Sunday, 14 December 2014

JPA Scholars : How To Claim Internship & Thesis Allowance


Hi All!!

Special Entry for JPA Scholars
(Especially Statistics students)

Flow to claim Internship & Thesis Allowance

Internship Allowance (RM10/working day)

Rules:
1) Internship place must at least 25km from university
2) Do not receive government allowance RM15/day (Who intern in government office)
3) Apply within 30 days after you complete your internship

Steps
1) Download claim form from esilav2@jpa.gov.my 
2) Fill in the form with all require signatures & chops.
3) Attach your punch card copy OR 
get a letter of 'Pengesahan Kehadiran' from your internship company (With company letter head, chop & number of days you attend must state clearly on the letter) 
4)Send to JPA (by hand / postage)

My experience
I just sent the application via postage. Got the money after a month.

My Suggestion
Do intern in private company. 
So, you will get allowance from company + you may claim additional allowance from JPA. yeay!!

This allowance is ADDITIONAL. You still get the RM4K++ in the early of semester.


Thesis Allowance (RM250)
(As Statistics students do not have FYP/Thesis, use Internship report to claim this allowance)

Steps
1)Download claim form from esilav2@jpa.gov.my 
2) Fill in the form with all require signatures & chops.
3) Send to JPA (by hand / postage)
***JPA may require a copy of our thesis/report.

My experience
I just sent the application via postage. No copy of report request by JPA. Got the money after a month.


Saturday, 13 December 2014

Never Say Never


Makin hari makin bersawang blog ni...
ish...ish...
Malasnya nak bersihkan....

___________________________________________________________________

Throwback..
September 2013 - Dec 2013

Hidup berulang-alik dari Port Klang ke Bangi setiap hari..
Jalan ini lah yang dilalui...

KESAS - LDP - SKVE - KAJANG SILK
berbekalkan tol RM10.40 sehari..
Memandu sejauh 116km sehari...


View From One City Skypark
Mula-mula nak berulang alik dulu,
semua kata tak boleh.. semua kata jauh..
Tapi budak degil ni dah membuktikannya..

Jauh ke dekat ke..
Selagi kita yakin kita boleh buat,
Selagi azam and semangat kita kuat,
InsyaAllah kita mampu buat!
Never Say Never..


Tuesday, 23 September 2014

Changes in 3 Years


Hi All
Assalamualaikum.

Lamanya tak merepek disini..
Kena warm up dulu..

See these two pictures...

2011


2014


Makin matang tak?
haahahaha

tapi yang penting
MAKIN KEMBANG!
huh!

Sunday, 22 June 2014

Aku bukan Cinderella... Aku bukan Snow White...

Perasaan cinta antara lelaki dan perempuan itu adalah seuatu yang normal. Setiap pasangan mengharapkan ianya akan dapat diakhiri dengan satu ikatan yang sah. Namun bagi aku ianya adalah satu perjalanan hidup yang kompleks..

Antara realiti dan fantasi yang perlu aku bezakan. Aku hanya manusia biasa. Bukannya Cinderella mahupun Snow White. Pasangan aku juga bukannlah seorang putera raja yang meunggang kuda apatah lagi memandu Ferrari.. Itu hakikat utama yang perlu aku sedar dan terima...

Dalam mengenal hati budi seseorang, bagi aku, kita perlu memperoleh literature review yang cukup kukuh dan meyakinkan sebelum benar-benar pasti untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

Bagi aku juga, alam pertunangan itu ibarat pilot study. Pilot study mungkin memberi keputusan yang indah… mugkin juga tidak.

Andai pilot study tidak memberikan keputusan yang memuaskan, kita berhak menentukan samaada ianya perlu dihentikan setakat itu sahaja atau diteruskan dengan penambah baikan. Semuanya bergantung kepada pilihan sendiri.

Andai pilot study menghadiahkan keputusan yang indah, ianya boleh diteruskan tanpa rasa was-was.. Tapi aku mesti sentiasa ingat ini baru permulaan, perjalanan itu masih jauh…

Aku pasti melangkah ke alam perkahwinan itu bukanlah sesuatu yang mudah. Relationship yang terbina bukan hanya boleh dizahirkan dengan simple correlation. Ianya ibarat multiple linear regression...  Apa yang pasti ianya satu perhubungan yang melibatkan banyak independent   variables. Banyak assumpions perlu dipenuhi dalam memastikan hasil yang sempurna.

Finding setiap pasangan suami isteri mungkin berbeza. Independent variables yang significant tidak semestinya sama bagi setiap pasangan. Begitu juga dengan Independent variable yang mempunyai standardized  coefficient tertinggi. Ianya mungkin berbeza-beza. Sebab itu bagi aku, kita tidak perlu untuk hidup diatas bayang-bayang orang lain.

Dalam keterujan menikmati hasilnya, jangan sesekali dilupakan kewujudan alpha… Walaupun nilai alpha ini hanya 5-10% tetapi kuasa alpha ini sangat besar. Kerana Allah S.W.T yang memegang semua itu. Kita hanya mampu berusaha berdasarkan result yang diperoleh.. Tetapi doa dan kebergantungan kepada Allah dalam memastikan ianya terus berjalan lancar itu yang paling utama…

Pengakhiran yang sempurna ataupun sebaliknya adalah satu benda yang terlampau sukar untuk di predict… Terlampau samar…. Mungkin benar kata orang dulu-dulu.. Perkahwinan itu ibarat perjudian… Untung sabut timbul.. Untung batu tenggelam…


Terlalu awal untuk aku berbicara dan mengenalpasti apa pula nasib dan takdir buat ku.. Tetapi inilah yang membelenggu diriku saban hari... Ada keputusan yang perlu aku buat.. Keputusan yang sudah tentunya melibatkan masa depanku sendiri...


Wednesday, 28 May 2014

Hari Jubah

***********************************************************
Assalamualaikum semua!!!
Lama rasanya tak mencurah isi hati dalam blog ni...
Hari ni merajinkan diri menhilangkan sawang-sawang yang ada..
***********************************************************

18 Mei 2014
Alhamdulillah sekali lagi dapat naik ke pentas konvokesyen UiTM
Konvokesyen UiTM ke-80


Secara rasminya bergelar graduan UiTM
pemegang
Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) (Statistik)



************************************************
Janji + Azam untuk naik ke pentas konvokesyen 
sehingga dianugerahkan sebagai
Dr. Ehda Al-Najihah binti Mahmud.
************************************************

Kali ni semangat untuk konvo memang sangat-sangat kurang.
Tak 'excited' macam konvo diploma dulu..
Mungkin sebab UiTM Shah Alam tu dekat sangat kot.....
Rasa nak pergi hari-hari pun boleh
(sticker kereta UiTM pun tak tanggalkan lagi.. haha)
Diploma dulu campur 'excited' sebab dah lama tak jejak UiTM Perak...
Memang super duper seronok la bila dapat peluang nak ke sana..

Tapi apa pun,untuk kali ni ada satu perasaan yang susah nak digambarkan.
Tak tahu kenapa, kali ni aku rasa 'kehillangan'

Di pagi konvokesyen,
aku terlampau merindui 
Insan pertama yang yang pakaikan aku baju sekolah,
Insan pertama yang pimpin aku hingga ke pintu sekolah.
Insan pertama yang menjemput aku pulang dari sekolah.
Tapi dia tiada untuk bersama-sama aku di dewan ini.

Aku manusia biasa..
Kalah dengan dengan mainan hati dan perasaan.

Di pagi konvokesyen ini,
aku seperti tidak redha dengan pemergiannya..
Aku terlampau inginkan dia ada bersama aku sehingga ke hari ini..
Aku terlampau rindukan dia..
terlampau rindu..

Kali ini aku tewas..
Aku persoalkan apa yang telah Allah takdirkan pada aku..
Aku menangis di depan ibu...
Aku merintih depan ibu..

Kata-kata ibu yang aku ingat hingga ke saat ini..
Kata-kata yang ibu ucapkan bersama air mata...

"Kita tak boleh nak ubah ketentuan yang Allah dah tetukan untuk kita semua. Ini hakikat yang perlu kita tempuh. Hakikat yang perlu kita terima. Kita kena kuat. Adik boleh kuat selama 15 tahun, kenapa hari ni adik kalah? Istighfar dik... Istighfar... Adik kena kuat. Adik kena bersyukur sebab adik masih ada ibu. Kat luar sana ramai lagi yang lebih hebat ujiannya. Ingat dik, perancangan Allah adalah yang terbaik."

15 tahun,
Aku kuatkan semangat..
Memaksa diri menjadi kuat
Demi IBU..
segalanya
Demi IBU..

Ya. Ini adalah hadiah untuk IBU!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting