.M.I
First time dengar perkataan ni waktu kecik-kecik dulu ingatkan sama je dengan ORIGAMI..
Tapi lari jauh bebeno maksudnya....

ORIGAMI menghiburkan hati semua orang....
Tapi POLIGAMI???

Eh, POLIGAMI pun menghiburkan hati lah!!... sapa cakap bende ni tak menghiburkan???
Kalau tak menghiburkan, tak akan la ramai yang mengamalkan poligami...
Betul tak???

OK. Sebagai umat Islam, aku tak sesekali pun membenci poligami ni..
dah memang termaktub bahawa poligami ini dibenarkan di dalam Islam,
sekiranya kita menolak nya maka rosaklah iman kita kan...

hmmm.. rasa cam tak layak pulak, nk cakap benda-benda macam ni..
almaklumlah, aku belum kahwin pun.....
kalau dah nama pun belum kahwin, tak kan lah aku pernah berpoligami kowt... 

tapi aku nak juga share pendapat aku...

pada aku poligami tu tak salah..
yang selalunya salah adalah PENGAMAL POLIGAMI...

Kononnya nak berpoligami sebab mengikut sunah Rasulullah, tapi ikut tak cara Rasulullah berpoligami???

Wahai Kaum Lelaki,
Tidak salah andai anda mahu berpoligami...
Tapi sebelum berpoligami,
pernah tak anda terfikir andai Ibu anda di poligami kan?

Hmmm....
fikirlah wahai lelaki.....
fikirkanlah mereka-mereka yang menjadi "mangsa" kerana kemahuan anda 
sesungguhnya walaupun anda berjanji untuk berlaku adil,
anda tetap TIDAK MAMPU untuk berlaku adil.....
MAMPU????
Jangan pandang KEMAMPUAN hanya pada pemberian nafkah sahaja, tapi adakah anda BERKEMAMPUAN untuk membimbing isteri-isteri anda dari sudut AGAMA nya??....
Ingatlah segala dosa isteri-isteri dan anak-anak anda terletak di bahu anda....

Fikir-fikirkanlah...

Tiada anak yang bahagia bila berada dalam keluarga yang berpoligami....

Sunday, 22 July 2012

R.I.N.D.U


sebagai ACU yang BAIK + PENYAYANG, saya RINDU dua budak kecik ni okay! huh!

Baby + Kakak menyebok dalam bilik Acu... hehhe

Baby + Kakak

lagi-lagi kat budak tembam n mokmok sorang ni...
rindu nak gaduh dengan Baby!!!

pic Baby n "Acu Baik" nak gi kedai... hehehe~~

BABY!!! CEPAT BALIK KAMPUNG!!!!



Thursday, 12 July 2012

EXAM MODE : SAMPLING METHOD

Alhamdulillah... dengan berakhirnya paper sampling method ini, maka diisytiharkan bahawa EHDA AL-NAJIHAH BINTI MAHMUD telah MERDEKA!!!!!!!!


Tuesday, 10 July 2012

Double Cheese Burger.. Nyum..Nyum..

*******************************************










*******************************************
 Tea time at McD Port Klang.. ;D


-Acu + Baby-

-Kakak + Akak-

-Abg Joe-

Monday, 9 July 2012

UiTM ISSUE : Credit Exemption


Hari ni aku rasa nak tulis benda yang serious. Aku just nak share pendapat aku berkaitan isu yang tengah panas dekat wall Dato' VC UiTM. Isu berkaitan credit  exemption aka pengecualian kredit (PK). Ramai pelajar mengeluh bila terpaksa ambil subjek yang sama untuk kali kedua disebabkan pengecualian kredit untuk subjek itu tidak diluluskan. 

Semester ini, aku pun melalui benda yang sama. Terpaksa ambil paper Inferential Statistics (STA560) yang EXACTLY sama dengan paper Probability and Statistics II (QMT350) yang aku dah ambil waktu Bahagian 5 Diploma dulu. 

Awal semester lepas, bila dapat tahu kami kena ambil semula paper ni apabila HEA tak luluskan PK untuk subjek ni, aku memang melenting. Memang tak puas hatilah. Siap pergi jumpa Koordinator Program, Puan Jamilah untuk dapatkan penjelasan.. Baru-baru masuk dah tunjuk taiko.. (Biasalah Ehda Al-Najihah kan....hehehhe~~)..

Alhamdulillah... Bila sudah diberi penjelasan SEJELAS-JELASNYA oleh Pn.Jamilah, aku akur dan terima dengan hati terbuka.. So, nasihat aku berkaitan isu ni tak pelu nak kecoh-kecoh, try dapatkan penjelasan yang SEJELAS-JELASNYA daripada Koordinator Program (KP) atau Ketua Pusat Pengajian (KPP) masing-masing. Mesti ada sebab kenapa benda ni dilaksanakan.... Kalau KP dan KPP korang pun tak setuju dengan sistem ni dan memang mereka pun rasa benda ni tak membawa faedah apa-apa, mesti mereka dah bawa perkara ni ke pihak atasan. 

Berdasarkan apa yang aku lalui semester ini, aku tak rasa "membazir" pun belajar benda yang sama. Malah aku rasa bersyukur.Walaupun kami belajar mengikut sukatan pelajaran yang sama, tapi kami belajar dengan pensyarah yang berbeza.. Kaedah dan pendekatan yang digunakan pun ada yang berbeza. Sampai satu tahap, aku seolah-olah boleh membuat pilihan.. Kalau tak paham cara yang baru, kita ikut je la cara yang lama.. Kalau cara yang baru lebih mudah, ikutlah cara yang baru..Kalau dulu tak faham, kita kena PASTIKAN kita faham kali ni. Ilmu inikan luas... kita jangan sesekali mendabik dada dengan mengaku bahawa kita dah kuasai sepenuhnya sesuatu subjek. itu adalah MUSTAHIL. So, kita kena buka hati untuk melihat dan menerima perkara baru yang mungkin 'kecil' tapi itu juga adalah ILMU dan PENGETAHUAN BARU buat kita..

Kalau melihat benda ni dari sudut yang positif, hasilnya pasti akan positif. =) 

Sunday, 8 July 2012

EXAM MODE : TIME SERIES ANALYSIS AND FORECASTING

(SPEECHLESS!!)


Tuesday, 3 July 2012

RELAX : Pesta Buku Selangor 2012


'cuti' exam selama 6 hari ni,
aku curi masa kejap merelaxkan otak
serang
PESTA BUKU SELANGOR 2012
di
SACC Shah Alam...
bersama ECHA!!


berjaya menyambar 7 buah novel :


Benci! Benci! Benci! (Ayu Emelda)
Atin, Jom Kahwin! (Iffa Zalia)
Dia Jadi Saksi (Fareeda Qalisya)
Takdir Itu Milik Aku (Siti Rosmizah)
Bidadari Salju (Mia Kiff)
Suami Aku Tak Romantik Tapi Autistik (Farisha Imani)
Kahwin Ganti (Aifa Batrisya)

Terima kasih ibu sebab bank in kan duit untuk beli novel... hehehhe~~

so sekarang, korang rasa antara novel-novel tu dengan buku forecast aku ni,


mana yang aku akan pilih erk? ;D

p/s : Tapi ada bende yang kureng bez dah berlaku tadi.. huh! sakit ati!!!

Monday, 2 July 2012

EXAM MODE : ECONOMETRICS


Alhamdulillah... 
Satu paper lagi telah selesai...

Tinggal lagi 2 paper...



So far, tak boleh nak comment banyak pasal paper ni..
Just tunggu dan lihat apa keputusannya nanti...



Btw, exam kat DAG semalam memang menguji ketahanan mental dan fizikal.
SANGAT SEEEJJJJUUUUKKK!
Dengan keadaan aku yang batuk...
Ooohhh......



Siapkan cepat-cepat.. aim untuk keluar awal...
Sebab dah tak tahan sangat-sangat...
Memang tak double check jawapan la jawabnya...
Redha je lah.....

Usaha dah... Tawakal pun dah... sekarang ni, tinggal doa untuk yang terbaik bagi paper ni...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting