Showing posts with label Ayah. Show all posts
Showing posts with label Ayah. Show all posts

Sunday, 16 June 2013

Selamat Hari Bapa


*********************************************************************************

Selamat Hari Bapa
buat semua insan yang menjadi telah bergelar BAPA..

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk ayah kita.
Tak kiralah sama ada beliau masih ada mahupun yang telah kembali kepada Allah Yang Maha Pencipta.

********************************************************************************* 

Dua orang insan hadir di dalam hidupku sebagai seorang bapa..

AYAH
Insan yang memungkinkan aku untuk ada di dunia ini dengan Kekuasaan Allah. 

ABAH
Insan yang menjadi tempat begantung setelah pemergian Ayah..

9 tahun bersama Ayah dan sudah 13 tahun aku bersama Abah. 
Walaupun mustahil untuk Abah menggantikan tempat Ayah di hati ini. Namun, pengorbanan Abah juga  sehebat Ayah.

Semoga roh Ayah dicucuri rahmat di alam sana.
Semoga Abah diberikan kesihatan n kesejahteraan di dunia ini dan diakhirat kelak...


Wednesday, 20 March 2013

Suami Idaman


Ciri-ciri SUAMI IDAMAN??

Aku seperti wanita lain.
Lelaki terhebat dimataku ialah
A.Y.A.H.
Aku antara wanita yang sentiasa berdoa agar dianugerahkan suami 
SEPERTI AYAH.
SEHEBAT AYAH.
SETABAH AYAH.
SEGARANG AYAH.
SELEMBUT AYAH.
SEKUAT AYAH.
SETENANG AYAH.

Kenapa AYAH???
Sebab AYAH adalah hero ku. Idola ku. 

Ayah yang sentiasa meninggalkan memori manis untuk ku kenang sehingga hembusan nafasnya yang terakhir..

Ayah yang turut berjaga malam demi menjagaku sakit walau kesihatannya juga semakin merudum..

Ayahku yang sentiasa redha dengan ujian yang Allah berikan kepadanya.

Ayahku yang sangat redha dengan penyakitnya dan redha dengan kematian yang semakin menghampirinya...

Ayahku yang sentiasa tersenyum, berjenaka, dan tak pernah menangis di depan anak-anak & isteri tetapi menangis di malam hari dikala yang lain tidur mengenangkan anak-anak & isteri yang akan ditinggalkan.

Ayahku yang sentiasa risaukan AKU setelah pemergiannya nanti, kerana aku yang paling manja dan bergantung kepadanya...

Ayahku yang sentiasa tersenyum di hari-hari terakhirnya dengan berkata
"Cepat atau lambat semua orang akan mati.. Tahu penyakit cepat atau lambat, memang dah tertulis tarikh kematian kita di Luh Mahfudz. Tak perlu risau."

Aku bukanlah memohon simpati kalian, tetapi aku menulis ini untuk melegakan sedikit kerinduan aku kepada Ayah. Aku terlalu rindu. Terlalu kasih.. Terlalu ingin mendakap dan mencium Ayah lagi...
Harapan yang tidak mungkin akan tertunai sampai bila-bila ialah
melihat Ayah berada di dewan konvokesyen ku dan melihat Ayah mewalikanku..
Al-Fatihah buat ayah.



Tuesday, 2 October 2012

My Hero


He is my HERO..

setiap kali 2 October mesti aku akan post pasal ayah...
sebab
dalam hidup aku,kalau boleh aku tak nak menempuh tarikh ni..
aku tak boleh padam memori pahit ni..

Bukan aku tak redha..
cuma aku terlalu rindu....
kerana
sampai sekarang, tak ada sesiapa pun yang boleh melayan karenah ku sesabar ayah
dan
aku tak ada sekelumit kenangan pahit pun dengan ayah...

Ayah sangat-sangat memanjakan aku..
Tak pernah memarahi aku..
Tak pernah meninggikan suara sekalipun dengan aku...

Ayah lah orang yang memandikan aku setiap petang...
Ayah yang pakaikan baju untuk ke tadika...
Ayah yang menghantar dan menjemput aku dari sekolah setiap hari..
Ayah yang akan datang setiap kali hari terbuka...
Ayah yang akan menyental kotoran kat baju sekolah aku...
Ayah yang akan masak pada setiap hujung minggu..
Ayah yang akan mengangkat aku ke atas katil setiap kali tertidur depan tv di waktu malam...
Ayah yang akan mematikan kata-kata ibu bila ibu memarahi aku...

jujur aku katakan
aku tak puas menikmati kasih sayang dan layanan ayah..

Murid-murid ayah kata, ayah garang..
semua orang takut dengan ayah..
tapi bila bersama keluarga,
Ayahlah insan yang paling cool...
Kuat mengusik...
Sangat suka melayan kanak-kanak...
Suka menjamu orang makan...
Tak kira siang atau malam, hujan atau panas, jika ada yang mengetuk pintu rumah untuk meminta pertolongan,
ayah tak akan pernah menolak......

aargghh...
Aku terlalu rindukan AYAH..


Wednesday, 18 January 2012

18 Januari datang lagi....

18 Januari 1948;
Ayah dilahirkan.......
18 Januari 2012;
Tahun ke-13 aku tak sambut birthday Ayah.....

Semoga Roh ayahandaku, Allahyarham Mahmud Bin Hj Yahaya
dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..

Al-Fatihah...

(Adik rindu + sayang Ayah sangat-sangat!!!!!!)

Saturday, 1 October 2011

Pergimu Tidak Kembali......


Beberapa jam sahaja lagi
genap 12 tahun Ayah pergi meninggalkan kami.....

12.30 pagi..
2 Oktober 1999
Ayah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Batu Pahat kerana menghidap Kanser Hati...

Cepatnya masa berlalu...
sedar tak sedar, 
dah 12 tahun rupanya Ayah pergi...
dah 12 tahun Ayah tiada di sisi...
dah 12 tahun adik rindu Ayah.....

tapi walaumacamana pun Adik redha...

Selama mana pun Ayah pergi,
Ayah tetap dalam ingatan dan hati adik.....
Adik tak pernah lupakan Ayah...
Adik tetap sayang Ayah sampai bila-bila...
Semoga Ayah Berbahagia Disana...

I LOVE YOU AYAH!!!!!!!
I MISS YOU SO MUCH!!!!!!!!!!!

Al-Fatihah buat Ayahanda ku, Allahyarham Mahmud bin Hj Yahaya...

Thursday, 30 September 2010

Kenangan "Surah Al-Kahfi"

Alhamdulillah.. hari ni bacaan rutin Al-Quran sy telah smpi ke Surah Al-Kahfi..
surah yg mengandungi pelbagai kelebihan dan kebaikannya yg tersendiri...
apabila sy membaca surah ini, air mta sy mengalir dengan sendirinya..
bukan kerana sy menghayati n memahami setiap mksud yg tersirat di dalamnya
(setakat ini sy sekadar tahu membacanya shj.....)
tapi.......

sy terkenangkan seorang insan yg sgt sy syg..
insan yg tiada gantinya dlm hidup sy..
insan yang telah pergi jauh meninggalkan sy..
insan yg menjadi tempat sy sekeluarga berpaut....
insan yg sy gelar AYAH!!

beberapa bulan sebelum Ayah kmbali ke Rahmatullah...
Setelah beliau disahkan tiada harapan untuk sembuh dr penyakit Advanced Hepatocellular Carcinoma..
Ayah selalu meminta kami membaca bersamanya-samanya surah Al-Kahfi ini setiap hari jumaat.. Setiap kali membaca surah ini, sy lihat air mata Ayah n Ibu tidak pernah berhenti mengalir.. Sy tidak memahami situasi itu...
Sy yg hanya ketika itu berusia 9 tahun, selalu merungut malas...
ye la kena membaca surah kahfi yg mengandungi 110 ayat sekali gus.. mmg agak memenatkan terutamanya bg kanak-kanak seperti sy ketika itu..
ibu sentiasa memujuk... kata ibu "Adik, kalau adik syg Ayh, bacalah..."
walaupun dgan separuh keikhlasan pd mulanya, sy tetap membaca..
lama-kelamaan apabila ianya menjadi rutin buat keluarga kami, ketidak ikhlasan di hati sy beransur hilang..
Malah, apabila Ayah telah pergi sy amat merindui detik-detik kami bersama Ayah membaca Surah ini....

Entah mengapa, baru-baru ini apabila sy terimbau kembali kenangan itu, sy terbuka hati untuk mengetahui rahsia n kelebihan di sebalik Surah Kahfi ini..
Alhamdulillah, sy tahu sekarang...
disini sy kongsikan sedikit kelebihan surah Kahfi :

"Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit.’"


Mungkin ketika itu, Ayah sudah tahu hayatnya di dunia ini semakin singkat...
Andai masa boleh diundur kembali, sy akan memastikan tiada rungutan malas yg keluar dr bibir sy... Namun bgitu mustahil bg mse untuk berundur....
sekarang ini yg mampu sy lakukan sbgi tnda sy sgt syg akan ayah hanyalah
memanjatkan doa semoga roh Ayah sentiasa diletakkan dalam kalangan org yg beriman dan beramal Soleh.. Amin...
(Al-Fatihah buat En.Mahmud bin Hj. Yahaya)

~~lg 2 hari (2 oktober 2010) genap 11 tahun Ayah meninggalkan sy sekeluarga~~
ADIK SYG AYAH!!!!!!!!!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting