Sunday, 23 June 2013

Group Members..


Sue - Ehda - Echa

Ini ahli-ahli kumpulan aku (Selalunya..)...
Dah 5 tahun kami bersama-sama
menyiapkan tugasan...
Boleh aku katakan, mereka ini sudah memahami cara kerja aku yang banyak songeh ni..
senang cerita hasil kerja diorang memang tip top!
Dua-dua ada kelebihan dia sendiri...

Bagi aku, Echa seorang yang cekap bab-bab mengolah ayat...
Sue pulak seorang yang cekap bab-bab detect grammar error n so on...
So, bila mereka bergabung, serah je la apa-apa point kat diorang,
gerenti dari points akan jadi paragraph..
hehehehe~~

ke'pro'an mereka sebenarnya menutup kelemahan aku yang kurang gemar bab-bab nak tulis ayat 'berbunga-bunga'. Aku lebih straight.. No belok-belok bab buat-buat ayat ni.
So, memang agak 'hambar' la bila baca ayat aku tu...
Jadi mereka lah yang ditugaskan untuk 'menggoreng' ayat-ayat ni..
Aku just bagi apa point yang perlu ada and so on...
Tugas aku lebih tertumpu kepada  part analysis and interpret result...

Inilah cara kami bekerja untuk 5 tahun ini...

Ok..
Semester ni, ada seorang lecturer suruh kami evaluate tahap cooperation group members masing-masing....
wow! First time kena buat cenggini!

Pagi tadi, bila call Echa, Echa cuba korek2 aku nak letak dia apa..
hehehehhe~~
tapi macam biasa.. Undi itu RAHSIA.
hahaha~~

By the way,
No need to worry cik sue n cik echa..
Aku sentiasa nampak semua usaha and kerja keras korang...
Aku tanda apa yang memang sepatutnya korang dapat...
Cuma aku harap korang menilai aku dengan ikhlas... Bukan terpaksa..
Jangan menilai ia melalui ikatan persahabatan yang terjalin tapi nilai lah ia berdasarkan kerja aku...
Ingat..
UNDI adalah RAHSIA.
heheehehe~~


Bambam Versi Kepam


BAMBAM
boipren aku yang jadi peneman tidur setiap malam..

hari ni nak share bukti kasih sayang aku kat bambam ni.

tengok ni :
Kiri (2011) vs Kanan (2013)


pergh!!!!
dah bertukar warna!!
dari putih dah jadi kuning!!!!

Kalau tengok rupa memang cam kepam..
tapi hakikatnya wangi okay!
baru keluar dobi..

haruuuummmmmmm..............

x kesah la rupa dia camana pun...
tetap sayang bambam!! muah3x!!

Wednesday, 19 June 2013

FSKM MASCOT


Assalamualaikum semua!!
OK. Hari ni nak cerita about Mascot FSKM UiTM Shah Alam
iaitu Penguin!!


Comey kan?? =D

Nak dok dalam penguin ni kene orang yang agak tinggi
sebab orang dalam penguin ni melihat melalui lubang mulut tu..
opkos aku bukanlah manusia yang sesuai untuk berada didalamnya...

Tapi,
pada satu pagi yang indah di SMK Kemumin, Kota Bharu, Kelantan,
aku buat kerja gila masuk dalam penguin ni...
Saja nak rasa dok dalam penguin ni camana...
hehehehe~~


peghh..
Aku betul-betul salute kat mereka-mereka yang memang selalu ditugaskan untuk berada di dalam mascot ni..
Panas gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!

hmmmmm....
Mungkin perlu buat inovation baru kowt...
Letak air-cond dalam mascot..
yeah!!


p/s: Rindu plak kat Penguin ni.. cam dah lama tak nampak.... Sem ni, Penguin ni nyorok ke? hehe

Tuesday, 18 June 2013

Kelas Terakhir....


17 June 2013
Kelas terakhir Quantitative Financial Management (QMT556)
Tapi...
Apa yang berlaku??????





hehehhee~~
TQ untuk semua kaum kerabat 'penjenayah'..
Mama, kak ngah, kak chik, mok long, cik pah, and mok su
yang menadah telinga dengar adik merengek semalam. hehehe~~


Sunday, 16 June 2013

History of 'KASUT BUDAK'


Taraaaaaaaa!!!!!!


Ni antara kasut yang aku suka
walaupun RAMAI yang GELAK bila tengok aku pakai kasut ni.huh!!

OK fine! aku mengaku! Memang betul ini adalah KASUT KANAK-KANAK size 33!
Puas hati?? huh! (Merajuk!)

Kasut ni murah je...
Aku beli dengan harga RM 15 kat kedai kasut area Jln Penggaram, Batu Pahat.
Murah kan??
memang la.. Ini kasut cap ayam je...
Tapi best! sebab dia diperbuat dari kain dan lembut bila dipakai...

Aku beli sebab dia comeeeeeeeyyyyy!!!
Ada Papa gegurl.. Ada Kakak boboi.. and Ada Ollie and Onnie!!

Sapa Ollie and Onnie??
ni ha :

Ollie (Kiri) & Onnie (Kanan)

wahahaha~~
tak kesah pun korang nak gelak kan ke apa..
yang penting kasut ni best & sedap dipakai! :P


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting