Wednesday, 20 March 2013

Suami Idaman


Ciri-ciri SUAMI IDAMAN??

Aku seperti wanita lain.
Lelaki terhebat dimataku ialah
A.Y.A.H.
Aku antara wanita yang sentiasa berdoa agar dianugerahkan suami 
SEPERTI AYAH.
SEHEBAT AYAH.
SETABAH AYAH.
SEGARANG AYAH.
SELEMBUT AYAH.
SEKUAT AYAH.
SETENANG AYAH.

Kenapa AYAH???
Sebab AYAH adalah hero ku. Idola ku. 

Ayah yang sentiasa meninggalkan memori manis untuk ku kenang sehingga hembusan nafasnya yang terakhir..

Ayah yang turut berjaga malam demi menjagaku sakit walau kesihatannya juga semakin merudum..

Ayahku yang sentiasa redha dengan ujian yang Allah berikan kepadanya.

Ayahku yang sangat redha dengan penyakitnya dan redha dengan kematian yang semakin menghampirinya...

Ayahku yang sentiasa tersenyum, berjenaka, dan tak pernah menangis di depan anak-anak & isteri tetapi menangis di malam hari dikala yang lain tidur mengenangkan anak-anak & isteri yang akan ditinggalkan.

Ayahku yang sentiasa risaukan AKU setelah pemergiannya nanti, kerana aku yang paling manja dan bergantung kepadanya...

Ayahku yang sentiasa tersenyum di hari-hari terakhirnya dengan berkata
"Cepat atau lambat semua orang akan mati.. Tahu penyakit cepat atau lambat, memang dah tertulis tarikh kematian kita di Luh Mahfudz. Tak perlu risau."

Aku bukanlah memohon simpati kalian, tetapi aku menulis ini untuk melegakan sedikit kerinduan aku kepada Ayah. Aku terlalu rindu. Terlalu kasih.. Terlalu ingin mendakap dan mencium Ayah lagi...
Harapan yang tidak mungkin akan tertunai sampai bila-bila ialah
melihat Ayah berada di dewan konvokesyen ku dan melihat Ayah mewalikanku..
Al-Fatihah buat ayah.



3 comments:

arel on 20 March 2013 at 15:43 said...

al-fatihah

ieja said...

al-fatihah jua utk arwahnya..

Anonymous said...

cahaya yang bisa menerangi kuburan orangtua kita.. Ada tiga.. Salah satunya ..doa anak soleh..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

JIHA's WORDS Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting