
Friday, 17 February 2012
Apalah Nak Jadi.....

Monday, 26 December 2011
Journey.......
Belajar betul-betul..buat yang terbaik untuk UPSR ni... UPSR ni lah penentu kamu nak masuk sekolah mana. Sasaran 5A UPSR
Keputusan UPSR kamu tu dah tak tentukan apa-apa dah..Kamu dapat 5A pun UPSR, belum menjamin kamu cemerlang PMR. PMR ni kamu mesti aim nak dapat 8A. PMR ni lah penentu kamu nak ambil aliran apa waktu form 4 nanti.
PMR dah habis. Sekarang kamu kena bersedia untuk SPM pulak.. SPM bukan mudah.. Ramai yang skor waktu PMR pun tak perform bile SPM. SPM ni penentu hidup kamu lepas sekolah ni. Jgn kamu dibayangi kejayaan waktu PMR. keputusan PMR tu dh tak ada apa-apa dah. Kamu kena usaha untuk SPM ni. dapatkan straight A's.
Tahniah.. Kamu dah buat yang terbaik waktu SPM dulu.. Tapi ingat, alam universiti ni tak sama dengan alam sekolah.. jangan culture shock.. Ramai yang dapat masuk universiti tapi ramai juga yang tak berjaya tamatkan pengajian... Result SPM yang baik sekali pun tak menjamin kecemerlangan kamu di universiti.
Degree tak sama dengan diploma.. Ada tu dapat ANC waktu diploma tapi bila masuk degree hancur.. Kampus induk tak sama dengan cawangan.. Kamu kena buat yang terbaik untuk ijazah ni. Tak ada dah relax-relax macam kamu kat cawanagan dulu..

Wednesday, 5 October 2011
Petua Bangun Di Awal Pagi
Aku nak bangun kol 3.00 pagi la..nak study.
Kalau aku TERsedar pukul _______ pagi, aku nak study.
Aku ni memang TAK BOLEH nak bangun awal-awal pagi la...
Aku MESTI bangun pukul _______ pagi untuk STUDY!
Aku ingat nak tambah tido 5 min je lagi tadi, tapi terus terlajak pulak sampai ke subuh.

Thursday, 8 September 2011
Berapa ya hantaran nya?
Bila dah SAYANG, Lautan api sanggup kurenangi, segala Bank dan Koperasi sanggup kuredahi, semua Ah Long n Ceti pasti kutemui...

Thursday, 18 August 2011
Dah Bayar ZAKAT FITRAH????

Thursday, 7 July 2011
Another 'Love Letter'..

Wednesday, 6 July 2011
BERSIH itu dituntut!!
Seluruh Pelajar UiTM
LARANGAN PENGLIBATAN MAHASISWA/I UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA DALAM PERHIMPUNAN HARAM BERSIH DI SEKITAR BANDARAYA KUALA LUMPUR PADA 9 JULAI 2011 Perhatian Saudara/Saudari kepada perkara di atas adalah dirujuk. Sehubungan dengan itu adalah diingatkan bahawa semua mahasiswa universiti dilarang sama sekali melibatkan diri dalam Perhimpunan Haram BERSIH yang akan diadakan pada 9 Julai 2011 di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur sepertimana termaktub dalam Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan ) 2011, Akta A1375 Seksyen 10 (1), (2) dan (5) manakala kakitangan universiti di bawah Seksyen 3 (1) dan (2) (d), Bahagian II, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605. Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2011, Akta A1375, Seksyen 10 (1) - “A student of an Institution may become a member of any society, organization, body or group of persons, whether or not, it is established under any written law, whether it is in or outside the Institution, and whether it is in or outsideMalaysia, other than-
Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2011, Akta A1375, Seksyen 10 (2)- “An organization, body or group of students of an Institution which is established by, under or in accordance with this Act, may have any affiliation, association or other dealing with any society, organization, body or group or persons, whether or not is is established under any written law, whether it is in or outside the Institution, and whether it is or outside Malaysia, other than-
Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2011, Akta A1375, Seksyen 10 (5)- “No student of an Institution and no organization, body or group of students of an Institution which is established by, under or in accordance with this Act, shall express or do anything which may reasonably be construed as expressing support for or sympathy or opposition to-
Seksyen 3 (1) Bahagian II Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605, Tatakelakuan - “Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya yang tidak berbelah bahagi kepada Yang Di Pertuan Agong , negara , Kerajaan dan badan berkanun”.
Seksyen 3 (2) Bahagian II Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605, Tatakelakuan “Seseorang pegawai tidak boleh –
Sehubungan dengan itu, semua mahasiwa universiti diminta mematuhi ketetapan ini dan sebarang pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan di atas merupakan satu kesalahan serius dan boleh membawa kepada tindakan tatatertib di peringkat universiti dan juga di bawah peruntukan mana-mana undang-undang Malaysia yang sedang berkuatkuasa. Sekian dimaklumkan. DATO’ PROF. IR. DR. SAHOL HAMID ABU BAKAR, FASc |
"JANGAN LUPA BERSIHKAN KAWASAN SEKELILING ANDA DARI NYAMUK AEDES. BERSAMA-SAMA KITA MENCEGAH DENGGI"

Tuesday, 5 July 2011
Untuk kiter-kiter aje...
- Tidur awal, bangun awal. Aku tak suka 'stay up' sampai ke pagi... biasanya paling lewat pun aku akan tido pukul 11.00 malam... seboleh mungkin berjaga sebelum azan subuh. :) -ni tyme kat u le.. kalo kt rumah..hmmm..hampeh je nk bangun awal... hahaha~~
- Amalkan untuk membaca Al-quran sekurang-kurangnya 100 Ayat dalam sehari.. nampak macam liat kan nak buat?? mcm banyak je 100 tuh... Yang senangnya nak dapat 100 ayat tu, korang baca surah Al-Fatihah + Yassin + surah 4 Qul.. kan dah dapat 100 ayat... mudahkan? :) Kalau tak dapat buat hari-hari pun, buat tyme hari-hari kuliah jadi la... supaya terang hati tu nak terima pelajaran... -Petua ni aku dapat dari seorang professor...
- Korang mintalah ibu atau ayah korang, 'buatkan' air yassin ke n minta dyorang berdoa untuk korang n minum setiap pagi... Ada yang suka mintak 'air' dari pak-pak imam.. terpulang lah... Pada aku yang lebih baik n afdalnya, mintalah ayah n ibu korang yang 'buat' air tu.. tak payah jampi serapah... cukup dengan bacaan yassin+doa.. Sesungguhnya itu yang lebih baik. :) tapi jangan pulak korang dok minum air yassin sampai kembung tapi tak nak usaha. tak nak belaja!! dah salah konsep tu namanya!
- Bagitahu parents setiap kali korang akan menjawab quiz or test or exam. Kalau kedekut kredit pown (macam aku) , at least maklumkan by sms.. supaya restu parents sentiasa mengiringi kita untuk jawab soalan.. :)
- Jangan KEDEKUT dalam menimba ilmu! nak cari ilmu jangan berkira.. Kalau nak beli buku pown dok berkira macamana?? kalau korang boleh guna duit PTPTN tu untuk beli jeans beratus-ratus, pergi merayap ke hulu ke hilir, kenapa bila masuk bab beli buku, beli bahan-bahan untuk assignment je,tak boleh???? renung-renungkan... :)
- Nazar. Setiap apa hajat kita, kita sertailah dengan nazar.. tak payah nak nazar yang berat-berat.. ikut kemampuan kita... Paling senang ialah puasa.. Kalau ada duit lebih, nak nazar sedekah pun boleh jugak.. tapi yang penting, bernazarlah ikut kemampuan...:)
- Bantulah kawan-kawan anda yang memerlukan bantuan.. Jangan lah nak kedekut ilmu sangat.. jgn 'takut' kalau kawan-kawan yang korang aja tu akan dapat lebih baik dari korang waktu exam.. adat ler tu... rezeki masing-masing.... :)
- Yang paling penting, Jaga hubungan dengan Allah, Ibu bapa, Guru-guru, Rakan-rakan, dan orang di sekeliling kita..:)

Friday, 10 June 2011
Kenapa BENCI maths??
Answers :
bukan 'dera' sampai patah riuk anak orang..
Dera hafal sifir 2 sampailah sifir 9..
Selagi tak hafal n aku soal sifir jawab salah, selagi tulah aku tahan dyowang tak bagi balik.
hahahhaha~~~
Biar korang nanges sekarang, dari korang nanges sebab tak lulus Maths UPSR nanti!
Bila belaja je sifir kat sekolah waktu Darjah 2,
sampailah aku hafal...
bukan setakat sifir, tambah tolak pun sama...
Ibu memang 'Anti' kalau nampak aku kira (tambah & tolak) guna jari...
bila kira mesti 'CONGAK' je dengan pantas...
Kalau nampak aku kira guna jari, memang ibu ketuk tangan aku guna sisi pembaris..huhu~~ sakit wooo~~~
garangkan ibu??
Kerana kegarangan itulah, yang menjadikan aku seperti sekarang....
(aku dah terhilangkan lencana ni.. tapi lebih kurang macam ni lah rupenye.... kena pin kat tudung tiap-tiap hari...)Konklusinya, wahai adik-adikku sekalian...
Hafal lah sifir tu...
Belajarlah MENCITAI Mathematics....
sesungguhnya MATHEMATICS itu MUDAH & MENYERONOKKAN.
(tapi kalo tak hafal sifir, macamana nak seronok or beronok-ronok?????)
Renung-renungkan.. Selamat Beramal..
hehehe~~

Thursday, 16 December 2010
Payahnya Nak Bersyukur!!
kalau dah namanya manusia tu kan.....
bagi lah berapa banyak kejayaan + kesenangan...
dalam 10 orang yang berjaya atau senang nak cari seorang yang betul-betul bersyukur pun payah...
**termasuk aku lah kowt...
dah namanya pun manusia...................
tak percaya????
**********************
Bila dapat result 3.00-3.49
"Ala!! teruknya result aku!! Macamana korang boleh dapat DL, aku tak?? belajar sama je. tuang kelas pun sama-sama. teruknya!!teruknya!!kenapalah aku tak dapat DL?? dapat DL cukup-cukup makan 3.5 pun tak pe lah.....
(Kenapa tak nak bersyukur sahaja?? Sekurang-kurangnya anda tidak ada kertas yang gagal dan perlu direpeat.. pointer pun still above 3.0..ok lah tu!)
Bila dapat DL (3.5-3.99)
Hish!! kenapa ni?? sikit je lagi nak 4.00. lecturer ni tak boleh ke nak tolong sikit!
kalau la aku dapat 4.00, barulah best!!!
(bersyukur la babe!! dapat DL pun dah cukup bagus! mengeluh je kerjanya!!)
Bila tiba-tiba dapat below 3.0 dan terpaksa repeat paper...
Macammana ni??? aku malu...........aku tak nak banyak.. dapat 3.00 dan semua lulus pun jadilah...
(Aiit??Apa dah jadi????)
**********************
dah percaya????????
manusia..manusia... bila lah nak sedar...
susah sangat ke nak ucap Alhamdulillah dan terima dengan redha apa yang sudah Allah tentukan buat kita??????
bila kita gagal atau susah...
muhasabah lah diri...
jangan menyalahkan orang lain...
cari kelemahan dan kesalahan kita sendiri...
mungkin kita dah berusaha...tapi tak cukup doa....
mungkin kita dah berusaha..dah berdoa..tapi kita banyak sakitkan hati orang.. kita banyak buat dosa...
simpul kata MUHASABAHLAH DIRI
Ingatlah wahai manusia...
Setiap yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya...
sesungguhnya Allah S.W.T. Maha Adil dan Maha Mengetahui...
Setelah berusaha kita perlu tawakal..Kemudian terima setiap yang berlaku itu dengan berlapang dada..redhalah..
INGAT
Percaya kepada Qada' dan Qadar termasuk dalam Rukun Iman
Renung-renungkanlah...
(untuk renungan dan sebagai nasihat untuk anda semua dan diriku juga...)

Wednesday, 8 December 2010
Yang Pelik & Yang Jelik tentang CINTA
emel dari seorang kawan hostel aku waktu sekolah menengah dulu, nisak hassan (chark)...
Renung-renungkan....
----------------------------------------------------------------------------------
Aku banyak melihat pasangan yang bercinta dengan cara yang salah. Aku malas nak tegur, sebab korang pun tahu yang mana salah dan yang mana betul, yang mana halal dan yang mana haram… semua dah besar …faham agama kan?
Hari ini aku highlightkan beberapa point berdasarkan pemerhatian aku.
Yang pelik….
Masa korang couple, sebelum berpisah dari dating si gf akan salam si bf .. siap cium tangan lagi, konon-kononnya nak jadi isteri yang solehahlah.. konon-kononnyalah ….
Yang jelik….
Lepas korang kahwin beranak-pinak, si suami nak pergi kerja .. si isteri tak salam cium tangan suami pun ….
Yang pelik….
Masa korang couple, si gf kalau nak keluar pergi mana-mana kena minta kebenaran si bf. Kalau si bf tak bagi, tak keluar. Konon-kononnya derhakala ….konon-kononnyalah ….Ni aku nak bagitau kat korang mana satu derhaka. Kalau korang nak keluar korang kena mintak kebenaran mak bapak, bagi tau nak pergi mana. Tak payah nak mintak kebenaran bf korang…bf tanggung korang ke? Selagi korang di bawah tanggungan mak bapak korang, diorang bertanggungjawab atas korang. Benda ni aku cakap kat semua perempuan termasukla Wanita Pertama dan my future gf kih…kihh.“Awak nak keluar awak boleh keluar.. keluar dengan lelaki mana pun saya tak kisah …tapi jangan minta kebenaran pada saya, minta kebenaran mak bapak awak. Saya masih takde hak ke atas diri awak.”
Yang jelik….
Lepas korang kahwin beranak-pinak, si isteri dah tak mintak pun kebenaran suami nak keluar. Jangan katakan mintak kebenaran ..SMS bagitau nak pergi mana pun takde… si suami tu tunggul kayu kat umah ke ?
Yang pelik….
Masa couple, korang pakai tudung sebab nak tutup aurat. Tak nak bagi orang lain nampak rambut .. kulit sumela…
Yang jelik….
Bila berwebcam ataupun hantar gambar untuk bf korang …. korang tak cover pun rambut dan aurat korang. Takpela… nanti dia jadi suami aku jugak… jadi halal jugak nanti … kata korang. Semuanya untuk abang sayang ….
Yang pelik….Bila korang couple, masa dating si perempuan terpaksa la bagi si lelaki pegang tangan…. pegang pinggul ke ..cium-sium sikit pipi ke. No touch no love la katakan… nak tunjuk sayangnya kepada bf …sanggup berkorban jiwa,raga dan dara. Kang kalau tak bagi, si bf tinggalkan kita pulak … cari orang lain.
Yang jelik…..
Bila korang dah kahwin beranak-pinak, dah tak berpegangan tangan lagi dah…. dah tak rasa apa-apa lagi lepas kahwin. Si suami minta dilayan korang tolak mentah-mentah. Malaikat laknat wo…. sampai ke pagi.
Yang pelik….
Masa korang couple, bila berborak dengan kawan-kawan..semua orang sibuk cerita pasal kehebatan bf masing-masing.
Yang jelik….
Bila korang dah kahwin beranak-pinak, bila berborak dengan kawan-kawan …semua orang sibuk cerita pasal keburukan, kekurangan suami masing-masing. Jadilah korang isteri yang derhaka.
Yang pelik….
Masa korang couple, si lelaki suka sangat kongkong hidup si perempuan. Mana korang pergi kena mintak kebenaran si bf. Si bf cakap ni .. korang pun ikut je… si bf pun bangang jugak …konon-kononnya nak jadi suami yang tegasla nanti…. konon-kononnyala…
Yang jelik….
Bila korang dah kahwin beranak-pinak, si isteri jadi Queen Control. Si suami ikut je telunjuk si isteri. Si isteri pun tak nak dengar cakap si suami. Si isteri marah, herdik, perbodohkan sikit …si suami dah takut. Si suami berdosa sebab dayuz, si isteri berdosa sebab control suami. Mana taat setia korang sebelum kahwin dulu, wahai perempuan ? Mana sifat tegas dan kepimpinan korang sebelum kahwin dulu, wahai lelaki?
Pelik dan jelik ..tapi benar…
Aku harap korang tak termasuk dalam golongan pelik dan jelik di atas.
Err.. korang tak kan ?
----------------------------------------------------------------------------------
(aku just copy & paste je article ni...)

Tuesday, 13 April 2010
nk BliK uMah!!!





