Entry ni kesinambungan status FB aku ;
Kenapa aku marah sangat??
yer memang betul, ini seakan isu remeh bagi anda semua.
tapi tidak bagi aku..
Sebab nama itu adalah satu doa...
Sebab itulah sebagai seorang muslim kita disunatkan memberi nama yang elok dan baik kepada anak..
berikutan isu penggunaan simbol pada nama
sebenarnya dah lama aku perhatikan..
Bukan hanya penggunaan ( - ) tetapi juga penggunan ( ' ) sudah tidak dibenarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara..
penting ke simbol ini???
YA!!
kenapa??
Ibu aku menggunakan kesinambungan perkataan Arab dalam nama aku..
Dalam "tulisan arab" ianya ditulis seperti ini:
sebutannya ialah "Ehdannajihah"
tapi ibu aku menggunakan ejaan rumi
"Ehda Al-Najihah"
Mengapa wujudnya "AL-" sedangkan ianya tidak selari dari segi sebutannya?
aku pernah bertanya dengan ibu berkaitan dengan nama aku ni,
jawab ibu, ibu tak nak orang abaikan atau terlepas pandang kewujudan "alif" dan "lam" dalam perkataan "Najihah" itu.
Sebab itu ibu letakkan "AL"..
Ibu tak nak mereka terlepas pandang sepeti penggunaan nama "Nurul"
Ramai yang menganggap "Nur" atau "Nurul" itu adalah sama yang bermaksud cahaya..
Tetapi penggunaan "Nurul" tidak boleh berdiri dengan sendirinya kerana ia adalah kesinambungan perkataan "nur + Al-_______"
Barulah ianya membawa maksud..
Ramai yang eja "nurul" seperti ini :
Ianya tidak salah dari teori tulisan jawinya..
tetapi ianya tidak membawa maksud dari aspek bahasa arab nya..
kerana dalam teori mengeja menggunakan abjad jawi ianya mengambil kira sebutan dalam Bahasa Melayu..
sebab itulah dalam huruf jawi wujud huruf seperti "Cha" dan "Ga"
sedangkan huruf itu tiada dalam huruf arab...
Jika berniat hendak menamakan anak menggunakan perkataan arab yang membawa maksud ini,
ianya perlu ditulis begini :
Kenapa mesti ada (-)??
Sekiranya tanpa kehadiran (-);
EHDA AL NAJIHAH
anda akan baca satu persatu mengikut sebutan baku.
Betul??
ha.. sebab itulah ibu letak (-);
EHDA AL-NAJIHAH
"AL-NAJIHAH" itu adalah satu perkataan yang membawa satu maksud
dan menunjukkan dengan jelas perkataan itu disunting dari perkataan Arab
ditulis mengikut ejaan Bahasa Melayu..
dan tidak sesekali "Me-melayukan perkataan Arab"
perkataan Arab kekal perkataan Arab..
Ok.. jelas??
Sebab tu lah aku GERAM + MARAH bila "mereka-mereka" ini menghilangkan (-) kat nama aku tu.......